Thursday, February 19, 2009

nAsiHat UnTUKmU-1-

(1)"Wahai anakku, Jangan sesekali syirik kepada Allah,

Wahai anakku,

Perkara pertama yang ingin. Aku pesankan kepadamu ialah amaran besar dari Allah, iaitu jangan sekali-kali melakukan perbuatan syirik, sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad di hatimu. Kerana inilah akan menghancurkan segala-gala yang kamu ada sama ada di dunia atau diakhirat.

Wahai anakku,

Perhatikanlah, renungilah dan fahamilah dengan sebaik-baiknya apa yang difirmankan oleh Allah;


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun dosa orang yang melakukan syirik terhadapnya, dan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendakinya”
Setiap ibubapa sangat bimbang dengan dosa ini. Inilah sebesar-besar dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Oleh itu, jagalah dirimu dari unsur syirik, kerana tiada nilai air mata darah dan tiadalah penyesalan seorang ibu bilamana anaknya sirik kepada Allah. Oleh itu kamu seharusnya mengetahui dan mendalami apakah syirik itu, agar kamu benar-benar faham tentang bahayanya.

Wahai anakku, Lukmanul Hakim berpesan;
“Wahai anak kesayanganku, jangalah sesekali kamu syirik kepada Allah, kerana sesungguhnya syirik itu dosa yang sangat besar”. Perhatikanlah wahai anakku, Lukmanul hakim sewaktu berpesan kepada anaknya terlebih dahulu memanggil anaknya dengan kata-kata ‘yabunayya’, maka dengan kata-kata itulah aku memanggilmu, wahai anak kesayanganku… janganlah sekali-kali kamu syirik kepada Allah, kerana itulah sebesar-besar dosa dan azab yang mengekalkan sesaorang dalam neraka selama-lamanya.

Wahai anakku.

Syirik itu bukan sahaja menyembah patung berhala, bukan sahaja menyembah kubur keramat, bukan sahaja menurun di tempat yang dianggp keramat. Tetapi wahai anakku, syirik itu bilamana kamu merasa ada yang lain yang besar, lebih mulia lebih agung dari Allah. sama ada pada penciptaan, peraturan, undang-undang, rujukan dan lainnya. Oleh itu wahai anakku. Jagalah dirimu dengan payung ilmu dan iman. Dan doalah kepada Allah agar diselamatkan kamu dari bahaya yang sangat besar ini.

Wahai anakku,
Aku sangat khuatir tentang bahaya cinta yang sedang melanda remaja kini, sehingga mereka sudah tidak lagi mempedulikan nilai agama. Nila ibubapa dan saudara. Oleh itu, wahai anakku. Kamu hendaklah mengambil panduan al-Qur’an dalam mengatur perasaan cintamu. Kerana Allah menyatakan “ jangalah kamu kahwini orang musyrik walaupun kamu rasa taajub dengan kecantikan dan layanannya, sehinggalah ia beriman, dan wanita yang hitam yang beriman lebih baik dari musyruik”.

Wahai anakku,

Betapa nilai iman sangat rendah dizaman kamu ini. Kamu dilingkungi oleh manusia yang tidak menilai lagi erti iman, lantaran itu dunia sangat besar bagi mereka. Aku khuatir kamu akan bersama dengan mereka, lalu kamu hanyut dengan duniawi yang menenggelamkan kamu. Wahai anakku, berhati-hati dengan pengaruh cinta kamu kepada makhluk, kerana ia hanyalah sementara sahaja, kamu tidak akan kekal dengan cintamu selagi mana kamu menjauhi diri kamu denga Allah.

Sedarlah wahai anakku, bahawa cinta sejati hanyalah cinta Ilahi, dan kerana itulah kita dilahirkan. Kita dicipta di atas cinta Tuhan kita, dibesarnya dengan kasih sayang dan kesihanbelasNya. Lihatlah betapa sayangnya dan cintanya Allah kepada kita. Lantaran itu, jangan kamu tukarkan cinta kekekal ini dengan cini sementara duniawi yang akan lenyap bersama lenyapnya kasih sayang manusia.


Wahai anakku,
Kamu perlu sedar kasih sayang kedua ibubapamu kepada kamu. Tentu kamu tidak dapat menilainya selagi mana kamu tidak merasai kasih sayang keduanya. Atau kamu mula membesar cinta orang lain dalam hati kamu dari mereka. Wahai anakku, sayang seorang ibu dan ayah tidak akan dapat dijual dan dinilai.

Quran hanya menyatakan dalam bentuk dia “ wahai Tuhanku, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menyanyagiku sewaktu aku masih kecil”, wahai anakkua rasailah bagaimana sayangnya kedua ibupa kepada anak dengan menilai kasih sayang mereka kepada adik-adikmu, kerana begitulah sewaktu kami masih kecil dulu. Kini segalanya berpindah kerana kamu telah dewasa,, telah matang dan ibumu perlu mendidikmu kepada persiapan itu.
Wahai anakku,
Aku ingin meluahkan kebimbanganku betapa ramai yang tinggal agama Islam ini kerana cintanya, dan aku harap engkau memahami semua ibubapa akan menagisi kehilangan anaknya, tetapi kehilangan aqidah lebih besar parahnya dari kematian yang berulang. Oleh itu, wahai anakku, peliharalah kasihsayang mu terhadap islam keran ianya satu-satu agama yang mempunyai nilaian di sisi Allah. Kuatkan tekadmu bagi memahami kalimah Allah “: Sesiapa yang mengambil selain dari Islam sebagai diennya, maka ia tidak akan diterima, dan diakhirat nanti ia termasuk dalam golongan yang rugi”.

Wahai anakku,
Murtad adalah dosa yang sangat besar. Peliharalah dirimu dari dosa ini dan aku ingin kalau engkau sentiasa membasah lidahmu dengan doa yang ditinggalkan oleh kekasih kita Rasulullah “ Wahai Tuahnku. Aku berlindung dariMu dari melakukan sebarang perbuatan syirik secara sedar, dan aku mohon keampunanmu kalau ianya terjadi secara yang aku tidak sedar”.

Waha anakku..
Tentu engkau ketahui betapa banyakkan tangisan nabi Nuh terhadap anaknya yang murtad, demikian juga tangisan nabi Lut. Tangisan seorang ayah yang menyaksikan anaknya yang murtad.
Betapa sedih seorang ayah yang menyaksikan anaknya tenggelam dalam air banjir dunia dan lebih sedih bilamana ia berkata “ Ya Allah, selamatkan anakku, kerana ia dari keturunanku”,

Namun Allah menjawab “ Ya Nuh, dia bukan dari keturunanmu, kerana ia tidak beriman”. Wahai anakku, darah keturunan bukanlah penghubung sebenar anak dan ayahibu, tetapi aqidah. Maka peliharalah ia dengan sebenar-benarnya.


Wahai anakku,

Cuba kamu bandingkan tangisan Sumayyah yang meyaksikan anaknya diseksa sehingga mati di dalam kekejaman Firaun. Tentunya engkau melihat perbezaanya di dunia, betapa pula di akhirat nanti. Tentulah tangisan mereka bertukar menjadi tangisan kegembiraan bilamana Alah pertemukan mereka dalam satu syurga. Alangkah ‘menyesal’ seorang ibu andainya ia melahirkan anak yang murtad dan syirik.

Wahai anakku.
Aku sentiada mendoakan kepada Allah agar engkau sentiasa dipelihara Allah dari segala dosa yang memisahkan manusia berima dan kufur ini di dunia dan akhirat; bahkan aku sangat mengimpikan agar kita dihimpunkan di dalam satu syurganya nanti, sebagaimana Ia mengumpulkan kita dalam satu rumah di dunia ini. WAHAI Allah perkenankanlah.

0 comments: