Sunday, November 25, 2007

Adakalanya...


Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah... Kita sibuk dengan urusan dunia... Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada Yang Esa...
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....

Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....

Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik... Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....

Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....

Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segala

Thursday, November 22, 2007

Pedang Yang Berbicara


Asslamualaikum warahmatullah.


Jika pedang yang tajam mampu melukakan dan membunuh sekujur tubuh,begitu juga kiasnya untuk lidah manusia yang mampu melukakan dan membunuh sekeping hati.Jika tersilap kata,bukan sahaja hati malah diri manusia itu sendiri boleh binasa lantaran kelancangan lidah itu sendiri.

Lidah sifatnyanya lembut .Lidah juga antara salah satu bahagian dalam tubuh badan yang tidak bertulang tetapi kerana lembutnya lidahla manusia bisa menuturkan apa jua bicara juga kata tanpa mengira buruk baiknya kalimah-kalimah yang dituturkan.Akhirnya,lidah yang lembut tu bisa menyebabkan permusuhan,pergaduhan bahkan peperangan yang berakhir dengan banyaknya nywa2 yang terkorban.Begitula bahayanya sehunus pedang bernama "allisan".

Tuesday, November 20, 2007

Jalan Raya Kehidupan


Dimana pun negara di duna ini,pasti ada jalan raya dan sudah ada peraturan tersendiri yang telah ditetapkan.Dan apa pula kaitannya dengan kehidupan?Begitu juga halnya dengan kehidupan kita di dunia,punyai peraturan2 tersendiri yang perlu kita ikuti.

Jika polis akan menyaman kita atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya ,begitu juga halnya apabila kita melanggar peraturan kehidupan .Allah pula yang akan menjadi "POLIS" menyaman dan memberikan hukuman kepada sesiapa yang melanggar peraturan-pertauran yang telah ditetapkan.Ada yang tidak dan boleh di lakukan.

Dalam kita terus meniti jalan raya kehidupan,kita perlu selalu sentiasa berhati-hati
agar kita tidak tersalah haluan atau terkeluar dari haluan kita yang sebenar.Setiap dari kita sudah punya satu destinasi atau tempat perhentian yang hakiki.,Tetapi sebelum kita tiba di perhentian terakhir tu,masih jauh lagi perjalanan yang perlu kita tempuhi.Dan setiap dari kita pasti punya satu dentinasi impian sebelum tiba ke perhentian yang terakhir itu.

Adakalanya kita akan bertemu dengan persimpangan yang memerlukan kita untuk memilih arah mana yang bakal laluan kita yang seterusnya.Ketika ini,kita harus memilih sebaiknya agar kita tidak termasuk di persimpangan yang salah.

Selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan,dan selagi kita masih lagi berada di atsa haluan yang betul,inshaAllah,kita apasti akan selamat menuju ke destinasi yang ingin dituju sebelum tiba ke pernhentian yang terakhir.

Sunday, November 18, 2007

Citarasa, Menu Ibadah


Apabila kita ke kedai atau restoran,pasti akan ada satu senarai menu untuk kita.Apa yang ada dalam menu,itu sajalah yang boleh kita pilih.Andai kita pergi ke restoran makanan barat,tiadalah sambal belacan mahupun ikan masin dalam senarai menu.Dan kita pula tidak boleh sesuka hati memesan menu mengikut citarasa kita.Kalau di rumah,mungkin kita boleh menyediakan hidangan mengikut selera kita,kita boleh tentukan samada inginkan pedas,kurang pedas,masam dan sebagainya.


Begitulah halnya dalam urusan beribadah.Andai telah tertulis bahawa solat subuh adalah dari jam 6 pg hingga 7,maka kita tidak boleh pula sesuka hati menukar waktu itu mengikut kehendak kita.Samaada mempercepatkan atu melewatkan.Semua yang telah tertulis di dalam Aq Assunah dan dalam syariah islam telah lengkap.Kita tidak boleh sesuka hati mengubahnya sesuai dengan citarasa kita.Sebaliknya kita diperintahkan untuk Ikut dan patuh seperti mana yang telah ditetapkan.


