Sunday, November 9, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
9 November 1988..20 tahun yang lepas..,diri ini hanya sebesar dua tapak tangan ibu dan ayah..Dan pada hari ini,pada tarikh yang sama 9 November 2008,telah genap umur saya 20 tahun.Dah sama besar dengan mak dan ayah pun.Alhamdulillah,saya masih lagi dikurniakan umur yang panjang untuk sekali lagi berjumpa dengan tarikh 9 November untuk kali ke 20.Alhamdulillah.Rasa amat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan..ya lah,walaupun umur 20 itu boleh juga dianggap masih muda,tapi ramai yang tidak sempat mencecah angka 20 ,telah pun diambil nyawanya.Seorang teman sekolah ,sekelas,telah pun kembali ke rahmatullah pada usianya 18 tahun.Betapa ajal itu tidak pernah menunggu dan memilih sesiapa.
Dan pada hari ini,semasa rakan memberikan uacapan dan doa juga hadiah..tiba2 fikiran saya melayang pada ibu tercinta di tanah air.20 tahun dahulu,pada waktu ini,ibu saya sedang berperang dengan kesakitan dan maut,untuk melahirkan anaknya ini.Sepatutnya,semua ucapan dan penghargaan,selayaknya diberikan kepada ibu saya,kerana tanpanya..takkan saya lahir di muka bumi ini,dan takkan berpeluang saya menyambut hari kelahiran yang ke20 pada hari ini.
Di sempena hari yang amat bermakna ini..saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada HAYATI di JORDAN
dan ahli2 rumah yang dikasihi.
KAK FI,ZAHIRAH,SUAIDAH,SHAHIRAH,KAK KHADIJAH,ADILAH,AISYAH,ADIK2ku,NOORAZMA,MADIHAH,MUNIRAH, AMANINA
juga untuk orang yang dah wish sbulan lebih awal,atas ucapan,doa dan hadiah yang begitu bermakna bagi saya.Terima kasih juga kepada Kak Fi,Suaidah,Kak Khadijah,Shahirah dan Hayati,yang wish tepat jam 12 tgh mlm 9 November malam.Walaupun sibuk study,tapi alert juga,tepat 12 tgh mlm.terus ada wish dlm inbox msg saya.Syukran lakun.=) Juga kepada yang memberikan hadiah,.tak kisah la kecil atau besar..semuanya memberikan nilai dan makna yang tidak ternilai.Kalau takde expired,memang saya simpan selagi ia boleh bertahan.=pSemoga Allah memelihara,melindungi dan memberikan kebahagian,kecerian juga kejayaan kepada antunna semua saudara ku sekalian juga semoga ukhwah dan kasih sayang kita smeua akan terus utuh hingga ke akhirnya..aminnn
Nak ucap pada family,tak tahu pula,mereka buka ke tidak blog saya ni,tak pe la,nk ucap juga trm ksh,kepada kak long yang sempat lagi nyanyi masa call semalam,juga mak dan ayah yang turut serta menyanyi bersama.Tapi yang penting,terima kasih kepada Mak yang melahirkan diri ini.Ya Allah,peliharalah dan berikanlah kebahgiaan juga keceriaan kepada ibu ku..juga ayahku..aminnn
Dan pada hari ini dan hari2 yang akan datang,saya akan terus dan sentiasa berdoa..Semoga..saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus bertemu 9NOVEMBER yang seterusnya,InshaAllah..
2 comments:
Assalammualaikum wbt..SELAMAT HARI LAHIR buat adik Nisah yg berada jauh di bumi Maghribi..da 3 hari lepas upenye birthday dia..tarikh yg slalu diwarwarkan pd seorg abg suatu ketika dlu..tapi abg yg nyanyok ni lupa camtu jek,mintak maaf la ats kelemahan diri ni dik ye~Really mean it~
mmm..dah 20 da la kan umo dia, camne bila da masuk angka 20 ni? mest dah makin matang kan skang,tgk gamba2 dia pon da nampak gaya buleh jadi bini org dah^^
Nyway wish u all da best..Moga dgn bertambahnye umo nurtakwa ni, akn bertambah jugakla tingkat ketaqwaan pd Allah(which i believe u do)..
okay last skali ada 1 pantun nih :
"Keluar rumah pergi ke pasar,
Pergi ke pasar membeli sawi,
Cincin di jari sudah besar,
Akad nikahnya bila lagi.." =p
That's all from ur bro in Seoul~
Moga happy2 slalu dgn life kat sane..Sorry for all my wrongdoings~
wassalam wbth=)
waalaikumsalam..
syukran ...tkpe la terlewat pun..ada jg ucapan..=)
bila dh masuk 20 ni,rs mcm tk prcy,tp tu lah kenyataan..tk boleh nak budak2 mcm dulu lg...=p
inshaAllah,semoga ketaqwaan mnjd pakaian diri kita bersama..aminn
hi,ada pula pantun ya..inshaAllah..tahun depan..(memandai je:P)
semoga berjaya di sana dengan enjin2 semua,:P
wassalam wbt
Post a Comment