Tuesday, September 29, 2009



Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..dah lama blog ni tk diupdate(tk update pun bersyukur,bagusnyee :P)
InshaAllah,malam ini jam 3.00 pagi saya akan meninggalkan rumah tempat saya berteduh selama lebih 3 tahun di Maghribi ini untuk kembali ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian di sini .Alhamdulillah

Pada jam 10.00 pagi, inshaAllah, kapal terbang akan mula berlepas meninggalkan lapangan terbang Casablanca.

Banyak kisah suka duka ,pahit manis telah saya lalui selama 3 tahun di Maghribi ini. Terpaksa juga kuatkan hati dan semangat untuk terus berjuang bersama teman-teman lain tanpa brpeluang pulang ke Malaysia walau sekali. Kalau dikira air mata yang mengalir tiap kali futur menghadapi ujian,kata-kata orang dan sebagainya memang banyak. Tetapi hanya senyuman yang mampu saya ukirkan tiap kali menghadapi semua kepahitan dan kedukaan di sini. Orang hanya melihat kita tersenyum, tetapi dalam hati, hanya Allah yang tahu. :)

Sejuta kemaafan juga saya pinta kepada semua teman seperjuangan jika ada salah dan khilaf sepanjang saya berada di bumi Maghribi yang sengaja atau tidak sengaja. Semoga dengan kemaafan semua, akan memudahkan lagi laluan saya di sana nanti.inshaAllah..aminn

Saya terpaksa keluar sekarang untuk menguruskan beberapa hal lain sebelum pulang.Ada masa akan cuba saya coretkan kisah2 pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan bersama smeua.inshaAllah.

Sunday, June 14, 2009

-iLMu-




CABARAN PENUNTUT ILMU


Syaikh Nu’man mengatakan,
“Betapa banyak gangguan yang harus dihadapi oleh seseorang yang berusaha menuntut ilmu. Maka dia harus bersabar untuk menahan rasa lapar, kekurangan harta, jauh dari keluarga dan tanah airnya. Sehingga dia harus bersabar dalam upaya menimba ilmu dengan cara menghadiri pengajian-pengajian, mencatat dan memperhatikan penjelasan serta mengulang-ulang pelajaran dan lain sebagainya.


Semoga Allah merahmati Yahya bin Abi Katsir yang pernah mengatakan,
“Ilmu itu tidak akan didapatkan dengan banyak mengistirahatkan badan”, sebagaimana tercantum dalam shahih Imam Muslim. Terkadang seseorang harus menerima gangguan dari orang-orang yang terdekat darinya, apalagi orang lain yang hubungannya jauh darinya, hanya karena kegiatannya menuntut ilmu. Tidak ada yang boleh bertahan kecuali orang-orang yang mendapatkan anugerah ketabahan dari Allah.”

(Taisirul wushul, hal. 12-13)

Friday, June 5, 2009

-At-Tin Wa Zaitun-

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2).

Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".


Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.(psst2,nampak tak ni,dia sebut morocco la:P)




Buah Tin.....

Sejarah mencatatkan buah tin berasal dari timur tengah sejak 4000 tahun masihi. Buha tin mempunyai banyak biji, manis dan lazat rasanya serta harum baunya, empuk dan mengandungi sedikit air dan termasuk di dalam kategori buah mewah. Berdasarkan kajian California Fig Information, buah tin mengandungi serat (fiber) yang sangat tinggi. Setiap 100mg buah tin kering terkandung 12.20gm serat epal hanya 2.0gm. Pakar kesihatan sangat menggalakkan makan buah tin untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh, mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan dengan perut.



Hasil kajian Universiti Rutgers di New Jersey membuktikan buah tin mengandungi antioksidan dengan menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser. Buah tin juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Buah tin juga rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol dimana ia sangat sesuai untuk penderita kencing manis.

Buah tin juga mengandungi Vitamin A & C, kalsium, zat besi yang sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia. Antara khasiat buah tin yang telah dikenalpasti ialah mengatasi penyakit buasir, sakit-sakit atau bengkak badan, batuk yang berpanjangan, melawas kencing, menyah toksik, dan membersihkan lendir pada usus.

Tuesday, June 2, 2009

-TaUBaT -


taubat Pictures, Images and Photos

Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu,

sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Ali ‘Imran 135-136:

"Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)



Ingatlah, pintu taubat senantiasa terbuka luas ..sehinggalah datang dua perkara ini..tiada maaf bagimu!
  1. Ketika nyawa terpisah daripada jasad..mati
وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ)النساء: من الآية18)

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal kepada seorang di antara mereka , barulah dia mengatakan " Sesungguhnya saya bertaubat sekarang".
  1. Ketika matahari terbit disebelah barat..kiamat
يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لا يَنْفَعُ نَفْساً إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرا)
الأنعام: من الآية158)

Pada hari datangnya tanda-tanda tuhanmu(maksudnya tanda hari kiamat,terbitnya mataahri disebelah barat) tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikkan dalam masa imannya.



Saturday, May 30, 2009

-UsRaH kU, FaMiLy Ku-(~_^)



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan untuk saya menghantar sesuatu di blog saya yang usang ini. Sedang menaip assignment sebenanya.tapi rasa letih pula. Terfikir untuk post sesuatu di blog ini..agar tidak menjadi terlalu usang dan berhabuk pula blog ni..=)

Terima kasih sekali lagi atas kunjungan semua. Samada sengaja atau tidak. Amat saya hargai dan alu-alukan. Jangan lupa tinggalkan link kalian di shoutbox blog ini ya.syukran.(~_^) Salam ukhuwah dari saya=)

InshaAllah, di sini saya ingin berkongsi gambar-gambar tempat bersejarah dan menarik Maghribi/Morocco..Yang mana semua tempat ini adalah tempat dimana usrah rumah saya diadakan..sambil berusrah sambil berjalan-jalan..mengeratkan ukhuwah sambil bermunaqashah dan mendengar tazkirah daripada rakan-rakan serumah..:P

Usrah di Nuzhah Forest. Rabat.. jarak 10 minit menaiki teksi..satu jam berjalan kaki. Tapi hari itu kami naik teksi je sebab takut terlewat pulak. Nanti dah panas.(puteri lilin sungguh lah~:P)

Bertolak jam 6 pagi lebih, ops, jangan terkejut, kat sini 6 pagi tu dah macam pukul 8 di Malaysia.=) sampai saja di taman ni, tengok orang arab dah ramai datang. Makcik2 , pakcik2, adik2, anak2, nenek2 pun ada. Kebanyakkan mereka berjoging, bersenam dan bermain bola sepak, yang lelaki lah.(takkan nenek2 pula yang main bola sepak kan..:P)

Usrah kami mulakan dengan senaman ringan(pusing2 tangan, pusing2 kaki dan pusing2 kepala..ringankan senaman kami..? :P itu pun buat dengan tersipu2 sebab orang arab ada y duk pandang2.:P ) dan bersarapan..kemudian bacaan ayat al quran dan tafsir..

Cahaya matahri yang mula memancarkan cahayanya..suasana di dalam hutan tu jadi sungguh indah..gambar roomate saya ni saja yang ada latar belakang lawa macam ni..

Kemudian masuk topik perbincangan usrah hari itu iaitu Pengurusan Jenazah..tajuk ini dah dibincangkan, cuma nak ingatkan balik untuk lebih faham dan ingat.. Nanti boleh pula buat ibadah fardhu kifayah ni kat Malaysia..inshaAllah.

Takkan nak harapkan orang-orang tua saja yang menguruskan jenazah..=) Kalau tak untuk orang lain, untuk ahli keluarga kita sendiri nanti.. tak susah mana pun, cuma mandi kan cukup sehingga jenazah bersih dan suci, kapan kan sehingga mampu menutup auratnya dan disolatkan. Yang air mawar bagai tu, sunat je. Tak wajib pun. Sama-sama lah kita mempelajari ilmu fardhu kifayah ni k.

