Thursday, March 27, 2008

Tips2 MeNjAdI wAnItA bAhAgIa


Tidak… bagi perbuatan yang dapat mensia-nsiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

Tidak… bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, berbanding sikap arif untuk menjaga kesihatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirahatmu.

Tidak… bagi perangai yang suka mencari-cari kesalahan orang lain, mencanang aib orang lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri.

Tidak… bagi perangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak… bagi sikap yang selalu menghabiskan waktu bersama para penganggur, dan memboroskan waktu berjam-jam untuk bergurau dan bermain.

Tidak… bagi perilaku acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh, serta masa bodoh dengan tempat tinggal dan ketertiban lingkungan.

Tidak… bagi setiap minuman yang haram, rokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak… bagi sikap yang selalu mengingat-ingat kembali musibah yang telah lalu, bencana yang telah terjadi, atau kesalahan yang terlanjur dilakukan.

Tidak… bagi perilaku yang melupakan akhirat, yang lalai membekali dirinya dengan amal saleh untuk menyongsongnya, dan yang lengah dari peringatan tentang kedahsyatannya.

Tidak… bagi perangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat memangkas perkara-perkara ketaatan.

(Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia - DR. Aidh al-Qarni)

2 comments:

Zulkiflee Bin Hussain said...

salam a'laik..moga istiqamah dalam usaha mmperbaiki diri,& bentuk akhlak melalui acuan al-Quran+Sunnah..
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"..
Allahhua'lam..

NurHanisahBtHjMansor said...

waalaikumsalam..inshaAllah..akhlak dn peribadi yg mulia bkn sekadar hiasan u wanita malah juga kaum adam ..semoga akhlak yg murni menjadi pakaian peribadi yang paling indah..inshaAllah..