Wednesday, March 25, 2009
Assalamualaikum wbt. Setelah saya menjawab tag ke dua yang diberi oleh seorang junior di sini, saya telah mendapat teguran dari seorang sahabat yang amat saya sayangi.
Pada awalnya dia hanya bertanya, kenapa perlunya dibuat tag itu? Kenapa ya? Saya pun baru sahaja dua tag yang saya terima. Tetapi saya tetap juga cuba untuk memberikan jawapan dan pandangan dari sudut pandangan saya sendiri.
Tag, saya sendiri tidak tahu apakah maksud dan tujuannya yang sebenar. Dulu, saya sendiri suka sangat membaca tag di blog orang lain(kesian... takde orang nk tag ya:P)Setelah saya perhatikan aktiviti mengetag di blog-blog rakan-rakan dan orang lain, saya dapat membuat beberapa kesimpulan tentang tujuan tag ini di buat.
Antaranya, untuk kita lebih dikenali oleh teman dan pengunjung blog kita. Kerana kebanyakkan soalannya lebih berbentuk pertanyaan peribadi. Tentang latar belakang diri, keluarga , pendidikan dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita telah memperkenalkan diri kita di situ. Ialah, jika kita lihat kebanyakkan blog dan site, pemiliknya selalu merahsiakan identiti masing-masing dan jika pun identiti pemiliknya diketahui, tetapi kita masih tidak mengenali siapakah dia yang sebenarnya. Dengan memberikannya "tag". membolehkan kita mengenali dan membaca serba sedikit peribadi pemilik blog tersebut.
Tag juga dapat saya perhatikan ia boleh mengeratkan hubungan antara penghantar tag dan penerimanya. Kerana tag tidak diberikan kepada semua orang, sebaliknya hanya beberapa orang tertentu sahaja yang terpilih dan dipilih oleh orang yang menghantar tag tersebut. Secara tidak langsung, penerima tag merasakan dirinya diingati oleh si penghantar kerana telah terpilih. Dan mungkin juga orang yang terpilih itu tidak rapat dengan penghantar tag yang sekadar kenalan alam maya yang meng"link"kan blog masing-masing tanpa saling mengenali, jadi dengan pemberian tag secara tidak langsung telah membuka pintu taaruf dan salam pengenalan sesama mereka
Banyak lagi sebab dan tujuan tag di berikan yang saya rasa ramai yang lebih mengetahuinya berbanding saya yang baru menjawab 1,2 tag. (ketinggalannya saya:P)
Sahabat saya setelah mendengar beberapa alasan dan jawapan daripada saya, dia pula memberikan pandangannya yang lebih kepada menolak. Antara pandangannya, soalan-soalan "tag" kelihatan terlalu peribadi untuk kita sebagai seorang muslimah menjawabnya secara terbuka dan dibaca oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki ajnabi. Seolah-seolah kita membuka rahsia diri kita yang rasanya kurang molek untuk diceritakan pada orang lain. Dan adakalanya jawapan dari tag itu melihatkan keburukkan dan keaiban diri kita sendiri tanpa kita sedari.
Jika beralasan untuk lebih mengenali, bukankah lebih molek rasanya dihantar ke email peribadi masing-masing?Setelah mendengar pandangannya saya berfikir-fikri semula, mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah bermaksud saya menolak 100% aktiviti tag itu dan mengatakan ia tidak baik dan tidak boleh dilakukan, Mungkin dia memberi pendapat sebegitu kerana melihat sesetengan soalan tag yang berbunyi agak merepek ibarat wartawan yang bertanya sedalam-dalamnya tentang seseorang itu. Tetapi tidaklah semua soalan tag itu tidak molek dan sesuai untuk di jawab kan..?:P
Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Tidak perlulah mengambil telalu serius hal tag ini kerana ia lebih kepada suka-suka. Cuma mungkin kita kena lebih berjaga-berjaga supaya tag itu tidak menjadi ibarat membuka pekung di dada sendiri pula k.
mungkin kita boleh mengubahnya kepada sesuatu yang lebih positif yang memberi faedah.Contohnya, kita boleh menukar soalan-soalan tag kepada bentuk pertanyaan ilmiyah dan menjana minda berkenaan isu semasa, agama, politik dan sebagainya. Dari situ kita dapat bertukar pandangan dan ilmu daripada jawapan dan respon daripada sahabat-sahabat kita berkenaan sesuatu isu tersebut.
Disini, atas permintaan ukhti Insyirah jamilah(:P), saya akan membuat soalan tag sendiri dan mengetag beberapa orang tertentu untuk menjawabnya. Soalan-soalanya ialah:
1.Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?
2.Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan ?
3.Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel?Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.
4.Anda dikehendekai mengetag sesiapa saja yang anda suka dan boleh menambah bilangan soalan tetapi tidak boleh mengurangkan dan mengubah soalan sedia ada dan soalan yang ditambah itu mestilah berbentuk ilmiyah sahaja. Selamat menjawab ya..=)
Sekian itu sahaja soalan tag yang dibuat oleh orang yang rajinnnnnnnnnnnye la sangat mengupdate blog.:P Dah macam soalan forum lah pula saya tengok soalan-soalan ini.:P Tak pelah, sama-sama kita menjana keintelektualan, memacu perubahan.(macam pernah dengarr je ayat ni..:P)
Dan... calon-calon bagi menjawab tag ini ialah:
- Ukhti Insyirah jelita
- Ukhti Zahirah as-shashimi:P
- Ukhti Farah shomel
p/s:kpd ukhti Sumaiyah dan Zinnierah, kalau awak berdua nak jawab, amat-amat akak alukan, saja tak senaraikan awak berdua, sebab kalian kan sibuk bersekolah dan imtihan. Belajar rajin-rajin ya adik2ku, semoga bakal menjadi mujahidah Islam.aminn.(~_^)
eh2,saya dah update blog lah hr ni,tk percayanya saya:P
2 comments:
Betul tu, masing2 ada tafsiran tersendiri dengan apa yg berlaku disekeliling.
Budaya tag ni, jgn pandang sbg budaya yg tidak sihat dan tidak rosak.
Kalau yg bnyk complain itu dr golongan yg berpendidikan agama a.k.a ustaz dan ustazah, kenapa tidak gunakan budaya tag ini dgn soalan yg boleh mendidik dan mendakwah org lain.
Akak puji dgn soalan tag yg awk buat tu. Macam masa mula2 akak buat tag dlu, akak sendiri yg cipta soalan. Kita mahu mengajak org berfikir, jadi kita yang perlu bergerak. Daripada menjadi org yg hanya tahu berkata-kata dan complain di sana sini.
Apapun, terima kasih ats pandangan awk terhadap isu ini. Tahniah ats keprihatinan awk juga. Akak rasa, akak nak jwb soalan tag awk tu wlpn x ada dlm senarai. Sbg membalas awk pernah menjawab tag dr akak dlu. :)
pembetulan
* Budaya tag ni, jgn pandang sbg budaya yg tidak sihat dan rosak.
Post a Comment