Tuesday, March 27, 2007


BANYAK KETAWA,MATI JIWA


"SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk
bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin
Quraisy dalam Perang Uhud. Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, Ayat 82). Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi
berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini. Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran. Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara
itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama. Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri. Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah). Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita jangan banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita. Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif
daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka
membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'lah pernah berkata: Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambaNya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.
Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata; sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku, maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.


"

Bersyukurlah kepada ALLAH atas kebaikan yang diberiNya,
Bersedihlah dengan dosa,
Bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah ALLAH S.W.T. setiap masa.....

9 comments:

muhammad hanif jamaluddin said...

bergembiralah....tapi beringat..
kegembiraan yg melmpau yg blh mnyebabkan kelalaian kita kpada yg maha esa adalah dtegah..sure heboh? blh kah kita bergembira dgn cara bgini?....

NurHanisahBtHjMansor said...

berhibur tiada salahnya kerna iburan itu indah,hanaya pabila salah memilihnya mmbuat kita jd bersalah..

ini adalah salah satu drpd lirik nasyid dr kumpulan raihan yg mana menerangkn bhwa hiburan itu tidak salah asalkn hiburan itu tdk melailaikan dan dpt mndidik jiwa.

sure heboh???blh atau tak???emh,blh buka topik perbincangn tntng topik ni...silalah bg pndpt dan pndgn :)

muhammad hanif jamaluddin said...

la ore tnya dia dia suh bincang lak...;>bg la pndapat dia dlu..

NurHanisahBtHjMansor said...

emh,nk kena bagi dulu k.ok,ana bg akn bg pndgn tp sblm tu cuba anta bg dulu pndgn dan pndpt tntng topik ni.:P

muhammad hanif jamaluddin said...

la tanya kita balik..ish2 emh k sblum tu nak tanya sure hboh ni ada kebaikan x? keburukan? klu ada,antara dua2 mn yg lbh besar? k

NurHanisahBtHjMansor said...

:P sj je nk suh jwb dulu,la ba'sa ana bg pndngn dulu.sure eboh spt
mana yg kita suatu ketika dulu ada ulma' mengataknnya haram.tak silap ulama' perak.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Kita telah mendapati sebuah stesen
televisyen swasta di negara ini telah menganjurkan “Karnival Sure
Heboh” sebagai program tahunannya dengan menjelajah ke seluruh
negara.

Sememangnya karnival tersebut mendapat sambutan di luar
jangka, daripada kalangan kanak-kanak, para remaja, orang-orang dewasa
sehinggalah orang-orang tua turut menyertai program tersebut. Amat
menyedihkan lagi ialah, rata-rata di kalangan mereka itu adalah yang
beragama Islam.

Setelah beberapa siri ianya dianjurkan, program tersebut dilihat lebih
banyak mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat khususnya
golongan anak muda remaja yang masih bersekolah. Secara tidak
langsung ia telah mendatangkan kesan negatif kepada Agama, Bangsa dan
Negara.



Pada hemat saya, para mufti mengatakannya haram berdasarkan majlis pesta nyanyian yang dibuat di sebelah malamnya, ia mungkin kerana waktunya bermula sekitar jam 7 malam yang menyebabkan ramai yang menghadirinya tidak menunaikan solat Maghrib. Ia jelas tergolong dalam hadis sohih “Sempadan di antara seseorang itu Muslim dan (Syirik) Kafir adalah meninggalkan solat” (Muslim, Abu Daud)



Selain itu percampuran di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal menjadikan ia pencetus kepada maksiat dan perzinaan selepas konsert. Ini jelas dari firman Allah yang menyebut : “Dan janganlah kamu mendekati zina” (Al-Isra’ : 32) ; demikian juga hadis : “daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor Babi yang bergelumang kotor dengan tanah” (Riwayat At-Tabrani), terdapat satu lagi hadith nabi yang beerti : “Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).



Antaranya juga Nabi bersabda : “ Mana-mana wanita yang membuka pakaiannya (auratnya) di tempat selian rumah suaminya, melainkan dia telah merempuh (melanggar) tabir dan batas yang ada antaranya dan Tuhannya” ( Riwayat Ahmad, Sohih : Albani, Ghayatul Maram, no 195). Banyak lagi hadis yang menerangkan adab lelaki dan wanita.



Tambahan dari itu, kehadiran di dalam majlis yang penuh maksiat itu akan membantu dan meingkatkan lagi semangat para ahli maksiat untuk menganjurkan lebih banyak program seperti ini. Ia dilarang menurut firman Allah : “dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara yang membawa dosa ..”, demikian juga firman Allah : “ Telah diturunkan kepada kamu al-Quran yang apabila kamu dapati ianya dipersendakan dan diengkari, maka janganlah kamu duduk dalam majlis itu sehinggalah mereka tidak lagi mempersendakan ayat Allah ( An-Nisa : 140)



Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran ke majlis konsert itu sudah tentu bertentangan dengan larangan Allah di atas. Mungkin kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah, para Mufti memfatwakannya sebagai haram.



Adapun, hukum untuk seseorang menghadiri gerai-gerai yang disediakan bersama keluarga untuk membeli belah dan mendapatkan baranagan keperluan dengan harga murah. Ia tertakluk kepada : -

a) Niat lawatan anda ; Sekiranya niat anada benar-nbenar hanya untuk membeli belah dan membawa anak-anak berjalan tanpa melibatkan diri dari yang haram. Maka hukum menjadi harus.

b) Keterlibatan dalam sebarang aktiviti maksiat yang ada di karnival itu atau meninggalkan kewajiiban sebagai Muslim. Seperti menghadiri konsert dan meninggalkan solat lima waktu kerana leka ber’shopping’ atau tidak menutup aurat semasa berjalan dan yang sepertinya. Sekiranya anda hanya pergi mendapatkan barangan atau informasi sebenar (tidak termasuk informasi berkaitan perkara yang jelas haram, seperti informasi gosip dan mengumpat di kalnagn para artis) yang diperlukan kemudian terus balik. Saya kira tiada masalah yang besar tatkala itu.

KESAN-KESAN NEGATIF
· Penyertaan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat
menyebabkan mereka lupa dengan tanggung jawab hakiki sebagai seorang
Islam iaitu menunaikan solat Maghrib kerana telah berkumpul di tempat
tersebut di awal waktu dan leka dengan hiburan yang disajikan kepada
mereka.
· Ketika berlangsungnya program tersebut, kelihatan dengan jelas sekali
percampuran dan pertembungan antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit antara satu sama lain di luar
batasan.
· Persembahan artis jemputan yang memeriahkan lagi “Sure Heboh”
tersebut dilihat sebagai keterlaluan dari segi pemakaian dan tingkah laku
dan mungkin tidak kurang juga tutur kata yang boleh mempengaruhi
minda dan jiwa para remaja untuk mengikutinya.
· Anak-anak remaja membuang masa dengan melepak di sekitar kawasan
terbabit sehingga ke awal pagi tanpa kawalan, tidak terus pulang ke rumah
dan yang paling menyedihkan ialah mereka melakukan perkara-perkara
terkutuk yang amat memalukan.
· Pelbagai kejadian-kejadian buruk yang mungkin tidak disedari, boleh
berlaku antaranya kejadian peras ugut, pergaduhan sesama sendiri,
kecurian, kes ragut, merosakkan harta benda awam dan kenderaan dan
seumpamanya.
· Kebersihan kawasan amat dikesali sekali kerana setelah tamatnya program
tersebut sampah sarap bertaburan di merata tempat kerana tiada rasa
tanggung jawab di kalangan pengunjung dan lebih dahsyat dari itu lagi,
para petugas yang membersihkan kawasan terbabit dikatakan menemui
banyak ‘kondom’ yang sudah pasti digunakan untuk tujuan maksiat.
· Perkara seperti ini amat memalukan negara kita yang mencerminkan
sebagai Islam Hadhari di samping bangsa Melayu Islam yang ramai
menyertainya.
· Aduan-aduan lisan dari para guru bahawa kedatangan pelajar ke sekolah
pada pagi hari Isnin amat menyedihkan bahkan jika hadir ke sekolah pun
para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana
menghabiskan semalaman di tapak-tapak karnival kerana acara kemuncak
karnival berkenaan sering dilakukan pada malam persekolahan.
· Dari sudut perkataan “sure heboh” itu sendiri telah mencacamerbakan
bahasa kebangsaan.
3. SYOR
· Adalah disyorkan agar karnival ini dihentikan sebagai merealisasikan
konsep negara Islam Hadhari.
· Sebagai ketua negara Islam ayat Al-Quran di bawah parlu diambil kira
dalam membuat keputusan terhadap pemberhentian “sure heboh” ini.
 







 !"#$

%& '

“Iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka
bumi nescaya mereka (menjadi agenda utama mereka) mendirikan solat,
menunaikan zakat, menyuruh ma’ruf dan mencegah munkar dan kepada
Allahlah kembali segala urusan.
Al-Haj – ayat 41
· Budaya berhibur yang keterlaluan seperti yang dipaparkan melalui
rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol
dan sebagainya adalah jelas bertentangan dengan hukum syara’. Ini
adalah kerana selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja,
ia juga jelas membelakangkan hukum agama seperti menggalakkan
pergaulan bebas dan percampuran antara lelaki dan perempuan,
pendedahan aurat dan menyelitkan budaya kebaratan. Unsur-unsur seperti
ini sudah jelas bertentangan dengan syariat Islam yang malarang umatnya
supaya menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh menggalakkan
perzinaan sebagaimana dalil yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-
Hadith. Dalam bidang nyanyian pula, nyanyian yang disampaikan tidak
menepati syariat kerana ia terdedah kepada suasana yang boleh
mendatangkan fitnah, unsure-unsur maksiat, keruntuhan moral dan lainlain
perbuatan dosa.

· Budaya seperti ini terang-terang mencabul budaya Melayu dan Islam.
Apakah budaya ini yang kita kehendaki.

· Kita tidak perlu menunggu Fatwa apabila itu merupakan suatu yang jelas
bertentangan dengan kehendak syarak. Seperti mengabaikan waktu
sembahyang, pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram,
pendedahan aurat, berpeluk lelaki dan perempuan adalah haram sekali pun
ia tidak difatwakan.

Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa.

emh,ni sedikit sbyk pndgn dr ana yg diambil jg dr petikn2 dr laman web mufti perak dan seorg ustaz.wallhua'lam

muhammad hanif jamaluddin said...

trima kasih d atas penjelasan yg d buat...ana ckup berstuju dgn apa yg d lontarkan oleh ukht nisah..so xde apa yg perlu ana perjelaskanlagi krana segalany a telah jelas d depan kita..hanya kita yg menentukan hala tuju kita adakah utuk kebaikan atau kemaksiatan..hati2 d setiap langakh anda kerana setiap perbuatan anda akn di persoalkan oleh allah di akhirt elak...hati2 ;>

NurHanisahBtHjMansor said...

alhamdulillah,skrg dah jls.ha,skrg ana nk tau lah pndgn akhi berhubung isu ni.emh..:P

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室