Saturday, January 31, 2009

Kisah Adik-Beradik




Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan pakdi...
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah

Wallahu'alam.

[Nota: Post ini adalah post yang mempopularkan nama Pakdi dalam dunia blog. Pernah diplagiat dan diterbitkan dalam majalah yang terkenal. Pertama kali diterbitkan untuk tatapan semua pada hari Jumaat, 7 Mac 2003.]


Friday, January 30, 2009

Misteri 5 Perkara...



Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat,

  • pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
  • kedua; engkau sembunyikan,
  • ketiga; engkau terimalah,
  • keempat; jangan engkau putuskan harapan,
  • kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu."

Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya
Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa,

  • "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
  • Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
  • Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
  • Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
  • Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba
Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Jangan biarkan ....hidup anda .....diselebungi....MISTERI....~~~(tkde kaitan sungguh:P)

Wednesday, January 28, 2009

Indahnya Penderitaan

Anda sedang bersedih?sedang merana?gagal dalam kehidupan?kerjaya?masalah dengan rakan-rakan?dengan kekasih(uish2) dengan anak-anak?di uji dengan kesakitan?kemiskinan?kematian insan tersayang? Alhamdulillah..anda dan saya(menderita juga ni~~) adalah insan yang terpilih untuk menerima ujian-ujian ini. Penderitaan itu menyakitkan , tetapi ia sebenarnya indah..=) Mari kita saksikan satu video yang menghuraikan, betapa INDAHNYA SEBUAH PENDERITAAN, ATAU BERBUAH-BUAH PENDERITAAN....=)


Allah Akan Menolongmu,.



Sia-siakah tindakan mereka yang ingin membantu agama Allah ??Semoga Allah membantu umat Islam dan orang-orang yang membantu Islam dan umat Islam.

”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Surah Muhammad : Ayat 7

Kita berperang melawan Yahudi bukan karena permasalahan aqidah, namun kita memerangi mereka karena alasan penjajahan tanah air. Kita tidak memerangi mereka karena mereka kafir, namun kita memerangi mereka karena mereka telah menjajah tanah air kita dan merampasnya tanpa hak!


BoiKot..lah...

Assalamualaikum , disini ana ingin berkongsi pula jawapan seorang ulama' Mesir, Syeikh Said A'skar sebagai respon kepada pandangan Mufti Am Saudi, Syeikh Abdul Aziz yang juga ana ambil dari email group persatuan di sin yang juga dipost oleh Ustaz yang sama, Ustaz Baharuddin dan sekali lagi saya cuba menterjemahkannya semampu yang mungkin(semoga maknanya tidak berubah~~). Sama-sama kita lihat dan fikirkan.

عالم مصري يرفض فتوى سعودية بتحريم المقاطعة


رفض الشيخ سيد عسكر الأمين العام المساعد السابق لمجمع البحوث الإسلامي (أعلى هيئة علمية في الجامع الأزهر) الفتوى الصادرة عن المفتى العام للملكة العربية السعودية الشيخ عبد العزيز آل الشيخ، بعدم جواز مقاطعة المسلمين لبعض بضائع الدول الأخرى.

وفي بيان تلقت الجزيرة نت نسخة منه, قال الشيخ عسكر، وهو عضو اللجنة الدينية في البرلمان المصري، "للأسف الشديد لقد جانب فضيلة الشيخ الصواب فيما ذهب إليه، حيث عمم حكما لا يليق بالمقام".

وأضاف أن "الفتوى معناها تنزيل الحكم الشرعي على جزئية من الجزئيات، بمعنى أن الأصل في التعامل مع أهل الكتاب -طعاما وشرابا وزواجا- هو الجواز لا التحريم، ولكن هذا الحكم ليس معمما أي أنه لا يجوز التعامل مع الحربيين من أهل الكتاب في جميع الأشياء السابقة، لأن التعامل معهم فيها يقويهم في حربهم على أهل الإسلام".