Bayangkan jika satu hari nanti kita berdepan dengan satu keadaan yang darurat tiada ustaz2 dan imam untuk menguruskan hal-hal berkaitan jenazah, menjadi imam dan sebagainya, bagaimana? ;)

Yang pentingnya perlu ada ILMU. ILMU itu boleh di cari di mana-mana sahaja. Universiti atau sekolah hanyalah tempat pendidikan secara formal yang kelihatannya orang ke sana lebih kepada untuk mendapatkan segulung sijil tetapi ILMU di luar dan pengalaman lebih berharga. Yang penting,perlu berguru. Semoga ilmu yang diperoleh tidak sesat dan salah malah boleh pula menyesatkan orang lain..nau'zubillah minzalik..wallahua'lam..


Lepas usai saja perbincangan, macam biasa lah:P sesi bergambar dan posting sakan. Semua sudut kami bergambar, nasib tak panjat ats pokok je lagi, :P Mentang-mentang kat negara orang , posing macam mana pun tak rasa malu dan segan :P tapi masih menjaga tatasusila..alhamdulillah. Kemudian ,pulang ke rumah pada jam 10 pagi.



Usrah seterusnya di Shallah, Rabat

Ini adalah kota lama..sejarahnya boleh di baca di bawah..sila tekan untuk paparan yang lebih jelas..mekasih=)

Tak faham?ok..sila baca yang dibawah pulak..


Ai..lagi tak faham adalah..~~ (saja je nak tunjuk dia belajar bhs france kat sini:P) siapa yang faham boleh lah cuba translatekan sejarahnya dini. InshaAllah, saya akan cuba translatekan sejarahnya di sini nanti. (bila lah tu ya nisah~~)


Usrah kali ini bermula lewat sedikit dalam jam 10 pagi..dimulakan dengan berjalan-jalan dan bersiar-bersiar di dalam kota lama ini..Mula-mula masuk sahaja..kami amat terpegun dan takjub..

MasyaAllah,kami disambut dengan pohonan-pohonan hijau yang mendamaikan seperti berada di taman di Malaysia. Sebab kat negara arab, payah nak jumpa hutan, Jadi bila jumpa tempat yang penuh dengan pokok-pokok, terasa amat kagum..subhanallah..

Hari Jumaat itu sepatutnya tiada bayaran dikenakan,tetapi hanya untuk rakyat Maghribi,.kami yang orang luar ni kena bayar la pula.~~akan tetapi! kami berjaya memujuk pengawal dan penjaga kota ini untuk memberikan tawraan free itu kepada kami juga..

kami pujuk dengan baik, kami bagi tahu dia, kami ni dah 3 tahun duduk sini, dah jadi maghribiyah dah..bagilah free juga macam orang Maghribi yang lain..lepas tu kitakan sedara seislam..takkan berkira..:P (sapa punya ayat lah ni,ish2) alhamdulillah, akhirnya kami dibenarkan masuk secara free..=)


Pokok pun pandai rukuk..tak kisah lah kebetulan atau tidak..yang pasti Allah telah berfirman bahawa setiap tumbuhan-tumbuhan sentiasa bertasbih kepadaNya..kita pula manusia..berapa kali berzikir..membaca Al Quran dan melakukan solat?fikir2kan..(untuk diri saya juga~~)


Anak burung.sebetulnya baby burung..kalau baby je dah besar macam ni..bapak dia dan mak dia..besar mana lah pula ya..subhanallah..

Inilah kondominium burung-burung itu..

Nampak tak yang putih-putih tu? bukan salji ya..apatah lagi sampah sarap..tetapi ia adalah..burung..banyak sangat burung kat sana..lupa dah namanya..tapi memang besar..baby manusia pun dia boleh bawa lari untuk dimakan..nau'zubillah..tak pernah pula berlaku. cuma nak kata burung itu memang besar sehingga mampu agaknya mengangkat seorang bayi manusia...wallahua'lam..


