Tuesday, April 7, 2009

MuSIm bUngA dI MAGHRIBI-PErDiSk-

Assalamualaikum warahmatullah..

Spring Pictures, Images and Photos

Dah lebih seminggu tidak berupdate..mesti ramai yang tertanya-tanya kemanakah perginya tuan empunya blog ini.(perasannya~..:p). Seperti yang telah dimaklumkan, selama seminggu cuti musim bunga di Maghribi ini, persatuan sememangnya telah menggunakan sebaiknya masa yang terluang dengan program-progran ayang amat bermanfaat. Alhamdulillah.

Jadi, molek rasanya saya kongsikan disini, apakah program-program yang amat menyibukkan diri saya ini..(buat2 busy je banyak sebnrnya..:P)

Kenitra, luar dari daerah saya, Rabat. Memerlukan saya menaiki keretapi selama hampir 45 minit untuk ke sana.Hari pertama jam 9.30 dipagi sepatutnya diskusi kewangan bersama seorang penceramah jemputan iaitu pekerja Malaysia di sini tetapi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu, maka pihak pengurusan dengan secara serta-merta menukar program kepada....


= AKADEMI KHUTBAH DAN CERAMAH=.

Yang dimaklumkan kepada peserta petang sebelum hari program di jalankan. Dan saya sebagai Fasi hanya dimaklumkan oleh adik-adik pada pagi esoknya ketika program akan dimulakan.

Kasihan adik-adik fasi ku yang bertungkus lumus nampaknya mencari bahan dan mempersiapkan diri sebaiknya. Tahniah akak ucapkan. Kalian memang hebat walaupun pertama kali di atas pentas.

Satu lagi kejutan di sampaikan di pagi pRogram setibanya saya disana dari daerahku , Rabat yang aman,(sehingga pencuri pun berasa aman di situ~~), dimaklumkan bahawa saya telah dilantik menjadi Pengkritik?!. (kenapa saya ~~..)

Barisan pengkritik yang sungguh profesional..:D

Ada 4 pengkritik kesemuanya dan 4 orang hakim atau juri pemarkahan. Dua daripada pengkritik adalah akhwowat dan 2 lagi dari kalangan ikhwah. Manakala keempat-empat juri adalah dari kalangan ikhwah.

Allah, bagaimanakah saya ingin mengkritik khutbah-khutbah yang bakal di sampaikan 4 kumpulan ikhwah dan forum-forum ceramah yang bakal dipersembahkan oleh juga 4 kumpulan akhowat. Tiada persedian, perbincangan dan ulang kaji terlebih dahulu. Maafkan saya kepada para peserta atas kritikan saya yang amatnye membina itu.

Sememangnya pengalaman menjadi pengkritik yang sungguhnye lah profesional tidak dapat saya lupakan. Macam di akademi fantasia pula rasanya mendengar krtikan-kritikan pedas ustaz-Ustaz sahabat pengkrtik saya.:P Pedas tapi membina. Jadikan sebagai satu komenan yang mampu meningkatkan dan memperbaiki diri kepada yang lebih baik.inshaAllah.

Akademi itu berlangsung beberapa jam mulai jam 9.30 pagi berterusan, selang seli persembahan khutbah daripada satu kumpulan ikhwah kemudian forum juga daripada satu kumpulan akhowat sehinggalah habis kesemeua kumpulan ikhwah dan akhowat yang tamat pada jam 2.00 petang. Saya tak pernah lagi dengar khutbah dan ceramah berturut-turut seperti hari itu. Cukuplah nampaknya khutbah Jumaat untuk sebulan .:P

Diskusi Politik antara yang sungguh panas..:D

Pada malamnya pula, selepas Maghrib, tazkirah yang sepatutnya di selia oleh Fasi telah saya tangguhkan . Suka-suka hati saya pulalah ya.ish2. Tidaklah, kasihan sebenarnya melihat adik-adik yang pening-pening dan tidak cukup tidur lantaran persedian untuk akademi pagi tadi yang dimaklumkan di saat akhir. Makanya ramai peserta yang telah bersengkang mata mencari,menyusun dan membincangkan isi sesama ahli kumpulan.

Tetapi selepas Isya', program tetap disambung. Iaitu lAtihan membuat karangan tentang Mushadati fil Maghrib. Kekalar pula saya tengok adik-adik ni, buat karangan dalam keadaan mamai-mamai, tempoh sejam diberi berlanjutan sehingga dua jam lantaran ada yang tersengguk-sengguk dan terlelap-lelap ketika menulisnya.


Keesokkan harinya pula, program diteruskan dengan pembentangan cara-cara membuat nota yang betul dan bijak juga cara menulis bahas atau assignment oleh ustaz-ustaz senior di sini. Dan petangnya pula sebelum iftar jamai', pembedahan kertas karangan para peserta oleh seorang ustaz di lakukan sehinggalah berkumandangnya zan Maghrib. Bersama-samalah Ustaz dan kami sekalian berbuka di situ..:P

Setelah berhempas pulas memerah otak yang pastinya lebih memenatkan dari memerah tenaga, akhirnya program berakhir keesokkan harinya. Bahas sudah pun diserahkan kepada pengurusan program untuk diserahkan dan diperiksa oleh ustaz-ustaz dan akan dikomen ketika hari penutupan.

Kumpulan saya, Shooting Star, bertemakan, Shooting For The Succes..(idea saya lah tu,pelikkan..:P) telah berjaya menyiapkan bahas berkaitan ilmu falak. Hebat adik-adik ini, pilih tajuk yang saya sendiri bukan ahlinya. Tak dapat nak tolong banyak, sekadar bagi panduan dan bimbingan sekadarnya. Maaf ya adik-adik fasi ku sekalian~


Maka berakhirlah program musim bunga untuk mahasiswa mahasiswi tahun satu dan dua selama 3 hari bagi tahun ini. Penyampaian hadiah dan majlis penutupan di sempurnakan oleh duta Malaysia ke Maghribi yang sungguhnya baik dan mesra dengan anak-anaknya di sini.

Tiada no1,2,3 dan terakhir, kesemua kumpulan adalah pemenang dan mendapat hadiah yang serupa.
Tahniah kepada semua terutama adik-adik dan ajk pengurusan program atas program musim bunga tahun ini. Tahun depan, mungkin program berbeza, pengisian yang berlainan dan peserta yang baru.InshaAllah


2 comments:

Farah Imani said...

syukran untuk senior2 semua yg bekerja keras untuk bimbing kami semua..
Banyak perkara baru yg saya belajar sepnjang program nie..
mmg xboleh lupa la debaran menanti diri dikritik..=>
memang manis semua itu bila dikenang kembali...

.:NurTaQwa88:. said...

la syukra a'la wajib ya ukhti..(~_^)

hi, maaflah kalau krtikan itu ntah apa-apa..orang "profesiaonal" katakan..:P

serik dah jadi perngkritik, payah juga rupanya.terus demam akak lepas tu..hi

terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh adik-adik semua.(~_^)