وتابع الشيخ عسكر "كان ينبغي على الشيخ عبد العزيز آل الشيخ أن يعرف -قبل الفتوى- من يريد المسلمون أن يقاطعوه، إنهم أعداء الإسلام ممن يذبحون أطفال فلسطين ويشردونهم ويسبون نساءهم ويدنسون مقدساتهم، ولذا فإذا تعلق الأمر بمقاطعة هؤلاء فإنها تصبح واجبة شرعا".

وكانت الفتوى السعودية قد جاءت بعدما طالبت قوى شعبية عربية وإسلامية واسعة بمقاطعة منتجات بعض الدول الغربية وفي مقدمتها الولايات المتحدة بسبب مواقفها الداعمة لإسرائيل وعدم إدانتها العدوان على قطاع غزة..

وقد انتقد مفتي السعودية المروجين للمقاطعات التجارية لبعض المنتجات العالمية في السعودية، ووصفهم "بالمتنطعين والمطعطعين" أي المتشددين في أمورهم الدنيوية والدينية، مؤكدا أن التبادل التجاري بين الدول جائز.

وقال في محاضرة بجامع الإمام تركي بن عبد الله في الرياض "إنه من الواجب علينا الابتعاد عن التنطع، فأنت تضر نفسك وتضر الناس، والعالم الآن كالحلقة الواحدة لا يغتني بعضه عن بعض، فالعالم كله كما يحتاجون لنفطك، تحتاج أنت لسلعتهم، والتهديد بالمقاطعات التجارية لبعض المنتجات لا يخدم شيئا
".



sumber=aljazeera

Ilmuan Mesir Menolak Fatwa Saudi Yang Mengharamkan Boikot

Seorang ulama' Mesir, Syeikh Said A'skar mengkritik pandangan dan hukum yang di keluarkan oleh Mufti A'm Mesir yang mengatakan tidak harus untuk memboikot barangan atau produk dari negara lain.

Ketika ditemu bual bersama AlJazeera.Net, beliau juga menerangkan bahawa, asal hukum bertaa'mul dan bergaul dengan ahli kitab adalah HARUS, tidak Haram. Tetapi hukum ini bersifat umum kepada semua ahli kitab. Manakala hukum bertaa'mul atau bergaul dengan ahli kitab menjadi haram apabila dikhususkan kepada ahli kitab yang memerangi Islam(ahli harb) kerana ianya hanya akan meningkatkan lagi kekuatan mereka untuk menyerang umat Islam.

Beliau juga menambah, seharusnya bagi Syeikh Abdul A'ziz untuk melihat kepada siapa yang ingin ditujukan oleh umat Islam dalam pemboikoitan mereka iaitu ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang menyembelih anak-anak Palestin,menyeksa dan menodai wanita-wanita mereka dan mencemari kesucian mereka.(tak pasti sama ada yang dimaksudkan adalah mencemari ALquds )
Dan untuk ini, maka apabila dikaitkan dengan memboikot mereka(Amerika dan Israel), maka ia telah menjadi HARAM.

Inilah sebahagian jawapan dan respon Syeikh Said A'skar ,yang juga merupakan salah seorang anggota jawatankuasa keagamaan di Parlimen Mesir yang mengkritik pandangan Syekh Abdul A'ziz yang mengatakan tidak harus memboikot dengan alasan hukum bertaa'mul dan berniaga dengan negara lain adalah harus dan memboikot ianya hanya akan memudaratkan kita sendiri dan orang lain .

Jadi di sini, dapat saya fahami, bahawa hukum bertaa'mul dengan ahli kitab pada asalnya adalah Harus , tetapi hukum ini bersifat umum. Dan dikhususkan pula hukum bertaa'mul dengan ahli kitab yang memerangi ISLAM , kerana ianya akan menambahkan lagi kekuatan mereka dalam memerangi umat Islam.

Oleh itu, jelas bahawa hukum WAJIB memboikot adalah ditujukan kepada Israel danAmerika atas kezaliman dan tindakan mereka yang memerangi umat Islam di Palestin, kerana dengan berurus niaga dengan mereka hanya akan meningkatkan kekuatan dan menambahkan lagi modal untuk mereka bagi memerangi Islam.



Boikot, sia -sia??

Hukum telah ditetapkan, bukan seorang ulama', malah jumhur ulama' bersepakat tentangnya. Pada siapa lagi kita ingin merujuk jika tidak kepada para ulama' pewaris para nabi?
Al-Syatibi dalam Kitab al-Muwafaqat telah menjelaskan kedudukan Mufti katanya :

Maksudnya : Kedudukan Mufti di kalangan umat ialah pengganti tempat Nabi s.a.w. kerana Ulama’ itu mempusakai tugas para Nabi sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya Ulama’ itu adalah pewaris para Nabi dan Nabi tidak meninggalkan pusaka dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan pusaka ilmu”.

Tetapi masih ada banyak pendapat yang menentang dan memperlekehkan usaha memboikot ini dengan mangatakan bahawa kerja memboikot ini hanya lah sia-sia dan tidak ada hasil langsung. Padahal bukankah sudah jelasnya hukumnya.?

Yup,Setiap orang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing, tetapi tidak perlulah memperlekehkan usaha orang lain yang ingin memboikot. Silakanlah jika merasakan meneguk coca-cola , menghirup maggi dan bersenang-senang di starbucks, KFC dan MCd lebih "sia-sia" dan mendatangkan hasil dalam membantu umat Islam di Palestin. Tetapi jangan sesekali memperlekehkan usaha insan lain yang menahan perut dan mulut mereka dari menikmati makanan-makanan yang lazat lagi menggoda di KFC,MCD kerana mereka memikirkan akan rakyat-rakyat Palestin di sana yang kini mungkin sedang menangis kelaparan dan menderita, dan mereka tidak sanggup menambah lagi penderitaan mereka dengan menyumbang kepada "KEKUATAN"
musuh-musuh mereka Israel dan Amerika .


Jika mematuhinya adalah WAJIB dan merupakan salah satu bentuk Jihad, kalau mengingkarinya pula, apatah lagi memperlekehkannya pula bagaimana......??







Monday, January 26, 2009

Kita Lemah~

Malam semalam, menteri penerangan, Datuk Sabri cik bersama delegasi dari RTM juga Bernama menerima jemputan makan malam bersama pelajar dan rakyat Malaysia di Maghribi dan kedutaan di sini. Rasa agak teruja apabila dapat berjumpa salah seorang kepimpinan dalam negara, Ye lah,sebelum ni tengok di akhbar dan tv saja, kali ni dapat bersua muka dan bersalamam(bagi mahasiswa) . Dan yang paling di tunggu, ialah dapat bertanya kepada beliau secara langsung.

Tetapkan Matlamat, Luaskan Pergaulan

Tak lupa juga amanat-amanat beliau yang amat bermakna kepada anak-anak Malaysia di morocco antaranya, kita perlu ada satu matlamat dan tujuan dalam hidup kita agar perjalanan hidup kita lebih jelas dan terpandu. Beliau juga menekankan betapa pentingnya untuk meluaskan pergualan dan mencari seberapa ramai teman dan sahabat dari negara-negara yang berbeza agar mudah suatu hari nanti jika kita perlu untuk berhubung dengan negara--negara tersebut, kita sudah pun mempunya contct di sana. Kerana beliau agak eksal dengan sesetengan pelajar di luar negara yang hanya bergaul dan berkumpul sesama kelompok pelajar Malaysia sahaja malah ada yang tidak langsung mempunyai rakan dari kalangan masyarakat tempatan. Tidak terlupa juga dinasihatkan kepada kami agar merebut segala peluang yang ada ketika masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar dengan mencuba pelbagai perkara dan ilmu baru kerana pada fatrah ini lah kita boleh melakukan kesilapan dan kesalahan(bukan sengaja ya), kerana apabila kita melakukan kesalahan dan kesilapan, orang masih boleh terima dan memaafkan kita kerana status kita sebagai seorang pelajar yang masih belajar. Adalah suatu perkara biasa jika seorang yang masih belajar membuat kesilapan.

Kuasai Bahasa, Luaskan Pengalaman

Datuk juga menekankan betapa pentingnya untuk kita benar2 menguasai bahasa di negara yang kita duduki, contohnya di Maghribi, bahasa arab supaya susah payah dan penat lelah kita merantau sebegini jauh tidak hanya sia-sian tetapi membawa pulangan yang berganda untuk kita dan masyarakat nanti. Kerana beliau kesal dengan apa yang berlaku kepada sesetengah graduan luar negara yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris mahupun arab dan bahasa-bahasa lain di negara rantauan masing dan menyifatkan perkara ini amat menyedihkan.Tidak lupa juga beliau mengingatkan pentingnya permusafiran atau melancong ke negara lain , contohnya Sepanyol yang amat dekat dengan Maghribi, untuk kita kutip pengalaman dan ilmu yang tidak ada di negara kita sendiri.


Aktif Berpersatuan, Latih Kepimpinan

Digalakkan juga kepada para mahasiswa untuk aktif dalam kepimpinan dan persatuan kerana ini semua akan melatih para mahasiswa/wi apabila pulang ke Malaysia untuk bekerja dan memimpin satu-satu organisasi , atau syarikat dan mungkin wakil rakyat. Beliau mengatakan, pemimpin-pemimpin negara yang hebat di Malaysia kini adalah hasil latihan kepimpinan ketika masih bergelar pelajar. Harapan datuk, yang pasti inginkan semua mahasiswa/wi pulang dan berkhidmat untuk negara, kerana negara kini amat memerlukan kepakaran dan tenaga muda terutamanya di dalam bidang agama dan bahasa arab berikutan perancangan RTM yang bakal melancarkan 7 saluran mereka sndiri dan salah satunya ialah saluran JAKIM yang pastinya memerlukan begiu banyak tenaga dan kepakaran dalam bidang agama untuk menjalankan kajian, menulis skrip, terjemahan san sebagainya. Inilah sedikit sebanyak amanat dan nasihat yang diberikan yang saya masih ingat sebab saya tak sempat nak menyalin kesemuanya. Harap mahasiswa/wi yang tidak hadir tidak terkecuali para pembaca boleh mengambil manfaat dan ansihat beliau yang amat berguna.

Di sini teringin saya kongsikan pertanyaan-pertanyaan yang saya utarakan pada datuk masa dia jalan-jalan ke tempat duduk kami. Tak tahu apa yang perlu dibualkan bersama beliau yang lebih banyak bertanya kepada kami, melihatkan pula situsi ketika itu yang lebih kepada komunikasi sehala tercetus perasaan ingin bertanya dan mendengar pendapat dan pandangan salah seorang pimpinan negara, konon-konon cuba nak hidupkan suasana la..konon2nyeee, tk hidup pun suasana tu.=p
Tak nak pula datuk fikir , pelajar agama, tk tahu berkomunikasi dan bergaul.

Temu Bual

Sengaja juga saya ingin kongsi soalan dan jawapan datuk, sebab kata-kata menteri ini mahal. Kalau tak,masakan surat khbar sentaisa memetik kata-kata menteri kan? Kata-kata mereka ni ada power yang mmbuatkan orang lain ikut dan ambil cakna. Berbanding kata-kata rakyat biasa, siapalah yang nak kisah . aih,dh lari tajuk..mari terus ke soalan.

Datuk, semasa mesyuarat menteri-menteri penerangan negara OIC nanti, adakah datuk akan mencadangkan untuk menubuhkan pasukan pengaman KHAS negar-negara OIC seperti mana yang di sarankan.Dan saya terbaca tentang perdana menteri Iran, telah menghantar surat kepada Raja Saudi , yang meminta kerajaan saudi memimpin gerakan jihad ke Palestin. adakah wajar dan bijak tindakan ini?

= erm..tidak..susah dn saya tidak akan diutarakan.. susah dan sukar untuk kita laksanakan, kerana nanti kita akan memerangi Amerika yang memang kuasa besar,bukan Israel sahaja. Dan kekuatan ketenteraan negara-negara Islam tidak cukup kuat untuk semua itu. Apa saja tindakan dan cadangan untuk memerangi Israel , sukar untuk kita lakukan..kerana negara-negara tidak mempunya cukup kelengkapan teknologi peperangan untuk memerangi Israel dan sebenarnya kita juga akan berperang dengan Amerika salah satu kuasa besar.

Menyentuh tentang cadangan penggunaan dinar emas yang disarankan oleh Tun Dr Mahathir, wajar digunakan dan adakah datuk akan usulkan cadangan ini di perjumpaan itu tadi?
=ya..tp susah untuk dilaksanakan kerana tiada kata sepakat antara negara islam dpt dicapai.

Eropah dn amerika adakah mereka berdua saling mempunyai kepentingan antara satu sama lain dan venezuala pula,bagaimana sampai mampu menghalau duta Israel?
=Antara mereka tiada pergaduhan dan tidak pula rapat, tapi jika untuk menghalau duta israel tu boleh lg mereka lakukan, tp tidak lah smpai mereka berani untuk menyerang dan mencetuskan pergaduhan yang besar shingga mngakibatkan peperangan

Bagi pendapat datuk dipihak menteri penerangan juga wakil kerajaan, adakah tindakan memboikot yang hangat dilaksanakan di Malaysia adalah wajar dan adakah kerajaan menentang atupun menyokong usaha ini?
=(menggeleng2 kepala)tak..sebabnya semua benda, produk dan teknologi yang kita gunakan keluaran yahudi.. semua benda, komputer, perisian2 datangnya dari negara yahudi dan Amerika. Macam software komputer tadi, dan kalau kita boikot, kesannya akan kembali kepada rakyat Malaysia sendiri. Sebab, syarkt2 yahudi di Malaysia ini diuruskan oleh rakyat kita sendiri di Malaysia. Kesan dari boikot ini, akan merugikan rakyat Malaysia itu sendiri, dan ramai pula yang akan hilang pekerjaan jika kilang coca-cola, kfc dn mcd tutup.

Inilah sedikit(sikitnyee la sgt:P) yang saya tanyakan pada datuk. Tapi, ini bukanlah bulat-bulat yang dikatakan oleh datuk dan saya. Saya telah mengolahkan semula supaya mudah difahami , tetapa isi perbincangan tetap sama dan tiada penambahan. Dialog asal memang panjang dan saya tidak sempat menyalinnya.

Walaupun rasanya tk berpuas hati dan inginkan lebih penjelasan lagi, tapi saya rasa datuk pun kelihatan agak penat , tak ingin saya bebankan beliau. Sepanjang temubual tu, akak wartawan RTM pula tak habis2 la tangkap gambar kami, akak ni kan~ membuatkan saya tertahan untuk berkata lebih panjang.Apa pun,saya dan rakan-rakan amat kagum dan menghormati beliau yang kelihatan amat merendah diri dan tidak kekok untuk bergaul,berbual dan duduk bersama dengan kami.

Bila melihat jawapan Datuk tentang isu boikot dan bermacam lag isu yang saya ajukan padanya, ternyata
satu sahaja kesimpulan yang dapat saya ambil di sini. UMAT ISLAM LEMAH!

Anda marah?saya pun marah. Tapi bukankah ini realitinya. Kita tak boleh buat ini, tak boleh nak buat itu, sebabnya kita tak ada cukup kekuatan. Kita lemah. Walaupun kadangkala marah dan geram pada yang memeperlekehkan segala usaha dan perjuangan kita walaupun hanya memboikot, dengan mengatakan kita lemah dan sebagainya, tapi..bukankah itu hakikatnya??


Sesungguhnya, saya juga insan yang lemah~~

Ya Allah,berilah kami umat Islam kekuatan dan satukan Kami semua dalam satu fikrah dan satu perjuangan.aminn

wallahua'lam..

*kredit kepada saudara Fakhruddin Ar-Razi untuk iklan di atas .

Sunday, January 11, 2009

Qunut Nazilah



Bersamaan dengan situasi kezaliman dan penindasan yang dahsyat berlaku keatas pejuang keadilan di negara kita, Maka semestinya pencinta keadilan dan demokrasi yang telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan…

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istil
ahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.

Contoh bacaan yg biasa dibaca

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.
2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.
Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan: Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut
Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.

Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak dikeetahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya. Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.


SUMBER:http://temanpetunjuk.blogspot.com

Saturday, January 10, 2009

Posting sebelum ini, saya ada meletakkan satu dokumen rentetan sejarah Islam, kali ini saya ingin kongsikan bersama pula kisah kegemilangan dan keruntuhan Andalus. Saya pasti,masih ramai yang tak tahu tentang sejarah Andalus yang cukup gemilang suatu masa dulu, yang kini sudah dikenali sebagai Sepanyol . Sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelajar dan pelancong Malaysia yang singgah di Maghribi/ Morocco. Dan tempat yang bakal dilawati oleh para mahasiswa/wi yang akan mengikuti rehlah ke sana 28&29 ini nanti.Semoga selamat pergi dan pulang.InshaAllah. Sebelum pergi, eloklah kita kenali dulu sejarah Andalus ini secara ringkasnya..inshaAllah..

Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.


MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.


Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.


Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.


Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.


Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.


Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.


Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:

  • Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
  • Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
  • Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
  • Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.
Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki."


Begitulah ucapan seorang bo
nda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.
Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam
Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian
Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama
800 tahun

Menangislah, menangislah kita semua atas penindasan, dan maruah Islam yang kini di hinjak2 dan dipijak2 oleh orang kafir laknatullah. Kita semua tak mampu nak buat apa-apa. Hanya mampu melihat. Usaha yang termampu, hanyalah berdoa, melakukan demontrasi dan memboikot. Inilah yang termampu oleh kita. Untuk ke medan jihad, sejujurnya, kita masih tidak mampu. Kita lemah dalam teknologi dan kecanggihan peperangan berbanding mereka. Yang termampu itu, semoga tetap memberi kesan dan impak yang besar kepada orang kafir.aminn

Cuba beritahu apa yang telah dilakukan pemimpin-pemimpin Islam ketika ini dalam usaha menyatukan umat islam, dalam usaha membantu rakyat Palestin dan menaikkan kembali kegemilangan Islam? Lihat saja Presiden Venezuela telah menghalau duta Israel dari negaranya. Sedangkan di negara arab ISLAM lain, masih ada yang menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara Israel atas kepentingan tertentu. Bahkan arab saudi sendiri apabila diminta menghentikan penghantaran bekalan minyak ke Ameria,mereka menjawab, IDEA INI SUDAH LAPUK. Di Mesir pula, presiden mereka masih lagi enggan membuka sempadan Rafah sedangkan petugas2 di hospital Shifa di Gaza sudah mula merayu untuk menghantar bekalan ubat dan kini mereka meminta tambahan peti ais mayat yang sudah sesak diisi dengan para syuhada' Gaza yang mana 2/3 nya adalah KANAK-KANAK.

Andai syahid kesemua kanak-kanak di Palestin, siapakah lagi yang bakal bangkit menjadi sebagai mujahid untuk membela Islam di sana?

Saya bukanlah orang yang tergolong dalam peminat atau pengkaji sejarah, memang tak minatlah sejarah sebab nak kena ingat banyak nama.Maaf la ya kepada yang baru berkenalan denagn saya,inshaAllah,esoknya saya lupa dah nama tu.~~maaf ya. Dan saya sendiri tak mampu untuk menceritakan dan menyingkap semula sejarah dahulu satu persatu. Takut tercetus pula sejarah baru di blog saya ini. Tapi, bila mengingat kembali kisah sejarah islam yang begitu gemilang bermula di waktu hayat Baginda alaihisslam sehingga beberapa kurun selepas itu, saya tiba-tiba menjadi teramat rindu kepada Kekasih umat islam ini, Muhammad Sallallahu alaihi wassalam juga para sahabatnya. Rindu itu datang tiba-tiba ketika melihat gambar-gambar kekejaman Palestin sambil menterjermah beberapa keratan surat khabar Inggeris untuk dimasukkan dalam sebuah laman kempen bagi Palestin, elok2 pula ketika itu keluar lagu kumpulan Zulfan=Persada perjuangan , rindu kepada kegemilangan Islam dan para pahlawan Islam datang tiba-tiba.

Lirik lagu tu benar-benar membuatkan saya rasa sungguh teramat rindu kepada baginda dan para sahabat. Sehingga terkeluar dari mulut ini rintihan , "Andainya engkau ada ya Muhammad, andai para sahabatmu dan pahlawan Islam ada ketika ini, pasti nasib umat Islam kan terbela,pasti penduduk Gaza akan bebas dari kekejaman israel, pasti seluruh umat Islam akan bersatu semula menentang musuh-musuh Allah , pasti Al quds kan kembali dalam genggaman kita semua dan pasti Islam kembali gemilang. Andainya engkau ada ya Muhammad, melihat apa yang berlaku di akhir zaman ini..."

Entah macam mana boleh jadi begitu sensitif malam tu. Sambil diselubungi mazafir(sejuk~~) , membaca berita dan menatap gambar-gambar rakyat2 Palestin, air mata mengalir perlahan, tak pernah lagi saya mengalir air mata menonton cerita di televisyen walaupun ketika itu rakan serumah sudah ada yang teresak2, saya selalu pending dan terkebil-kebil. Apa yang perlu disedihkan?lepas habis cerita tu,pelakon2 tu gembira balik, yang "mati" tu "bangun" semula. Tapi di Palestin, apa yang berlaku adalah realiti. Yang benar-benar terjadi,bukan cobaan atau lakonan. Kecederaan mereka itu adalah kenyataan, kematian mereka itu tak mungkin bangkit kembali (kecuali di hari kiamat) dan kehilangan insan tersayang adalah satu realiti. Bukan seperti lakonan tv yang dikahir cerita, selepas pengarah menyebut"cut!" ,keadaan menjadi seperti sediakala.
Seingat saya , saya pertama kali menangis kerana sebuah cerita adalah ketika sekolah menengah semasa membaca buku Bukit Kepong. Saya menangis berulang-ulang kali baca buku tu. Berjiwa patriotik sungguh saya ini kan.(sebenarnya sedih sebab askar2 yang mati tu handsome2 belaka~)


Jadi, untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan Islam pada zamun dahulu hingga kini, mari sama-sama kita membaca rentetan sejarah hasil tulisan Syeikh Hassan ALBanna. Tanamkan dalam hati masing-masing semangat untuk melihat Islam kembali gemilang,dan menjadi salah seorang pencetus kebangkitan Islam, bukanlah saya harapkan kita mampu menjadi Salehuddin AL Ayubbi ataupun Umar AL Fateh, cukuplahkita mampu menjadi bala tenteranya beramai-beramai bersatu menentang mush-mush Islam, biarpun kini hanya mampu menyerang ekonomi mereka, tak mengapa, inshaAllah, lepas ini, kita mampu bangkit untuk kemedan jihad pula , menentang face to face, birrukh wa biddam..dengan nyawa dan darah! InshaAllah..aminn Semangat sungguh nampaknya saya ini kan? Ini sajalah saya mampu untuk membantu rakyat Palestin, menyeru semua (yang terbaca, tersinggah, dan ter2 yang lain) untuk bersama2 berdoa, berkempen dan menyerang ekonomi mereka( memboikot), lebih baik daripada hanya menjadi penonton..wallahua'lam

Bismillah..(pnjangnya la pula muqaddimah ni,nak bagi baca dokumen kat bwh ni sj sbnrnya..:P)



p/s:apa pulak kaitan gambar adik saya dengan post ni?:P
takde kaitan pun sj je,:P sy doa smga adik saya bakal menjadi mujahid Islam suatu hr nanti.aminn doakan sama2 ya.=)