Saturday, January 10, 2009
MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki."
Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.
Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam
Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian
Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama
800 tahun
Menangislah, menangislah kita semua atas penindasan, dan maruah Islam yang kini di hinjak2 dan dipijak2 oleh orang kafir laknatullah. Kita semua tak mampu nak buat apa-apa. Hanya mampu melihat. Usaha yang termampu, hanyalah berdoa, melakukan demontrasi dan memboikot. Inilah yang termampu oleh kita. Untuk ke medan jihad, sejujurnya, kita masih tidak mampu. Kita lemah dalam teknologi dan kecanggihan peperangan berbanding mereka. Yang termampu itu, semoga tetap memberi kesan dan impak yang besar kepada orang kafir.aminn
Cuba beritahu apa yang telah dilakukan pemimpin-pemimpin Islam ketika ini dalam usaha menyatukan umat islam, dalam usaha membantu rakyat Palestin dan menaikkan kembali kegemilangan Islam? Lihat saja Presiden Venezuela telah menghalau duta Israel dari negaranya. Sedangkan di negara arab ISLAM lain, masih ada yang menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara Israel atas kepentingan tertentu. Bahkan arab saudi sendiri apabila diminta menghentikan penghantaran bekalan minyak ke Ameria,mereka menjawab, IDEA INI SUDAH LAPUK. Di Mesir pula, presiden mereka masih lagi enggan membuka sempadan Rafah sedangkan petugas2 di hospital Shifa di Gaza sudah mula merayu untuk menghantar bekalan ubat dan kini mereka meminta tambahan peti ais mayat yang sudah sesak diisi dengan para syuhada' Gaza yang mana 2/3 nya adalah KANAK-KANAK.
Andai syahid kesemua kanak-kanak di Palestin, siapakah lagi yang bakal bangkit menjadi sebagai mujahid untuk membela Islam di sana?
Saya bukanlah orang yang tergolong dalam peminat atau pengkaji sejarah, memang tak minatlah sejarah sebab nak kena ingat banyak nama.Maaf la ya kepada yang baru berkenalan denagn saya,inshaAllah,esoknya saya lupa dah nama tu.~~maaf ya. Dan saya sendiri tak mampu untuk menceritakan dan menyingkap semula sejarah dahulu satu persatu. Takut tercetus pula sejarah baru di blog saya ini. Tapi, bila mengingat kembali kisah sejarah islam yang begitu gemilang bermula di waktu hayat Baginda alaihisslam sehingga beberapa kurun selepas itu, saya tiba-tiba menjadi teramat rindu kepada Kekasih umat islam ini, Muhammad Sallallahu alaihi wassalam juga para sahabatnya. Rindu itu datang tiba-tiba ketika melihat gambar-gambar kekejaman Palestin sambil menterjermah beberapa keratan surat khabar Inggeris untuk dimasukkan dalam sebuah laman kempen bagi Palestin, elok2 pula ketika itu keluar lagu kumpulan Zulfan=Persada perjuangan , rindu kepada kegemilangan Islam dan para pahlawan Islam datang tiba-tiba.
Lirik lagu tu benar-benar membuatkan saya rasa sungguh teramat rindu kepada baginda dan para sahabat. Sehingga terkeluar dari mulut ini rintihan , "Andainya engkau ada ya Muhammad, andai para sahabatmu dan pahlawan Islam ada ketika ini, pasti nasib umat Islam kan terbela,pasti penduduk Gaza akan bebas dari kekejaman israel, pasti seluruh umat Islam akan bersatu semula menentang musuh-musuh Allah , pasti Al quds kan kembali dalam genggaman kita semua dan pasti Islam kembali gemilang. Andainya engkau ada ya Muhammad, melihat apa yang berlaku di akhir zaman ini..."
Entah macam mana boleh jadi begitu sensitif malam tu. Sambil diselubungi mazafir(sejuk~~) , membaca berita dan menatap gambar-gambar rakyat2 Palestin, air mata mengalir perlahan, tak pernah lagi saya mengalir air mata menonton cerita di televisyen walaupun ketika itu rakan serumah sudah ada yang teresak2, saya selalu pending dan terkebil-kebil. Apa yang perlu disedihkan?lepas habis cerita tu,pelakon2 tu gembira balik, yang "mati" tu "bangun" semula. Tapi di Palestin, apa yang berlaku adalah realiti. Yang benar-benar terjadi,bukan cobaan atau lakonan. Kecederaan mereka itu adalah kenyataan, kematian mereka itu tak mungkin bangkit kembali (kecuali di hari kiamat) dan kehilangan insan tersayang adalah satu realiti. Bukan seperti lakonan tv yang dikahir cerita, selepas pengarah menyebut"cut!" ,keadaan menjadi seperti sediakala.Seingat saya , saya pertama kali menangis kerana sebuah cerita adalah ketika sekolah menengah semasa membaca buku Bukit Kepong. Saya menangis berulang-ulang kali baca buku tu. Berjiwa patriotik sungguh saya ini kan.(sebenarnya sedih sebab askar2 yang mati tu handsome2 belaka~)
Jadi, untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan Islam pada zamun dahulu hingga kini, mari sama-sama kita membaca rentetan sejarah hasil tulisan Syeikh Hassan ALBanna. Tanamkan dalam hati masing-masing semangat untuk melihat Islam kembali gemilang,dan menjadi salah seorang pencetus kebangkitan Islam, bukanlah saya harapkan kita mampu menjadi Salehuddin AL Ayubbi ataupun Umar AL Fateh, cukuplahkita mampu menjadi bala tenteranya beramai-beramai bersatu menentang mush-mush Islam, biarpun kini hanya mampu menyerang ekonomi mereka, tak mengapa, inshaAllah, lepas ini, kita mampu bangkit untuk kemedan jihad pula , menentang face to face, birrukh wa biddam..dengan nyawa dan darah! InshaAllah..aminn Semangat sungguh nampaknya saya ini kan? Ini sajalah saya mampu untuk membantu rakyat Palestin, menyeru semua (yang terbaca, tersinggah, dan ter2 yang lain) untuk bersama2 berdoa, berkempen dan menyerang ekonomi mereka( memboikot), lebih baik daripada hanya menjadi penonton..wallahua'lam
Bismillah..(pnjangnya la pula muqaddimah ni,nak bagi baca dokumen kat bwh ni sj sbnrnya..:P)
p/s:apa pulak kaitan gambar adik saya dengan post ni?:P
takde kaitan pun sj je,:P sy doa smga adik saya bakal menjadi mujahid Islam suatu hr nanti.aminn doakan sama2 ya.=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment