Friday, February 13, 2009


Assalamualaikum warahmatullah..

Dah beberapa hari tak update..tiba-tiba update promosi cerita animasi pula ya..:P
Ustazah tengok cerita karton?uish, ustazah pun manusia juga. Saya sendiri sejak dari kecil di ajar menonton cerita karton sahaja~~ filem-filem hollywood,bollywodd hatta melayuwood,mamnu' khalis di rumah. Ibu saya terlalu menjaga rancangan yang anak-anaknya tonton dirumah. Makanya..setiap petang di TV9, barulah saya dapat menonton tv iaitu cerita-cerita karton, walaupun ketika itu saya sudah di tingkatan 5. Sadis2..=( Dan kini walaupun sudah bergelar mahasiswi, masih lagi membuka youtube dan menonton rancangan karton, ingat pesan mak~~



Berbalik kepada promotion Geng, pasti ramai yang pernah menonton cerita animasi upin ipin sebanyak 18 episod yang tidak silap saya telah ditayangkan pada bulan Ramadhan yang lepas. Walaupun saya dan rakan-rakan tercampak nun di utara Afrika, tapi tetap tidak ketinggalan menonton animasi yang sungguh cute ini. Berita tentang cerita animasi ni di hebahkan oleh kawan-kawan melalui mulut ke mulut dan by passing link di ym. Pertama kali menonton, masyaAllah tabarakallah, ayat pertama keluar dari mulut ini-orang melayu ke buat ni?- Dan yang paling menggembirakan ialah imej masyarakat majmu' yang berjaya ditonjolkan dengan baik dan juga kehidupan kampung dan kehidupan masyarakat Islam yang patuh dengan didikan Islam yang menjadi meseg utama rancangan animasi ini.

Dan baru-baru ini setelah imtihan nihae selesai dan setelah berhempas pulas menghafal dan menghadap kitab-kitab tulisan para ulama', teringin rasanya meregangkan otak seketika mengkhatamkan semula episod2 upin ipin. Sudah berulang kali menonton, masih lagi tergelak sendirian.:P Dan ketika mencari-cari video meraka di youtube, terjumpa pula trailer-trailer filem Geng yang dibintangi oleh upin ipin dan rakan-rakan.



Mizyan..raai' jiddan..menarik dan hebat sungguh filem animasi 3D Geng ini, sehinggakan saya dan roomate menonton trailer dan the making dia saja berulang-ulang kali.Bimakna eh? Maknanya filem ini memang mantap dan hebat. Suka melihat telatah-telatah mereka, riang ria sahaj semuanya. Lagi-lagi superstar Syafiq. Tak sangka Muthu itu adalah suara beliau.:P Melalui the making cerita ini juga, saya dapat lihat betapa teliti dan fokusnya mereka dalam menghasilkan sebuah filem animasi 3d yang benar-benar berkualiti.

Gerak kerja yang dilaukan amat bersistematik.Imej dan pergerakkan setiap karektor juga benar-benar hidup. Dari segi warna dan bunyi pun amat memuaskan. Bukan tangkap muat tetapi memang benar-benar teliti dan kemas hasil kerja anak-anak melayu yang sungguh kreatif ini. Cuma bagi saya, kalau imej Kak Ros yang bertudung di siri upin ipin dapat dikekalkan, lagi molek rasanya, sebab di Geng, kak Ros dah tak bertudung pula padahal rancangan upin ipin berepisod dia bertudung pula. Sengaja mahu mereka membawa imej Melayu Islam yang terbaik. Bukan sahaja menghiburkan, malah membawa meseg yang amat positif sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Berbanding cerita Shin Chan yang rasanya tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan bawah umur.


Tak salah saya rasa promote cerita ini , yang sudah tentu sesuai untuk di tonton semua lapisan masyarakat dan umur,ustaz ustzah pun boleh menonton seisi keluarga. Tidak mahu ke pawagam?(saya sndiri tidak pernah ke pawagam~~~) Tidak menjadi masalah, boleh tunggu DVD filem ini dijual di pasaran.Pastikan yang original ya. Sokonglah hasil tangan anak-anak muda tempatan yang kebanyakkanya anak-anak melayu. Amat kagum dengan mereka. Semoga mereka akan dapat menaikkan nama negara di mata dunia. Apa lagi krew2 Les' Copaque, cepat-cepatlah terbitkan DVD filem ini di pasaran.

Sengaja mempromosi filem ini, supaya ramai yang akan menontonnya dan sudah menonton nanti jangan lupa kongsi pandangan kalian tentang filem ini dengan saya dan rakan-rakan yang tidak dapat menonton full filem ini. Untuk akhirnya, semoga mereka dapat mencapai target jualan tiket rm10 juta dan kalau boleh lebih dari itu. Supaya industri animasi di Malaysia dapat dinaik tarafkan lagi setanding dengan negara-negara barat dan akhirnya membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada anak-anak muda dan mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam selama ini. Mungkin satu hari nanti, Upin Ipin akan menjadi satu fenomena animasi yang hebat seperti Mickey Mouse, Hello Kitty dan lain-lain..aminn inshaAllah



Ha! dan kesempatan ini saya juga ingin mempromosi kepada semua mahasiswa mahasiswi untuk bersiap sedia menyerbu maarid kutub tidak lama lagi, marilah sama-sama berusaha untuk khatamkan kitab-kitab fekh, hadisth ,tafsir pula k. Kita juga punya tanggungjawab yang besar..=)




3 comments:

خديجة خليلة said...

Buat pembaca2 di luar sana, saya dok bilik sebelah bilik dia. Asek dengar suara upin ipin je dr bilik dia. Tiap ari dia pasang cite ni. keke.

.:NurTaQwa88:. said...

cet, ni kan rahsia kita2, kan dah janji tak nk bagi tahu, nanti saya pecahkan yang akak pun dah hafal diolog semua episod Upin Ipin ni siap tiru suara dia baru tahu..ops,tercakap pula.kekeke


p/s:baca boleh,percaya jgn..hihi

Anonymous said...

terima kasih kerana memberikankan sokongan terhadap film GENG dan Upin dan Ipin. Kami di LCP sagat menghargainya! :)

-Nizam Buat Keje LCP