Saturday, May 16, 2009

-mUa'llimAH-(~_^)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama tidak diupdate blog saya ini. Bukan tak ingin untuk mengupdate, tapi selalu saja terhalang dengan bermacam-macam perkara. Jutaan terima kasih kepada yang sudi mengunjung, terkunjung, dan yang meninggalkan komenan.Saya amat-amat menghargainya.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke teratak alam maya saya ini.
Silakan tinggalkan link kalian agar mudah untuk saya pula mengunjungi semula blog-blog sahabat semua Sama-sama saling bertukar ilmu dan manfaat. Semoga ada kebaikkan dapat diperoleh bersama.. InshaAllah..

Bersempena hari guru yang baru tiba ini, saya ingin mngucapkan selamat hari guru kepada semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan semua insan yang bergelar pendidik. Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada mereka semua.

anak-anak murid yang comel-comel dan bijak-bijak semuanya

Dan semalam hari Jumaat, saya merasai pula pengalaman untuk menjadi seorang guru. Untuk semester enam atau semester akhir ini(semoga yang terakhir,aminnn ya Allah), universiti di daerah saya mewajibkan kepada semua pelajar untuk menjalani praktikal selain menyiapkan assignment ijazah.

Saya dan rakan-rakan memlilih untuk menjalani praktikal dengan mengajar di sekolah swasta betul-betul dihadapan rumah kami. Semalam, hari pertama kami semua mengajar. Alhamdulillah, Semuanya setakat ini berjalan lancar.

salah seorang anak murid lelaki di bahagian belakang sukanye la bagi saya pembaris, pemadam dan kapur. Habis beg saya putih dek kapur yang dia bagi:P

Baik dan mendengar kata sungguh anak-anak arab ini. Ni yang mua'llimah2 sayang lebih ni=). Saya pun nampaknya sudah menjadi pendidiklah ya=) Anak-anak murid kami yang comel-comel ini(rasa nak picit2 lah kamu semua ni~) memanggil kami dengan gelaran mua'llimah iaitu cikgu dalam bahasa melayunya.

Teringin nak berkongsi cerita lebih panjang. Tapi tugasan menyiapkan assignment akhir dan assignment dari para pensayrah lain tidak membenarkan saya untuk menulis lebih panjang lagi. (Kalau lah assignment2 ini dalam bahasa melayu~). Banyak sekali cerita menarik di Maghribi ini ingin saya kongsi bersama para pengunjung dan rakan-rakan yang tidak ada rezeki lagi untuk merasainya sendiri di sini.

gambar selepas habis praktikal pertama. Minggu depan muaa'llimah datang lagi ya;)

InshaAllah, Ada masa saya kongsikan di sini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita dan selamat menjalani imtihan buat semua rakan-rakan di Mesir juga di Maghribi. bittaufik wannajah!(~_~)



p/s: kepada adik-adikku kenalan alam maya, nazirah(korea), Sumayyah, Zinnirah(m'sia), dan Azwa(mesir), akak sentiasa mengingati dan mendoakan kalian. Rindu rasanya ingin mendengar celoteh kalian. Maaf kerana masa tidak mengizinkan untuk kita berborak seperti dahulu. Tetapi inshaAllah,akak sentiasa bersedia membantu jika ada sebarang masalah dan cerita ingin dikongsi bersama. Semoga kalian diberkati Allah selalu.aminn=)


5 comments:

Farah Imani said...

salam..
Selamat Hari Guru ya Muallimah hanisah...hehehe
best2..
nanti saya nak masuk kelas tu jd anak murid boleh??

Anonymous said...

salam muallimah Bu~~~
hehe.wah skrg awak dah ambik anak2 murid akak yer! mesti dorg nakal kan.comel2 dorg tuh.rindunya kat dorg.nati kim salam kat anak2 murid, pengetua sek tu n teacher Bi yer lau jumpe dia.i miss morocco so much, really~ :(

Anonymous said...

Anonymous is srikandi rabat.hehe :D

nadzirah said...

assalamualaikum wbt

seronoknya tengok akak jadi pengajar^^..saya teringin sangat nak ajar budak-budak..nampaknya anak murid kelas akak aktif dan ceria semua...
comeeeelll~~
saya pun gembira mengenali akak..insyaAllah satu hari nanti mungkin kita boleh berjumpa di alam nyata^^

.:NurTaQwa88:. said...

farah imani: terima kasih farah..;) eh,boleh2.tp jgn nakal2 tau..akak rotan nnt..hi

anonymous:waalaikumsalam kak su bu... juga:P inshaAllah,nnt saya buat pengumuman ya.cikgu yg come2 tu kim salam pada diorg..:P

nadzirah:waalaikumsalam ya ukhti..hi,memang comel.tapi nakal.masyaAllah..lahaulawalaquwwata illa billah..=P

inshaAllah,berkesempatan kita berjuma di alam nyata..aminn.bittaufik di sana ya..