Pemandangan di dalam kota lama ini. Lihat lah, kota lama ini dulunya pernah maju dan dihuni dengan ramai manusia..tetapi kini..tiada apa yang tinggal..cumanya untuk kita..ditinggalkan sejarah dan peringatan...bahawa, setiap apa yang ada didunia ini..tidak akan kekal..

tidak mustahil.. bandar KL yang maju dan pesat itu..bakal menjadi satu sejarah seperti kota lama ini..siapa yang tahu kan?jadi janganlah berbangga dengan kemewahan , kekayaan dan kelebihan yang ada pada diri kita..semuanya tidak akan kekal lama..


Kubur..yang hidup pasti akan mati..biar tinggi mana pangkat seseorang itu...kembalinya nanti hanya dibaluti sehelai kain putih dan beralaskan tanah-tanah dan batu..

Berjalan dan renungilah setiap ciptaan Allah.. Sepanjang kami berjalan-jalan di dalam kota tersebut, orang asing (hallo nisah,awak tu bukan orang asing ke?:D)tak habis-habis snap gambar kami yang pastinya berbeza dengan orang lain. Bertudung bulat dan berjubah labuh.


Dalam kawasan kota lama ini, ada tempat seperti sebuah taman yang sungguh redup. Ada sebatang sungai kecil..(macam longkang je saya tengok..~) air dia jernih sangat..dengan bunga-bungaan yang tumbuh mekar..subhanallah..

Alhamdulillah,berjaya berusrah bersama ahli keluarga usrah .Semoga ada manfaatnya dalam rehlah ilmiah ini.



( Terasa amat menyesal tak buat usrah seperti ini dengan adik-adik usrah saya tahun lepas..lantaran jarak kami yang agak jauh..astaghfirullah, gagal melaksanakannya dengan baik~
)

Kepada adikku azwa wangi:P(nak tulis buchuk sbnrnya..:P) farah shomel;), dan sumaiyah , zinnirah yang lincah belaka juga nadzirah di Korea. Bittaufik wannajah u imtihan ya. Juga buat rakan-rakan di mesir, jordan(hai yati..;)) , morocco dan malaysia juga. Kak irma(jaga diri dan baby baik2 ya;) ),kak tiqah(tak mo sedih2,kuat smngt k!),ukhti syira ,ukhti yana=) dan semua rakan saudara seislam , tak terdaya saya nak menulisnya disini..jangan terasa ya.=) semoga diberi kejayaan dalam hidup dan apa sahaja urusan.aminn


Saturday, May 23, 2009

-KeTukAn KeINsAFaN-

taubat Pictures, Images and Photos

Seorang pekerja bangunan tengah sibuk menyusun batu-bata dilantai atas,setelah bata ditempatnya habis dia berteriak kpd para pekerja bangunan yg berada dilantai bawah utk membawakan batu-bata yg baru padanya,berulang kali dia berteriak namun tiada seorangpun yg melihat keatas..

Kemudian pekerja tadi cuba melemparkan wang logam..wang itu mengenai badan pekerja yg berada dbawah,namun bukanya dia melihat keatas malah sibuk memungut wang yg jatuh..

Berulang kali dia melempar wang hingga akhirnya dia berputus asa,di tengah keputus-asaannya dia cuba melempar batu.kali ini batu itu tepat mengenai kepala pekerja yang berada dibawah dan ternyata usahanya berhasil.

Para pekerja tersebut tlh mula melihat keatas. Mungkin dengan wang dia tidak berhasil memanggil,tetapi batu dia dapat memeranjatkan pekerja-pekerja itu..

Dan mungkin seperti itu juga manusia saat ditegur oleh tuhannya dengan cara menyenangkan dia tdk menyedari,dan apabila ditegur dgn cara yg keras dia baru memahami dan mulai bertaubat..




Wednesday, May 20, 2009

-BeRtUAH-


Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)

Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah,saya diberikan anugerah BERTUAH daripada seorang insan yang telah saya anggap seperti kakak saya sendiri. Saya pun tak faham sangat nak buat macam mana dengan anugerah BERTUAH ini. Bertuah ke blog ni?:P yang pasti, saya bertuah kerana dapat mengenali insan sepertinya..;)

Apa pun,saya amat menghargai anugerah yang diberikan olehnya kepada rakan-rakan beliau termasuk saya.

Biarpun masa sering mencemburui peluang kita untuk berborak, bertukar pandangan dan ilmu, tetapi inshaAllah, diriakak sentiasa dalam ingatan dan doa saya. Semoga akak tabah dan kuat menghadapi segala dugaan dan ujian dalam hidup ini.aminn

salam sayang dari adikmu di Maghribi..(~_^)

Sunday, May 17, 2009

-dIyALnA-

Diyalna dalam bahasa pasar masyarakat Maghribi bermaksud, milik kami. Di sini, saya ingin mempromosikan DIYALNA, milik kami, kepada semua pengunjung.


Apakah DIYALNA itu? Diyalna merupakan sebuah laman web yang di asaskan oleh mahasiwa-mahasiwa Maghribi tetapi bukanlah milik persatuan pelajar di sini. Jadi, laman ini sememangnya dibuka dan dialu-alukan kepada sesiapa sahaja, dimana jua anda berada.=)

Kredit Diyalna 1

Laman web yang masih baru ini amat mengharapkan sokongan dan penyertaan daripada anda semua dengan matlamat utamanya iaitu perkongsian ilmu bukan sahaja agama malah ilmu-ilmu yang lain. Untuk itu, kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk:

  • menyumbang artikel
  • menyumbang idea
  • menjadi pereka e-kad
  • berkongsi pengalaman di laman web DIYALNA.

Diharapkan penyertaan anda semua dapat merealisasikan lagi matlamat DIYALNA untuk membina generasi yang serba boleh dalam pelbagai aspek dan bidang. AHLAN WA SAHLAN , SELAMAT DATANG ke DIYALNA. MILIK KAMI , UNTUK SEMUA...(saya reka sendiri je ni..:P bukan moto web itu:P)

Kredit Diyalna 2

Saturday, May 16, 2009

-mUa'llimAH-(~_^)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama tidak diupdate blog saya ini. Bukan tak ingin untuk mengupdate, tapi selalu saja terhalang dengan bermacam-macam perkara. Jutaan terima kasih kepada yang sudi mengunjung, terkunjung, dan yang meninggalkan komenan.Saya amat-amat menghargainya.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke teratak alam maya saya ini.
Silakan tinggalkan link kalian agar mudah untuk saya pula mengunjungi semula blog-blog sahabat semua Sama-sama saling bertukar ilmu dan manfaat. Semoga ada kebaikkan dapat diperoleh bersama.. InshaAllah..

Bersempena hari guru yang baru tiba ini, saya ingin mngucapkan selamat hari guru kepada semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan semua insan yang bergelar pendidik. Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada mereka semua.

anak-anak murid yang comel-comel dan bijak-bijak semuanya

Dan semalam hari Jumaat, saya merasai pula pengalaman untuk menjadi seorang guru. Untuk semester enam atau semester akhir ini(semoga yang terakhir,aminnn ya Allah), universiti di daerah saya mewajibkan kepada semua pelajar untuk menjalani praktikal selain menyiapkan assignment ijazah.

Saya dan rakan-rakan memlilih untuk menjalani praktikal dengan mengajar di sekolah swasta betul-betul dihadapan rumah kami. Semalam, hari pertama kami semua mengajar. Alhamdulillah, Semuanya setakat ini berjalan lancar.

salah seorang anak murid lelaki di bahagian belakang sukanye la bagi saya pembaris, pemadam dan kapur. Habis beg saya putih dek kapur yang dia bagi:P

Baik dan mendengar kata sungguh anak-anak arab ini. Ni yang mua'llimah2 sayang lebih ni=). Saya pun nampaknya sudah menjadi pendidiklah ya=) Anak-anak murid kami yang comel-comel ini(rasa nak picit2 lah kamu semua ni~) memanggil kami dengan gelaran mua'llimah iaitu cikgu dalam bahasa melayunya.

