Tuesday, May 11, 2010

MOHON DOA SEMUA

Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat-sahabat sekalian.

Ana bagi pihak keluarga Kak Nor Atiqah mohon jasa sahabat-sahabat sekalian untuk solat hajat dan baca Yaasin buat kak Atiqah.

Kronologi : Pada 10 Mei 2010 yang lalu, petang... Hujan lebat dan kak atiqah berhenti berteduh di bawah jambatan. Kemudian, sebuah kereta memotong laluan kiri (laluan kecemasan) dan merempuh dan menyeret kak Atiqah. Beliau mengalami kecederaan parah pada kaki dan rahangnya patah. Keadaan kritikal.

Pada tengah malam 10 Mei 2010 ana dikhabarkan keadaan kak atiqah sudah stabil tetapi masih belum sedar.

Pada 11 Mei 2010, kak Atiqah mula memberi respon dan alhamdulillah beliau sudah sedar. Keadaannya agak teruk. Ana menerima satu mesej dari adik kak atiqah lewat malam tadi :

"Salam. Rakan2 dan taulan. Ni adik atiqah. Minta tolong doakan atiqah moga cepat sembuh seperti sedia kala. Saya sekeluarga dah tak dapat menahan sebak dan pilu bilamana doktor terpaksa bagitahu yang dia mungkin lumpuh kalau tak di rawat dengan betul. Minta jasa baik anda semua supaya berdoa agar Allah pelihara dia dari segala musibah, masalah, kesukaran. Minta bagi dia semangat, sebab semangat dia teruk sangat sekarang ni. AMpunkan segala dosa dia jika ada sama ada dia sedar atau tidak. Moga kesakitannya dikurangkan Allah. Insya Allah."

Moga kita semua sama-sama doakan kesejahteraan dan kesihatan buat kak atiqah.

* Kak Atiqah kini berada di Hospital Seremban *

Jazakumullah khairan katsira

Satu lagi... Ana RASA kak atiqah tak tahu keadaan beliau yang sebenar, pada sesiapa yang sms pada kak atiqah, jangan sebut apa-apa mengenai "keadaan sebenar" (beliau mungkin lumpuh). TQ..


SUMBER DARI UKHTI INSYIRAH


BLOG SAUDARI ATIQAH:http://atirah85.blogspot.com/

1 comments:

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA