Sunday, November 30, 2008

KeBaHaGIaAn SeOrAnG sUami


KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya….kebanyakkan sekarang tak semua, ada suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…sebahagian.Tidak kurang juga yang wanitanya..

walalhua3lam

bLOGkU


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilllah, bertukar wajah akhirnya blog saya yang satu ini. Sebelum ini sudah beberapa kali saya meng"edit" blog ini menjadi bermacam-macam gaya dan warna juga bentuk dan template. Bukanlah niat di hati untuk suka-suka meng"edit" blog ini, tapi setiap gaya dan warna yang dicuba tidak ada yang berkenan di hati saya ini.Uish2, cerewetnya.. Sebenarnya, wajah terbaru blog saya selarang ini adalah wajah blog saya yang pertama, di awal pembabitan saya dalam dunia blog, inilah rupa, dan gaya blog saya. Tak pernah saya edit blog ini, sehinggalah lahir rasa tamak dalam diri saya untuk menjadikan blog 2 template saya itu kepada 3 template. Malangnya semasa proses mengedit dilakukan, saya telah mendelete gaya dan bentuk blog lama saya tanpa sempat menyimpan atau meng"copy" kod2 blog lama saya agar mudah untuk saya menukar kembali jika gaya baru tidak menepati citarasa saya. Dan ketika dalam proses percubaan, saya telah tersalah langkah, dan wajah dan rupa blog saya hilang dek kecuaian saya, Yang tinggal hanya tulisan2 saya di dalam blog. Innalillah, wal hamdulillah. Diambil tetapi ada yang masih dibiarkan kekal bersama saya.

Dan kini, blog saya telah kembali kepada rupanya yang terdahulu, setelah mengalami proses pembedahan yang rumit, inilah dia wajah baru yang sebenarnya lama.:p Saya masih lagi terfikir hadaf dan matlamat saya membuat blog, bermacam-macam perkara yang ada dalam kepala saya ini, menanti untuk dikeluarkan agar kalam yang berbicara bagi saya, sama macam tajuk blog saya.Ingin berceloteh, malangnya pihak Blog tak menyediakan lagi kemudahan sperti itu di blogspot ini. Mungkinkah akan tercipta? InshaAllah.Kerana saya lebih mudah melontarkan idea melului lisan tapi tidak melalui kalam. Buktinya, sebuah cerpen sulung saya berjudul "MAUT"(boleh ditemui di dalam majalah Sohabah terbitan Biro Rohani juga dilaman penulisan2u dan ruangan Cerpen di krueng.org) mengambil masa berbulan2 lamanya untuk disiapkan. Dan cerpen terbaru(bukan cerpen cintan2 jiwang2 ya) masih lagi tergantung 50%. Ya Allah, malasnya jari ini untuk menaip. Erm.. saya amat malas menulis, tapi ingin mempunyai blog?

InshaAllah,akan saya kerahkan diri ini untuk terus menulis,biarkan tiada seorang pun yang membacanya, saya akan baca.Biarlah tiada seorang pun yang melawatnya, saya akan melawat. Mungkin saya boleh ibaratkan blog ini sebagai perpustakaan maya bagi saya. Sambil2 menaip bahas, boleh menjenguk seketika blog ini untuk membaca semula tazkirah2 yang terdahulu. Sebagai peringatan. Biarpun copy, tapi jika bermanfaat, dan memberikan pula manfaat kepada orang lain, inshaAllah, orang yang menyebarkan dan pemilik asal tulisan itu akan mendapat ganjaran dari Allah. Kerana kita bukanlah insan yang hebat menguasai segala ilmu, yang bukan dalam bidang dan pengetahuan kita, boleh kita ceduk dan kongsi dari insan lain yang ahli dalam ilmu tersebut. Takut nanti, jika kita yang tak tahu menulis perkara yang bukan dalam bidang kita, maklumat dan ilmu sesat pula yang kita sampaikan. Na3uzubillah. Dan mana tahu, ada dikalangan pelayar internet, tiba-tiba terjumpa blog saya ini, dan terbaca salah satu penulisan saya dan ada penulisan di dalam blog ini memberikan kesedaran jua ilmu baru yang tidak ditemui sebelum ini.Tidak mustahil. Kerana saya juga pernah menjadi salah seorang pelayar internet yang tiba-tiba terjumpa sebuah blog dan tercetus kesedaran yang amat mendalam dan pengetahuan baru melalui penulisan blog yang tanpa sengaja ditemui itu.Dan mungkin juga ia akan berlaku pada orang lain? wallahua3lam.

Friday, November 21, 2008

Amalan terbalik


Artikel ini dah lama, tetapi tetap segar. Memperingati diri sendiri

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7.. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??…..

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: ‘Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.’ (Riwayat Bukhari)


Muslimah Dan Aurat

Islam tidak menghalang wanita- wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat seperti yang telah dijelaskan, di samping tidak menjolok mata.

Hamka di dalam Tafsir Al- Azhar berkata: “Tidaklah kesemua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.”

Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya. Sebagai contoh, R. Stevenson telah menulis di dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam.Beliau berkata: “Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: ‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu…? Saya bersimpati dengan mereka……!’

Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah.

Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak untuk menunjuk-nunjuk……? Selepas kami berbincang tentang isu ini, kami dapati, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka dari perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet untuk menarik perhatian kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik jika dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita Barat tadi.

Penonjolan seks di dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak untuk mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen).

Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki….

Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”.

Sunday, November 9, 2008

9November..


Bismillahirrahmanirrahim..

9 November 1988..20 tahun yang lepas..,diri ini hanya sebesar dua tapak tangan ibu dan ayah..Dan pada hari ini,pada tarikh yang sama 9 November 2008,telah genap umur saya 20 tahun.Dah sama besar dengan mak dan ayah pun.Alhamdulillah,saya masih lagi dikurniakan umur yang panjang untuk sekali lagi berjumpa dengan tarikh 9 November untuk kali ke 20.Alhamdulillah.Rasa amat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan..ya lah,walaupun umur 20 itu boleh juga dianggap masih muda,tapi ramai yang tidak sempat mencecah angka 20 ,telah pun diambil nyawanya.Seorang teman sekolah ,sekelas,telah pun kembali ke rahmatullah pada usianya 18 tahun.Betapa ajal itu tidak pernah menunggu dan memilih sesiapa.

Dan pada hari ini,semasa rakan memberikan uacapan dan doa juga hadiah..tiba2 fikiran saya melayang pada ibu tercinta di tanah air.20 tahun dahulu,pada waktu ini,ibu saya sedang berperang dengan kesakitan dan maut,untuk melahirkan anaknya ini.Sepatutnya,semua ucapan dan penghargaan,selayaknya diberikan kepada ibu saya,kerana tanpanya..takkan saya lahir di muka bumi ini,dan takkan berpeluang saya menyambut hari kelahiran yang ke20 pada hari ini.

Di sempena hari yang amat bermakna ini..saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada
HAYATI di JORDAN
dan
ahli2 rumah yang dikasihi.
KAK FI,ZAHIRAH,SUAIDAH,SHAHIRAH,KAK KHADIJAH,ADILAH,AISYAH,ADIK2ku,NOORAZMA,MADIHAH,MUNIRAH, AMANINA

juga untuk orang yang dah wish sbulan lebih awal,atas ucapan,doa dan hadiah yang begitu bermakna bagi saya.Terima kasih juga kepada Kak Fi,Suaidah,Kak Khadijah,Shahirah dan Hayati,yang wish tepat jam 12 tgh mlm 9 November malam.Walaupun sibuk study,tapi alert juga,tepat 12 tgh mlm.terus ada wish dlm inbox msg saya.Syukran lakun.=) Juga kepada yang memberikan hadiah,.tak kisah la kecil atau besar..semuanya memberikan nilai dan makna yang tidak ternilai.Kalau takde expired,memang saya simpan selagi ia boleh bertahan.=pSemoga Allah memelihara,melindungi dan memberikan kebahagian,kecerian juga kejayaan kepada antunna semua saudara ku sekalian juga semoga ukhwah dan kasih sayang kita smeua akan terus utuh hingga ke akhirnya..aminnn


Nak ucap pada family,tak tahu pula,mereka buka ke tidak blog saya ni,tak pe la,nk ucap juga trm ksh,kepada kak long yang sempat lagi nyanyi masa call semalam,juga mak dan ayah yang turut serta menyanyi bersama.Tapi yang penting,terima kasih kepada Mak yang melahirkan diri ini.Ya Allah,peliharalah dan berikanlah kebahgiaan juga keceriaan kepada ibu ku..juga ayahku..aminnn

Dan pada hari ini dan hari2 yang akan datang,saya akan terus dan sentiasa berdoa..Semoga..saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus bertemu 9NOVEMBER yang seterusnya,InshaAllah..

Sunday, November 2, 2008

SEjUk dan SaKiT

Bismillahirrahmanirrahim..

Suhu di Morocco sekarang ini sudah mula menurun dibawah 10 darjah celcius.Dan daripada pengalaman sy sepanjang hampir 3 tahun di sini,ini lah musim sejuk yang paling sejuk dan awal di Morocco.Pada mulanya hujan turun selama beberapa hari ,kemudian suhu pun mula menurun.Kami kebanyakkannya,memang tak pernah menyangka akan tibanya musim sejuk seawal ini.Kalau kebiasaannya,ke kuliyah hanya memakai selapis saja,tapi sekarang,kami sudah mula mmbongkar beg dan almari masing.Ya la,semua baju2 sejuk dan kot yang dipakai hanya ketika musim sejuk kemudian selepas itu,pakaian2 itu akan disimpan di dalam bagasi disebabkan saiznya yang agak besar dan tebal,mau penuh almari kami nanti.

Beberapa peristiwa telah berlaku dimusim sejuk:

#Ramai pelajar yang mulai demam dan batuk2 juga sesak nafas tidak kurang selsema(saya la tu~~)

#Kuliyah di kebanyakkan universiti di Morocco telah kembali rancak.

#Para pelajar kebanyakkanya telah mula di hadiahkan dengan bahas2/tesis daripada asatizah.

#Pelajar tahun akhir(spt saya) telah pun memulakan proses menyiapkan bahas akhir dan sudah mendapat tajuk juga mushrif(guru tesis).Dengar2 tajuk mereka mantap2 belaka.Syahbas!:P

#Saya masih lg dalam dilema untuk memilih dari 10 tajuk yang sy sukai.(Ya Allah,permudahkanlah..amin)

#Universiti di Rabat yang paling awal mula kuliyah(bulan Ramadhan lagi dh mula),sudah pun rancak menghadapi peperiksaan mid sem.

#Raya dah habisss=)

Dalam banyak2 peristiwa di atas,saya ingin memberi lebih tumpuan kepada peristiwa yang pertama,iaitu peristiwa ramai pelajar yang ditimpa musibah sakit.Sayafakumullah,aminn

Disini,sebagai salah seorang pelajar yang agak senior dan sudah masuk kali ke 3 melalui musim sejuk di Morocco,rasa terpanggil untuk memberi beberapa panduan juga nasihat kepada adik2 juga rakan2 tidak kira yang berada di Morocco mahupun negara lain yang juga mengalami musim sejuk:

#Banyakkan minum air suam .Bangun pagi,sebelum sarapan,rajinkan diri menjerang air ,dan minum air suam2 jangan yang baru masak tu,melecur pula lidah nanti.Dan juga setiap kali ingin meminum air bila2 masa shj,pastikan minum air yang suam.

#SUSU.Susu amat penting dan perlu sgt untuk diminum ketika musim sejuk ini untuk menjaga tulang.Ingat,kesannya bukan sekarang,tapi dikemudian nanti.Ramai yang sudah mengalaminya.Belilah banyak2 sbg stok musim sejuk,takpelah melabur untuk kesihatan kita.Saya sendiri menyediakan untuk diri saya samada yogurt,raib atau susu.Dan sntsa mendisiplinkan diri saya untuk minum minuman yang berasakan susu sekali sehari.

#Pilih sayur yang trtentu untuk dimakan,elakkan atau kurangkan makan timun atau kobis.Tapi lebihkan makan buah2an lebih2 lagi yang mempunyai vitamin C spt limau.

#Gunakan sakhonah/air panas semasa mandi ,berwuduk dan mencuci muka.Selepas mandi,jangan keluar rumah sehinggalah selepas 3 jam atau lebih.Dan pastikan selepas berwuduk atau mencuci muka,lap cepat2,kerana air yang bersisa di tubuh akan menyejuk dan sejuk itu akan meresap sehinga ke tulang.(aih..,tk pandai nk susun ayat ni~fhm2kan la ya)

#Sila tebalkan pakaian anda ketika di RUMAH lebih2 lagi ketika di luar.Pakai baju dan seluar sulam ketat yang banyak dijual ketika musim sejuk ni ,adalah dlm 30-40 dh.,Juga pakai stokin yang tebal atau berlapis.Pakai juga sarung tgnKedinginan di tgn2 dan jari jemari itu akan meresap hingga ke tulang dn boleh memberi kesan yang tidak baik pd tulang spt sengal2.

#Elakkan duduk berhampiran dinding ketika di dalam kelas.Ramai antara kita yang suka bersandar atau menyorokkan diri dengan duduk di penjuru atau tepi2 dinding.Tinggalkan tabiat ini buat smentara waktu,kerana ketika musim sejuk,dinding yang semestinya diperbuat drpd simen juga menyejuk dn hawa sejuknya itu akan terasa sehingga ke tulang.Dan memungkinkan kita untuk mengalami sengal2 tulang .(saya dh rasanya~)

#Sentiasalah membawa payung ke mana sahaja.Kerana hujan turun tidak menentu.Pilihlah,samada nak bw payung yang tak brp berat itu atau kena hujan dn akhirnya nnt demam2,selsema dn sbgnya.

#Cubalah sedaya upaya menjaga wudu' untuk mengurangkan tubuh sentiasa terkena air,dan kurgkan mengganti pakaian dalam seminggu juga untuk meminumkan kita menyentuh air.Basuh pakaian kan guna air.Tak busuknya baju tu,jangan nak fikir nak bergaya ke,atau orang kata ke,bukan diorg yang akan basuhkan baju kita nanti.

#Makan makanan yang berkhasiat.Biasalah,bila dah musim sejuk ni,perut mudah lapar,jadi janganlah makan amggi atau keropok2 untuk mengalas perut.Makanlah roti atau minumlah yogurt untuk mengalas perut jika terasa terutama pada waktu malam.

Ini lah serba sedikit pesanan dan ingatan yang sentiasa saya ucapkan pada adik2 juga rakan2 tidak kurang untuk diri saya sendiri.Yang penting,adalah disiplin.Jagalah kesihatan di musim sejuk ini lebih2 lagi kuliyah mulai rancak dan exam juga sudah bermula.Fikir2 lah,apa yang terbaik untuk diri kita.Kesihatan kita,kebahagian kita,kesakitan kita,kita la yang tanggung.Wallahua'lam