Saturday, March 28, 2009

MuSIm bUngA dI MAGHRIBI-1-

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

spring Pictures, Images and Photos

Sekarang ni sudah pun masuk musim bunga di Maghribi/Morocco(prefer guna Maghribi=)). Dimana-mana sahaja boleh dilihat bunga mulai mekar di taman-taman dan pepohonan.

Dan yang paling menyeronokkan ialah cuti musim bunga sudah pun bermula bermulai hari ini sehingga minggu hadapan. Akan tetapi, cuti ini ternyata tidak kosong tanpa sebarang aktiviti dan program berfaedah kerana pihak persatuan sudah pun bertindak pantas dan bijak dengan mengaturkan beberapa program sepanjang seminggu cuti ini nanti.

Mari sama-sama kita lihat apakah program yang bakal dijayakan dan di adakan di sini nanti.

  • PERDISK (29,30,31 April) = Perkampungan Ilmu Musim Bunga dan Diskusi Pengurusan Kewangan

  • SUKMA (1 & 2 April) =Sukan Malaysia

  • SINERGI (4 & 4 April) = Simposium Generasi Glokal Ummah

3 program kesemuanya yang akan di adakan terus menerus selama seminggu cuti itu nanti. Cuti yang tidak cuti.:P

1.PERDISK
Spring Pictures, Images and Photos
Perkampungan Ilmu Musim Bunga dan Diskusi Pengurusan Kewangan.
"Menjana Keintelektualan , Memimpin Perubahan"


Khas untuk mahasiswa mahasiswi tahun satu dan dua di Maghribi. Suatu program wajib persatuan setiap kali musim bunga bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan mngeratkan ukhuwah antara pelajar.

KERJA KURSUS PERDISK(BAHASA ARAB)

- Kerja kursus ini adalah diwajibkan kepada semua kumpulan.
- Tajuk adalah bebas dan berkaitan dengan pengajian Islam atau pengajian Bahasa Arab.

- Setiap kumpulan dibenarkan memohon bantuan fasilitator semasa proses penyediaan kerja kursus.

- Kerja kursus ini akan dikutip pada hari Isnin (30 Mac 2009) jam 7.00 malam.

- Sebarang kelewatan tidak akan diterima.

- Bentuk dan kekemasan kerja kursus adalah bergantung kepada kreatif ahli kumpulan.

- Kerja Kursus hendaklah tidak boleh melebihi 15 muka surat.

- Tulis nama kumpulan,moto dan nama ahli kumpulan anda di ruangan akhir kerja kursus anda.
- Kerja kursus adalah penyumbang besar bagi markah kumpulan

Dan ini ahli kumpulan saya.Kepada adik-adik semua, jika ada apa-apa pertanyaan sebelum program, boleh ym akak k. Selamat berprogram kepada semua mahasiswa mahasiwi Malaysia di Maghribi.

spring Pictures, Images and Photos

Fasilitator:
Nurhanisah Binti Mansor

Ahli-Ahli:
1.Nur Athira Hani Binti Abdul Rahman
2.Nurul Adibah Binti Roslim
3.Nazira Binti Alis
4.Nur Sakinah Binti Mohd Salleh
5.Nur Shaliza Binti Syafie
6.Asna Syimah Binti Syafie
7.Nurmadihah Binti Muhamed



Biarpun cuti kali ini tidak kelihatan seperti cuti yang kita idam-idamkan, tetapi inilah diari kehidupan seorang penunut ilmu. Tidak waktu bersenang lenang dan bersuka ria. Sama-samalah kita semua perbetulkan niat dan memberikan komitmen sebaiknya untuk program-program yang telah diaturkan dengan susah payah oleh ajk-ajk yang terlibat. InshaAllah=)

Thursday, March 26, 2009

-MuHaSaBaH cINta-



Sebuah lagu yang di sarankan oleh seorang sahabat untuk mendengarnya, sudah ramai yang menyuruh saya mendengarnya, akhirnya tergerak juga hati ini. Lirik yang sungguh menyentuh jiwa. Memang benar, sakit...,penderitaan dan bala dari Allah, semuanya satu teguran dan ingatan dariNya tanda kasih sayang kepada HambaNya. Tidak mahu Dia melihat hambaNya terus hanyut dan terleka, dikirimnya sedikit teguran berbentuk ujian untuk mengingatkan.

Teringat ketika sakit di sini, sentiasa terdetik di hati akan kematian yang seolah-olah semakin hampir. Itulah insan, tersedar setelah diuji.

Sesungguhnya ujian adalah tarbiah...

Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

p/s:macam jiwang la pula muzik lagu ini~~ nanti nak tukar balik.

-Dah HabIs?-


Assalamualaikum warahmatullah..

Syukran wa jazakumullahu khoiran kasira kepada Ukhti Syira dan Ukhti Khadijah yang telah menjawab dan menerima soalan-soalan tag yang dicipta dan diberi oleh saya. Tahniah untuk ukhti berdua.=)

Alhamdulillah, hadaf dan matlamat saya tercapai. Baru sahaja dua orang yang menjawabnya, saya telah dapat berbagai fikran dan pandangan juga ilmu yang baru. Jawapan dan pandangan mereka berdua amat bernas biarpun ia ringkas.

Tiba-tiba saya terfikir, mungkin aktiviti tag ilmiyah ini boleh diteruskan dan disebarkan dikalangan rakan-rakan blogger dan alam maya yang lain. Mungkin? InshaAllah.

Kerana apa yang dapat saya lihat di sini, tag ilmiyah ini bukan sahaja dapat menggalak pemilik blog untuk mengupdate blog mereka
kerana setelah menjawab tag ilmiyah yang diberi, mungkin dapat membantu mencari isi dan topik untuk dikupaskan dan dibincangkan. Selain daripada itu, tag ini juga dapat menggalakkan kajian dan pembacaan juga mengasah minda orang yang menerimanya untuk memberi juga memikirkan jawapan yang sesuai dan tepat. Bukankah tag ini adalah berbentuk ilmiyah, maka sudah tentu jawapan yang akan diberikan perlu di kaji dan diteliti terlebih dahulu supaya tidak tersalah menyampai ilmu nanti. Secara tidak langsung juga, blog tersebut bukan sahaja sudah terupdate semata-semata tetapi mempunyai pengisian berguna yang boleh dikongsi bersama.

Kerana apa yang saya dapat lihat dari kedua-dua jawapan Ukhti Syirah dan ukhti Khadijah, mereka berdua bukan sahaja menjawab solan-soalan tag tetapi menghuraikan serba sedikit berkenaan soalan yang diberi dan menambah beberapa isi dan fikrah juga ilmu baru untuk perkongsian bersama. MasyaAllah.

Pastinya pelbagai variasi jawapan dan pandangan daripada rakan-rakan blogger yang berbeza latar belakang pendidikan dapat diperoleh yang setiap orang datang dengan fikrah dari sudut pandangan masing-masing.

Kesimpulannya, tag ilmiyah yang telah direka oleh diri saya ini membolehkan...-->

  • Blog dapat diupdate
  • Menggalakkan pemilik blog membuat kajian dan pembacaan
  • Bertukar Pandangan dan fikrah
  • Meluas dan manambahkan ilmu pengetahuan..inilah natijahnya, InshaAllah


Terima kasih kepada sahabat saya yang dikasihi atas tegurannya itu telah memberikan saya idea untuk membuat satu perkara baru yang lebih baik.(nasihat dan keperihatinanmu sahabat amat dihargai=))Siapa yang bersetuju dengan pandangan saya dan ingin meneruskannya, saya ucapkan terima kasih dan selamat berjuang menyampaikan ilmu, siapa yang sebaliknya, tiada kesalahan pada penolakan itu. Ini hanya sekadar pandangan, tiada paksaan untuk menerimanya. Sekian sahaja topik perbincangan tag di blog saya.sekian..wassalam..(habishhh..clap2:P)



p/s:nak tag juga orang yang menegur itu, tak kira,kena jawab juga,paksa nih:P




Wednesday, March 25, 2009

T.A.G = tAg

Assalamualaikum wbt. Setelah saya menjawab tag ke dua yang diberi oleh seorang junior di sini, saya telah mendapat teguran dari seorang sahabat yang amat saya sayangi.