Teringin nak berkongsi cerita lebih panjang. Tapi tugasan menyiapkan assignment akhir dan assignment dari para pensayrah lain tidak membenarkan saya untuk menulis lebih panjang lagi. (Kalau lah assignment2 ini dalam bahasa melayu~). Banyak sekali cerita menarik di Maghribi ini ingin saya kongsi bersama para pengunjung dan rakan-rakan yang tidak ada rezeki lagi untuk merasainya sendiri di sini.

gambar selepas habis praktikal pertama. Minggu depan muaa'llimah datang lagi ya;)

InshaAllah, Ada masa saya kongsikan di sini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita dan selamat menjalani imtihan buat semua rakan-rakan di Mesir juga di Maghribi. bittaufik wannajah!(~_~)



p/s: kepada adik-adikku kenalan alam maya, nazirah(korea), Sumayyah, Zinnirah(m'sia), dan Azwa(mesir), akak sentiasa mengingati dan mendoakan kalian. Rindu rasanya ingin mendengar celoteh kalian. Maaf kerana masa tidak mengizinkan untuk kita berborak seperti dahulu. Tetapi inshaAllah,akak sentiasa bersedia membantu jika ada sebarang masalah dan cerita ingin dikongsi bersama. Semoga kalian diberkati Allah selalu.aminn=)


Wednesday, April 8, 2009



inspiring spring Pictures, Images and Photos

Dan program terakhir sehari selepas SUKMA pula ialah SINERGI. Simposium Generasi Glokal Ummah. Program selama dua hari telah menjemput khas, Ustaz Zaharuddin yang diterbangkan dari United Kingdom bagi memenuhi program dan membentangkan kertas kerja di bawah beberapa tajuk antaranya, kursus solat, Pengenalan Muamalah dalam ISLAM, Cabaran dan persediaan Mahasiswa. Banyak perkongsian ilmu baru terutama sekali berkaitan kewangan Islam khususnya berkaitan Riba. InshaAllah, ada kesempatan ,akan saya kongsikan bersama-semua di sini.

Upacara perasmianPembentangan kertas kerja bermula

Luar dewan, kami duduk dalam benda mcm kawah ni lah..:P

Ustaz Zaharuddin
Fail dan tentatif program serta senarai nama pendaftaran program

Sehingga bertemu lagi...=) inshaAllah


Ini sahaja sebahagian gambar yang dapat dikongsi bersama, atas nasihat sahabat tersayang, beberapa gambar terpaksa ditapis. Terima kasih atas tegurannya itu. (~_^)

sakuar spring Pictures, Images and Photos

Selesai sahaja program Musim Bunga bagi mahasiswa mahasiswi tahun satu dan dua, program aturan persatuan diteruskan dengan program berbentuk riadah pula iaitu SUKMA. Dewan telah pun disewa, akhowat masih di Kenitra, manakala ikhwah akan bergerak ke Rabat. Empat kumpulan akhowat telah di bahagikan..

Logo SUKMA bagi akhowat..cutenyee la ai..nak main ke memasak nih..:P


1) Merah Jambu : MJ bukanlah bermaksud Michael Jordan mahupun Michael Jackson. Kalau Mat Jenin pulak...lagilah bukan...

2) Oren : Perhatikan garpu itu betul-betul. Ianya adalah garpu 4 mata dan bukannya 3 mata, dan ianya bukan berwarna merah! Tapi berkemungkinan mereka itu licik...

3) Coklat : Tiada kuda. Mereka bukanlah seorang kesatria walaupun gaya seorang pahlawan meja bulat itu sudah ada.

4) Ungu : Walaupun mereka menggunakan chopstick, bukanlah bermakna mereka adalah Jackie Chan mahupun klonnya.

Saya copy dari Caffe Owner, merangkap pengarah SUKMA bagi akhowat. Saya terpilih untuk mewakili rumah Merah Jambu tahun ini. Warna kegemaran saya tu:P Alhamdulillah..=)

Antara acara sukan yang dipertandingkan:
  • Bola keranjang
  • Badminton
  • Bola tampar
  • Bola beracun
  • Baling selipar
Untuk itu, mari kita lihat serba sedikit suasana ketika berlangsungnya SUKMA di Maghribi selama dua hari yang di adakan di dewan yang kami panggil, luar setinggan, dalam kondo..:P (sebab luar dia buruknya la ai..tetapi di dalam nya..uish..:P)




Pertempuran .. agak-agak kumpulan mana tu..ada pink2 sikit tu...:P


Pemenang SUKMA akhowat kali ini ialah..jeng jeng ... MERAH JAMBU..tahniah..clap2:P

Kerana telah berjaya menjadi johan dalam bola keranjang.(saya main sekali tu..:P),
badminton beregu da perseorangan..(saya tak ada,memasak untuk lunch..=( )
dan bola beracun..(saya main juga nih.:P).

Manakala pertandingan bola tampar , kumpulan saya mendapat no 3..(pun saya main juga..:P)..Alhamdulillah.rezeki kumpulan PINK tahun ini.. Jumpa lagi tahun hadapan..inshaAllah..tapi saya..mungkin berada di Malaysia tika itu~~

Tuesday, April 7, 2009

Assalamualaikum warahmatullah..

Spring Pictures, Images and Photos

Dah lebih seminggu tidak berupdate..mesti ramai yang tertanya-tanya kemanakah perginya tuan empunya blog ini.(perasannya~..:p). Seperti yang telah dimaklumkan, selama seminggu cuti musim bunga di Maghribi ini, persatuan sememangnya telah menggunakan sebaiknya masa yang terluang dengan program-progran ayang amat bermanfaat. Alhamdulillah.

Jadi, molek rasanya saya kongsikan disini, apakah program-program yang amat menyibukkan diri saya ini..(buat2 busy je banyak sebnrnya..:P)

Kenitra, luar dari daerah saya, Rabat. Memerlukan saya menaiki keretapi selama hampir 45 minit untuk ke sana.Hari pertama jam 9.30 dipagi sepatutnya diskusi kewangan bersama seorang penceramah jemputan iaitu pekerja Malaysia di sini tetapi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu, maka pihak pengurusan dengan secara serta-merta menukar program kepada....


= AKADEMI KHUTBAH DAN CERAMAH=.

Yang dimaklumkan kepada peserta petang sebelum hari program di jalankan. Dan saya sebagai Fasi hanya dimaklumkan oleh adik-adik pada pagi esoknya ketika program akan dimulakan.

Kasihan adik-adik fasi ku yang bertungkus lumus nampaknya mencari bahan dan mempersiapkan diri sebaiknya. Tahniah akak ucapkan. Kalian memang hebat walaupun pertama kali di atas pentas.

Satu lagi kejutan di sampaikan di pagi pRogram setibanya saya disana dari daerahku , Rabat yang aman,(sehingga pencuri pun berasa aman di situ~~), dimaklumkan bahawa saya telah dilantik menjadi Pengkritik?!. (kenapa saya ~~..)

Barisan pengkritik yang sungguh profesional..:D

Ada 4 pengkritik kesemuanya dan 4 orang hakim atau juri pemarkahan. Dua daripada pengkritik adalah akhwowat dan 2 lagi dari kalangan ikhwah. Manakala keempat-empat juri adalah dari kalangan ikhwah.

Allah, bagaimanakah saya ingin mengkritik khutbah-khutbah yang bakal di sampaikan 4 kumpulan ikhwah dan forum-forum ceramah yang bakal dipersembahkan oleh juga 4 kumpulan akhowat. Tiada persedian, perbincangan dan ulang kaji terlebih dahulu. Maafkan saya kepada para peserta atas kritikan saya yang amatnye membina itu.

