Sunday, January 4, 2009
5 syuhada' kecil,semoga syurga tempatmu..aminn
Palestin semakin tenat. Serangan Israel semakin menjadi2. Sudahlah penempatan di Gaza di hancurkan sehabisnya sehingga tak layak untuk dipanggil sebuah penempatan. Memang hancur betullah,semua bangunan runtuh menyembah bumi bersama isi rumah yang turu terkorban dalam runtuhan. Baru-baru ini, semasa Israel melancarkan sekali lagi,air strike(try omputih sat) terhadap sebuah masjid ,peluru berpandu itu turut mengenai rumah yang berhampiran yang akhirnya mengorban 5 beradik berusia 4-17 tahun yang sedang lena tidur yang mana kelima2 itu mati serta merta di tempat kejadian di atas katil mereka. Manakala ibu ,ayah dan dua beradik yang juga tertimbus dalam runtuhan hanya mengalami kecederaan biasa.
Alasan serangan , Israel menjawab, mereka ingin menyerang masjid itu yang dikatakan menjadi tempat perkumpulan dan persembunyian pejuang2 Hamas dan ketika itu mereka percaya KONONNYA ada seorang pejuang gerakan Islam itu yang bersenjata sedang bersembunyi di dalam masjid tersebut.(rasa mcm nk ketuk2 la jurucakap Israel ni) Hanya kerana ingin memburu seorang lelaki yang KONONNYA ntah betul ada atau tidak, serangan itu sebaliknya mengorban 5 nyawa yang tidak berdosa. Tapi bagi mereka ,setakat 5 nyawa ni, apalah sangat, dan beribu2 nyawa umat islam gugur di tangan mereka.Apa mereka kisah dengan hanya 5 nyawa yang bagi merka ibarat nyawa seekor nyamuk yang tidak ada nilainya di mata mereka.
Tersentuh hati saya mendengar kata yang lahir dari mulut bapa kepada 5 syuhada' kecil ini. "Mereka membesar di depan mata saya dari hari ke hari, dari malam ke malam, dan kini, dalam hanya masa sesaat, mereka di ambil daripada saya.Ini semua adalah takdir yang telah ditetapkan, saya beriman dan percaya kepada Allah." Begitulah antara ayat yang lahir dari mulut seorang bapa yang sudah kehilangan 5 cahaya matanya hanya dalam sekelip mata. Biarpun mengalami kerugian harta benda, tapi tidak setanding nilainya dnegan kehilangan permata2 yang paling berharga dalam hidupnya. Anak-anak yang yang diharapkan dapat mengirimkan doa dan keampunan baginya apabila dia sudah tiada nanti. Sebaliknya, mereka terlebih dahulu pergi diiringi doa dari sang bapa.
wajah ibu dan adik kepada 5 syuhada' kecil
Sememangnya saya amat kagum dengan bapa ini, ayat dia melambangkan ketabahan dan keimanannya. Tabah menerima ujian dan kehilangan insan tersayang, dan redha tanda keimanan kepada takdir dan ketentuan Allah. Kesedihan pasti ada, dan pasti kesedihan yang sungguh memedihkan. Dan trauma sepanjang hayat yang pasti tidak mungkin dapat dilupakan.Semoga dirimu diberi kekuatan dan ketabahan atas semua dugaan dan mehnah ini.aminnn
Terlayang ingatan seketika kepada ayah saya di Malaysia. Agaknya, jika ada sesuatu perkara terjadi kepada anaknya di sini, apalah perasaannya. Tersentuh hati saya bila ayah ada memberitahu dia telah membesarkan gambar saya ketika bergambar di Arafah dan di tampal di almari biliknya agar mudah di tatap setiap hari.Juga turut diletakkan gambar yang sama yang juga dibesarkan di dalam sebuah frame khas yang diletakkan di atas meja di pejabatnya.(feemslah saya kat office tu:P) Betapa rindunya dia terhadap anaknya ini. Mak ada juga bagi tahu, habis semua gambar saya di besarkan dan ditampal di merata2.:P Sempat jugalah saya mengusik, jangan letak di ruang tamu, nanti ada pula orang nak buat menantu.(tkde pun:P) Dan jangan letak di pintu masuk, nanti orang lain tengok je gambar saya, terus tak jadi masuk rumah nanti.:P Sabar ya mak, ayah dan adik2(fatin ngn syafik dah rindu akak la tuh:P), doakan keselamatan dan kejayaan anak mu di sini. Semoga sempat saya menjejaki tanah air dengan kejayaan tergenggam di tangan agar hilang semua kerinduan di hati kalian semua juga kerinduan yang menggunung yang telah 3 tahun tersimpan di hati ini. Aminnn
0 comments:
Post a Comment