Friday, December 5, 2008

Raye dan KaMbIng.


Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah, hari raya aidil adha kembali lagi. Saya ada terbaca bahawa raya jatuh pada hari Isnin , tapi tu di Mekah. Negara lain tak tahu lagi. Tapi di Morocco, inshaAllah, kami beraya hari selasa(sokmo lambat~~)

Kalau di Malaysia dengan lembunya. di Mesir pulak, dengan untanya. Tapi kami di sini, kambing lah yang akan dikorbankan pada hari raya nanti. Seronok betul tengok suasana bila nk raya ni.Kambing ada dimana2.comei~~ Setiap rumah pula mesti ada seekor kambing. Lain pula di Malaysia, sekor lembu untuk sekampung. Kalau nak sekor lembu untuk sekeluarga boleh juga, dah macam nak buat majlis kahwin pula nanti..:P


Antara pemandangan menarik di ambang raya ini, kambing akan dijumpai di merata2 tempat, kat univ pun ada kambing. Kambing ada degree:P Ditepi jalan,di tengah jalan, di dalam kereta, di atas motor ,di gendong atas bahu , merata2 dan berbagai cara kambing ditemui dan di bawa. Paling suka bila tengok kambing naik motor, bersama tuannya dan yang paling comel bila kambing di pikul atas bahu sahaja. Alahai comei~ Dan sementara menanti untuk dikorbankan pada hari raya nanti, kambing2 diletakkan di atas sutuh( di atas bumbung). Setiap malam pasti terdengar suara kambing mengembek dari rumah2 orang arab ni.Tapi kambingnya tak nampak la pula ..:P

Akan tetapi! keselamatan juga semakin meruncing, kerana orang arab akan cuba sedaya upaya untuk membeli dan memeperolehi walau sekor kambing. Kes kecurian dan samun akan mula meningkat ketika ini. Jadi , diharapkan kepada semua rakan2 untuk berwaspada dan berjaga2 selalu.

Nanti ada masa, saya akan masukkan gambar2 cik kam di blog ini untuk tatapan bersama.inshaAllah.



0 comments: