Saturday, May 30, 2009
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum
Alhamdulillah, diberi juga kesempatan untuk saya menghantar sesuatu di blog saya yang usang ini. Sedang menaip assignment sebenanya.tapi rasa letih pula. Terfikir untuk post sesuatu di blog ini..agar tidak menjadi terlalu usang dan berhabuk pula blog ni..=)
Terima kasih sekali lagi atas kunjungan semua. Samada sengaja atau tidak. Amat saya hargai dan alu-alukan. Jangan lupa tinggalkan link kalian di shoutbox blog ini ya.syukran.(~_^) Salam ukhuwah dari saya=)
InshaAllah, di sini saya ingin berkongsi gambar-gambar tempat bersejarah dan menarik Maghribi/Morocco..Yang mana semua tempat ini adalah tempat dimana usrah rumah saya diadakan..sambil berusrah sambil berjalan-jalan..mengeratkan ukhuwah sambil bermunaqashah dan mendengar tazkirah daripada rakan-rakan serumah..:P
Usrah kami mulakan dengan senaman ringan(pusing2 tangan, pusing2 kaki dan pusing2 kepala..ringankan senaman kami..? :P itu pun buat dengan tersipu2 sebab orang arab ada y duk pandang2.:P ) dan bersarapan..kemudian bacaan ayat al quran dan tafsir..
Cahaya matahri yang mula memancarkan cahayanya..suasana di dalam hutan tu jadi sungguh indah..gambar roomate saya ni saja yang ada latar belakang lawa macam ni..
Takkan nak harapkan orang-orang tua saja yang menguruskan jenazah..=) Kalau tak untuk orang lain, untuk ahli keluarga kita sendiri nanti.. tak susah mana pun, cuma mandi kan cukup sehingga jenazah bersih dan suci, kapan kan sehingga mampu menutup auratnya dan disolatkan. Yang air mawar bagai tu, sunat je. Tak wajib pun. Sama-sama lah kita mempelajari ilmu fardhu kifayah ni k.
Bayangkan jika satu hari nanti kita berdepan dengan satu keadaan yang darurat tiada ustaz2 dan imam untuk menguruskan hal-hal berkaitan jenazah, menjadi imam dan sebagainya, bagaimana? ;)
Yang pentingnya perlu ada ILMU. ILMU itu boleh di cari di mana-mana sahaja. Universiti atau sekolah hanyalah tempat pendidikan secara formal yang kelihatannya orang ke sana lebih kepada untuk mendapatkan segulung sijil tetapi ILMU di luar dan pengalaman lebih berharga. Yang penting,perlu berguru. Semoga ilmu yang diperoleh tidak sesat dan salah malah boleh pula menyesatkan orang lain..nau'zubillah minzalik..wallahua'lam..
Usrah seterusnya di Shallah, Rabat
Ini adalah kota lama..sejarahnya boleh di baca di bawah..sila tekan untuk paparan yang lebih jelas..mekasih=)
Tak faham?ok..sila baca yang dibawah pulak..
Ai..lagi tak faham adalah..~~ (saja je nak tunjuk dia belajar bhs france kat sini:P) siapa yang faham boleh lah cuba translatekan sejarahnya dini. InshaAllah, saya akan cuba translatekan sejarahnya di sini nanti. (bila lah tu ya nisah~~)
MasyaAllah,kami disambut dengan pohonan-pohonan hijau yang mendamaikan seperti berada di taman di Malaysia. Sebab kat negara arab, payah nak jumpa hutan, Jadi bila jumpa tempat yang penuh dengan pokok-pokok, terasa amat kagum..subhanallah..
kami pujuk dengan baik, kami bagi tahu dia, kami ni dah 3 tahun duduk sini, dah jadi maghribiyah dah..bagilah free juga macam orang Maghribi yang lain..lepas tu kitakan sedara seislam..takkan berkira..:P (sapa punya ayat lah ni,ish2) alhamdulillah, akhirnya kami dibenarkan masuk secara free..=)
Pokok pun pandai rukuk..tak kisah lah kebetulan atau tidak..yang pasti Allah telah berfirman bahawa setiap tumbuhan-tumbuhan sentiasa bertasbih kepadaNya..kita pula manusia..berapa kali berzikir..membaca Al Quran dan melakukan solat?fikir2kan..(untuk diri saya juga~~)
Anak burung.sebetulnya baby burung..kalau baby je dah besar macam ni..bapak dia dan mak dia..besar mana lah pula ya..subhanallah..
Inilah kondominium burung-burung itu..
tidak mustahil.. bandar KL yang maju dan pesat itu..bakal menjadi satu sejarah seperti kota lama ini..siapa yang tahu kan?jadi janganlah berbangga dengan kemewahan , kekayaan dan kelebihan yang ada pada diri kita..semuanya tidak akan kekal lama..
Kubur..yang hidup pasti akan mati..biar tinggi mana pangkat seseorang itu...kembalinya nanti hanya dibaluti sehelai kain putih dan beralaskan tanah-tanah dan batu..