Pada awalnya dia hanya bertanya, kenapa perlunya dibuat tag itu? Kenapa ya? Saya pun baru sahaja dua tag yang saya terima. Tetapi saya tetap juga cuba untuk memberikan jawapan dan pandangan dari sudut pandangan saya sendiri.

Tag, saya sendiri tidak tahu apakah maksud dan tujuannya yang se
benar. Dulu, saya sendiri suka sangat membaca tag di blog orang lain(kesian... takde orang nk tag ya:P)Setelah saya perhatikan aktiviti mengetag di blog-blog rakan-rakan dan orang lain, saya dapat membuat beberapa kesimpulan tentang tujuan tag ini di buat.

Antaranya, untuk kita lebih dikenali oleh teman dan pengunjung blog kita. Kerana kebanyakkan soalannya lebih berbentuk pertanyaan peribadi. Tentang latar belakang diri, keluarga , pendidikan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita telah memperkenalkan diri kita di situ. Ialah, jika kita lihat kebanyakkan blog dan site, pemiliknya selalu merahsiakan identiti masing-masing dan jika pun identiti pemiliknya diketahui, tetapi kita masih tidak mengenali siapakah dia yang sebenarnya. Dengan memberikannya "tag". membolehkan kita mengenali dan membaca serba sedikit peribadi pemilik blog tersebut.

Tag juga dapat saya perhatikan ia boleh mengeratkan hubungan antara penghantar tag dan penerimanya. Kerana tag tidak diberikan kepada semua orang, sebaliknya hanya beberapa orang tertentu sahaja yang terpilih dan dipilih oleh orang yang menghantar tag tersebut. Secara tidak langsung, penerima tag merasakan dirinya diingati oleh si penghantar kerana telah terpilih. Dan mungkin juga orang yang terpilih itu tidak rapat dengan penghantar tag yang sekadar kenalan alam maya yang meng"link"kan blog masing-masing tanpa saling mengenali, jadi dengan pemberian tag secara tidak langsung telah membuka pintu taaruf dan salam pengenalan sesama mereka

Banyak lagi sebab dan tujuan tag di berikan yang saya rasa ramai yang lebih mengetahuinya berbanding saya yang baru menjawab 1,2 tag. (ketinggalannya saya:P)

Sahabat saya setelah mendengar beberapa alasan dan jawapan daripada saya, dia pula memberikan pandangannya yang lebih kepada menolak. Antara pandangannya, soalan-soalan "tag" kelihatan terlalu peribadi untuk kita sebagai seorang muslimah menjawabnya secara terbuka dan dibaca oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki ajnabi. Seolah-seolah kita membuka rahsia diri kita yang rasan
ya kurang molek untuk diceritakan pada orang lain. Dan adakalanya jawapan dari tag itu melihatkan keburukkan dan keaiban diri kita sendiri tanpa kita sedari.
Jika beralasan untuk lebih mengenali, bukankah lebih molek rasan
ya dihantar ke email peribadi masing-masing?Setelah mendengar pandangannya saya berfikir-fikri semula, mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah bermaksud saya menolak 100% aktiviti tag itu dan mengatakan ia tidak baik dan tidak boleh dilakukan, Mungkin dia memberi pendapat sebegitu kerana melihat sesetengan soalan tag yang berbunyi agak merepek ibarat wartawan yang bertanya sedalam-dalamnya tentang seseorang itu. Tetapi tidaklah semua soalan tag itu tidak molek dan sesuai untuk di jawab kan..?:P

Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Tidak perlulah mengambil telalu serius hal tag ini kerana ia lebih kepada suka-suka. Cuma mungkin kita kena lebih berjaga-berjaga supaya tag itu tid
ak menjadi ibarat membuka pekung di dada sendiri pula k.

mungkin kita boleh mengubahnya kepada sesuatu yang lebih positif yang memberi faedah.Contohnya, kita boleh menukar soalan-soalan tag kepada bentuk pertanyaan ilmiyah dan menjana minda berkenaan isu semasa, agama, politik dan sebagainya. Dari situ kita dapat bertukar pandangan dan ilmu daripada jawapan dan respon daripada sahabat-sahabat kita berkenaan sesuatu isu tersebut.



Disini, atas permintaan ukhti Insyirah jamilah(:P), saya akan membuat soalan tag sendiri dan mengetag beberapa orang tertentu untuk menjawabnya. Soalan-soalanya ialah:

1.Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?

2.Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan ?

3.Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel?Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.

4.Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja. Selamat menjawab ya..=)

Sekian itu sahaja soalan tag yang dibuat oleh orang yang rajinnnnnnnnnnnye la sangat mengupdate blog.:P Dah macam soalan forum lah pula saya tengok soalan-soalan ini.:P Tak pelah, sama-sama kita menjana keintelektualan, memacu perubahan.(macam pernah dengarr je ayat ni..:P)

Dan... calon-calon bagi menjawab tag ini ialah:

  • Ukhti Insyirah jelita
  • Ukhti Zahirah as-shashimi:P
  • Ukhti Farah shomel
Kepada mereka yang tidak tersenarai, anda boleh juga menjawabnya jika sudi, Sengaja memilih beberapa orang sahaja , sebab soalan ini agak sukar juga, sehingga saya sendiri pun belum lagi menjawabnya...:P(apalah saya ni:P)

p/s:kpd ukhti Sumaiyah dan Zinnierah, kalau awak berdua nak jawab, amat-amat akak alukan, saja tak senaraikan awak berdua, sebab kalian kan sibuk bersekolah dan imtihan. Belajar rajin-rajin ya adik2ku, semoga bakal menjadi mujahidah Islam.aminn.(~_^)

eh2,saya dah update blog lah hr ni,tk percayanya saya:P

Sunday, March 22, 2009

-Tag2-

Assalamualaikum warahmatullah, tag seterusnya diterima dari Ukhti Atirah junior saya dari Casablanca, sebelum itu, kepada para pengunjung budiman yang dirahmati Allah, saya harap anda semua dapat tinggalkan link atau email. Kerana saya ingin khaskan soutbox itu untuk pengunjung-pengunjung sekalian.(macamlah ramai yang mengunjung blog saya ini:P) Sebarang maklum balas akan saya berikan di link yang diberi.inshaAllah

FOUR NAME THAT FRIENDS CALL YOU:
1.Nur
2.Ha
3.ni
4.sah
(betul ke macam ni:P)


FOUR MOST IMPORTANTS DATES IN YOUR LIFE:
1.Tarikh tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.InshaAllah,aminn.tak sabarnya~
2.21 Oktober 2008,Alhamdulillah.
3.Hari Lahir saya
4.Hari lahir ahli keluarga, heyksmh dan rakan2(maaf kepada yang saya terlepas, saya lemah mengingati nama dan nombor2 ni~)

FOUR THINGS YOU HAVE DONE IN THE LAST 30 MINITS
1.Solat Maghrib
2.Makan malam
3.Solat Isyak
4.Muhasabah diri mengenangkan diri yang sering alpa dan leka~

FOUR WAYS TO BE HAPPY
1.Ingat Allah selalu,La tahzan,innallah maa'na
2.
Bersama keluarga,heyksmh
3.
Senyum selalu
4.Berukhwah dan beramah mesra dengan rakan-rakan
(memasak dn mengemas juga membuatkan saya amat bahagia=P)

FOUR PEOPLE YOU MOST MISS FROM YOUR PAST:
1.Rakan-rakan tadika(Tadika Kemas,Jenjarom),sek rendah(Sekolah Kebangsaan Jenjarom),sk men(SAMTTAR), dan guru-guru .
2.Makcik-makcik, nenek-nenek, atuk-atuk jemaah haji 2005(tkde org muda, jd geng dengan makcik-makcik dn pakcik-pakcik sahajalah:P)

3.Rakan dan guru-guru PLKN, terutama company DELTA kump 1 sesi 3 ,kem Setia Ikhlas,Semenyih. Amat merindui kalian.(mei ling, saya akan pegang janji dan harapan awak untuk melihat saya menjadi ustazah.InshaAllah)

siapa yang dapat tawaran tu, pergilah ya, ,bermain, berhibur dan berukhwah sambil berdakwah di sana.=)

Best sangat-sangat, nak pergi lagi boleh?:P

4.Rakan-rakan Kursus bahasa arab di PKG 2006. Bertemu berpisah kerana Allah.

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
1.Syurga Mu Ya Allah
2.Kemanisan iman dan ibadah
2.Sahabat sejati
3.Teddy bear yang besar:P(ustazah2..aih~)

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES
1.Memasak.(sampai housemate naik risau:P)
2.Melayari Internet dan menonton cerita-cerita karton.
3.Mendengar nasyid
3.Mengemas

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
1.Makkah dan Madinah untuk ibadah haji dan umrah.
2.Mesir,Jordan,Syria.
3.Jepun untuk melihat ekmajuan dan disiplin rakyat Jepun.
4.Morocco(bila dah pulang Malaysia nanti=)inshaAllah)

FOUR FAVOURITE DRINKS
1.Susu (amat penting memandangkan Morocco kebanyakkanya adalah berhawa dingin)
2.Raib(yogurt Morocco)
3.Sky Juice
4.Kopi

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BEG
1.AlQuran kecil
2.Duit(adalah sedirham dua:P)
3.Kad pelajar dan pengenalan diri( amat penting,nanti kena tangkap~)
4.Kitab kecil bahasa arab.(konon2 nak baca waktu lapang, kononlah:P)

FOUR FAVAOURITE COLOURS
1.Purple
2.Pink
3.Blue
4.Hitam

TOP FOUR HANGOUTS
1.Taman dan Pantai Bouhlal berhampiran rumah di Morocco.
2.Suwaiqah , tempat membeli belah terkemuka di Rabat, Morocco.
3.Pantai Morib, Malaysia.
4.Di rumahku, syurgaku.

TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH
1.Allah dan Rasulnya
2.Ibu, Ayah, kak long, abang ngah, abang cik, adiku farhana, adikku fatin, adik bongsu ku Syafiq dan saudara mara, heyksmh
3.Rakan-rakan dan guru-guru sekolah juga rakan-rakan alam maya.
4.Housemate VJ & Himayatul lu'luah juga rakan-rakan seperjuangan di Maghribi.
nak tambah lagi, teman-teman arab sekelas dan pensyarah di universiti yang amat-amat baik hati dan rajin membantu.

TOP FOUR THINGS SPECIAL TO YOU
1.Nikmat Iman dan Islam
2.Laptop pemberian kak long
3.Handphone pemberian abg cik
4.MP3 pemberian ayah.
(juga barang2 pemberian adikku Farah shomel,syukran;))

TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY
1.YATIII. Sahabat baik di Jordan
2.Datuk.RAS
3.Para pengunjung yang berminat
4.Muslimin&Muslimat sekalian.

TOP FOUR REASON WHY YOU ANSWER THIS SURVEY
1.sebagai menghargai permintaan tag yang telah diberi.
2.Untuk mengupdate blog, jerana tak ada idea nak update.:P
3.Untuk orang lain lebih mengenali diri saya.

4.Untuk saya lebih mengenali diri saya sendiri.


Alhamdulillah..selesai..Update pun blog saya ini:P

Thursday, March 12, 2009

-JaNgAn BerHenTi bErHArAp-

Ada 4 lilin yang menyala,

Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah
percakapan mereka

Yang pertama berkata:Aku adalah keindahan.” “Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam. Yang kedua berkata: “Aku adalah Kasih Sayang.” “Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mahu mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.” Selesai sahaja lilin itu berbicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:Aku adalah Cinta” “Tak mampu lagi aku untuk terus menyala.” “Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.” “Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya. “ Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan
melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ekh
apa yang terjadi?? Kalian harus terus menyala, Aku
takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.


Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

Akulah H A R A P A N “
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin
Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin
lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita
semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak
tersebut, yang dalam situasi apapun mampu
menghidupkan kembali Keindahan, Kasih Sayang
dan Cinta dengan HARAPAN-Nya…

Note :

Harapanlah yang membuat orang untuk lebih baik lagi, dimasa sekarang dan masa yang akan datang. Jadi jangan padamkan semangat dan harapanmu untuk hidup yang lebih baik…

Saturday, March 7, 2009

-BiLa CiNtA BeRbIcArA-



Suatu ketika, seorang wanita kelihatan amat sedih. Wajahnya kusut masai. Air mukanya letih menahan tangis. Rupanya, dia baru saja kehilangan anak tercintanya untuk selama- lamanya.

Atas nasihat orang di desa, ia menemui seorang tua bijak di pinggir hutan. Mereka berkata, siapa tahu orang bijak itu dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Kerana merasa amat cinta kepada anaknya yang telah mati itu, ia amat berharap agar dapat bertemu dengan orang bijak itu. Ditempuhlah perjalanan yang jauh dengan cepatnya.


Sesampainya disana, dia bertanya, “Guru, apakah Anda memiliki ramuan ajaib untuk mengembalikan anakku?”


Sang Guru tidak berusaha untuk berbalah atau menghalau wanita itu kerana permintaannya yang tidak masuk akal.


Dia cuma berkata, “Carilah bunga merah dari rumah yang tidak mengenal “kesedihan”. Setelah kamu bertemu bunga itu, kita akan bersama-sama membuat ramuan ajaib untuk menghidupkan kembali puteramu.”


Selesai mendengar itu, wanita tersebut segera berangkat mencari kemahuan sang guru.


Dalam perjalanan, dia nampak bingung. Tak ada satu petunjuk pun tentang di mana dan bagaimana bentuk rumah itu. Hinggalah, dia tiba di depan rumah mewah.


Mungkin, penghuni rumah itu tak pernah mengenal kesedihan,”ucap wanita itu dalam hati.


Setelah mengetuk pintu, dia berkata, “saya mencari rumah yang tidak pernah mengalami kesedihan. Inikah tempatnya ?”


Wajah sang wanita masih memperlihatkan raut bersedih. Dari dalam rumah, terlihat wajah yang tak kalah sedih.

Pemilik rumah itu menjawab, “Kamu datang ke rumah yang salah.”


Pemilik rumah itu bercerita tentang tragedi yang dialami keluarganya . Ia tak hanya kehilangan seorang anak, tapi juga suami dan kedua orangtuanya kerana kemalangan. Si wanita berasa amat kecewa.

Namun, dia menjadi terharu dengan cerita tuan rumah. Ia berfikir, Siapa yang boleh membantu orang yang nasibnya lebih malang dari saya ini?”

Dia memutuskan untuk tinggal di sana dan menghiburkan pemilik rumah itu. Beberapa hari lamanya, dia bersama wanita pemilik rumah itu, saling bantu-membantu untuk menjalani hidup.

Beberapa minggu berlalu, wanita itu pun berasa si tuan rumah sudah kelihatan lebih baik. Lalu, ia berangkat lagi mencari rumah berikutnya. Tetapi, ke mana pun dia pergi, selalu bertemu kesedihan orang lain. Akhirnya, dia berasa bertanggungjawab untuk menghiburkan semua orang yang dikunjunginya. Hingga akhirnya, dia pun melupakan misinya.


Note :


Kita belajar makna cinta dari seorang ibu yang menyusui anaknya dalam dukungan. Kedua belah tangannya sibuk membetulkan selimut si bayi. Dalam dadanya tiada sesuatu selain ketulusan memberi atas nama cinta.


Kita belajar makna cinta dari seorang ayah yang membawa pulang sekarung padi dan sejag air setelah seharian berpenat-lelah di sawah. Dalam dadanya, tiada sesuatu selain kegembiraan memberi atas nama cinta.



Kerana cinta bukan hanya sekadar pelukan hangat, belaian lembut, atau kata-kata penuh romantis. Kita belajar apa itu cinta dari apa pun yang ada di muka bumi. Dari cahaya matahari, dari sepasang merpati, dari sujud dan tengadah doa. Dari apapun!

Pada semua kelahiran yang bersambut dengan cinta, hingga kematian dalam cinta, kita dalam hidup ini, tiada lain selain mewujudkan cinta.


Kerana itu, tiada yang boleh kita lakukan selain atas nama cinta kita yang teragung: cinta buat Yang Maha Agung, Allah SWT.

Apapun keputusan-NYA buat kita, Allah yang berbicara, yang menentukan untung-nasib kita, kerana setiap sesuatu yang menyedihkan itu ada hikmah-Nya.

Monday, March 2, 2009


Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar
ligat. "Aii.. menung nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,"

saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya.

Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup,berbahagialah . Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kuburdan dengar bunyi dentuman tapak
kaki di dalam.
Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee... seramn
ya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan
maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi.

Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh,nak mengadu tak boleh,

kita seoranglah menanggung sakit pedih.

Astaghfirullahal azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?'

Kan
engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati...

Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati

Jangan pedulilah, tu cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi,saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang
Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar,kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,

Lailahaillallah, lailahaillallah. .

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu
menyebabkan saya betul-betul gemuruh.Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu.Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam
barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.


Lailahaillallah Lailahaillallah Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amatmenakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! !

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak.Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.


"Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat
merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM. ..

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang.Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi
seperti tersekat dikerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah,takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH! !!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...

PPPR-RRAAPPPPP! !!... bunyi papan patah berderai. PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh.

Serentak itu,kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya.

Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu.

Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku,tiba- tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa.

Desingannya menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu
membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut.

Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh,panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana
kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" sayameraung- raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus
menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa. Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung,matilah aku kejap.. patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di
mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari,akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.

Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan
pengalaman menakutkan itu.Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan,mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati.Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada
apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan. .azab kubur ..itu juga benarrrr.... .

Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita....

AMIN YA RABBAL A'LAMIN

-TaG-


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullah..alhmdulillah, semester akhir iaitu semester 6 telah pun bermula. Walaupun ianya adalah semester akhir, tidaklah bermakna sudah tiba penghujungnya sebuah perjuangan menuntut ilmu. Ilmu tetap perlu kita cari dan gali sampai kita menjadi penghuni di rumah berbatu dua.

InshaAllah, hari ini saya ingin menjawab tag yang diberi kak Khadijah :

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog, Ku Biar Kalam Berbicara, memilih sebab di dalam blog , hanya kalam yang tertulis dan berbicara dan semua perkara yang ingin dikongsi di luahkan melalui penulisan @ kalam. Dan juga kerana ada sebuah lagu yang sepadan dengan nama blog saya. Jadi, bolehlah buat lagu tema blog ini yang digunakan dari dulu, kini dan selamanya.=P

2) Apakah
link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Link blog saya:www.nurtakwa88.blogspot.com, diambil sempena maksud nama saya, NurHanisah=Cahaya Ketakwaan, inshaAllah..aminnn. Nombor 88 pula adalah tahun kelahiran saya, 1988. Jadi, digabungkan bahasa arab dan melayu juga tahun kelahiran saya, terhasillah Nur Takwa 88.=)

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?

Santai, ceria, pelbagai dan yang penting bermanfaat. Besar hasrat di hati agar blog ini dapat di baca bukan shaja pelajar agama,malah luar bidang agama, sengaja menghias blog sebegini rupa agar nampak ceria dan mesra pengunjung, menunjukkan betapa kunjungan para pengunjung amat-amat dialukan. =)

4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat)

Akhawat: berlatar belakang yang gelap dan kebanyakkannya menjadikan blog sebagai tempat menulis dan berkongsi pengalaman kehidupan di Maghribi, sebahagiannya juga berkongsi ilmu agama dan artikel bermanfaat dan luahan perasaan, mungkin?=p
Ikhwan: Erm.. kebanyakkannya menggunakan wordpress dan penulisan lebih kepada ilmiyah(bakal2 ulama',amin.) Tapi, banyak blog senior yang sudah tidak aktif.=)

5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?

Setiap orang bukankah mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang mempunyai kemahiran bercakap dan berdakwah secara terbuka dan ada pula mempunyai kemahiran menyampaikans esuatau menggunakan penulisan.Terpulang pada mereka, jika tidak punya keberanian untuk berdakwah secara terbuka, boleh gunakan penulisan sebagai salah satu medium dakwah . Dan mungkin lebih terkesan dan berkesan kerana boleh sentiasa di baca berulang kali.inshaAllah. Sebatang pena mampu membuat sejuta orang berfikir=)

6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Pernah , lupa pula kenapa.=)

7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang
tag anda ini?

Beliau adalah super duper senior akhowat di sini. Seorang akak yang penyayang dan perihatin. Dan pandai buat donut.:P Mempunyai blog yang sweet dan banyak menceritakan pengalaman dan apa saja yang ingin ditulsi oleh beliau, penghargaan,nasihat dan sebagainya. Sekian,terima kasih.=)