Tuesday, March 27, 2007

CARA BERDAKWAH

""Sampaikanlah dari aku walau satu ayat..."
Itulah konsep cerita dibawah ni. Tentang seorang pemuda yang ingin berdakwah. Semoga para pembaca mendapat sedikit sebanyak ilmu yang ingin saya sampaikan ini...

Suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang berguru dengan seorang alim ulama. Setelah genap 16 tahun berguru, si pemuda berhasrat untuk berdakwah memandangkan dia telah mendapat semua ilmu si alim ulama itu. Namun, si alim ulama berkata,
"Hai pemuda, bukan aku ingin menghalang niat mu itu. Tetapi ada lagi satu ilmu yang tidak ku ajarkan kepada mu."

"Tok guru, benarkanlah aku untuk berdakwah walaupun sekali."
Rayu si pemuda.

Setelah penat merayu, baru lah alim ulama itu melepaskannya untuk berdakwah.
Maka pergilah si pemuda dengan hati yang riang. Dia memakai jubah dan serban seperti alim ulama yang lain. Janggutnya juga seperti org yang berilmu. Dia tiba di sebuah perkampungan di mana villagersnya beragama Islam.

Dia ternampak sebuah masjid lalu singgah lah dia di situ untuk beribadat. Kebetulan bulan tu bulan Ramadhan, maka org kg yang nampak dia di masjid tu, mengajaknya untuk berbuka di situ bersama mereka.

Setelah berbuka puasa, mereka bersolat dan mendengar tazkirah. seorang tok guru datang diikuti 300 org anak murid untuk belajar dengan tok guru itu. Tazkirahnya pada hari tu adalah berkenaan haji.
Si tok guru pun memulakan tazkirahnya prum..pram..prum..pram.. dengan hadithnya, ayat al-Qurannya dengan semangat hinggakan anak muridnya tercengang-cengang terpegun.

Si pemuda tadi juga mengagumi tok guru itu.Tapi, tiba-tiba tok guru itu berkata,
"Hai anak murid ku sakalian. Aku telah menerima kata dari langit yang menyatakan bahawa kita tak perlu ke Makkah untuk haji. Haji boleh dilakukan di belakang masjid ini sahaja. Binalah Kaabah di tnh lpg di belakang masjid ini dan tunaikanlah haji di situ."
Begitulah kata-kata tok guru itu kepada anak muridnya. Si pemuda berasa marah kerana tok guru itu telah memesongkan ajaran agama islam. Dia pun bangkit dan berkata dengan lantang,
'Tok guru itu sesat lagi menyesatkan!'
Tok guru itu terkejut lalu berkata,
"HAi anak murid ku, si pemuda itu telah berlaku biadab dgnku, pukullah dia!"

Maka pemuda itu di pukul oleh 300 org anak muridnya. Dia kemudian dicampakkan keluar masjid. dengan izin Allah, alim ulama itu datang & membawanya pulang dan merawatnya.
Setelah 3 hari, pemuda itu dibawa ke masjid itu semula dengan balutan yang masih tak dibuka. Si alim ulama itu memakai baju biasa dengan kopiah semata-mata. Dia lihat seperti musafir, bukan alim ulama.

Peristiwa yang sama berlaku kepada alim ulama dan dia memilh untuk duduk di saf yang terakhir. Tajuk tazkirah kali ini pula solat fardhu.

Di akhir tazkirah, tok guru itu berkata,
"Hai anak murid ku. Aku mendapat perintah dari langit bahawa kita tak perlu memnunaikan solat 5 kali. Cuma 3 waktu sahaja iaitu Zohor,Asar, dan Maghrib."
"Hoo-ray!"Sorak 300 anak muridnya.
Kemudian tok guru membuka sesi soaljawab. Maka pelbagai soalan ditanya dan dijwb olehnya dengan segala hadith dan ayat al-Quran.
Akhir sekali si alim ulama bangun dan berkat,
"Hai tok guru, saya lihat tok guru ni, dahsyat! Berhujah dengan completenya. Siap terima kata-kata dari langit secara live pulak tu."


Kemudian diaberkata pada si pemuda,
"Pertama, tunggu dulu masa yang sesuai. Baru campur tangan. yang ke-2, puji dulu org yang naj ditegur/ didakwah."
Kemudian, dia menyambung kata-katanya pdtok guru.
"Kalau macam tu, tok guru ni, bukan setakat tok guru, boleh dogelar wali Allah!"
Maka kembanglah si tok guru.
"Kalau macam tu, saya nak minta izin untuk mengambil beberapa helai bulu/rambut tok guru untuk mendapat berkat dari Allah."

Tanpa sempat tok guru berkata apapa, 300 org anak muridnya menyerbunya dan mencabut bulu-bulu nya. sehingga tiada lagi sehelai bulu/rambut di tubuhnya. Tok guru juga mati dalam masa yang sama .
"Dan yang ke-3, barulah bunuh org yang sesat lagi menyesatkan."
Kemudian, pergilah mereka kembali ke tempat asal mereka.

Begitulah saudara2 ku, kalau nak tegur org,
1stly, tengok masa yang sesuai.
2nd, puji dulu. Bukan terus serang saja.
Lastly, baru lah tegur dengan penuh dedikasi.


Kata pemikir Islam,
"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

2 comments:

Anonymous said...

jazakillah ya ukhti,ana dapat pngjaran brharga drpd crita ni.. salam ukhuwah..

.:NurTaQwa88:. said...

WAALAIKUMSALAM..allahuyubarik fik..syukran ya atas kunjungan./.salam ukhwah juga dari ana..=)