Sunday, November 9, 2008

9November..


Bismillahirrahmanirrahim..

9 November 1988..20 tahun yang lepas..,diri ini hanya sebesar dua tapak tangan ibu dan ayah..Dan pada hari ini,pada tarikh yang sama 9 November 2008,telah genap umur saya 20 tahun.Dah sama besar dengan mak dan ayah pun.Alhamdulillah,saya masih lagi dikurniakan umur yang panjang untuk sekali lagi berjumpa dengan tarikh 9 November untuk kali ke 20.Alhamdulillah.Rasa amat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan..ya lah,walaupun umur 20 itu boleh juga dianggap masih muda,tapi ramai yang tidak sempat mencecah angka 20 ,telah pun diambil nyawanya.Seorang teman sekolah ,sekelas,telah pun kembali ke rahmatullah pada usianya 18 tahun.Betapa ajal itu tidak pernah menunggu dan memilih sesiapa.

Dan pada hari ini,semasa rakan memberikan uacapan dan doa juga hadiah..tiba2 fikiran saya melayang pada ibu tercinta di tanah air.20 tahun dahulu,pada waktu ini,ibu saya sedang berperang dengan kesakitan dan maut,untuk melahirkan anaknya ini.Sepatutnya,semua ucapan dan penghargaan,selayaknya diberikan kepada ibu saya,kerana tanpanya..takkan saya lahir di muka bumi ini,dan takkan berpeluang saya menyambut hari kelahiran yang ke20 pada hari ini.

Di sempena hari yang amat bermakna ini..saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada
HAYATI di JORDAN
dan
ahli2 rumah yang dikasihi.
KAK FI,ZAHIRAH,SUAIDAH,SHAHIRAH,KAK KHADIJAH,ADILAH,AISYAH,ADIK2ku,NOORAZMA,MADIHAH,MUNIRAH, AMANINA

juga untuk orang yang dah wish sbulan lebih awal,atas ucapan,doa dan hadiah yang begitu bermakna bagi saya.Terima kasih juga kepada Kak Fi,Suaidah,Kak Khadijah,Shahirah dan Hayati,yang wish tepat jam 12 tgh mlm 9 November malam.Walaupun sibuk study,tapi alert juga,tepat 12 tgh mlm.terus ada wish dlm inbox msg saya.Syukran lakun.=) Juga kepada yang memberikan hadiah,.tak kisah la kecil atau besar..semuanya memberikan nilai dan makna yang tidak ternilai.Kalau takde expired,memang saya simpan selagi ia boleh bertahan.=pSemoga Allah memelihara,melindungi dan memberikan kebahagian,kecerian juga kejayaan kepada antunna semua saudara ku sekalian juga semoga ukhwah dan kasih sayang kita smeua akan terus utuh hingga ke akhirnya..aminnn


Nak ucap pada family,tak tahu pula,mereka buka ke tidak blog saya ni,tak pe la,nk ucap juga trm ksh,kepada kak long yang sempat lagi nyanyi masa call semalam,juga mak dan ayah yang turut serta menyanyi bersama.Tapi yang penting,terima kasih kepada Mak yang melahirkan diri ini.Ya Allah,peliharalah dan berikanlah kebahgiaan juga keceriaan kepada ibu ku..juga ayahku..aminnn

Dan pada hari ini dan hari2 yang akan datang,saya akan terus dan sentiasa berdoa..Semoga..saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus bertemu 9NOVEMBER yang seterusnya,InshaAllah..

Sunday, November 2, 2008

SEjUk dan SaKiT

Bismillahirrahmanirrahim..

Suhu di Morocco sekarang ini sudah mula menurun dibawah 10 darjah celcius.Dan daripada pengalaman sy sepanjang hampir 3 tahun di sini,ini lah musim sejuk yang paling sejuk dan awal di Morocco.Pada mulanya hujan turun selama beberapa hari ,kemudian suhu pun mula menurun.Kami kebanyakkannya,memang tak pernah menyangka akan tibanya musim sejuk seawal ini.Kalau kebiasaannya,ke kuliyah hanya memakai selapis saja,tapi sekarang,kami sudah mula mmbongkar beg dan almari masing.Ya la,semua baju2 sejuk dan kot yang dipakai hanya ketika musim sejuk kemudian selepas itu,pakaian2 itu akan disimpan di dalam bagasi disebabkan saiznya yang agak besar dan tebal,mau penuh almari kami nanti.

Beberapa peristiwa telah berlaku dimusim sejuk:

#Ramai pelajar yang mulai demam dan batuk2 juga sesak nafas tidak kurang selsema(saya la tu~~)

#Kuliyah di kebanyakkan universiti di Morocco telah kembali rancak.

#Para pelajar kebanyakkanya telah mula di hadiahkan dengan bahas2/tesis daripada asatizah.

#Pelajar tahun akhir(spt saya) telah pun memulakan proses menyiapkan bahas akhir dan sudah mendapat tajuk juga mushrif(guru tesis).Dengar2 tajuk mereka mantap2 belaka.Syahbas!:P

#Saya masih lg dalam dilema untuk memilih dari 10 tajuk yang sy sukai.(Ya Allah,permudahkanlah..amin)

#Universiti di Rabat yang paling awal mula kuliyah(bulan Ramadhan lagi dh mula),sudah pun rancak menghadapi peperiksaan mid sem.

#Raya dah habisss=)

Dalam banyak2 peristiwa di atas,saya ingin memberi lebih tumpuan kepada peristiwa yang pertama,iaitu peristiwa ramai pelajar yang ditimpa musibah sakit.Sayafakumullah,aminn

Disini,sebagai salah seorang pelajar yang agak senior dan sudah masuk kali ke 3 melalui musim sejuk di Morocco,rasa terpanggil untuk memberi beberapa panduan juga nasihat kepada adik2 juga rakan2 tidak kira yang berada di Morocco mahupun negara lain yang juga mengalami musim sejuk:

#Banyakkan minum air suam .Bangun pagi,sebelum sarapan,rajinkan diri menjerang air ,dan minum air suam2 jangan yang baru masak tu,melecur pula lidah nanti.Dan juga setiap kali ingin meminum air bila2 masa shj,pastikan minum air yang suam.

#SUSU.Susu amat penting dan perlu sgt untuk diminum ketika musim sejuk ini untuk menjaga tulang.Ingat,kesannya bukan sekarang,tapi dikemudian nanti.Ramai yang sudah mengalaminya.Belilah banyak2 sbg stok musim sejuk,takpelah melabur untuk kesihatan kita.Saya sendiri menyediakan untuk diri saya samada yogurt,raib atau susu.Dan sntsa mendisiplinkan diri saya untuk minum minuman yang berasakan susu sekali sehari.

#Pilih sayur yang trtentu untuk dimakan,elakkan atau kurangkan makan timun atau kobis.Tapi lebihkan makan buah2an lebih2 lagi yang mempunyai vitamin C spt limau.

#Gunakan sakhonah/air panas semasa mandi ,berwuduk dan mencuci muka.Selepas mandi,jangan keluar rumah sehinggalah selepas 3 jam atau lebih.Dan pastikan selepas berwuduk atau mencuci muka,lap cepat2,kerana air yang bersisa di tubuh akan menyejuk dan sejuk itu akan meresap sehinga ke tulang.(aih..,tk pandai nk susun ayat ni~fhm2kan la ya)

#Sila tebalkan pakaian anda ketika di RUMAH lebih2 lagi ketika di luar.Pakai baju dan seluar sulam ketat yang banyak dijual ketika musim sejuk ni ,adalah dlm 30-40 dh.,Juga pakai stokin yang tebal atau berlapis.Pakai juga sarung tgnKedinginan di tgn2 dan jari jemari itu akan meresap hingga ke tulang dn boleh memberi kesan yang tidak baik pd tulang spt sengal2.

#Elakkan duduk berhampiran dinding ketika di dalam kelas.Ramai antara kita yang suka bersandar atau menyorokkan diri dengan duduk di penjuru atau tepi2 dinding.Tinggalkan tabiat ini buat smentara waktu,kerana ketika musim sejuk,dinding yang semestinya diperbuat drpd simen juga menyejuk dn hawa sejuknya itu akan terasa sehingga ke tulang.Dan memungkinkan kita untuk mengalami sengal2 tulang .(saya dh rasanya~)

#Sentiasalah membawa payung ke mana sahaja.Kerana hujan turun tidak menentu.Pilihlah,samada nak bw payung yang tak brp berat itu atau kena hujan dn akhirnya nnt demam2,selsema dn sbgnya.

