Friday, March 30, 2007



“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?
Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?



Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.



Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah
menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan
halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa
yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???
"

Jika Allah kasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".


Kasih Sayang Allah








"Tanda
.-tanda kasih sayang Allah SWT









1
) Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam. Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya; “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.”

2) Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seorang kekasih menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutamakan yang lain berbanding dirinya sekalipun mereka pun mempunyai keperluan sendiri.”


3) Tenggelam dalam zikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan sentiasa mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah ialah suka mengingatinya (zikir), sukakan Al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4) Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepda Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepadaNya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebih baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kaih sayangnya??

5) Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6) Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid; “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”


7) Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah; ertinya: “Orang-orang yang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka.” Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah. Kasihnya disertai takut di bawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang mengatakan takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauhkan diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w, ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku.” Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah ketika mendengar potongan ayat, ertinya: “Alangkah jauhnya kaum Thamud. Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaum Thamud”

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.


Saudaraku, sama-samalah kita gapai cinta Allah yang abadi. Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanfaat untuk orang lain. Sertai mereka dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikan hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.
Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu... "

Kematian kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tuesday, March 27, 2007

Daruk Takwa Dan Datuk Johar


DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu.
Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"assalmualaiku, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di

Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani

menegurku. Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan
serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku
sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar
langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet
train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang
layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku
sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak. Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya
tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus
menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut
hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis
Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang
hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan
membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.
Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini
menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali
astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa
namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk
dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung
tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita
selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya
angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan
ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan
matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, Kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya
pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan
ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak
perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan
kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre
Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah. Aku masih
unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia
yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di
negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum
berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan
pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya
dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman
peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami
pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam
yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?"
Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi
jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur.
Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi
itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji
Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan
kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit
dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa
yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,
lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia
dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas.
Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai
penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di
Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu
diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka
tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak
dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia
terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar,
hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin
supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila
datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli
menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke
sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada
restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan?
Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita
sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu.
Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul
Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri
dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus
untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangny a. Mukanya
jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis,
sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya
telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa
ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...
Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya.
Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan
makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati
makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. ye!
Jijiknya. Ah. Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam
goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu
dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin
lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri
bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di
sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit
..malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun
tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin
yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah
kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita
ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula
terima sedekah kita."keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi
"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan
harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada
bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah
bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk
kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan.
Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun
makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada
pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf
tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap
pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau
dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!"
bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak
dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.
Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum
kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam
aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu
hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil.
Percuma...
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang
ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.
Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu
kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan
kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah
atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam
skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN
NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk
tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak
mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas
skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya
dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN
JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya
tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?"
tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit
anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran
muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup
rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan
sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan
kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami
halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan
berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar
pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana
takutkan seksa Neraka."
"Ah. Aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk
Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan
menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini
tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter
dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang
jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA
GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan
perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan
berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar
tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba
meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya
hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah. Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, untuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak
mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya
.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG... ..ITULAH JANJI ILAHI"

Rambut ,Mangkuk Dan Madu


RAMBUT,MANGKUK DAN MADU...


Assalamualaikum w.b.t.

Kisah dan Tauladan.. Mangkuk yang cantik, Madu dan sehelai Rambut Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu :
Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah
SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu idangkan, sehelairambut terikut di dalam manguk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu Mangkukyang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang antik ini,orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih
susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, :
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
seorangraja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata:
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lbih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmuyangdimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali
pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata:
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan
mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata:
"seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata:
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta,dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku
adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". moga-moga ada imbalan dan pengajarannya...Insya-Allah



"Memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu, berfikir terlalu jauh itu,boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri."


BANYAK KETAWA,MATI JIWA


"SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk
bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin
Quraisy dalam Perang Uhud. Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, Ayat 82). Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi
berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini. Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran. Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara
itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama. Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri. Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah). Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita jangan banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita. Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif
daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka
membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'lah pernah berkata: Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambaNya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.
Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata; sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku, maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.


"

Bersyukurlah kepada ALLAH atas kebaikan yang diberiNya,
Bersedihlah dengan dosa,
Bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah ALLAH S.W.T. setiap masa.....

MUHASABAH DIRI(peringatan bersama)

‘ Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran ’


Wahai sahabat …..

? Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ?
? Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ?
? Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ?
? Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ?
? Adakah anda membaca ayat-ayat al-Quran pada hari ini ?
? Adakah anda membaca Ma ‘thurat pada hari ini ?
? Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ?
? Adakah anda menjalankan dakwah untuk oprang lain ?
? Adakah anda melakukan amal ma ‘ ruf nahi mungkar ?
? Adakah anda membaca buku-buku islam ?
? Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ?
? Adakah anda menagmbil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ?
? Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ?
? Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ?
? Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ?
? Adakah anda memikirkan tenyang hari akhirat ? Di manakah kedudukan anda , Syurga
@ Neraka ?
? Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ?
? Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa
Penuh harap terhadap Allah ?
? Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ?
? Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa , terutamanya dalam urusan Fardhu ?
? Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur ?
? Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ?
? Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ?
? Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T

Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini…..sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya , perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya , maka pertingkatlah ! Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya ……..



jika dunia ini adalah suatu persinggahan,mengapa tidak kita memperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?kerana kita cuma ada satu persinggahan saja..

JIKA ENGKAU TAHU

BUAT TATAPAN KALIAN SEMUA..SEMOGA MENJADI RENUNGAN KITA BERSAMA...INSYA-ALLAH...

jika engkau sedar akan mati...engkau akan bersedia hidup untuknya...

jika engkau tahu negeri abadi itu...nescaya engkau akan berusaha di dunia ini...di sana engkau akan makan hasilnya...

jika engkau tahu apakah syurga neraka tempatmu...nescaya akan tiada masa untuk ketawa...nescaya engkau akan bermandi dengan air mata...

jika engkau sedar mati itu datang tiba-tiba...mungkin hidup untuk esok pun belum tentu lagi...nescaya urusan Tuhanmu tiada penagguhannya...

jika engkau kenal dirimu sendiri...tidak akan sempat engkau melihat kesalahan org lain...betapa pula untuk menceritakannya...

jika engkau tahu tiap-tiap haram itu neraka padahnya...yang halal itu akan diperiksa...nescaya engkau akan berzuhud di dunia ini...

jika engkau tahu penderitaan di akhirat ...nescaya penderitaan di dunia ini tidak akan menyusahkan engkau...

jika engkau tahu betapa nikmat syurga itu...nescaya engkau tidak akan terpesona dengan melihat dunia...


SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI...

"
"

7PERKARA GANJIL MAYAT

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan. Aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama. Aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam. Aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua. Aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

"



HIKMAH BERDIAM DIRI


Assalamualaikum wbt...

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH ,
TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

HIKMAH BERDIAM DIRI

Assalamualaikum wbt...

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH ,
TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR

"Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang
ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*


JANGAN ADA BENCI


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.

MENJANA KEHEBATAN DIRI DALAM PERGAULAN

- oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.

Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap

orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:


"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Wallahu a'lam bissawab.


SEBAIK-BAIK WANITA(panduan utk dak2 v.j):P


Wanita solehah adalah baik akhlaknya serta menjalani
segala yang diperintah Allah SWT. Sifat-sifat wanita
solehah adalah seperti :

1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling
cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya
(fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak
memandang kepada lelaki lain"

2.MURAH MAHARNYA

" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah
adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang
terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah
maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)

3. MELAHIRKAN ANAK

" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak
digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah
kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan
yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i).
Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka
hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan
kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya
wanita itu boleh melahirkan ramai anak"

p/s:dak2 V.J yg nk anak ramai tu,truskan impian anda.mulia tau impian tu.hehe:P

4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN.

" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu
mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda
kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda
:' Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis,
supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia
bersenda gurau dengan engkau.' "

5.WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA.

" Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun
berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana
ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar.
Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya
tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT

" Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini
keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu
mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda :
'Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana
anakmu nanti akan menjadi kurus' Syahwat itu akan
bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan
kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang
berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat
dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan
perasaan dan syhwat."



Wanita syurga bercahaya.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

DISEBALIK MUSIBAH


"Firman ALLAH swt yang bermaksud:”Dan sesungguhnya kami akan memberikan percubaan sedikit kepada kamu seperti ketakutan , kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan dan sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)

Musibah ialah bencana ,malapetaka atau kecelakaan , juga boleh ditafsirkan sesuatu yang tidak baik, menggugat ketenangan dan mendatangkan penderitaan

Musibah ALLAH swt turunkan bukan sahaja dalam satu bentuk , malah berbagai-bagai bentuk seperti kecelakaan , kesakitan , kekalahan dan sebagainya

Bila musibah itu berlaku…?Wallahualam ,hanya ALLAH swt yang Maha Mengetahui tetapi itulah janji ALLAH swt …kita pasti akan diuji dengan musibah

Namun begitu,tatkala musibah melanda ,berapa ramaikah di antara kita yang mengucapkan syukur dan meredhai musibah yang ALLAH swt turunkan,dengan memanjatkan doa:
“Sesungguhnya kami milik ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH ,Ya ALLAH! Kepada-Mulah aku memberitahu musibah yang aku deritai ini,maka berilah aku ganjaran kerananya dan musibah itu bagiku dengan kebajikan

Ramai diantara kita,apabila dilanda masalah ,barulah kita tersedar daripada lamunan dan kealpaan
Ketika itulah kita sujud menyembah ALLAH,melakukan Qiamullail,memanjatkan doa bahkan menitiskan airmata , beramal ibadat lebih daripada biasa dan kurang berkata-kata kerana berfikir bagaimana untuk menyelesaikan musibah yang melanda

Bukankah setiap kebajikan yang kita lakukan akan dibalas dengan pahala ?Bersabar menempuh segala ujian ALLAH swt juga pastinya dibalas dengan pahala

Sesungguhnya ,tanpa musibah ,kita tidak akan berasa segala macam penderitaan ,kita tidak akan berasa bagaimana untuk mengawal nafsu
amarah ,bagaimana mendidik hati ,bagaimana mencari jalan penyelesaian dan paling penting kita dapat merasakan hanya ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan ,kekayaan,kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui musibah

Sesungguhnya kasih sayang ALLAH swt bukan hanya melalui kegembiraan ,kekayaan , kemenangan dan kesihatan tetapi juga melalui Musibah

Oleh itu marilah kita bersama memperbanyakkan amal ibadat dengan berzikir ,berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Membaca Al-quran ,berqiamullail ,muhasabah diri ,membaca buku-buku ilmiah dan semoga kita sentiasa redha dengan apa jua musibah yang ALLAH swt turunkan kepada kita walaupun amat perit untuk ditanggung
"

Istimewa jiwa pengasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".

PENGORBANAN..


"Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang
jauh,berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di
satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya
mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda
itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan
merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di
situ.

Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang
memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis
tanamannya
musnah, petani itu hilang kesabaran lalu
membunuh kuda yang memakan tanamannya. Apabila terjaga
dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia
mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak
bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu,
dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia
terus meluru ke sebuah rumah berhampiran. Sebaik saja
menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan
berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu
terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orangramai. Pemuda itu dibawa
berjumpa khalifah untuk diadilkan. mengikut hukum
qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah
memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam
sebelum dia dipancung pada jam 5.00 keesokan
petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan
balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu
perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun
pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil
menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti
dibereskan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji
akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.
Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani
itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang
dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman
mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan
datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan
tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju
mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi
tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah.
Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar,
seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith.
Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan
sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya
yang membahayakan diri sendiri.

Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan
pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat
kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat
janji bahawa dia akan pulang semula untuk dipancung
sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham
kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan
mengakibatkan nyawanya tergadai. Ketika ditanya
Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya
dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi
keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada
siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda
asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu
dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula
dikurung di penjara.

Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke
istana khalifah untuk menyaksikan episod yang
mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh
kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang
menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saa t yang
mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam
lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar
dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu
menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi
mangsa.

Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang
lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang
sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar
menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda
itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas
turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana
'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas .
Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih
awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di
tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang
dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa
menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta
anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada
ibunya.

Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan
terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya
sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat
dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak
menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan
suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan
rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu.
Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat
lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR
Peristiwa sebenar ini menggambarkan betapa luhurnya
peribadi individu apabila Islam telah menyelinap di
sanubari mereka.
Seseorang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya demi
menjaga maruah Islam untuk menghulurkan pertolongan
kepada orang yang di dalam kesusahan.
Agama Islam jika diamal dan dihayati sepenuh jiwa dan
raga mampu menjadikan seseorang berakhlak mulia dan
sanggup mati kerana menunaikan janji yang telah
dibuat.
Orang Islam semuanya bersaudara. Sebagai saudara, kita
hendaklah saling bantu-membantu dan sanggup
menghulurkan pertolongan sekiranya saudara kita berada
di dalam kesusahan.
Sebaik-baik mahkamah adalah mahkamah syariat yang 100%
berlandaskan syariat Islam. Hukuman yang dijatuhkan
adalah yang paling adil. Ini adalah kerana hukuman
yang dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan dan
selari dengan perintah Allah. Dia menjadikan segala
sesuatu di dunia ini dan Dialah juga yang maha
mengetahui ubat atau penyembuh segala penyakit sosial.

Dalam Islam, bunuh dibalas dengan bunuh. Inilah
keadilah Allah. Manusia yang tidak mengiktiraf hukuman
Allah dan redza dengan keputusan mahkamah yang sekular
jelas membelakang dan mempersendakan Allah. Hukuman
cara sekular tidak menyelesaikan masalah sosial
malahan menambahkan gejala yang lebih teruk. Banyak
kes berlaku di mana orang tidak bersalah dihukum
dengan amat berat manakala orang yang benar-benar
bersalah bebas sebebas-bebasnya seolah-olah tidak
melakukan sebarang kesalahan. Jika hukuman tidak
muktamad di dunia (tidak ikut hukum qisas/hudud),
mereka akan diseret ke mahkamah Allah di akhirat di
mana mereka akan dihukum seadil-adilnya. Sebaliknya
mereka yang telah dihukum di dunia berlandaskan
syariat Islam, dia tidak akan dihakimkan sekali lagi
di akhirat. .Masyarakat dahulu kukuh memegang
nilai-nilai keIslaman tanpa memgutamakan kepentingan
peribadi, keluarga, kroni dan sebagainya. Allah dan
Rasul
dijadikan keutamaan mengatasi perkara-perkara
lain.Masyarakat sekarang jauh menyimpang dari
norma-norma keIslaman yang tulen. Untuk kembali ke
tahap kegemilangan Islam, perlulah menjadikan Allah
dan Rasul sebagai rujukan.

Wallahu 'Alam.


Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".