Monday, March 2, 2009
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullah..alhmdulillah, semester akhir iaitu semester 6 telah pun bermula. Walaupun ianya adalah semester akhir, tidaklah bermakna sudah tiba penghujungnya sebuah perjuangan menuntut ilmu. Ilmu tetap perlu kita cari dan gali sampai kita menjadi penghuni di rumah berbatu dua.
InshaAllah, hari ini saya ingin menjawab tag yang diberi kak Khadijah :
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog, Ku Biar Kalam Berbicara, memilih sebab di dalam blog , hanya kalam yang tertulis dan berbicara dan semua perkara yang ingin dikongsi di luahkan melalui penulisan @ kalam. Dan juga kerana ada sebuah lagu yang sepadan dengan nama blog saya. Jadi, bolehlah buat lagu tema blog ini yang digunakan dari dulu, kini dan selamanya.=P
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link blog saya:www.nurtakwa88.blogspot.com, diambil sempena maksud nama saya, NurHanisah=Cahaya Ketakwaan, inshaAllah..aminnn. Nombor 88 pula adalah tahun kelahiran saya, 1988. Jadi, digabungkan bahasa arab dan melayu juga tahun kelahiran saya, terhasillah Nur Takwa 88.=)
3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Santai, ceria, pelbagai dan yang penting bermanfaat. Besar hasrat di hati agar blog ini dapat di baca bukan shaja pelajar agama,malah luar bidang agama, sengaja menghias blog sebegini rupa agar nampak ceria dan mesra pengunjung, menunjukkan betapa kunjungan para pengunjung amat-amat dialukan. =)
4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat)
Akhawat: berlatar belakang yang gelap dan kebanyakkannya menjadikan blog sebagai tempat menulis dan berkongsi pengalaman kehidupan di Maghribi, sebahagiannya juga berkongsi ilmu agama dan artikel bermanfaat dan luahan perasaan, mungkin?=p
Ikhwan: Erm.. kebanyakkannya menggunakan wordpress dan penulisan lebih kepada ilmiyah(bakal2 ulama',amin.) Tapi, banyak blog senior yang sudah tidak aktif.=)
5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
Setiap orang bukankah mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang mempunyai kemahiran bercakap dan berdakwah secara terbuka dan ada pula mempunyai kemahiran menyampaikans esuatau menggunakan penulisan.Terpulang pada mereka, jika tidak punya keberanian untuk berdakwah secara terbuka, boleh gunakan penulisan sebagai salah satu medium dakwah . Dan mungkin lebih terkesan dan berkesan kerana boleh sentiasa di baca berulang kali.inshaAllah. Sebatang pena mampu membuat sejuta orang berfikir=)
6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah , lupa pula kenapa.=)
7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Beliau adalah super duper senior akhowat di sini. Seorang akak yang penyayang dan perihatin. Dan pandai buat donut.:P Mempunyai blog yang sweet dan banyak menceritakan pengalaman dan apa saja yang ingin ditulsi oleh beliau, penghargaan,nasihat dan sebagainya. Sekian,terima kasih.=)
6 comments:
saya nak jadi org first yg drop kan comment..:p peace..blog akk nisah mmg best,bermanfaat serta seceria orgnya..siapa sokong saya angkat tgn..
hehe...
hihiih...tahniah..anda brjy mnjd org y prtama di sini.tepuk sikit.clap2:P
psst2,mcm tkde siapa sj y nak angkat tgn..ihihi :P
Mekasih sebab sudi menjawab tandaan akak! Nanti akak bg lg tandaan. Hehe.
Semoga terus menulis! =)
SALAM...APE KABO KAK?? C-HAT??? LME DAH X CHAT NGAN AKAK... K LAH LAH KAK CUME NAK UCAP GOOD LUCK, SEMOGA BERJAYA.... HEHE... DOA KAN SYE JGK...SYE PN NK PEKSE ARI ESOK...BERDEBAR JUGAK RSENYA SBB NNT ADE TUKAR KELAS.. HAHEHIHUHUHU....
akak tersilap...sye bkn rushdan tapi anak nye....silap tekan...hihihehe....k lah kak... (adk ktn95)
BIru: sama2 akak..hi..sila2..sy menntinya dgn hati trbuka..:D
Adik Kuantan:oo,busy exam ya..bittaufik k.buat y trbaik tau. akak doakan dipermudahkan dn dbr kejayaan.aminn ;)
Post a Comment