#Cubalah sedaya upaya menjaga wudu' untuk mengurangkan tubuh sentiasa terkena air,dan kurgkan mengganti pakaian dalam seminggu juga untuk meminumkan kita menyentuh air.Basuh pakaian kan guna air.Tak busuknya baju tu,jangan nak fikir nak bergaya ke,atau orang kata ke,bukan diorg yang akan basuhkan baju kita nanti.

#Makan makanan yang berkhasiat.Biasalah,bila dah musim sejuk ni,perut mudah lapar,jadi janganlah makan amggi atau keropok2 untuk mengalas perut.Makanlah roti atau minumlah yogurt untuk mengalas perut jika terasa terutama pada waktu malam.

Ini lah serba sedikit pesanan dan ingatan yang sentiasa saya ucapkan pada adik2 juga rakan2 tidak kurang untuk diri saya sendiri.Yang penting,adalah disiplin.Jagalah kesihatan di musim sejuk ini lebih2 lagi kuliyah mulai rancak dan exam juga sudah bermula.Fikir2 lah,apa yang terbaik untuk diri kita.Kesihatan kita,kebahagian kita,kesakitan kita,kita la yang tanggung.Wallahua'lam

Saturday, October 11, 2008




Alhamdulillah,kak kay atau kak Khuzaimah telah pun selamat bernikah dengan suaminya Tengku Khairuzzaman beberapa hari yang lepas.Perkenalan yang amat singkat tanpa pernah mengenali dan bersua antara Kak Khuzaimah ,graduan ijazah lepasan Maghribi dan Tengku Khairuzzaman yang kini menyambung master dalam bidang kejuruteraan akhirnya mengikat mereka ke dalam satu ikatan yang suci.Itulah yang di namakan jodoh.

Mendengar perkhabaran beberaa sebulan sebelum itu tentang majlis pernikahannya yang bakal diadakan pada malam hari raya ke4 benar-benar mengejutkan kami semua,akhowat Maghribi.Seorang kakak juga teman yang selama ini sama-sama bergurau senda, sama-sama mengharungi terik hujan ke kuliyah juga yang selama ini sama-sama berkongsi suka duka,akhirnya telah disunting orang dan kini sudah pun bergelar ISTERI.Tiada lagi usik mengusik ,rajuk tawa yang dulu menghiasi hari-hari ketika masih bergelar mahasiswi.

Semoga Kak Khuzaimah dan suaminya sentiasa meniti hari-hari yang penuh ceria dan bahagia bersama di bawah redha dan naungan Illahi dan hubungan mereka berkekalan sehingga dipertemukan kembali di dalam syurga menyimpul kembali tali kasih di sana selamanya.inshaAllah.



Wednesday, October 8, 2008

Dulu ..kan tetap Selamanya


ketika sambutan aid anjuran persatuan..

Aid di rumah pangeran Brunei.. (ketika musim sejuk yg amat sejuk,terpksa pakai sweater,tk nmpk bj raya semua..:P)

Semasa membaca kembali posting raya tahun ini,tiba-tiba terasa seperti ada kekurangan,erm,housemate tk cukup rupanya.Teringat kembali kengan ketika beraya bersama-sama.Kali pertama menerima tempahan membuat biskut raya(berkali2 menguli,kdg2 terkeras mcm batu,kdg2 termasin,kdg2 terhangus,byklh lg "ter"..:P)kali pertama memasak juadah raya sendiri dan kali pertama menerima duit raya sesama kami(walaupun dpt sedirham dua ,tp tetap bermakna=)).Terdetik pula di hati untuk mengepost gambar raya lepas untuk tatapan bersama2.(frenstr dh delete,blog la jd gnti abadikn gmbr2 kngn u tatapan keluarga dn rkn2)kenangan itu akan tetap bersemadi dalam ingatan.inshaAllah






Wednesday, September 10, 2008

ULAMA besar yang diperkenalkan pada kali ini tidak asing bagi kebanyakan pelajar-pelajar Alam Melayu amnya, dan di Malaysia khususnya. Beliau sangat terkenal dengan kamus Arab-Melayunya, iaitu Qamus al-Marbawi. Beliau ialah Sheikh Muhammad Idris Abdur Rauf al-Marbawi, seorang ulama yang berketurunan dari Kampung Merbau, Perak. Dilahirkan pada tahun 1893 M di Mekah, dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah juga telah banyak ditulis orang pada 10 Oktober 1989, dimakamkan di Kampung Lubuk Merbau, Perak pada usia 96 tahun.

Tok Kenali antara Guru Sheikh Idris al-Marbawi

Ilmu yang paling banyak diperolehnya adalah dari Tok Kenali Kelantan. Sebelum ini, artikel mengenai Tok Kenali pernah dibicarakan penulis dengan judul Tok Kenali: Ulama Peringkat Wali yang dikeluarkan pada Isnin, 2 Oktober 2006.

Namun dirasakan perlu dibicarakan lagi secara umum berkenaan guru kepada Sheikh Idris Marbawi tersebut.

Tok Kenali adalah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam bersistemkan pondok di Malaysia, bahkan juga seluruh Alam Melayu.

Beliau ialah murid yang paling dipercayai oleh Sheikh Ahmad al-Fathani, sehinggakan tiada satu rahsia perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang tidak diketahui oleh beliau.

Beliau meninggalkan murid yang sangat ramai. Antara yang menjadi ulama besar adalah Sheikh Idris Marbawi dan Sheikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber ini penulis perolehi daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, seorang Mufti Mempawah Indonesia, yang didengar penulis pada tahun 1969 di Indonesia, Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah, yang didengar pada tahun 1970, Kadi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala Patani pada tahun 1970, Kadi Haji Abdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ramai yang lain yang belum perlu disebutkan).

Karya-karya yang dihasilkan

Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang banyaknya. Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi. Keterangan maklumat mengenai kedua-dua karya tersebut adalah berikut:

A. Qamus Idris al-Marbawi

Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus Arab-Melayu yang pertama ditulis. Terdapat kamus lain ditulis sekitar tahun berhampirannya. Namun, kamus ini mendapat tempat tersendiri dalam bidang perkamusan.

Paling luas penyebarannya

Antara keistimewaan kamus ini berbanding yang lainnya adalah kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan Melayu-Jawi dan yang pertama paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu. Bahkan ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Mekah, Mesir dan beberapa tempat lain.

Ia turut digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.

Dalam mukadimahnya, beliau meluahkan yang terkandung dalam hatinya demi kemajuan bangsa Melayu, iaitu katanya: “Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu dan saraf.”

Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384 halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi 18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan daripada huruf ‘Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

Berkenaan maklumat-maklumat lainnya berkaitan kamus Marbawi tersebut, telah banyak penulis bicarakan dalam Berita Harian, 28 Mac 2006 (Selasa) dengan judul ‘Kamus Marbawi Rujukan Pelajar Kuasai Bahasa Arab.’

B. Bahrul Mazi
Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.

Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:

- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.

- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.

- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.

- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.

- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.

- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.

- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.

- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.

- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.

Bab-bab jualan
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.

- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.

- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.

- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.

- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.

- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.

- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.

- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.

- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.

Minta izin
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.

- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.

- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.

- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.

Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.

Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.

Kurang tersebar
Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H.

Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis: “Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...”.

Kitab ini telah diterbitkan oleh Mathba‘ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M.

Sunday, September 7, 2008

KeKaSiHkU...lUV U(~_^)

Assalamualaikum..ana copy artikel ni dr seorg bernama mawarmerah86 dr sebuah laman.

Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku
terlampau sangat sayang kat DIA )
Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya!
Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong
sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan.


Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA à direct!!! Yang bestnya tu,
bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan?
Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni & tak pernah nak sakitkan hati
aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang
betul betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab,
kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat.
Tak kiralah, material ke& spiritual ke& emm memang kekasih sejati lah tu!
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.
Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku
faham.


Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa,
cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je.
Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang
frust tu.
Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus ngan
DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha
betul-betul
Kata orang putih.. what you give, you get back&so, kalau aku usaha lebih
sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect.
Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam& area pukul 3 4 pagi tu pun,
kalau aku terjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!!


Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya& billionaire& millionaire& dan ntah apa-apa
naire lagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang
support& caya tak? Free of charge& tapi aku tak sedap hati la.. mestilah
kena hargai apa yang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi,
suka ke, tak suka ke, amik aje la& pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu
yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja& cheewah!


DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu.
Sebab, KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc&
DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun
tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm& aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA
lagipun, belum bersedia la& tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nanti
mesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak!
Takut! Aku mesti prepare awal-awal.


Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa
yang DIA tak suka.
Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang
la kat aku kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa
yang dia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!!
Ish! Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!!


KEKASIHKU& AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI&. WALAU NYAWA
DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN
TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA&&
ITULAH KEKASIHKU& ALLAH S.W.T & CINTA TERAGUNGKU

Sunday, August 10, 2008

sAtU hARI,sERiBU MAkNA

Kadang-kadang,dalam satu hari hari saja dalam kehidupan kita,bermacam-macam peristiwa yang telah berlaku.Dalam masa hanya SEHARI.Kadangkala,kita bersedih saja sepanjang hari tu,kadangkala,kita ebrgembira dan berbahagia saja sepanjang ahri,tersenyum memanjang.Dan adakalanya,dalam hanya sehari,itulah ahri duka,dan itula hari gembira bagi kita.Indahnya hidup~~Yang pasti,setiap peristiwa yang ebrlaku,pasti ada hikmah dan pengajaran yang kita perlu ambil darinya.

Petang tadi,setibanya di Mohammedia setelah berhimpit dan berasak di dalam train(nasib baik train baru,tak la panas sangat),terus kami keluar emncari makanan buat alas perut sebelum makan malam.Makanan pertama yang terlintas difikiran adalah roti yang didalamnya diisi dengan daging atau daging ayam belanda bakar.Memang benda ni la yang saya caei bila sampai kat Mohammedia.Tengah asik emlihat pakcik tu menyiapkan permintaan kami,datang dua pemuda arab yang berpakain t-shirt dan berseluar pendek.Kehadiran mereka kami tak hiraukan,dan mereka pun seolah-olah tidak sedar kewujudan kami bertiga disitu.Melihatkan tempahan kami yang agak banyak tu,(4,banyak ke?),diorang terus beredar setelah bercakap2 dengan pakcik penjual tu.Tak lama kemudian,semasa kami ingin membayar,dua pemuda tadi muncul semula,semasa saya ingin emghulurkan duit,tiba-tiba salahs eorang daripada mereka yang bertubuh agak besar dengan t-shirt dan seluar pendeknya,menahan kami dari membayar,tergamam kami dibuatnya.Tapi kami tetap juga berkeras ingin membayar sndiri ,dan pemuda tadi dan raknnya masih juga bertegas ingin membayarkan.Dan akhirnya kami menerima apabila dia berkata sesuatau yang tidak kmai sangkakan,"Saya ingin sedekah fi sabilillah"..terdiam kami.dans etelah emngucapkan terima kasih kepada beliau,kami terus pulang tanpa menoleh walau sedikit pun pada pemuda yang berwajah agak bengis itu tadi.

Sepanjang eprjalanan,kami memuji2 kebaikan lelaki itu dan berasa malu pada diri kami,kerana pada awal tanggapan kami pada mereka agak negatif.Tindakan ebliau benar2 mengharukan kami,dan tak lepas2 doa kami pohonkan unttuknya.Biarpun zahirnya tadi kelihatan seperti bengis dan nakal,tapi ternyata,beliau mempunya sekeping hati yang cukup murni.Kami sendiri dapat emrasai keikhlasan beliau,tidak ada unsur2 ingin mngorat atau menggatal.Wjahnya tegas tapi tenang.Maha suci Allah,hanya Dia yang mengetahui hati hamba2Nya.

Belum sempat tiba dirumah,saya terliur dengan tembikai merah yang dijual tidak jauh dari rumah rakan saya di Mohammedia ini.Tibanya saja di pondok kecil itu,(tak tahu nk gmbrkan mcm mana tmpt tu),kami mula rambang mata dan pening,mana satu menjadi pilihan.Jalan terbaik,kami minta penjual itu memlih untuk kami.Tapi penjual itu tetap juga duduk ditemptanya.Setelah ditinjau.,rupa2nya anak lelakinya yang ebrusia dalam lingkungan 5,6, tahun sedang tidur di pangkuannya.Rupa2nya dia tak sampai hati nak bangun yang nantinya pasti akan mengejutkan anaknya daripada lena.Terus kami mengambil keputusan untuk memilih sendiri,tapi buah tembikai di Morocco ni bukan seperti di Malaysia,saiznya sebebsar 2,3 kali ganda bola ragbi.Tak terangkat kawan saya sebiji pun tembikai untuk ditimbang dan akhirnya datamg seorang tua membantu meangkats ebiji buah tembikai untuk kami.Mudah saja dia melakukannya,kudarat ellaki tak sama dengan kudrat wanita.=)

Setelah itu,penjual tadi mengankat anaknya llau didukung,kerana ingin emimbang pula buah itu.Anaknya kami lihat masih lena.Tiba-tiba,sesuatu yang tak disangak berlaku.Anaknya terkencing didalam lenanya dan ketika itu sedang didukung ayahnya.Kami semua terkejut dan terpana melihat keadaan itu,Agaknya kalau ebrlkau pada kami,pasti kelam kabut jadinya.Tapi yang emngharukan kami,ayahnya tidak pula gelabah mahupun memarahi anaknya itu,beliau hanya membiarkan anaknya menghabiskan hadas kecilnya ,wajahnya terlukis kekesalan tetapi tidak terlihat walau sedikit pun kemarah atau kegeraman di wajah ayah itu.Dengan epnuh kasih sayang,beliay meletekkan anaknya di kerusi.Lalau beliau meneruskan urusan pembelian dengan kami.Yang ada oada saya ketika itu hanya 200 dirham sednagkan harganya kurang daripada jumlah itu.Llelaki tua yang tadinya membantu kami mengangkat buah tembikai yang sudah dipilih emncari wang kecil tetapi masih tidak cukup kecil untuk diberikan kepada kami sebagai baki.Kerana berasa sungguh simpati pada ayah dan anaknya itu tadi,saya mengambil keputusan untuk mengambil berapa saja yang ada,dan selebihnya saya katakan hadiah untuk anaknya itu.Sebelum pergi,saya melihat seimbas di wajah anak itu,bersih dan tenang sekali,dan ayahnya,yang tadi berwajah muram,tersenyum senang dengan pemberian kami.Tenang terasa melihat orang lain gembira.

Friday, August 8, 2008


Novel dan komik.Pasti ramai antara kita yang minat membaca novel tak kiralah lelaki mahupun perempuan.Jangan main,lelaki pun minat baca novel.Saya ingat lagi,seorang rakan lelaki di sekolah yang ingin meminjam novel dari saya.Yang saya tak tahan, dia minta novel kisah orang yang sudah berkahwin.Kembang kempis pipi saya menahan ketawa mendengar permintaan dia tu.Saya yang perempuan ni pun masih lagi setia dengan komik doraemon dan shin chan.

Kembali kepada kisah komik dan novel,sebelum membeli,pasti kita akan melihat cover buku itu tersebut kerana cover hadapan la yang menjadi penarik kepada pembeli unutk membeli.Sebab itu kebanyakkan majalah menggunakan wanita sebagai penghiasnya,bukankah wanita ini sering dieksploitasi dan dengan daya penarik yang ada diri wanita itu,pasti mudah memikat orang ramai untuk membeli.

Tetapi,kadang-kala,cover saja yang menarik,cerita didalam tak seindah rupanya.Mulalah naik geram dan memaki hamun novel atau buku tersebut.Kitab agama dan alquran yang covernya biasa saja dan kelihatan usang,lebih menarik dan banyak manfaat di dalamnya.

Begitu jga kita dalam menilai seseorang.Mudah sahaja memberi penilaian kepada seseorang tanpa mengenalnya terlebih dahulu.Lihat sahaja orang tu memakai pakaian selekeh,mulalah kata penagih dadah dan penjahat.Kadang-kadang kala,kita tidak kenal pun siapa orangnya,tapi disebabkan dia tidak senyum,mulalah,dikatakan sombong,berlagak dan lokek senyuman.Kita tak tahu,mungkin dia tengah sakit perut,atau mungkin dia sedang diasak dengan berbagai masalah,kenapa tidak kita dahulu yang menghulurkan senyuman,mana tahu,dengan senyuman kita,walaupun tidak terbalas,tetapi sebenarnya,telah mampu menceriakan hati yang gelisah dan menggembirakan hati yang gundah.

Pernah juga berlaku kepada saya sendiri.Di kawasan tempat tinggal saya ni memang bersih dan masyarakatnya juga beradab,berbanding kawasan lain.Tetapi disekitarnya,ramai penghidu gam dan pengemis.Kisahnya berlaku pada suatu hari,kami sedang mengemas rumah,barang yang tak digunakan,akan dibuang,termasuklah sebuah mesin basuh lama yang telah beberapa kali dibaiki tapi tidak mampu juga beroperasi.Lalu kami mengambil keputusan membuangnya pada waktu malam.Tak nakla orang lain nampak kami terhenjut-henjut mengangkat mesin basuh yang brkilo-kilo beratnya itu.

Pernah berlaku suatu hari,dua orang rakan saya keluar membuang sampah sebuah kotak yang besar.Sedang bersusah payah membawa kotak itu ke tempat pembuangan sampah,tiba2 terdengar jeritan jiran arab dari tingkap rumahnya.Kawan saya kedua2nya terhenti dan tergamam.Tidak lama kemudian.satu persatu tingkap rumah di kawasan itu terbuka,semuanya melemparkan persoalan dan tidak kurang juga yang marah kerana membuang sampah pada waktu siang,besar pula tu.Sedang kekecohan itu berlaku,tidak lama kemudian,tingkap jjran ditingkat atas rumah kami yang kami gelar"madam" pula terbuka.Beliau sudah kami anggkap ibu kepada kami.Terus saja dia menyuruh rakan saya membawa kembali kotak itu masuk kedalam rumah dan dia pula mengawal keadaan dengan bertanya khabar sesama jiran yang memarahi mereka tadi.Sejak dari tu,hanya setelah isyak barulah kami membuang sampah.

Malam pun tiba,dengan kudrat 4 orang wanita,kami mengangkat mesin basuh itu ke tempat pembuangn sampah.Beratnya sehinggakan baru saja dua tiga langkah,kami terpksa berhenti.Padahal baru sahaja keluar dihadapan pintu rumah tapi kami semua sudah termengah-mengah.Dari kejauhn di tempat pembuangan sampah,ada dua remaja lelaki arab.Takut juga kalau mereka penghidup gam atau budak nakal.Tiba-tiba,salah seorang dari mereka datang mnghampiri kami.Suasana malam sunyi sekali,kami semua terdiam.menunggu apa yang pemuda itu mahu lakukan.Rupa-rupanya dia ingin membantu kami.Bila saja dia membantu,mesin itu terasa ringan sekali,mudah saja kami membawanya.Tanpa meminta sebarang balasan pemuda itu terus kembali ketempatnya tadi ,rupa-rupanya dia sedang menghisap syabu.

Saya hanya tersenyum,kadangkala,orang yang zahirnya kita gelar sebagai "jahat" tetapi di dalam diri mereka masih ada sekeping hati yang cukup murni.Meraka tetap manusia yang sejahat-jahat mereka,tetap ada sifat kemanusiaan dan belas kasihan kepada manusia yang lain.Tetapi sukar bagi masyarakat mahupun diri kita sendiri untuk bersangka baik bagi orang-orang yang zahirnya berketerampilan tidak baik.Pasti cepat saja tanggapan negatif dilemparkan.Penyelesaiannya,cukuplah sekadar mengambil langkah berhati-hati jika melihat sesuatu yang zahirnya negatif,tetapi jangan pula diriringi dengan kutukan apatah lagi umpatan.