Wednesday, February 18, 2009

-Pagi -(~_^)



Sebagai seorang muslim, bagaimanakan cara yang sebenarnya untuk memulakan pagi kita.
Disini ingin saya kongsikan sedikit bagaimana seharusnya seorang muslim itu memulakan pagi dan ahrinya.

Seelok-eloknyanya, bangunlah sebelum subuh untuk mendapat solat sunat tahajud dan kemudian tunaikan pula solat fardhu subuh:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat dua waktu yang sejuk, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Al-Bukhari daripada Abu Musa al-Asya'ri) iaitu solat subuh.

Adalah lebih baik jika dilakukan pula secara berjemaah bersama rakan di rumah atau di masjid bagi lelaki. Antara keistimewaan solat subuh berjemaah:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia bersolat setengah malam. Barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak) maka seakan-akan dia melaksanakan solat malam selama satu malam." (Hadis riwayat Muslim)

Dan bagi mereka yang solat subuh berjemaah di masjid pula, tidak kurang hebat ganjarannya:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berikanlah khabar gembira kepada orang yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat." (Hadis riwayat al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah) Dalam kegelapan bermaksud solat Isyak dan Subuh.


Sesungguhnya solat subuh adalah antasa solat yang paling sukar untuk dilakukan apatah lagi untuk melakukannya di masjid. Tetapi ia paling dituntut dan amat besar ganjaran bagi sesiapa yang mampu melakukannya:

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Setelah itu, panjangkan kesyukuran pagi ini dengan berzikir sebanyak-banyaknya seperti yang ada di mathurat, boleh cuba untuk istiqamah dengannya. Malah amalan berzikir dan bertasbih di waktu pagi amat dianjurkan di dalam islam.Firman Allah di dalam alquran:

Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh, (Ar Ruum 17)


Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: “Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?”. (Al Qalam 28).

Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang, (Thaahaa 130).

Antara zikir-zikir yang boleh di amalkan :

Atau juga zikir ini:
Semoga hari yang bakal kita tempuhi lebih diberkati oleh Allah.inshaAllah..





0 comments: