Thursday, March 8, 2007
Jumaat Yg Menakutkan..
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..
Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka
Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang
mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...
tiba-tiba......
Pintu bilik ICU itu terbuka....
Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut....
soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan..
vacuum cleanernya....
Teka-Teki
Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.
Pelajar: Cikgu pandai tak?
cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu..
pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka - teki ni,
Cikgu : ha, ape dia?
Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?
Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?
Pelajar : salah
Cikgu : 99
pelajar : salah!
Cikgu : emm da tu berapa kaki,
Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu..
pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..
Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?
Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je.. hehehe
Cikgu tu ketawa sambil keluar dari kelas...dengan muka bodoh..
ada 3 org giler yg akan dibebas kan,kerana di kate kan hampir sembuh..dokter tu pun memanggil pesakit pertama,ahmad..kalau kamu di padang pasir ape yg kamu bawa..ahmad pun bekate,air la dokter..kalau saye haus saye beh minum..dokter tadi pun mengarah kan ahmad tuk balik ke rumah.ahmad pun sangat gembira..tiba pulak giliran fendi.kalau awak pulak..saye bawa makanan la dokter.kalau lapar saye bleh makan.dokter pun mengarahkan fendi pulang..skrang pulak giliran nizam.kamu macam mane..saye bawa pintu kereta la dokter..dengan nada pelik dokter betanye lagi.kenape pulak?ye lah..kalau saye panas saye buka la tingkap..tiba tiba dokter tadi terus pengsan kerana tekejut
Dracula
"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir.
"Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.
Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH, heh...heh...heh...".
Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK.
Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.
Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir.
"Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?".
Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!".
Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya.
Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.
Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...
Takut Bini
Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.
Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari. Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi. Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.
Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.
MORAL OF THE STORY: KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.
Terkunci..'Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"
Mana Hebat
Suatu masa dahulu berbincang dua
orang sahabat tentang perihal bulan & matahari,
Berkata seorang sahabat itu :
\"Bagi aku,dalam banyak-banyak kejadian alam ni,
mataharilah yang paling kuat!,Berkata seorang lagi sahabat
\"Aku kata bulan yang paling kuat\",
Jawab sahabat tadi pula \"Mana boleh,
tentu matahari yang kuat sebab cahayanya lebih terang.
\"Dengan muka selamba berkata sahabat satu lagi
\" Elehh,matahari cuma boleh menerangi siang yang
dah sedia terang sedangkan bulan boleh menerangi
malam yang gelap gelita !\"
Memori Gila
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan
pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama
Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya
percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah
mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak
lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia
menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu
memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah
keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku
bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi fungsi setelah aku
tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-
set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di
dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai
sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu
mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang
angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak
dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak
diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual
dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih
cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu
yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi
hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar
mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai
tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah
kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga
kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau
timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan
yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak
dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai
bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara
Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya
digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu
berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku
sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku
bukan McGyver, McDonald\'s,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga
bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari
kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak
perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang
ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan
dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku
cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun
berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan
kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO,
selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan
Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari
terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia
belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang
elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti,
aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..
Apa Nk Jadi
Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3
pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex
ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka.
Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut
lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti
ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni,
doktor.
Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius
seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang
lagi dasyat aku tgk... . apa dah jadi?
Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi
saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya
berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada
sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!
Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk
daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti
ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!
Cara Menjawab Tepon'
Soalan: haloo, may i speak to ina please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis
Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah,bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
Soalan: haloo ina, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.
Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betulle tu.
Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)
Berbohong
Terdapat dua beranak, yang sorang bapak,dan sorang lagi tu anaknya.
Mereka berdua ni selalu berbohong apabila mengatakan sesuatu. udah ramai
la penduduk sekampung yang jadik mangsa pembohongan mereka berdua.
Lama kelamaan, mereka berniat untuk insaf dari perbuatan mereka. Mereka
telah bertemu dengan seorang bomoh dan bertanyakan bagaimana cara
menghilangkan tabiat burok mereka tuh. Bomoh pon bagitau la mereka supaya
menuju ke satu bukit, dan naik ke puncak air terjun, kemudian terjunlah
ke bawah, moga-moga ia dapat menyembuhkan penyakit mereka.
Mereka berdua pun menuju la ke air terjun. Sampai di tempat berkenaan,
masing-masing takut untuk terjun ke bawah...setelah hampir 10 minit, si
bapak pon sanggup untuk terjun dahulu. lalu terjunlah dia. Si anak mula
panik kerana bapaknya tak timbul-timbul. Setengah jam kemudian, barulah
bapaknya naik dan menghampiri anaknya.
Anak : Kenapa lama sangat pak?
Bapak : Bapak jumpa kawan kat bawah, dia ajak minum kopi dulu kat
warung tu. Apa lagi kamu tunggu tuh, terjun jer lah.
Si anak pon terjunlah, dan sekejap saja timbul ke permukaan dan
menghampiri bapaknya.
Bapak : Hah,kenapa dengan benjol dahi kamu tu?
Anak : ini semua bapak punya pasal la. Bapak minum kopi tadi tak bayar.
Dah tu saya pulak yang kena pukul
Cara Menjawab Soalan*
Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"
* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda
bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu
bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".
Cover Line..
1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...
3. kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...
4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan....
5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda....
Selamat Mencuba!!!
Tak Faham
seorang suami begitu eksited untuk menimang baby baru.......sumer check list dier dah buat. gabra betul dier......al maklum la.....first time nak jadi ayah.....yang si isteri tu rileks jer....
satu hari....masa yang di tunggu dah tiba. si isteri mengerang kesakitan untuk bersalin. si suami pun terkocoh-kocoh berlari medapatkan telefon untuk memanggil ambulan.......namun, perbualan di
telefon antara si suami dengan jururwat terdapat sedikit kesulitan...
suami : helo...spital, datang umah sayer skang gak, isteri sayer dah nak terberanak sangat nie.....
jururawat : sabar cik, sabar, bawak bertenag....nie anak sulung ker......
suami : aper pulak, ni suami dier lar......
jururawat: .................
Lembu...
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
11 TIps DiDLM lIF
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".
3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...
6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"
2 comments:
bagus blog ni..tahniah nisah:)
tu la..menarik...slalu2 la update;)
Post a Comment