Monday, January 26, 2009

Kita Lemah~

Malam semalam, menteri penerangan, Datuk Sabri cik bersama delegasi dari RTM juga Bernama menerima jemputan makan malam bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Maghribi dan kedutaan di sini. Rasa agak teruja apabila dapat berjumpa salah seorang kepimpinan dalam negara, Ye lah,sebelum ni tengok di akhbar dan tv saja, kali ni dapat bersua muka dan bersalamam(bagi mahasiswa) . Dan yang paling di tunggu, ialah dapat bertanya kepada beliau secara langsung.

Tetapkan Matlamat, Luaskan Pergaulan

Tak lupa juga amanat-amanat beliau yang amat bermakna kepada anak-anak Malaysia di morocco antaranya, kita perlu ada satu matlamat dan tujuan dalam hidup kita agar perjalanan hidup kita lebih jelas dan terpandu. Beliau juga menekankan betapa pentingnya untuk meluaskan pergualan dan mencari seberapa ramai teman dan sahabat dari negara-negara yang berbeza agar mudah suatu hari nanti jika kita perlu untuk berhubung dengan negara--negara tersebut, kita sudah pun mempunya contct di sana. Kerana beliau agak eksal dengan sesetengan pelajar di luar negara yang hanya bergaul dan berkumpul sesama kelompok pelajar Malaysia sahaja malah ada yang tidak langsung mempunyai rakan dari kalangan masyarakat tempatan. Tidak terlupa juga dinasihatkan kepada kami agar merebut segala peluang yang ada ketika masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar dengan mencuba pelbagai perkara dan ilmu baru kerana pada fatrah ini lah kita boleh melakukan kesilapan dan kesalahan(bukan sengaja ya), kerana apabila kita melakukan kesalahan dan kesilapan, orang masih boleh terima dan memaafkan kita kerana status kita sebagai seorang pelajar yang masih belajar. Adalah suatu perkara biasa jika seorang yang masih belajar membuat kesilapan.

Kuasai Bahasa, Luaskan Pengalaman

Datuk juga menekankan betapa pentingnya untuk kita benar2 menguasai bahasa di negara yang kita duduki, contohnya di Maghribi, bahasa arab supaya susah payah dan penat lelah kita merantau sebegini jauh tidak hanya sia-sian tetapi membawa pulangan yang berganda untuk kita dan masyarakat nanti. Kerana beliau kesal dengan apa yang berlaku kepada sesetengah graduan luar negara yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris mahupun arab dan bahasa-bahasa lain di negara rantauan masing dan menyifatkan perkara ini amat menyedihkan.Tidak lupa juga beliau mengingatkan pentingnya permusafiran atau melancong ke negara lain , contohnya Sepanyol yang amat dekat dengan Maghribi, untuk kita kutip pengalaman dan ilmu yang tidak ada di negara kita sendiri.


Aktif Berpersatuan, Latih Kepimpinan

Digalakkan juga kepada para mahasiswa untuk aktif dalam kepimpinan dan persatuan kerana ini semua akan melatih para mahasiswa/wi apabila pulang ke Malaysia untuk bekerja dan memimpin satu-satu organisasi , atau syarikat dan mungkin wakil rakyat. Beliau mengatakan, pemimpin-pemimpin negara yang hebat di Malaysia kini adalah hasil latihan kepimpinan ketika masih bergelar pelajar. Harapan datuk, yang pasti inginkan semua mahasiswa/wi pulang dan berkhidmat untuk negara, kerana negara kini amat memerlukan kepakaran dan tenaga muda terutamanya di dalam bidang agama dan bahasa arab berikutan perancangan RTM yang bakal melancarkan 7 saluran mereka sndiri dan salah satunya ialah saluran JAKIM yang pastinya memerlukan begiu banyak tenaga dan kepakaran dalam bidang agama untuk menjalankan kajian, menulis skrip, terjemahan san sebagainya. Inilah sedikit sebanyak amanat dan nasihat yang diberikan yang saya masih ingat sebab saya tak sempat nak menyalin kesemuanya. Harap mahasiswa/wi yang tidak hadir tidak terkecuali para pembaca boleh mengambil manfaat dan ansihat beliau yang amat berguna.

Di sini teringin saya kongsikan pertanyaan-pertanyaan yang saya utarakan pada datuk masa dia jalan-jalan ke tempat duduk kami. Tak tahu apa yang perlu dibualkan bersama beliau yang lebih banyak bertanya kepada kami, melihatkan pula situsi ketika itu yang lebih kepada komunikasi sehala tercetus perasaan ingin bertanya dan mendengar pendapat dan pandangan salah seorang pimpinan negara, konon-konon cuba nak hidupkan suasana la..konon2nyeee, tk hidup pun suasana tu.=p
Tak nak pula datuk fikir , pelajar agama, tk tahu berkomunikasi dan bergaul.

Temu Bual

Sengaja juga saya ingin kongsi soalan dan jawapan datuk, sebab kata-kata menteri ini mahal. Kalau tak,masakan surat khbar sentaisa memetik kata-kata menteri kan? Kata-kata mereka ni ada power yang mmbuatkan orang lain ikut dan ambil cakna. Berbanding kata-kata rakyat biasa, siapalah yang nak kisah . aih,dh lari tajuk..mari terus ke soalan.

Datuk, semasa mesyuarat menteri-menteri penerangan negara OIC nanti, adakah datuk akan mencadangkan untuk menubuhkan pasukan pengaman KHAS negar-negara OIC seperti mana yang di sarankan.Dan saya terbaca tentang perdana menteri Iran, telah menghantar surat kepada Raja Saudi , yang meminta kerajaan saudi memimpin gerakan jihad ke Palestin. adakah wajar dan bijak tindakan ini?

= erm..tidak..susah dn saya tidak akan diutarakan.. susah dan sukar untuk kita laksanakan, kerana nanti kita akan memerangi Amerika yang memang kuasa besar,bukan Israel sahaja. Dan kekuatan ketenteraan negara-negara Islam tidak cukup kuat untuk semua itu. Apa saja tindakan dan cadangan untuk memerangi Israel , sukar untuk kita lakukan..kerana negara-negara tidak mempunya cukup kelengkapan teknologi peperangan untuk memerangi Israel dan sebenarnya kita juga akan berperang dengan Amerika salah satu kuasa besar.

Menyentuh tentang cadangan penggunaan dinar emas yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir, wajar digunakan dan adakah datuk akan usulkan cadangan ini di perjumpaan itu tadi?
=ya..tp susah untuk dilaksanakan kerana tiada kata sepakat antara negara islam dpt dicapai.

Eropah dn amerika adakah mereka berdua saling mempunyai kepentingan antara satu sama lain dan venezuala pula,bagaimana sampai mampu menghalau duta Israel?
=Antara mereka tiada pergaduhan dan tidak pula rapat, tapi jika untuk menghalau duta israel tu boleh lg mereka lakukan, tp tidak lah smpai mereka berani untuk menyerang dan mencetuskan pergaduhan yang besar shingga mngakibatkan peperangan

Bagi pendapat datuk dipihak menteri penerangan juga wakil kerajaan, adakah tindakan memboikot yang hangat dilaksanakan di Malaysia adalah wajar dan adakah kerajaan menentang atupun menyokong usaha ini?
=(menggeleng2 kepala)tak..sebabnya semua benda, produk dan teknologi yang kita gunakan keluaran yahudi.. semua benda, komputer, perisian2 datangnya dari negara yahudi dan Amerika. Macam software komputer tadi, dan kalau kita boikot, kesannya akan kembali kepada rakyat Malaysia sendiri. Sebab, syarkt2 yahudi di Malaysia ini diuruskan oleh rakyat kita sendiri di Malaysia. Kesan dari boikot ini, akan merugikan rakyat Malaysia itu sendiri, dan ramai pula yang akan hilang pekerjaan jika kilang coca-cola, kfc dn mcd tutup.

Inilah sedikit(sikitnyee la sgt:P) yang saya tanyakan pada datuk. Tapi, ini bukanlah bulat-bulat yang dikatakan oleh datuk dan saya. Saya telah mengolahkan semula supaya mudah difahami , tetapa isi perbincangan tetap sama dan tiada penambahan. Dialog asal memang panjang dan saya tidak sempat menyalinnya.

Walaupun rasanya tk berpuas hati dan inginkan lebih penjelasan lagi, tapi saya rasa datuk pun kelihatan agak penat , tak ingin saya bebankan beliau. Sepanjang temubual tu, akak wartawan RTM pula tak habis2 la tangkap gambar kami, akak ni kan~ membuatkan saya tertahan untuk berkata lebih panjang.Apa pun,saya dan rakan-rakan amat kagum dan menghormati beliau yang kelihatan amat merendah diri dan tidak kekok untuk bergaul,berbual dan duduk bersama dengan kami.

Bila melihat jawapan Datuk tentang isu boikot dan bermacam lag isu yang saya ajukan padanya, ternyata
satu sahaja kesimpulan yang dapat saya ambil di sini. UMAT ISLAM LEMAH!

Anda marah?saya pun marah. Tapi bukankah ini realitinya. Kita tak boleh buat ini, tak boleh nak buat itu, sebabnya kita tak ada cukup kekuatan. Kita lemah. Walaupun kadangkala marah dan geram pada yang memeperlekehkan segala usaha dan perjuangan kita walaupun hanya memboikot, dengan mengatakan kita lemah dan sebagainya, tapi..bukankah itu hakikatnya??


Sesungguhnya, saya juga insan yang lemah~~

Ya Allah,berilah kami umat Islam kekuatan dan satukan Kami semua dalam satu fikrah dan satu perjuangan.aminn

wallahua'lam..

*kredit kepada saudara Fakhruddin Ar-Razi untuk iklan di atas .

0 comments: