Tuesday, March 27, 2007
MUHASABAH DIRI(peringatan bersama)
‘ Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , Kecuali orang yang beriman , beramal soleh , berwasiat tentang yang haq dan berpesan-pesan tentang kesabaran ’
Wahai sahabat …..
? Adakah anda sembahyang berjamaah setiap hari ?
? Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan Solat Rawatib ?
? Adakah anda melakukan Solat Dhuha dan Solat Witir ?
? Adakah anda tertinggal Takbiratul Ihram pertama semasa berjamaah ?
? Adakah anda membaca ayat-ayat al-Quran pada hari ini ?
? Adakah anda membaca Ma ‘thurat pada hari ini ?
? Adakah anda berselawat ke atas Rasulullah S.A.W pada hari ini ?
? Adakah anda menjalankan dakwah untuk oprang lain ?
? Adakah anda melakukan amal ma ‘ ruf nahi mungkar ?
? Adakah anda membaca buku-buku islam ?
? Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak daripada waktu yang ada ?
? Adakah anda menagmbil iktibar dan pengajaran perkara yang berlaku sepanjang hari ?
? Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam usaha ke arah mengingati Allah ?
? Adakah anda menitiskan air mata sewaktu mengingati Allah sewaktu sunyi ?
? Adakah anda bercita-cita berjihad dan mati pada jalan Allah ?
? Adakah anda memikirkan tenyang hari akhirat ? Di manakah kedudukan anda , Syurga
@ Neraka ?
? Adakah anda berfikir tentang maut yang akan di temui nanti ?
? Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa
Penuh harap terhadap Allah ?
? Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari ?
? Adakah anda mengabaikan kewajipan menepati masa , terutamanya dalam urusan Fardhu ?
? Adakah anda berwudhu’ sebelum tidur ?
? Adakah anda berniat untuk solat Tahajjud pada malam ini ?
? Adakah anda berazam untuk memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok ?
? Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Sahabat di manakah kedudukan anda pada waktu ini…..sekiranya anda masih dalam kekurangan kekurangan pada segalanya , perbaikilah! Dan sekiranya anda dikalangan yang telah memenuhi nya , maka pertingkatlah ! Sesungguhnya semoga masih ada waktu untuk kita merubah segalanya ……..
jika dunia ini adalah suatu persinggahan,mengapa tidak kita memperbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?kerana kita cuma ada satu persinggahan saja..
5 comments:
terima kasih atas peringatan yg d utarakan oleh ukht nisah..banyak lg rasa perkara2 yg blum lagi ana tunaikan..syukran kasir...semoga ia blh mnjadi muhasabah bg semua sahat2 yg lain k
la syukran ala wajib,apa shj yg ana post bkn sj khusus ditujukn kpd pmbaca ttp juga sbg peringtn u diri ana jg.sama2lah mengislahkn diri kpd kebih baik dan jadikn muhasabah sbg kaji selidik diri kita u mmbaiki apa y kurang dan menambah baikkan yg telah sedia baik.InsyaAllah.wallahua'lam
posting la lagi ;>
InsyaAllah.skrg tgh sibuk dgn bahas yg berlambak.nmt ada masa akn posting lg.sibuk komen blog ore lain pnjng2 tapi blog sndr tak post.he:P
saya baru jumpa blog yg begitu menarik...jumpa tuan blog lg best..syabas
Post a Comment