Friday, November 16, 2007

Remote Control Hati


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah,berpeluang sekali lagi ana mengupdate blog ini.Kuliah sudah lama bermula kini fatrah imtihan makin menghampiri.Persediaan?

Sebaik mungkin persediaan ana lakukan.InshaAllah,yang pasti untuk kebaikkan dan kejayaan diri ana juga.Kembali ana merenug hadaf dan tujuan ana merantau sebegini jauh,menggalas harapan ayah,ibu keluarga juga saudara mara.Mungkinkah niat dalam hati ini masih lagi tetap atau ianya sudah terpesong dari arahnya yang sebenar?


Niat dan hati manusia memang sentiasa berubah-berubah.Hati manusia bukanlah alat yang boleh di kawal secara auto atau manual yang dapat kita pastikan haluannya sentiasa berada atas laluan yang betul.Tidak tersimpang atau tersasar.


Tetapi,seketul darah yang menghuni dalam diri kita ini masih juga boleh di kawal oleh alat kawalan secara manual oleh diri kita sendiri.Malah lurus atau tersimpangnya tuju halanya,masih lagi boleh kita kawal untuk kembali pada haluannya yang sebenar.


Tetapi manusia lebih suka membiarkan hati bergerak sendiri memilih haluannya.Yang pasti,jika dibiarkan kawalan sepenuhnya kepada hati,maka lebih banyak terpesong halanya dan adakalanya laluannya terbabas terkeluar dari landasannya yang sebenar.Takut andai sudah jauh tersasar meninggalkan landasan yang benar,kita tak mampu berundur kembali.Dan situasi inilah yang banyak terjadi dewasa ini.Manusia lebih banyak menikut hati memandu dan akhirnya setelah hanyut dek mengikut kata hati bertunjangkan nafsu,maka jauhlah manusia tersesat dan lari dan jalan hidup yang hanif.Untuk berpatah balik,ramai yang tidak mampu dan lebih rela pasrah menanti nasib di penghujung.


Andailah manusia dapat mengawal hati mereka berpandukan iman,maka inshaAllah pasti halu tujunya sentiasa terkawal dari terpesong.Ibarat seorang pengembara yang mengembara jauh tetapi jika die tetap berpegang kepada panduan kompas juga peta,pastinya perjalanannya akan tiba ke destinasinya dengan selamat berbanding pengembara yang hanya berjalan mengikut gerak kaki dan hatinya tanpa panduan peta mahupun kompas,kemanakah arah tujunya,pasti lebih banyak tersesat dan ditakuti akan tiba di jalan mati dan mungkin jatuh ke dalam jurang yang dalam.


Oleh itu,dalam 24 jam masa yang ada dalam seharian kehidupan kita,curilah beberapa ketika untuk merenung dan bermuhasabah diri mentajdid niat kita selalu.Adalah ia masih lagi di haluannya yang sebenar atau sudah tersimpang jauh tanpa kita sedari??Wallahua'lam

Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat

0 comments: