Friday, February 13, 2009
Assalamualaikum warahmatullah..
Dah beberapa hari tak update..tiba-tiba update promosi cerita animasi pula ya..:P
Ustazah tengok cerita karton?uish, ustazah pun manusia juga. Saya sendiri sejak dari kecil di ajar menonton cerita karton sahaja~~ filem-filem hollywood,bollywodd hatta melayuwood,mamnu' khalis di rumah. Ibu saya terlalu menjaga rancangan yang anak-anaknya tonton dirumah. Makanya..setiap petang di TV9, barulah saya dapat menonton tv iaitu cerita-cerita karton, walaupun ketika itu saya sudah di tingkatan 5. Sadis2..=( Dan kini walaupun sudah bergelar mahasiswi, masih lagi membuka youtube dan menonton rancangan karton, ingat pesan mak~~
Berbalik kepada promotion Geng, pasti ramai yang pernah menonton cerita animasi upin ipin sebanyak 18 episod yang tidak silap saya telah ditayangkan pada bulan Ramadhan yang lepas. Walaupun saya dan rakan-rakan tercampak nun di utara Afrika, tapi tetap tidak ketinggalan menonton animasi yang sungguh cute ini. Berita tentang cerita animasi ni di hebahkan oleh kawan-kawan melalui mulut ke mulut dan by passing link di ym. Pertama kali menonton, masyaAllah tabarakallah, ayat pertama keluar dari mulut ini-orang melayu ke buat ni?- Dan yang paling menggembirakan ialah imej masyarakat majmu' yang berjaya ditonjolkan dengan baik dan juga kehidupan kampung dan kehidupan masyarakat Islam yang patuh dengan didikan Islam yang menjadi meseg utama rancangan animasi ini.
Dan baru-baru ini setelah imtihan nihae selesai dan setelah berhempas pulas menghafal dan menghadap kitab-kitab tulisan para ulama', teringin rasanya meregangkan otak seketika mengkhatamkan semula episod2 upin ipin. Sudah berulang kali menonton, masih lagi tergelak sendirian.:P Dan ketika mencari-cari video meraka di youtube, terjumpa pula trailer-trailer filem Geng yang dibintangi oleh upin ipin dan rakan-rakan.
Mizyan..raai' jiddan..menarik dan hebat sungguh filem animasi 3D Geng ini, sehinggakan saya dan roomate menonton trailer dan the making dia saja berulang-ulang kali.Bimakna eh? Maknanya filem ini memang mantap dan hebat. Suka melihat telatah-telatah mereka, riang ria sahaj semuanya. Lagi-lagi superstar Syafiq. Tak sangka Muthu itu adalah suara beliau.:P Melalui the making cerita ini juga, saya dapat lihat betapa teliti dan fokusnya mereka dalam menghasilkan sebuah filem animasi 3d yang benar-benar berkualiti.
Gerak kerja yang dilaukan amat bersistematik.Imej dan pergerakkan setiap karektor juga benar-benar hidup. Dari segi warna dan bunyi pun amat memuaskan. Bukan tangkap muat tetapi memang benar-benar teliti dan kemas hasil kerja anak-anak melayu yang sungguh kreatif ini. Cuma bagi saya, kalau imej Kak Ros yang bertudung di siri upin ipin dapat dikekalkan, lagi molek rasanya, sebab di Geng, kak Ros dah tak bertudung pula padahal rancangan upin ipin berepisod dia bertudung pula. Sengaja mahu mereka membawa imej Melayu Islam yang terbaik. Bukan sahaja menghiburkan, malah membawa meseg yang amat positif sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Berbanding cerita Shin Chan yang rasanya tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan bawah umur.
Ha! dan kesempatan ini saya juga ingin mempromosi kepada semua mahasiswa mahasiswi untuk bersiap sedia menyerbu maarid kutub tidak lama lagi, marilah sama-sama berusaha untuk khatamkan kitab-kitab fekh, hadisth ,tafsir pula k. Kita juga punya tanggungjawab yang besar..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Buat pembaca2 di luar sana, saya dok bilik sebelah bilik dia. Asek dengar suara upin ipin je dr bilik dia. Tiap ari dia pasang cite ni. keke.
cet, ni kan rahsia kita2, kan dah janji tak nk bagi tahu, nanti saya pecahkan yang akak pun dah hafal diolog semua episod Upin Ipin ni siap tiru suara dia baru tahu..ops,tercakap pula.kekeke
p/s:baca boleh,percaya jgn..hihi
terima kasih kerana memberikankan sokongan terhadap film GENG dan Upin dan Ipin. Kami di LCP sagat menghargainya! :)
-Nizam Buat Keje LCP
Post a Comment