Sememangnya pengalaman menjadi pengkritik yang sungguhnye lah profesional tidak dapat saya lupakan. Macam di akademi fantasia pula rasanya mendengar krtikan-kritikan pedas ustaz-Ustaz sahabat pengkrtik saya.:P Pedas tapi membina. Jadikan sebagai satu komenan yang mampu meningkatkan dan memperbaiki diri kepada yang lebih baik.inshaAllah.

Akademi itu berlangsung beberapa jam mulai jam 9.30 pagi berterusan, selang seli persembahan khutbah daripada satu kumpulan ikhwah kemudian forum juga daripada satu kumpulan akhowat sehinggalah habis kesemeua kumpulan ikhwah dan akhowat yang tamat pada jam 2.00 petang. Saya tak pernah lagi dengar khutbah dan ceramah berturut-turut seperti hari itu. Cukuplah nampaknya khutbah Jumaat untuk sebulan .:P

Diskusi Politik antara yang sungguh panas..:D

Pada malamnya pula, selepas Maghrib, tazkirah yang sepatutnya di selia oleh Fasi telah saya tangguhkan . Suka-suka hati saya pulalah ya.ish2. Tidaklah, kasihan sebenarnya melihat adik-adik yang pening-pening dan tidak cukup tidur lantaran persedian untuk akademi pagi tadi yang dimaklumkan di saat akhir. Makanya ramai peserta yang telah bersengkang mata mencari,menyusun dan membincangkan isi sesama ahli kumpulan.

Tetapi selepas Isya', program tetap disambung. Iaitu lAtihan membuat karangan tentang Mushadati fil Maghrib. Kekalar pula saya tengok adik-adik ni, buat karangan dalam keadaan mamai-mamai, tempoh sejam diberi berlanjutan sehingga dua jam lantaran ada yang tersengguk-sengguk dan terlelap-lelap ketika menulisnya.


Keesokkan harinya pula, program diteruskan dengan pembentangan cara-cara membuat nota yang betul dan bijak juga cara menulis bahas atau assignment oleh ustaz-ustaz senior di sini. Dan petangnya pula sebelum iftar jamai', pembedahan kertas karangan para peserta oleh seorang ustaz di lakukan sehinggalah berkumandangnya zan Maghrib. Bersama-samalah Ustaz dan kami sekalian berbuka di situ..:P

Setelah berhempas pulas memerah otak yang pastinya lebih memenatkan dari memerah tenaga, akhirnya program berakhir keesokkan harinya. Bahas sudah pun diserahkan kepada pengurusan program untuk diserahkan dan diperiksa oleh ustaz-ustaz dan akan dikomen ketika hari penutupan.

Kumpulan saya, Shooting Star, bertemakan, Shooting For The Succes..(idea saya lah tu,pelikkan..:P) telah berjaya menyiapkan bahas berkaitan ilmu falak. Hebat adik-adik ini, pilih tajuk yang saya sendiri bukan ahlinya. Tak dapat nak tolong banyak, sekadar bagi panduan dan bimbingan sekadarnya. Maaf ya adik-adik fasi ku sekalian~


Maka berakhirlah program musim bunga untuk mahasiswa mahasiswi tahun satu dan dua selama 3 hari bagi tahun ini. Penyampaian hadiah dan majlis penutupan di sempurnakan oleh duta Malaysia ke Maghribi yang sungguhnya baik dan mesra dengan anak-anaknya di sini.

Tiada no1,2,3 dan terakhir, kesemua kumpulan adalah pemenang dan mendapat hadiah yang serupa.
Tahniah kepada semua terutama adik-adik dan ajk pengurusan program atas program musim bunga tahun ini. Tahun depan, mungkin program berbeza, pengisian yang berlainan dan peserta yang baru.InshaAllah