Wednesday, January 28, 2009

BoiKot..lah...

Assalamualaikum , disini ana ingin berkongsi pula jawapan seorang ulama' Mesir, Syeikh Said A'skar sebagai respon kepada pandangan Mufti Am Saudi, Syeikh Abdul Aziz yang juga ana ambil dari email group persatuan di sin yang juga dipost oleh Ustaz yang sama, Ustaz Baharuddin dan sekali lagi saya cuba menterjemahkannya semampu yang mungkin(semoga maknanya tidak berubah~~). Sama-sama kita lihat dan fikirkan.

عالم مصري يرفض فتوى سعودية بتحريم المقاطعة


رفض الشيخ سيد عسكر الأمين العام المساعد السابق لمجمع البحوث الإسلامي (أعلى هيئة علمية في الجامع الأزهر) الفتوى الصادرة عن المفتى العام للملكة العربية السعودية الشيخ عبد العزيز آل الشيخ، بعدم جواز مقاطعة المسلمين لبعض بضائع الدول الأخرى.

وفي بيان تلقت الجزيرة نت نسخة منه, قال الشيخ عسكر، وهو عضو اللجنة الدينية في البرلمان المصري، "للأسف الشديد لقد جانب فضيلة الشيخ الصواب فيما ذهب إليه، حيث عمم حكما لا يليق بالمقام".

وأضاف أن "الفتوى معناها تنزيل الحكم الشرعي على جزئية من الجزئيات، بمعنى أن الأصل في التعامل مع أهل الكتاب -طعاما وشرابا وزواجا- هو الجواز لا التحريم، ولكن هذا الحكم ليس معمما أي أنه لا يجوز التعامل مع الحربيين من أهل الكتاب في جميع الأشياء السابقة، لأن التعامل معهم فيها يقويهم في حربهم على أهل الإسلام".

وتابع الشيخ عسكر "كان ينبغي على الشيخ عبد العزيز آل الشيخ أن يعرف -قبل الفتوى- من يريد المسلمون أن يقاطعوه، إنهم أعداء الإسلام ممن يذبحون أطفال فلسطين ويشردونهم ويسبون نساءهم ويدنسون مقدساتهم، ولذا فإذا تعلق الأمر بمقاطعة هؤلاء فإنها تصبح واجبة شرعا".

وكانت الفتوى السعودية قد جاءت بعدما طالبت قوى شعبية عربية وإسلامية واسعة بمقاطعة منتجات بعض الدول الغربية وفي مقدمتها الولايات المتحدة بسبب مواقفها الداعمة لإسرائيل وعدم إدانتها العدوان على قطاع غزة..

وقد انتقد مفتي السعودية المروجين للمقاطعات التجارية لبعض المنتجات العالمية في السعودية، ووصفهم "بالمتنطعين والمطعطعين" أي المتشددين في أمورهم الدنيوية والدينية، مؤكدا أن التبادل التجاري بين الدول جائز.

وقال في محاضرة بجامع الإمام تركي بن عبد الله في الرياض "إنه من الواجب علينا الابتعاد عن التنطع، فأنت تضر نفسك وتضر الناس، والعالم الآن كالحلقة الواحدة لا يغتني بعضه عن بعض، فالعالم كله كما يحتاجون لنفطك، تحتاج أنت لسلعتهم، والتهديد بالمقاطعات التجارية لبعض المنتجات لا يخدم شيئا
".



sumber=aljazeera

Ilmuan Mesir Menolak Fatwa Saudi Yang Mengharamkan Boikot

Seorang ulama' Mesir, Syeikh Said A'skar mengkritik pandangan dan hukum yang di keluarkan oleh Mufti A'm Mesir yang mengatakan tidak harus untuk memboikot barangan atau produk dari negara lain.

Ketika ditemu bual bersama AlJazeera.Net, beliau juga menerangkan bahawa, asal hukum bertaa'mul dan bergaul dengan ahli kitab adalah HARUS, tidak Haram. Tetapi hukum ini bersifat umum kepada semua ahli kitab. Manakala hukum bertaa'mul atau bergaul dengan ahli kitab menjadi haram apabila dikhususkan kepada ahli kitab yang memerangi Islam(ahli harb) kerana ianya hanya akan meningkatkan lagi kekuatan mereka untuk menyerang umat Islam.

Beliau juga menambah, seharusnya bagi Syeikh Abdul A'ziz untuk melihat kepada siapa yang ingin ditujukan oleh umat Islam dalam pemboikoitan mereka iaitu ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang menyembelih anak-anak Palestin,menyeksa dan menodai wanita-wanita mereka dan mencemari kesucian mereka.(tak pasti sama ada yang dimaksudkan adalah mencemari ALquds )
Dan untuk ini, maka apabila dikaitkan dengan memboikot mereka(Amerika dan Israel), maka ia telah menjadi HARAM.

Inilah sebahagian jawapan dan respon Syeikh Said A'skar ,yang juga merupakan salah seorang anggota jawatankuasa keagamaan di Parlimen Mesir yang mengkritik pandangan Syekh Abdul A'ziz yang mengatakan tidak harus memboikot dengan alasan hukum bertaa'mul dan berniaga dengan negara lain adalah harus dan memboikot ianya hanya akan memudaratkan kita sendiri dan orang lain .

Jadi di sini, dapat saya fahami, bahawa hukum bertaa'mul dengan ahli kitab pada asalnya adalah Harus , tetapi hukum ini bersifat umum. Dan dikhususkan pula hukum bertaa'mul dengan ahli kitab yang memerangi ISLAM , kerana ianya akan menambahkan lagi kekuatan mereka dalam memerangi umat Islam.

Oleh itu, jelas bahawa hukum WAJIB memboikot adalah ditujukan kepada Israel danAmerika atas kezaliman dan tindakan mereka yang memerangi umat Islam di Palestin, kerana dengan berurus niaga dengan mereka hanya akan meningkatkan kekuatan dan menambahkan lagi modal untuk mereka bagi memerangi Islam.



Boikot, sia -sia??

Hukum telah ditetapkan, bukan seorang ulama', malah jumhur ulama' bersepakat tentangnya. Pada siapa lagi kita ingin merujuk jika tidak kepada para ulama' pewaris para nabi?
Al-Syatibi dalam Kitab al-Muwafaqat telah menjelaskan kedudukan Mufti katanya :

Maksudnya : Kedudukan Mufti di kalangan umat ialah pengganti tempat Nabi s.a.w. kerana Ulama’ itu mempusakai tugas para Nabi sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya Ulama’ itu adalah pewaris para Nabi dan Nabi tidak meninggalkan pusaka dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan pusaka ilmu”.

Tetapi masih ada banyak pendapat yang menentang dan memperlekehkan usaha memboikot ini dengan mangatakan bahawa kerja memboikot ini hanya lah sia-sia dan tidak ada hasil langsung. Padahal bukankah sudah jelasnya hukumnya.?

Yup,Setiap orang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing, tetapi tidak perlulah memperlekehkan usaha orang lain yang ingin memboikot. Silakanlah jika merasakan meneguk coca-cola , menghirup maggi dan bersenang-senang di starbucks, KFC dan MCd lebih "sia-sia" dan mendatangkan hasil dalam membantu umat Islam di Palestin. Tetapi jangan sesekali memperlekehkan usaha insan lain yang menahan perut dan mulut mereka dari menikmati makanan-makanan yang lazat lagi menggoda di KFC,MCD kerana mereka memikirkan akan rakyat-rakyat Palestin di sana yang kini mungkin sedang menangis kelaparan dan menderita, dan mereka tidak sanggup menambah lagi penderitaan mereka dengan menyumbang kepada "KEKUATAN"
musuh-musuh mereka Israel dan Amerika .


Jika mematuhinya adalah WAJIB dan merupakan salah satu bentuk Jihad, kalau mengingkarinya pula, apatah lagi memperlekehkannya pula bagaimana......??







3 comments:

lavenderpurple said...

saya sokong 100% sume yg kt atas ni.dan pendapat2 di atas ni gk boleh di bg jawapan pade dato' tu.huhu.

inilah salah satu bentuk jihad kite.kalau kite xboleh nk jihad kt medan perang sepatutnyela kite berjihad dengan care boikot inikn....

same2lah tegakkan agama Allah.mari berjihad di jalan Allah.semoga kite mendapat rahmatnya.

lavenderpurple said...

[Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaunmya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api besar yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang-kali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada si burung kecil itu,"buat apa kau penat-penat mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam denganair yang kau siramkan itu."

Lalu dijawab oleh burung tersebut,"memanglah is tidak akan memadamkan api besar tersebut,tetapi aku lebih akut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti,apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak."

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak akan membawa kesan ke atas api berkenaan)]

"Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan penyelamat bagi Ibrahim" [surah Al- Anbiya' : ayat 69]

same-samelah kite renungkan kisah ni.ni saje kite nak share...

.:NurTaQwa88:. said...

waalaikumsalam yati..syukran byk2 atas komenan dan perkongsian..inshaAllah..smeoga segala usaha kita diberkati..aminnn

semoga berjaya di sana ya..bittaufik k..allahuyau'n...

aminn