Friday, June 5, 2009

-At-Tin Wa Zaitun-

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".


Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.(psst2,nampak tak ni,dia sebut morocco la:P)




Buah Tin.....

Sejarah mencatatkan buah tin berasal dari timur tengah sejak 4000 tahun masihi. Buha tin mempunyai banyak biji, manis dan lazat rasanya serta harum baunya, empuk dan mengandungi sedikit air dan termasuk di dalam kategori buah mewah. Berdasarkan kajian California Fig Information, buah tin mengandungi serat (fiber) yang sangat tinggi. Setiap 100mg buah tin kering terkandung 12.20gm serat epal hanya 2.0gm. Pakar kesihatan sangat menggalakkan makan buah tin untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh, mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan dengan perut.



Hasil kajian Universiti Rutgers di New Jersey membuktikan buah tin mengandungi antioksidan dengan menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser. Buah tin juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Buah tin juga rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol dimana ia sangat sesuai untuk penderita kencing manis.

Buah tin juga mengandungi Vitamin A & C, kalsium, zat besi yang sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia. Antara khasiat buah tin yang telah dikenalpasti ialah mengatasi penyakit buasir, sakit-sakit atau bengkak badan, batuk yang berpanjangan, melawas kencing, menyah toksik, dan membersihkan lendir pada usus.

7 comments:

Anonymous said...

salam.
ni macam nak promote jer...hehehe
takpew2, bgs buah ni.
emm...berkhasiat!
anda pasti nak lagi

.:NurTaQwa88:. said...

waalaikumsalam..
eh,ye ke..:P takde la.saja nak perkenalkan dua buah yang disebut di dalam Alquran.inshaAllah,ada khasiatnya..=)

sumaiyah rushdan said...

salam...
gambar yang atas sekali tu...zaitun yang dijeruk dengan sambal lada ke?hehe
takdelah...nampak macam bawang dengan lada kena blender je.(ha...maiyah...kantoi kuat makan.itu yang tengok ape2 jer, nampak yang berkaitan dengan mknn jer)

.:NurTaQwa88:. said...

waalaikumsalam ya ukhti..

hi,betullah tu..diruk dengan sambal..pandainya adik akak ni..:P

oo,kuat mkn ke dia ni..nnt ry dtg umah ya,akak msk byk2 u awak.
zinnirah pun sama ke?:P

simpleshida said...

salam ziarah..
subhanaAllah..wa masyaAllah..
bestt nye dpt mkn buah tin..huhu..
ni yg rase terIngin.. terUja lagi ter... idam..ehehe..

best info inside this blog..
keep up the panahan pena.. ;)
salam perjuangan wa barakallahu laki..

wsslm..

Haniff Ismail said...

Salam ziarah jgak kat sini..
wahh..teringin la nk makan buat tin..
mcmane ek..??
nnt pos kan boleh ke..hehehe

apapun thanks for tis info. ye..
amat2 berguna..lebih2 lagi ada dlm keterangan2 ayat2 al-quran...

p/s:
wahh..nak rase jgak..!!!huhu

creamyfiodesi said...

aisey...
rindunya da lame xmkn zaitun...
buah zaitun~
minyak zaitun~

sedap..sedap~