Sunday, November 25, 2007

Adakalanya...


Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah... Kita sibuk dengan urusan dunia... Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada Yang Esa...
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....

Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....

Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik... Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....

Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....

Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segala

Thursday, November 22, 2007

Pedang Yang Berbicara


Asslamualaikum warahmatullah.


Jika pedang yang tajam mampu melukakan dan membunuh sekujur tubuh,begitu juga kiasnya untuk lidah manusia yang mampu melukakan dan membunuh sekeping hati.Jika tersilap kata,bukan sahaja hati malah diri manusia itu sendiri boleh binasa lantaran kelancangan lidah itu sendiri.

Lidah sifatnyanya lembut .Lidah juga antara salah satu bahagian dalam tubuh badan yang tidak bertulang tetapi kerana lembutnya lidahla manusia bisa menuturkan apa jua bicara juga kata tanpa mengira buruk baiknya kalimah-kalimah yang dituturkan.Akhirnya,lidah yang lembut tu bisa menyebabkan permusuhan,pergaduhan bahkan peperangan yang berakhir dengan banyaknya nywa2 yang terkorban.Begitula bahayanya sehunus pedang bernama "allisan".

Tuesday, November 20, 2007

Jalan Raya Kehidupan


Dimana pun negara di duna ini,pasti ada jalan raya dan sudah ada peraturan tersendiri yang telah ditetapkan.Dan apa pula kaitannya dengan kehidupan?Begitu juga halnya dengan kehidupan kita di dunia,punyai peraturan2 tersendiri yang perlu kita ikuti.

Jika polis akan menyaman kita atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya ,begitu juga halnya apabila kita melanggar peraturan kehidupan .Allah pula yang akan menjadi "POLIS" menyaman dan memberikan hukuman kepada sesiapa yang melanggar peraturan-pertauran yang telah ditetapkan.Ada yang tidak dan boleh di lakukan.

Dalam kita terus meniti jalan raya kehidupan,kita perlu selalu sentiasa berhati-hati
agar kita tidak tersalah haluan atau terkeluar dari haluan kita yang sebenar.Setiap dari kita sudah punya satu destinasi atau tempat perhentian yang hakiki.,Tetapi sebelum kita tiba di perhentian terakhir tu,masih jauh lagi perjalanan yang perlu kita tempuhi.Dan setiap dari kita pasti punya satu dentinasi impian sebelum tiba ke perhentian yang terakhir itu.

Adakalanya kita akan bertemu dengan persimpangan yang memerlukan kita untuk memilih arah mana yang bakal laluan kita yang seterusnya.Ketika ini,kita harus memilih sebaiknya agar kita tidak termasuk di persimpangan yang salah.

Selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan,dan selagi kita masih lagi berada di atsa haluan yang betul,inshaAllah,kita apasti akan selamat menuju ke destinasi yang ingin dituju sebelum tiba ke pernhentian yang terakhir.

Sunday, November 18, 2007

Citarasa, Menu Ibadah


Apabila kita ke kedai atau restoran,pasti akan ada satu senarai menu untuk kita.Apa yang ada dalam menu,itu sajalah yang boleh kita pilih.Andai kita pergi ke restoran makanan barat,tiadalah sambal belacan mahupun ikan masin dalam senarai menu.Dan kita pula tidak boleh sesuka hati memesan menu mengikut citarasa kita.Kalau di rumah,mungkin kita boleh menyediakan hidangan mengikut selera kita,kita boleh tentukan samada inginkan pedas,kurang pedas,masam dan sebagainya.


Begitulah halnya dalam urusan beribadah.Andai telah tertulis bahawa solat subuh adalah dari jam 6 pg hingga 7,maka kita tidak boleh pula sesuka hati menukar waktu itu mengikut kehendak kita.Samaada mempercepatkan atu melewatkan.Semua yang telah tertulis di dalam Aq Assunah dan dalam syariah islam telah lengkap.Kita tidak boleh sesuka hati mengubahnya sesuai dengan citarasa kita.Sebaliknya kita diperintahkan untuk Ikut dan patuh seperti mana yang telah ditetapkan.


Tetapi ini tidak bermaksud tiada "desert" mahupun hidangan tambahan di dalam ibadah,malah ada senarai ibadah2 sunnah sepertimana di dalam menu makanan yang mana ada hidangan utama,pasti disediakan juga senarai pilihan desert atau pemanis mulut atau menu-menu tambahan yang lain mengikut selera kita.

Begitu juga halnya dalam soal hukum ,kita tidak boleh mengubah sesuatu hukum mengikut citarasa hati kita..Jika di dalam menu makanan kita boleh patuh mengikut dan memilih makanan hanya apa saja yang tersenarai,kenapa tidak dalam hal ibadah juga hukum dan perintah dari tuhan?


Inilah fenomena yang sedang berlaku ketika ini.Manusia zaman sekarang lebih suka beribadah dan beragama mengikut cita rasa dan selera mereka.Apa yang sudah termaktub,di ubah ,apa yang tiada pula di tambah.

Apabila sesuatu hidangan itu ditambah sesuka hati dan mengikut hawa nafsu semata,pasti akan memudaratkan diri dan kesihatan.

Andai manusia dapat patuh dan mengikut apa yang tersenarai didalam MENU syariah islam,pasti mereka akan menikmati suatu HIDANGAN kehidupan yang selamat dan diredhaiNya.

Friday, November 16, 2007

Remote Control Hati


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah,berpeluang sekali lagi ana mengupdate blog ini.Kuliah sudah lama bermula kini fatrah imtihan makin menghampiri.Persediaan?

Sebaik mungkin persediaan ana lakukan.InshaAllah,yang pasti untuk kebaikkan dan kejayaan diri ana juga.Kembali ana merenug hadaf dan tujuan ana merantau sebegini jauh,menggalas harapan ayah,ibu keluarga juga saudara mara.Mungkinkah niat dalam hati ini masih lagi tetap atau ianya sudah terpesong dari arahnya yang sebenar?


Niat dan hati manusia memang sentiasa berubah-berubah.Hati manusia bukanlah alat yang boleh di kawal secara auto atau manual yang dapat kita pastikan haluannya sentiasa berada atas laluan yang betul.Tidak tersimpang atau tersasar.


Tetapi,seketul darah yang menghuni dalam diri kita ini masih juga boleh di kawal oleh alat kawalan secara manual oleh diri kita sendiri.Malah lurus atau tersimpangnya tuju halanya,masih lagi boleh kita kawal untuk kembali pada haluannya yang sebenar.


Tetapi manusia lebih suka membiarkan hati bergerak sendiri memilih haluannya.Yang pasti,jika dibiarkan kawalan sepenuhnya kepada hati,maka lebih banyak terpesong halanya dan adakalanya laluannya terbabas terkeluar dari landasannya yang sebenar.Takut andai sudah jauh tersasar meninggalkan landasan yang benar,kita tak mampu berundur kembali.Dan situasi inilah yang banyak terjadi dewasa ini.Manusia lebih banyak menikut hati memandu dan akhirnya setelah hanyut dek mengikut kata hati bertunjangkan nafsu,maka jauhlah manusia tersesat dan lari dan jalan hidup yang hanif.Untuk berpatah balik,ramai yang tidak mampu dan lebih rela pasrah menanti nasib di penghujung.


Andailah manusia dapat mengawal hati mereka berpandukan iman,maka inshaAllah pasti halu tujunya sentiasa terkawal dari terpesong.Ibarat seorang pengembara yang mengembara jauh tetapi jika die tetap berpegang kepada panduan kompas juga peta,pastinya perjalanannya akan tiba ke destinasinya dengan selamat berbanding pengembara yang hanya berjalan mengikut gerak kaki dan hatinya tanpa panduan peta mahupun kompas,kemanakah arah tujunya,pasti lebih banyak tersesat dan ditakuti akan tiba di jalan mati dan mungkin jatuh ke dalam jurang yang dalam.


Oleh itu,dalam 24 jam masa yang ada dalam seharian kehidupan kita,curilah beberapa ketika untuk merenung dan bermuhasabah diri mentajdid niat kita selalu.Adalah ia masih lagi di haluannya yang sebenar atau sudah tersimpang jauh tanpa kita sedari??Wallahua'lam

Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat

Friday, September 28, 2007

Ramadhan..


Assalamualaikum w.b.t.Lama ana tak posting di blog ni.Bila buka senarai2 posts,berderet daraft2 entry yang tak habis ditaip.InshaAllah,akan cuba dihabiskan juga kesemua draft2 entry yang terbengkalai.

Alhamdulillah,bertemu kembali bulan Ramadhan bulan Rahmat dan penuh barakah.Hampir separuh Ramadhan telah kita selamat tempuhi,dan berbaki lagi kurang separuh bulan waktu untuk kita bersama2 bulan Ramadhan yang mulia ini.

Muhasabahlah diri kita semua,apakah yang telah kita lakukan sepanjang lebih 15 hari di bulan Ramadhan ini,apakah sudah cukup ibadah dan amalan2 kita di bulan Barakah ini??Teruskan menyoal ,muhasabah dan menilai diri kita semua.Kalau ada masih berkurang,tambahkan,kalau ada yang masih tertinggal,lakukan,kalau ada yang masih belum sempurna,selesaikan dan kalau langsung tak lakukan apa2,mulakan sekarang.

Semoga kita semua beroleh rahmat dan maghfirah dari Nya di bulan Ramadhan ini.Ikhlaskan diri dan niat beribadah.Jangan pula semua amalan dan ibadah2 kita nanti hanya seperti debu2 yang brterbangan .Hanya sia2 lantaran adanya riak dalam diri.Berdoalah agar semua ibadah dan amalan kita diterimaNya menjadi bekalan kita di hari akhir nnti.

Salam RAMADHAN ,Salam mujahadah melawan nafsu,Salam istiqamah beribadah..Allahuyuqabbilukum fil jannah.InshaAllah.

Saturday, September 1, 2007

Ingatan Bersama..

Hai anakku, hendaklah engkau bergaul dengan para Ulama dan dengarlah pendapat para Hukama(Orang-orang bijaksana).kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat. Jauhkan lah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya(rasa malunya), dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya. Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memehamkan orang yang tidak mengerti"


"Hai anakku, sesungguhnya dunia itu laut yang dalam. Banyak orang hanyut di dalamnya. Jadikanlah taqwa kepada Allah sebagai kapalmu di dalamnya, dan peralatannya iman kepadanya serta layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat"

"Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah, Kalau tidak Jauhilah dia."

"Hai anakku, apabila enngkau datang ke dunia, engkau meninggalkannya dengan menghampiri akhirat. Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan

Hai anakku, biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah, Ampunilah aku" kerana Allah mempunyai saat-saat ketika doa tidak ditolak".


Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.



Wednesday, August 29, 2007


KU DAMBA REDHAMU

Assalamualaikum,kali ni,ana nak kongsi sebuah lagu yang ana minat dan suka sangat yang sering menjadi halwa telinga ana.Sama-samala kita hayati lirik lagu ini.Semoga redha Ilahi sentiasa bersama kita.inshaAllah





Bagaikan hausnya..bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

Wednesday, August 15, 2007


Asslamualaikum warahmatullah,alhamdulillah,setelah sekian lama blog ini tidak diisi dengan posting yang baru,kali ini ana berkesempatan untuk menghantar posting berkaitan aqidah.Ana dah lama siapkan posting ini cuma tak berkesempatan untuk mengepostnya ke dalam blog.Ada lagi posting2 yang telah ana siapkan bila mood menulis datang,tapi ana akan post artikel yang lain pada waktu yang lain.inshaAllah


AQIDAH PEMANGKIN PEMBANGUNAN UMMAH

Setiap insn yang lahir ke dunia ini sudah dibbekalkann dengan fitrah beraqidah dan beragama yang seterusnya menjadi pegangan hidup .Dalam islam ,kepercayaan atau pegangan beragama dikenali sebagai aqidah.Aqidah turut dikenali dengan sitilah Tauhid.Islm sendiri meletakkan aqidah ditempat yang tertinggi tetapi tanpa aqidah yang benar,semua amalan menjadi sia-sia dan tidak diterima.Begitu juga halnya segala amalan dan kebaikkan yang dilakukan oleh orang kafir adlah sia-sia selagi mana meraka tidak berpegang dengan aqidah islam dan beriman kepda Allah.

Firman Allah S.W.T.:Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka kerjakan di dunia dari jenis amal(yang mereka pandang baik)lalu kami jadikan ianya sebagai abu yang berterbangan.

surah Al-Furqan:23

Mentauhidkan/mengesakan Allah merupakn aqidah dan ajaran yang dibawa oleh semua nabi dan rasul utusan Allah yang disampaikan kepada umat masing-masing.Semua yang disampaikan dalah sama iaitu beriman kepada Allah dan mentauhidkanNya.Ini lah yang mula-mula diberi penekanan oleh para rasul dan nabi kepada umat mereka iaitu pengukuhan aqidah.

Aqidah adalah teras dalam semua tindakan umat islam.Lantaran kedudukannya yang begitu penting,Rasul S.A.W memberi penekanan yang serius dan mengambil masa yang panjang dalam menerapkan aqidah yang sebenar kepada umat islam.Tiga perkara penting yang diberi penekanan oleh baginda ialah beriman kepda Allah,menerima baginda sebgai rasul dan beriman kepada hari akhirat.Inilah 3 perkara yang diberi pemerhatian yang khusus yang mana jika ketiga-tiga itu sempurna maka sempurnalah semuanya begitu juga sebliknya.

Aqidah seharusnya diberi penerapan dalam proses pembinaan personaliti juga pembangunan ekonomi.Iman atau aqidah bukan sekadar pegangan atau kepercayaan tetapi satu tenaga utama yang menggerakkan manusia agar melakukan perbuatan mulia juga mampu melahirkan insan yang berfikiran terbuka ,berpandangan jauh dan berkeyakinan tinggi.

Selain itu,aqidah juga berpernan dalam melahirkan masyarakat yang harmonis dan hidup aman damai serta berakhlak mulia.Ini kerana iman atau aqidah bkn sekadar hanya satu pegangan atau kepercayaan yang pasif tetapi sebagai penggerak kepada manusia untuk melakukan perbuatan mulia.Kerana dengan adanya kepercayaan atau aqidah dalam diri manusia,meraka yakin bahawa setiap perbuatan dan amalan yang baik akan mendapat balsan dan ganjaran yang sebaiknya juga.

Salah satu perkara yang diterapkn dalam kepercayaan aqidah ialah beriman kepada hari akhirat yang mana mengingtkan umat islam akan tibanya nanti suatu hari atau saat segala amalan dan perbuatan akan dihitungkan.Hari dan waktu itu yang hanya disisi Allah sahaja pengetahuan tentangnya telah melatih manusia untuk berfikiran jauh dengan melakukan perlbagai persediaan sebagai bekalan menghadapai hari akhir zman ni.Ini secara tidak langsung telah melahirkan manusia yang berfikiran jauh dan memandang kehadapan.

Seterusnya dengan adanya pegangan aqidah islam yang kukuh akan dapat melahirkan umat yang tabah dan cekal dalam melayari ranjau kehidupan.Berlandaskan kepada keyakinan mereka akan kewujudan Allah melahirkan satu semangat dan keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama mereka dan para para malaikat yang sentiasa mengawasi juga AlQuran kitab warisan menjadi panduan hidup.Dengan adanya pegangan dan keyakinan terhadap semua ini,mereka yakin akan adanya balasan juga ganjaran atas kesabaran mereka menempuhi dugaan kehidupan juga hukuman dan balsan yang setimpal atas kejahatn yang dilakukan.

Melalui perutusan para rasul dan nabi yang membawa risalah yang satu,mentauhidkan Allah dibawah pegangan aqidah yang benar membolehkan umat islam sedar akan matlamat dan tujuan mereka dicipta dan diutuskan dimuka bumiRisalah yang disampaikan oleh para nabi dan rasul ini tidak hanya mencakupi konsep tauhid tetapi juga tentang alam-alam ghaib dan asal usul penciptaan manusia,dengan ni manusia sedar akan peranan mereka di muka bumi adalah sebagai khalifah yang hidup berbekalkan ajaran2 yang disampaikan oleh para nabi dan rasul yang terdahulu.

Oleh yang demikian,umat islam perlu sedar akan kepentingan juga fungsi aqidah amat penting dlam pembangunan ummah bukan sahaja sebgai kepercayaan spiritual yang pasif semata-mata.

wallahua'lam

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut. “Ibrahim bin Adham”


Tuesday, July 31, 2007






Pernah..

Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai


Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan



Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

(semoga mereka mengerti..kisah lalu tidak berulang lagi)
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula

Sunday, July 29, 2007

Jangan Ada Benci...


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik danakhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup mereka. Kemaafan adalah yang terbaik.
Lips SealedMenyayangi lebih baik daripada membenci..!!!Lips Sealed


"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji." "Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -AsSyahid Imam Hassan al-Banna-

Tuesday, April 17, 2007

Rahsia Solat

salamun alaikum,kali ni ana nk posting tetang rahsia solat.sama2lah ambil istifadah.inshaAllah

"1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr lah. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!
"

Tuesday, April 10, 2007

Hati???



salamun alaik.tiba2 rasa nak posting sesuatu berkaitan diri saya dan kehidupan.inshaAllah akan ada istifadah yg blh kita ambil.hari tu saya baru berbincang dan bercerita dgn seorang sahabt tentang menjaga hati imma sahabt,keluarga juga diri kita sendiri.memang susah nak jaga hati semua orang.kita cuma ada satu hati yang tu pun masih tak terjaga.nikan pula nak jaga hati2 orang lain.kadang2 tanpa kita sedar kita dah sakitkan dan kecik kan hati orang lain.kalau kita sedar,mungkin kita masih boleh minta maaf.tapi kalau kita tak sdar,tanpa kita ketahui.??susah juga kan?dalam diam,ada orang yang makan hati dengan kelakuan juga kata2 yang kita tuturkan.

jadi,pada pandanagn saya,tak perlulah terlalu sangat nak jaga hati orang lain.sampai hati sendiri tak terjaga.duk susah hati fikir nak jg hati orang.yang penting,jagalah kata2 juga perbuatan dan tingkah laku kita.dan sentiasalah memaniskan muka dgn senyuman kerana dgn senyuman dpt menyulut kemarahn.dan sentiasalah memaafkan keslah orang lain.insahAllah orang lain juga akn sentiasa memaafkan keslahan juga kesilapan kita.

kita manusia biasa tak pernah lepas dari salah dan silap.jadi jangn terlalu runsing dan risau tiap kali apa yang kita lakukan mungkin menjadi penyebab kemarahan juga kebencian orang.jadilah diri sendiri tetapi andai ada kekurangn dalam diri kita,ubahlah kepada lebih baik yang mungkin kekurangn dan kelemahan yang ada dalam diri kita sering membuat orang terasa juga geram dengan kita.contoh selama ni kita sombong dan tak pernah senym.bak kata orang.lokek dengan senyuman.uish,orang lain tengok pun takut.violent je muka.nk tegur apatah lagi.nanti orang duk tegur kita ke,sapa ramah mesra.kita duk gak wat muka violent tu.tak pasal2 ada plak dalam diam duk sakit hati ngn kita.yalh,kita duk senyum sampai ke telinga kat dia sampai nmpklah kilauan gigi2 tu nak kata lebarnya senyum,tapi dia wat muka selmber je.sakit ngn kecik hati orang tu.jadi cuba ubah perlhan2,mulakn dengan maniskan muka dgn senyuman.macam dlm iklan.tambahkan manis dalam senyuman,kurangkan manis dalam makanan.emh,macm terbalik je.hehe mana tau,kita duk terserempak dgn orang yang tengah ada masalah,tengok je senyuman kita tu,trus sejuk hati dia.jadi buat apa suram kan hidup jika kita mampu menceriakannya.senyum kan sedekah.

dah jadi tajuk senyuman plak rasanya.:P
apa pun,maaf kan orang lain sentiasa dan jaga segala kelakuan dan tingkah laku kita.dan yang penting!! jangan ego untuk minta maaf dgn orang lain.minta maaf sokmo.
sya sokmo minta maaf ngn sorang kwn saya ni,sampai dia naik marah plak.ehe tu citer lain.lepas guaru2 tu,minta maaf ngn kwn2,mana tau dlm gurauan ada luka terpendam.eceh.:P lepas solat berjemaah dengn keluarga juga kwn2,salam dan minta maaf.jangan malu jangn segan ungkapkan kalimah keramat tu yang mungkin dengan ucapan itu,ada perselisihan yg terlurut ada luka yang akan sembuh dan ikatan ukhwah makin kukuh.jadi, minta maaf lah byk2 selagi ada kesempatan.jangn menyesal dikemudian hari.emh,tu saja yang ingin saya kongsi bersama .sama2 lah kita fikirkan lah kembali dan muhasabah diri kita.tenung muka setiap orang kita sayang,ucapkan kemaafan dan sayang pada diorang.ucaplah sebelum terlambat.sikap manusia,sering menyesal dan menghargai sesuatu tu bila dah tiada.ok,hidup ini hanya sementara,gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaiknya.ops,lupa.kewajipan padaNya jgn dilupa k.:P wallahua'lam.minta maaf byk2 kalau ada terkasar dan tersilap kata.salamun alaikum:)

Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Cukuplah Allah bagiku..



Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan apada waktu solat,lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'.Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya,kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya. "Anak siapa wahai anakku?"anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya.Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata,"Wahai pak cik,saya seoranag anak yatim piatu."



Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata,"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"Anak kecil itu berkata,"Apakah jika aku lapar engakau akan memberiku makanan?"Orang itu menjawab"Ya!!"


Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian,engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan,"Ya!!"

Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab,"Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"

Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala."Aku juga tidak sanggup"

Akhirnya anak itu berkata,"Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:

"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,danb Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat" (Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)

Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya ,sedang anak kecil itu berkata,"Aku beriman kepada Allah .Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya."


Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungan nya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah.Dia merasakn cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal. Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni,esok dan seterusnya?sehinga ramai manusia yang alpa dan terus tenggelam mengejar dan mencari kekayaan dunia .Mereka merasakan seperti tidak akan ada hari esok untuk mereka.tak habis rasanya harta juga kekayaan di dunia.tetapi kerakusan manusia mengejar kemewhan juga kekayaan dunia seperti ianya akan habis jika mereka tidak merebutnya.apatah lagi ibadah dan kewajipan mereka pada Allah dilupakan dan diketepikan lantaran keasyikkan mengejar keduniaan ini.tidakkh mereka juga kita terfikir,bahawa rezeki manusia telah Allah tetapkan bahagian masing2 sejak kita di dalam rahim lagi.bukanlah bererti kita tidak perlu berusaha tetapi jangn pula sehingga kwajipan pdNya diabaikan.

bila kita ditimpa keuzuran,sering kita runsing dan risau kan hilangnya nikmat sihat ini.waktu ni,mula lah sibuk mencari doktor hatta bomoh untuk memastikan penderitaan juga kesakitn yang dialami sembuh secepat mungkin,tak sabar rasanya ingin mengecapi kembali nikmat sihat yang telah dipinjamkan sementara itu yang telah dihabiskan dan disia2kan dgn melakukn kerja yang sia2 dan kemaksiatan.sehingga berhabis ratusan hattan ribuan ringgit untuk membeli kembali nikmat kesihatan itu.kenapa tidak kita merendahkan diri berdoa dan bertaubat padaNYA agar disembuhkan segala kesakitan dan diampunkan segala dosa2 yang telah kita lakukan selama ini .Mungkin penderitaan yang kita alami adalah kafarah atas segala dosa2 kita .adakah kita sedar semua ni?kita sibuk mencari penawar untuk menyembuhkn tetapi kita lupa pula kpd yang menyembuhkan.


tak perlulah saya jelaskan panjang lebar mengenai kisah ank kecil ni,sama2lah kita fikirkan apa istifadah yang boleh kita ambil dari kisah ini sebagai panduan dan ingatan bersama.
begitu juga pada hal2 yang lain.yakin dan bertawakl lah padaNYA .Sesungguhnya Dia menyukai orang2 bertawakal.tetpi jgn pula kita slah gunakan konsep tawakal.Berusaha dulu kemudian berdoa dan bertawakallah padaNya.InsyaAllah ,Dia tidak akan menghampakan permintaan juga Doa hambanya yang briman dan berdoa bersngguh2 padaNya dengan Sabar dan Solat.Renung2lah kembali,adakah sudah cukup keyakinan dan pengharapan kita PadaNya sehingga kita merasakan cukuplah Dia segalanya.??? Wallahualam

Bersabarlah,sesungguhnya Alah mengiringi kesusahan dengan kemudahan.Mudah2an
kesusahan itu akn lenyap dengan segera

Friday, March 30, 2007



“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?
Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?



Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.



Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah
menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan
halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa
yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???
"

Jika Allah kasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".


Kasih Sayang Allah








"Tanda
.-tanda kasih sayang Allah SWT









1
) Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam. Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya; “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.”

2) Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seorang kekasih menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutamakan yang lain berbanding dirinya sekalipun mereka pun mempunyai keperluan sendiri.”


3) Tenggelam dalam zikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan sentiasa mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah ialah suka mengingatinya (zikir), sukakan Al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4) Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepda Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepadaNya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebih baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kaih sayangnya??

5) Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6) Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid; “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”


7) Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah; ertinya: “Orang-orang yang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka.” Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah. Kasihnya disertai takut di bawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang mengatakan takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauhkan diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w, ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku.” Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah ketika mendengar potongan ayat, ertinya: “Alangkah jauhnya kaum Thamud. Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaum Thamud”

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.


Saudaraku, sama-samalah kita gapai cinta Allah yang abadi. Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. Sertai mereka dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikan hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.
Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu... "

Kematian kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tuesday, March 27, 2007


DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu.
Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"assalmualaiku, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di

Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani

menegurku. Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan
serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku
sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar
langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet
train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang
layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku
sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak. Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya
tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus
menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut
hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis
Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang
hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan
membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.
Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini
menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali
astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa
namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk
dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung
tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita
selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya
angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan
ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan
matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, Kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya
pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan
ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak
perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan
kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre
Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah. Aku masih
unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia
yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di
negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum
berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan
pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya
dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman
peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami
pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam
yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?"
Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi
jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur.
Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi
itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan
kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit
dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa
yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,
lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia
dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas.
Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai
penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu
diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka
tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak
dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia
terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar,
hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin
supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila
datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli
menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke
sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada
restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan?
Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita
sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu.
Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul
Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri
dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus
untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangny a. Mukanya
jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis,
sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya
telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa
ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...
Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya.
Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan
makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati
makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. ye!
Jijiknya. Ah. Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam
goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu
dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin
lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri
bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di
sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit
..malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun
tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin
yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah
kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita
ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula
terima sedekah kita."keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi
"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan
harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada
bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah
bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk
kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan.
Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun
makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada
pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf
tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap
pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau
dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!"
bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak
dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.
Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum
kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam
aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu
hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil.
Percuma...
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang
ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.
Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu
kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan
kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah
atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam
skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN
NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk
tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak
mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas
skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya
dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN
JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya
tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?"
tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit
anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran
muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup
rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan
sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan
kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami
halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan
berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar
pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana
takutkan seksa Neraka."
"Ah. Aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk
Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan
menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini
tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter
dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang
jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA
GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan
perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan
berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar
tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba
meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya
hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah. Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, untuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak
mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya
.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG... ..ITULAH JANJI ILAHI"