Tetapi ini tidak bermaksud tiada "desert" mahupun hidangan tambahan di dalam ibadah,malah ada senarai ibadah2 sunnah sepertimana di dalam menu makanan yang mana ada hidangan utama,pasti disediakan juga senarai pilihan desert atau pemanis mulut atau menu-menu tambahan yang lain mengikut selera kita.

Begitu juga halnya dalam soal hukum ,kita tidak boleh mengubah sesuatu hukum mengikut citarasa hati kita..Jika di dalam menu makanan kita boleh patuh mengikut dan memilih makanan hanya apa saja yang tersenarai,kenapa tidak dalam hal ibadah juga hukum dan perintah dari tuhan?


Inilah fenomena yang sedang berlaku ketika ini.Manusia zaman sekarang lebih suka beribadah dan beragama mengikut cita rasa dan selera mereka.Apa yang sudah termaktub,di ubah ,apa yang tiada pula di tambah.

Apabila sesuatu hidangan itu ditambah sesuka hati dan mengikut hawa nafsu semata,pasti akan memudaratkan diri dan kesihatan.

Andai manusia dapat patuh dan mengikut apa yang tersenarai didalam MENU syariah islam,pasti mereka akan menikmati suatu HIDANGAN kehidupan yang selamat dan diredhaiNya.

Friday, November 16, 2007

Remote Control Hati


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah,berpeluang sekali lagi ana mengupdate blog ini.Kuliah sudah lama bermula kini fatrah imtihan makin menghampiri.Persediaan?

Sebaik mungkin persediaan ana lakukan.InshaAllah,yang pasti untuk kebaikkan dan kejayaan diri ana juga.Kembali ana merenug hadaf dan tujuan ana merantau sebegini jauh,menggalas harapan ayah,ibu keluarga juga saudara mara.Mungkinkah niat dalam hati ini masih lagi tetap atau ianya sudah terpesong dari arahnya yang sebenar?


Niat dan hati manusia memang sentiasa berubah-berubah.Hati manusia bukanlah alat yang boleh di kawal secara auto atau manual yang dapat kita pastikan haluannya sentiasa berada atas laluan yang betul.Tidak tersimpang atau tersasar.


Tetapi,seketul darah yang menghuni dalam diri kita ini masih juga boleh di kawal oleh alat kawalan secara manual oleh diri kita sendiri.Malah lurus atau tersimpangnya tuju halanya,masih lagi boleh kita kawal untuk kembali pada haluannya yang sebenar.


Tetapi manusia lebih suka membiarkan hati bergerak sendiri memilih haluannya.Yang pasti,jika dibiarkan kawalan sepenuhnya kepada hati,maka lebih banyak terpesong halanya dan adakalanya laluannya terbabas terkeluar dari landasannya yang sebenar.Takut andai sudah jauh tersasar meninggalkan landasan yang benar,kita tak mampu berundur kembali.Dan situasi inilah yang banyak terjadi dewasa ini.Manusia lebih banyak menikut hati memandu dan akhirnya setelah hanyut dek mengikut kata hati bertunjangkan nafsu,maka jauhlah manusia tersesat dan lari dan jalan hidup yang hanif.Untuk berpatah balik,ramai yang tidak mampu dan lebih rela pasrah menanti nasib di penghujung.


Andailah manusia dapat mengawal hati mereka berpandukan iman,maka inshaAllah pasti halu tujunya sentiasa terkawal dari terpesong.Ibarat seorang pengembara yang mengembara jauh tetapi jika die tetap berpegang kepada panduan kompas juga peta,pastinya perjalanannya akan tiba ke destinasinya dengan selamat berbanding pengembara yang hanya berjalan mengikut gerak kaki dan hatinya tanpa panduan peta mahupun kompas,kemanakah arah tujunya,pasti lebih banyak tersesat dan ditakuti akan tiba di jalan mati dan mungkin jatuh ke dalam jurang yang dalam.


Oleh itu,dalam 24 jam masa yang ada dalam seharian kehidupan kita,curilah beberapa ketika untuk merenung dan bermuhasabah diri mentajdid niat kita selalu.Adalah ia masih lagi di haluannya yang sebenar atau sudah tersimpang jauh tanpa kita sedari??Wallahua'lam

Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat