Saturday, February 21, 2009

rUMpUT $ pErsAHaBAtan

Cikgu:Hari ni kita akan belajar erti kasih sayang dan persahabatan..

Pelajar:Macam mana kita nak menilai tu semua?

Cikgu:Senang saja ,kamu pergi ke padang rumput..cari rumput yg paling cantik sekali.dengan syarat,jgn sesekali pandang ke belakang selepas kamu cabut.

Pelajar tadi pergi ke padang dan mencari rumput yg paling cantik. Dia mencabut satu rumput yg dia rasakan cantik. Tetaapi di sebabkan padang rumput itu dia rasa luas lagi,dia mencampakkan semula rumput tu ke tanah..dan teruskan perjalanan mencari rumput yg lebih cantik.tapi, hingga ke hujung padang,dia tidak dapat jumpa satu pun rumput yang lebih cantik dr yg sebelumnya.

Cikgu: Sudah jumpa?

Pelajar: Ada,saya sudah cabut satu.tapi sy campak semula sebbb sy rasa ada yg lebih cantik dari yg sy cabut tadi.tp bila sy sampai ke hujung padang,saya tak dapat jumpa yg lebih cantik dari yg sebelumnya.lagipun cikgu tak benarkan saya pandang ke belakang semula.

Cikgu:Itulah,manusia tida pernah menghargai apa yg kita pernah ada,selalu nak lebih dari apa yg ada.padahal rumput tu semua sama,bayangkan lah padang rumput tu besar mane je kalau nak di bandingkan ngan dunia ini,tp apabila kita cepat ambil keputusan yg kita tidak fikir panjang,banyak perkara yg kita terlepas pandang,bila dah jumpa yang lebih baik,yg lama selalu ditinggalkn,bila dah kehilangan apa yg kita ada dulu,barulah rasa menyesal.

Friday, February 20, 2009

-AiR mAtA-



"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita...
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah..."

Thursday, February 19, 2009

nAsiHat UnTUKmU-1-

(1)"Wahai anakku, Jangan sesekali syirik kepada Allah,

Wahai anakku,

Perkara pertama yang ingin. Aku pesankan kepadamu ialah amaran besar dari Allah, iaitu jangan sekali-kali melakukan perbuatan syirik, sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad di hatimu. Kerana inilah akan menghancurkan segala-gala yang kamu ada sama ada di dunia atau diakhirat.

Wahai anakku,

Perhatikanlah, renungilah dan fahamilah dengan sebaik-baiknya apa yang difirmankan oleh Allah;


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun dosa orang yang melakukan syirik terhadapnya, dan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang dikehendakinya”
Setiap ibubapa sangat bimbang dengan dosa ini. Inilah sebesar-besar dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Oleh itu, jagalah dirimu dari unsur syirik, kerana tiada nilai air mata darah dan tiadalah penyesalan seorang ibu bilamana anaknya sirik kepada Allah. Oleh itu kamu seharusnya mengetahui dan mendalami apakah syirik itu, agar kamu benar-benar faham tentang bahayanya.

Wahai anakku, Lukmanul Hakim berpesan;
“Wahai anak kesayanganku, jangalah sesekali kamu syirik kepada Allah, kerana sesungguhnya syirik itu dosa yang sangat besar”. Perhatikanlah wahai anakku, Lukmanul hakim sewaktu berpesan kepada anaknya terlebih dahulu memanggil anaknya dengan kata-kata ‘yabunayya’, maka dengan kata-kata itulah aku memanggilmu, wahai anak kesayanganku… janganlah sekali-kali kamu syirik kepada Allah, kerana itulah sebesar-besar dosa dan azab yang mengekalkan sesaorang dalam neraka selama-lamanya.

Wahai anakku.

Syirik itu bukan sahaja menyembah patung berhala, bukan sahaja menyembah kubur keramat, bukan sahaja menurun di tempat yang dianggp keramat. Tetapi wahai anakku, syirik itu bilamana kamu merasa ada yang lain yang besar, lebih mulia lebih agung dari Allah. sama ada pada penciptaan, peraturan, undang-undang, rujukan dan lainnya. Oleh itu wahai anakku. Jagalah dirimu dengan payung ilmu dan iman. Dan doalah kepada Allah agar diselamatkan kamu dari bahaya yang sangat besar ini.

Wahai anakku,
Aku sangat khuatir tentang bahaya cinta yang sedang melanda remaja kini, sehingga mereka sudah tidak lagi mempedulikan nilai agama. Nila ibubapa dan saudara. Oleh itu, wahai anakku. Kamu hendaklah mengambil panduan al-Qur’an dalam mengatur perasaan cintamu. Kerana Allah menyatakan “ jangalah kamu kahwini orang musyrik walaupun kamu rasa taajub dengan kecantikan dan layanannya, sehinggalah ia beriman, dan wanita yang hitam yang beriman lebih baik dari musyruik”.

Wahai anakku,

Betapa nilai iman sangat rendah dizaman kamu ini. Kamu dilingkungi oleh manusia yang tidak menilai lagi erti iman, lantaran itu dunia sangat besar bagi mereka. Aku khuatir kamu akan bersama dengan mereka, lalu kamu hanyut dengan duniawi yang menenggelamkan kamu. Wahai anakku, berhati-hati dengan pengaruh cinta kamu kepada makhluk, kerana ia hanyalah sementara sahaja, kamu tidak akan kekal dengan cintamu selagi mana kamu menjauhi diri kamu denga Allah.

Sedarlah wahai anakku, bahawa cinta sejati hanyalah cinta Ilahi, dan kerana itulah kita dilahirkan. Kita dicipta di atas cinta Tuhan kita, dibesarnya dengan kasih sayang dan kesihanbelasNya. Lihatlah betapa sayangnya dan cintanya Allah kepada kita. Lantaran itu, jangan kamu tukarkan cinta kekekal ini dengan cini sementara duniawi yang akan lenyap bersama lenyapnya kasih sayang manusia.


Wahai anakku,
Kamu perlu sedar kasih sayang kedua ibubapamu kepada kamu. Tentu kamu tidak dapat menilainya selagi mana kamu tidak merasai kasih sayang keduanya. Atau kamu mula membesar cinta orang lain dalam hati kamu dari mereka. Wahai anakku, sayang seorang ibu dan ayah tidak akan dapat dijual dan dinilai.

Quran hanya menyatakan dalam bentuk dia “ wahai Tuhanku, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menyanyagiku sewaktu aku masih kecil”, wahai anakkua rasailah bagaimana sayangnya kedua ibupa kepada anak dengan menilai kasih sayang mereka kepada adik-adikmu, kerana begitulah sewaktu kami masih kecil dulu. Kini segalanya berpindah kerana kamu telah dewasa,, telah matang dan ibumu perlu mendidikmu kepada persiapan itu.
Wahai anakku,
Aku ingin meluahkan kebimbanganku betapa ramai yang tinggal agama Islam ini kerana cintanya, dan aku harap engkau memahami semua ibubapa akan menagisi kehilangan anaknya, tetapi kehilangan aqidah lebih besar parahnya dari kematian yang berulang. Oleh itu, wahai anakku, peliharalah kasihsayang mu terhadap islam keran ianya satu-satu agama yang mempunyai nilaian di sisi Allah. Kuatkan tekadmu bagi memahami kalimah Allah “: Sesiapa yang mengambil selain dari Islam sebagai diennya, maka ia tidak akan diterima, dan diakhirat nanti ia termasuk dalam golongan yang rugi”.

Wahai anakku,
Murtad adalah dosa yang sangat besar. Peliharalah dirimu dari dosa ini dan aku ingin kalau engkau sentiasa membasah lidahmu dengan doa yang ditinggalkan oleh kekasih kita Rasulullah “ Wahai Tuahnku. Aku berlindung dariMu dari melakukan sebarang perbuatan syirik secara sedar, dan aku mohon keampunanmu kalau ianya terjadi secara yang aku tidak sedar”.

Waha anakku..
Tentu engkau ketahui betapa banyakkan tangisan nabi Nuh terhadap anaknya yang murtad, demikian juga tangisan nabi Lut. Tangisan seorang ayah yang menyaksikan anaknya yang murtad.
Betapa sedih seorang ayah yang menyaksikan anaknya tenggelam dalam air banjir dunia dan lebih sedih bilamana ia berkata “ Ya Allah, selamatkan anakku, kerana ia dari keturunanku”,

Namun Allah menjawab “ Ya Nuh, dia bukan dari keturunanmu, kerana ia tidak beriman”. Wahai anakku, darah keturunan bukanlah penghubung sebenar anak dan ayahibu, tetapi aqidah. Maka peliharalah ia dengan sebenar-benarnya.


Wahai anakku,

Cuba kamu bandingkan tangisan Sumayyah yang meyaksikan anaknya diseksa sehingga mati di dalam kekejaman Firaun. Tentunya engkau melihat perbezaanya di dunia, betapa pula di akhirat nanti. Tentulah tangisan mereka bertukar menjadi tangisan kegembiraan bilamana Alah pertemukan mereka dalam satu syurga. Alangkah ‘menyesal’ seorang ibu andainya ia melahirkan anak yang murtad dan syirik.

Wahai anakku.
Aku sentiada mendoakan kepada Allah agar engkau sentiasa dipelihara Allah dari segala dosa yang memisahkan manusia berima dan kufur ini di dunia dan akhirat; bahkan aku sangat mengimpikan agar kita dihimpunkan di dalam satu syurganya nanti, sebagaimana Ia mengumpulkan kita dalam satu rumah di dunia ini. WAHAI Allah perkenankanlah.

Wednesday, February 18, 2009

-Pagi -(~_^)



Sebagai seorang muslim, bagaimanakan cara yang sebenarnya untuk memulakan pagi kita.
Disini ingin saya kongsikan sedikit bagaimana seharusnya seorang muslim itu memulakan pagi dan ahrinya.

Seelok-eloknyanya, bangunlah sebelum subuh untuk mendapat solat sunat tahajud dan kemudian tunaikan pula solat fardhu subuh:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat dua waktu yang sejuk, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Musa al-Asya'ri) iaitu solat subuh.

Adalah lebih baik jika dilakukan pula secara berjemaah bersama rakan di rumah atau di masjid bagi lelaki. Antara keistimewaan solat subuh berjemaah:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia bersolat setengah malam. Barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak) maka seakan-akan dia melaksanakan solat malam selama satu malam." (Hadis riwayat Muslim)

Dan bagi mereka yang solat subuh berjemaah di masjid pula, tidak kurang hebat ganjarannya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat." (Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah) Dalam kegelapan bermaksud solat Isyak dan Subuh.


Sesungguhnya solat subuh adalah antasa solat yang paling sukar untuk dilakukan apatah lagi untuk melakukannya di masjid. Tetapi ia paling dituntut dan amat besar ganjaran bagi sesiapa yang mampu melakukannya:

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Setelah itu, panjangkan kesyukuran pagi ini dengan berzikir sebanyak-banyaknya seperti yang ada di mathurat, boleh cuba untuk istiqamah dengannya. Malah amalan berzikir dan bertasbih di waktu pagi amat dianjurkan di dalam islam.Firman Allah di dalam alquran:

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh, (Ar Ruum 17)


Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: “Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?”. (Al Qalam 28).

Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang, (Thaahaa 130).

Antara zikir-zikir yang boleh di amalkan :

Atau juga zikir ini:
Semoga hari yang bakal kita tempuhi lebih diberkati oleh Allah.inshaAllah..





Monday, February 16, 2009




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya
lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh
itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan
akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sunday, February 15, 2009



Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.).


2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.:

"Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.).

Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah:

"Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.).


3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).


4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah.

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.).

Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.


5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.

Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.

Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.

"




Friday, February 13, 2009


Assalamualaikum warahmatullah..

Dah beberapa hari tak update..tiba-tiba update promosi cerita animasi pula ya..:P
Ustazah tengok cerita karton?uish, ustazah pun manusia juga. Saya sendiri sejak dari kecil di ajar menonton cerita karton sahaja~~ filem-filem hollywood,bollywodd hatta melayuwood,mamnu' khalis di rumah. Ibu saya terlalu menjaga rancangan yang anak-anaknya tonton dirumah. Makanya..setiap petang di TV9, barulah saya dapat menonton tv iaitu cerita-cerita karton, walaupun ketika itu saya sudah di tingkatan 5. Sadis2..=( Dan kini walaupun sudah bergelar mahasiswi, masih lagi membuka youtube dan menonton rancangan karton, ingat pesan mak~~



Berbalik kepada promotion Geng, pasti ramai yang pernah menonton cerita animasi upin ipin sebanyak 18 episod yang tidak silap saya telah ditayangkan pada bulan Ramadhan yang lepas. Walaupun saya dan rakan-rakan tercampak nun di utara Afrika, tapi tetap tidak ketinggalan menonton animasi yang sungguh cute ini. Berita tentang cerita animasi ni di hebahkan oleh kawan-kawan melalui mulut ke mulut dan by passing link di ym. Pertama kali menonton, masyaAllah tabarakallah, ayat pertama keluar dari mulut ini-orang melayu ke buat ni?- Dan yang paling menggembirakan ialah imej masyarakat majmu' yang berjaya ditonjolkan dengan baik dan juga kehidupan kampung dan kehidupan masyarakat Islam yang patuh dengan didikan Islam yang menjadi meseg utama rancangan animasi ini.

Dan baru-baru ini setelah imtihan nihae selesai dan setelah berhempas pulas menghafal dan menghadap kitab-kitab tulisan para ulama', teringin rasanya meregangkan otak seketika mengkhatamkan semula episod2 upin ipin. Sudah berulang kali menonton, masih lagi tergelak sendirian.:P Dan ketika mencari-cari video meraka di youtube, terjumpa pula trailer-trailer filem Geng yang dibintangi oleh upin ipin dan rakan-rakan.



Mizyan..raai' jiddan..menarik dan hebat sungguh filem animasi 3D Geng ini, sehinggakan saya dan roomate menonton trailer dan the making dia saja berulang-ulang kali.Bimakna eh? Maknanya filem ini memang mantap dan hebat. Suka melihat telatah-telatah mereka, riang ria sahaj semuanya. Lagi-lagi superstar Syafiq. Tak sangka Muthu itu adalah suara beliau.:P Melalui the making cerita ini juga, saya dapat lihat betapa teliti dan fokusnya mereka dalam menghasilkan sebuah filem animasi 3d yang benar-benar berkualiti.

Gerak kerja yang dilaukan amat bersistematik.Imej dan pergerakkan setiap karektor juga benar-benar hidup. Dari segi warna dan bunyi pun amat memuaskan. Bukan tangkap muat tetapi memang benar-benar teliti dan kemas hasil kerja anak-anak melayu yang sungguh kreatif ini. Cuma bagi saya, kalau imej Kak Ros yang bertudung di siri upin ipin dapat dikekalkan, lagi molek rasanya, sebab di Geng, kak Ros dah tak bertudung pula padahal rancangan upin ipin berepisod dia bertudung pula. Sengaja mahu mereka membawa imej Melayu Islam yang terbaik. Bukan sahaja menghiburkan, malah membawa meseg yang amat positif sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Berbanding cerita Shin Chan yang rasanya tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan bawah umur.


Tak salah saya rasa promote cerita ini , yang sudah tentu sesuai untuk di tonton semua lapisan masyarakat dan umur,ustaz ustzah pun boleh menonton seisi keluarga. Tidak mahu ke pawagam?(saya sndiri tidak pernah ke pawagam~~~) Tidak menjadi masalah, boleh tunggu DVD filem ini dijual di pasaran.Pastikan yang original ya. Sokonglah hasil tangan anak-anak muda tempatan yang kebanyakkanya anak-anak melayu. Amat kagum dengan mereka. Semoga mereka akan dapat menaikkan nama negara di mata dunia. Apa lagi krew2 Les' Copaque, cepat-cepatlah terbitkan DVD filem ini di pasaran.

Sengaja mempromosi filem ini, supaya ramai yang akan menontonnya dan sudah menonton nanti jangan lupa kongsi pandangan kalian tentang filem ini dengan saya dan rakan-rakan yang tidak dapat menonton full filem ini. Untuk akhirnya, semoga mereka dapat mencapai target jualan tiket rm10 juta dan kalau boleh lebih dari itu. Supaya industri animasi di Malaysia dapat dinaik tarafkan lagi setanding dengan negara-negara barat dan akhirnya membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada anak-anak muda dan mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam selama ini. Mungkin satu hari nanti, Upin Ipin akan menjadi satu fenomena animasi yang hebat seperti Mickey Mouse, Hello Kitty dan lain-lain..aminn inshaAllah



Ha! dan kesempatan ini saya juga ingin mempromosi kepada semua mahasiswa mahasiswi untuk bersiap sedia menyerbu maarid kutub tidak lama lagi, marilah sama-sama berusaha untuk khatamkan kitab-kitab fekh, hadisth ,tafsir pula k. Kita juga punya tanggungjawab yang besar..=)




Sunday, February 8, 2009

Wanita Muslimah @};--


Assalamualaikum warahmatullah.. beberapa hari yang lepas, saya telah berkongsi gambar-gambar suasana dan keadaan di universiti kesayangan saya di blog ini untuk tatapan semua untuk mengenali tempat di mana saya dan rakan-rakan seperjuangan menghabiskan hampir separuh dari kehidupan kami di sina dengan mencari,menuntut dan merebut ilmu-ilmu Allah yang maha luas.

Ramai pula yang memberi respon, walhal saya cuma meletakkan gambar sahaja. Sesekali teringin pula bergurau-gurau dan merepek sikit-sikit di bog saya ini. Terhibur juga rasanya melihat celoteh dan gurauan akan-rakan dan pengunjung di blog ini. Terima kasih saya ucapkan. Jangan segan-segan untuk berkunjung dan meninggalkan komen di sini lain kali ya.=) InshaAllah, pada hari ini saya ingin berkongsi pula nasihat yang berguna untuk WANITA MUSLIMAH diluar sana juga untuk diri saya sendiri. Khas juga posting ini saya tujukan untuk adik-adik tersayang yang setia mengunjungi blog saya ini. Semoga kalian bakal menjadi serikandi islam yang sejati dan solehah,InshaAllah.

:10 نصائح للفتاة المسلمة وهي


النصيحة الأولى:
المرأة المسلمة تؤمن بالله عز وجل رباً، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياً، بالإسلام ديناً، وتظهر آثار الإيمان عليها قولاً وعملاً واعتقاداً، فهي تحاذر غضب الله تخشى أليم عقابه ومغبة مخالفة أمره.

Wanita muslimah itu beriman kepada Allah sebagai tuhannya, Muhammad sebagai rasulnya, Islam
sebagai agamanya, dan terzahir keimanannya itu pada perkataannya, perbuatannya dan pegangannya. Dan wanita muslimah itu juga takut pada kemurkaan dan azab Allah juga takut untuk mengingkari perintahNya.

النصيحة الثانية:

المرأة المسلمة تحافظ على الصلوات الخمس بوضوئها وخشوعها فى وقتها، لايشغلها عن الصلاة شاغل، ولايلهيها عن العبادة ملة، فتظهرعليها آثارالصلاة، فإن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر، وهي الحرز العظيم من المعاصي.

Wanita muslimah itu menjaga sembahyang lima waktu dengan menjaga wuduknya dan khusyuknya di awal waktu. Maka akan terlihatlah ke atasnya kesan-kesan dari solatnya . Kerana sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar juga menjaga diri dari perbuatan maksiat.

النصيجة الثالثة:
المرأة المسلمة تحافظ على الحجاب وتتشرف بالتقيد به، فهي لا تخرج إلا متحجبة تطلب ستر الله وتشكره على أن أكرمها بهذا الحجاب وصانها وأراد تزكيتها. قال سبحانه: (يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن } [الأحزاب: 59].

Wanita muslimah itu menjaga dirinya dengan berhijab, dan tidaklah ia keluar melainkan dengan berhijab dan menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh syara' .

النصيحة الرابعة:
المرأة المسلمة تحرص على طاعة زوجها فتلين معه وترحمه وتدعوه إلى الخير وتناصحه وتقوم براحته ولا ترفع صوتها عليه ولا تغلظ له في الخطاب. وقد صح عنه عليه الصلاة والسلام أنه قال: "إذ صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وأطاعت زوجها دخلت جنة ربها".

Wanita Muslimah itu taat kepada suaminya , menyayanginya dan mengajak juga menasihatinya kepada kebaikkan, memjadikannya tenang dan selesa juga tidak meninggikan suara ke atasnya.

النصيحة الخامسة:

المرأة المسلمة تربي أطفالها على طاعة الله تعالى، ترضعهم العقيدة الصحيحة، وتغرس في قلوبهم حب الله عز وجل وحب رسوله صلى الله عليه وسلم وتجنبهم المعاصي ورذائل الأخلاق، قال سبحانه: {يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاط شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون } [التحAlign Rightريم: 6

Wanita Muslimah itu mendidik anak-anaknya untuk mentaati Allah dan mendidik mereka dengan pegangan yang betul(Islam) juga menanamkan pada hati-hati mereka rasa cinta kepada Allah dan sayang kepada Rasul dan menjauhi mereka dari kemaksiatan dan keruntuhan akhlak.

النصيحة السادسة:
المرأة المسلمة لا تخلو بأجنبي، وقد صح عنه عليه الصلاة والسلام أنه قال: "ما خلت امرأة برجل إلا كان الشيطان ثالثهما"، وهي لا تسافر بلا محرم ولا تجوب الأسواق والمجامع العامة
إلا لضرورة، وهي متحجبة محتشمة متسترة.

Wanita muslimah itu tidak bersendirian dengan bukan muhrimnya. Benarlah seperti sabda baginda, tidaklah bersendiriannya seorang wanita dengan seorang lelaki melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga.

النصيحة السابعة:
المرأة المسلمة لا تتشبه بالرجال فيما اختصوا به. وقد قال عليه الصلاة والسلام: "لعن الله المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال " ولا تتشبه بالكافرات فيما انفردن به من أزياء وموضات وهيئات،وقد قال عليه الصلاة والسلام: "من تشبه بقوم فهو منهم " (3). حديث صحيح.

Wanita Muslimah itu tidak menye
rupai lelaki pada sifat-sifat yang dikhaskan untuk lelaki. Dan sesungguhnya telah bersabda baginda, Allah melaknat lelaki yang menyerupai wnaita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Juga tidak menyerupai wnaita-wanita kafir. Seperti sabda baginda, "Sesiapa yuang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka".

النصيحة الثامنة:
المرأة المسلمة داعية إلى الله عز وجل في صفوف النساء بالكلمة الطيبة، بزيارة جاراتها، بالاتصال بأخواتها بالهاتف، بالكتيب الإسلامي، بالشريط الإسلامي، وهي تعمل بما تقول وتحرص أن تنقذ نفسها وأخواتها من عذاب الله تعالى، صح عنه عليه الصلاة والسلام أنه قال: "لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم "

Wanita Muslimah itu menyeru dan mengajak para wanita untuk beriman kepada Allah dengan seruan
dan kalam yang baik , dengan menziarah jiran-jirannya, dengan bertanya khabar saudara-saudaranya. Dan dia beramal dengan apa yang dikatakan dan bersungguh-sungguh untuk melepaskan dirinya dan saudara-saudaranya daripada azab Allah.

النصيحة التاسعة:
المرأة المسلمة تحفظ قلبها من الشبهات والشهوات، وعينها من الحرام، وأذنها من الغناء والخنا والفجور، وجوارحها جميعا من المخالفات، وتعلم أن هذا هو التقوى. وقد صح عنه عليه الصلاة والسلام أنه قال: "استحيوا من الله حق الحياء، ومن استحيا من الله حق الحياء حفظ الرأس وما وعى، والبطن وما حوى، ومن تذكر البلى ترك زينة الحياة الدنيا".

Wanita Muslimah itu menjaga hatinya daripada perkara yang syak dan syahwat.


النصيحة العاشرة: وأخيرة ...
المرأة المسلمة تحفظ وقتها من الضياع، وأيامها ولياليها من التمزق، فلا تكون مغتابة
ثمامة ستابة لاهية ساهية، قال سبحانه: {وذر الذين اتخذوا دينهم لعبا ولهوا وغرتهم الحياة الدنيا} [الأنعام:70]، وقال تعالى عن قوم ضيعوا أعمارهم أنهم يقولون: {يا حسرتنا على ما فرطنا فيها} [الأنعام: 31].

Wanita Muslimah itu menjaga waktunya daripada terbuang sia-sia.


Assalamualaikum..
Atas permintaan adik2 ku syg.. saya ingin berkongsi suasana dan gambar-gambar di universiti untuk tatapan bersama... Morocoo ni, bukan semua orang tahu dan kenal.ada yang kata moscow lah, ada juga yang langsung tak kenal.. saya sendiri sebelum datang..pun bukan kenal MOROCCO ni di mana ..mana lah letaknya...bagaimanalah orangnya.. dan berbagai lagi persoalan yang berlegar-legar di fikiran yang semuanya hanya terjawab setelah menjejakkan kaki di bumi Morocco atau Maghribi ini sendiri...

Semalam ke universiti untuk melihat keputusan peperiksaan , sambil-sambil tu,sempat melayan roomate bergambar sakan sementara universiti kosong dan lengang..bolehlah berposing maut..:P Lalala..riang ria ke Universiti..tatkala hujan turun rintik2...(berdebar sebenarnya nk tgk result ni~~)
erm,erm,erm..binti Mansor NurHanisah..mana ya..(nama ayah yang mula2..mcm nk tengokkan result ayah sayalah pula..huhu)


Result2 yang ditampal....
Dalam bahasa France,pening. Ditampal merata2, pening kuasa dua~~~
(kalau lambat tengok,inshaAllah,esok2 adalah "hantu" yang akan mencabutnya)Di tingkat bawah Universiti..
Di dalam kelas..



Di dewan kuliyah/ mudarraj

Perjalanan ke universiti yang penuh liku..lengangkan?
wah~~macam kat luar negara la..:P pertukran musim..habis botak pokok2..


Sunyi~~sepi~~ baring tengah jalan pun tak pe..dh ajak dila dah,tapi dila tak nk sebb tak bw bantal dn mazafir/lihaf..aih~~.tolong jgn percaya~~:P
(sebelah kanan adalah universiti,kalau terus tu adalah jalan pulang)
Universitiku..Syurgaku~~(~_^)

p/s:Terima kasih diucapkan kepada roomate tersayang atas kebenaran meletkkan gambar beliau di sini..fotogenik lah awak ni..ihik2:P