Berjalan dan renungilah setiap ciptaan Allah.. Sepanjang kami berjalan-jalan di dalam kota tersebut, orang asing (hallo nisah,awak tu bukan orang asing ke?:D)tak habis-habis snap gambar kami yang pastinya berbeza dengan orang lain. Bertudung bulat dan berjubah labuh.
( Terasa amat menyesal tak buat usrah seperti ini dengan adik-adik usrah saya tahun lepas..lantaran jarak kami yang agak jauh..astaghfirullah, gagal melaksanakannya dengan baik~ )
Kepada adikku azwa wangi:P(nak tulis buchuk sbnrnya..:P) farah shomel;), dan sumaiyah , zinnirah yang lincah belaka juga nadzirah di Korea. Bittaufik wannajah u imtihan ya. Juga buat rakan-rakan di mesir, jordan(hai yati..;)) , morocco dan malaysia juga. Kak irma(jaga diri dan baby baik2 ya;) ),kak tiqah(tak mo sedih2,kuat smngt k!),ukhti syira ,ukhti yana=) dan semua rakan saudara seislam , tak terdaya saya nak menulisnya disini..jangan terasa ya.=) semoga diberi kejayaan dalam hidup dan apa sahaja urusan.aminn
Saturday, May 23, 2009
Kemudian pekerja tadi cuba melemparkan wang logam..wang itu mengenai badan pekerja yg berada dbawah,namun bukanya dia melihat keatas malah sibuk memungut wang yg jatuh..
Berulang kali dia melempar wang hingga akhirnya dia berputus asa,di tengah keputus-asaannya dia cuba melempar batu.kali ini batu itu tepat mengenai kepala pekerja yang berada dibawah dan ternyata usahanya berhasil.
Para pekerja tersebut tlh mula melihat keatas. Mungkin dengan wang dia tidak berhasil memanggil,tetapi batu dia dapat memeranjatkan pekerja-pekerja itu..
Dan mungkin seperti itu juga manusia saat ditegur oleh tuhannya dengan cara menyenangkan dia tdk menyedari,dan apabila ditegur dgn cara yg keras dia baru memahami dan mulai bertaubat..
Wednesday, May 20, 2009
|
Alhamdulillah,saya diberikan anugerah BERTUAH daripada seorang insan yang telah saya anggap seperti kakak saya sendiri. Saya pun tak faham sangat nak buat macam mana dengan anugerah BERTUAH ini. Bertuah ke blog ni?:P yang pasti, saya bertuah kerana dapat mengenali insan sepertinya..;)
Apa pun,saya amat menghargai anugerah yang diberikan olehnya kepada rakan-rakan beliau termasuk saya.
Biarpun masa sering mencemburui peluang kita untuk berborak, bertukar pandangan dan ilmu, tetapi inshaAllah, diriakak sentiasa dalam ingatan dan doa saya. Semoga akak tabah dan kuat menghadapi segala dugaan dan ujian dalam hidup ini.aminn
salam sayang dari adikmu di Maghribi..(~_^)
Sunday, May 17, 2009
Apakah DIYALNA itu? Diyalna merupakan sebuah laman web yang di asaskan oleh mahasiwa-mahasiwa Maghribi tetapi bukanlah milik persatuan pelajar di sini. Jadi, laman ini sememangnya dibuka dan dialu-alukan kepada sesiapa sahaja, dimana jua anda berada.=)
- menyumbang artikel
- menyumbang idea
- menjadi pereka e-kad
- berkongsi pengalaman di laman web DIYALNA.
Saturday, May 16, 2009
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Lama tidak diupdate blog saya ini. Bukan tak ingin untuk mengupdate, tapi selalu saja terhalang dengan bermacam-macam perkara. Jutaan terima kasih kepada yang sudi mengunjung, terkunjung, dan yang meninggalkan komenan.Saya amat-amat menghargainya.
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke teratak alam maya saya ini. Silakan tinggalkan link kalian agar mudah untuk saya pula mengunjungi semula blog-blog sahabat semua Sama-sama saling bertukar ilmu dan manfaat. Semoga ada kebaikkan dapat diperoleh bersama.. InshaAllah..
Bersempena hari guru yang baru tiba ini, saya ingin mngucapkan selamat hari guru kepada semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan semua insan yang bergelar pendidik. Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada mereka semua.
InshaAllah, Ada masa saya kongsikan di sini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita dan selamat menjalani imtihan buat semua rakan-rakan di Mesir juga di Maghribi. bittaufik wannajah!(~_~)
p/s: kepada adik-adikku kenalan alam maya, nazirah(korea), Sumayyah, Zinnirah(m'sia), dan Azwa(mesir), akak sentiasa mengingati dan mendoakan kalian. Rindu rasanya ingin mendengar celoteh kalian. Maaf kerana masa tidak mengizinkan untuk kita berborak seperti dahulu. Tetapi inshaAllah,akak sentiasa bersedia membantu jika ada sebarang masalah dan cerita ingin dikongsi bersama. Semoga kalian diberkati Allah selalu.aminn=)