Monday, February 4, 2008

Siapakah...??



Siapa
kah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.’ Lalu sambil berkata,’Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

setiap yang kita cari pasti ada kesusahan setiap yang kita dapat pasti ada halangan setiap kebenaran pasti ada yang mendengar setiap kesalahan pasti ada hukuman tidak di balas di dunia mashyar tempat nya moga ini dapat mndengarkan yang pekak mencelikkan yang buta memimpin yang jatuh menyedarkan yang lupa semoga hidup kalian sentiasa dalam rahmat-NYA

Berdoalah..


DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah (SWT) berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.”

Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.
Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, “Mintalah kepada Allah (SWT) kurniaannya. Sesungguhnya Allah (SWT) menyukai permohonan (dari hambanya).”

Adab-Adab Berdoa
Doa yang diterima oleh Allah (SWT) ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah (SWT).
Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia.
Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis Nabi SAW, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah (SWT) dan khusyuk
. Dalam surah Al-A’raf ayat 55 Allah (SWT)“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, “Berdoalah kepada Allah (SWT) dengan keyakinan bahawa Allah (SWT) akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah (SWT) tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.”
berfirman,

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi
. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah (SWT). Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah (SWT) berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, “Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah (SWT) dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).”

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima
. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, “Berdoalah kepada Allah (SWT) dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.”

5. Tidak tergesa-gesa
. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Nabi SAW bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah (SWT) kerana Allah (SWT) saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah (SWT), atau dipalingkan Allah (SWT) satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan.”

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah (SWT) dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan.
Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”

Punca Doa Tertolak
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah (SWT) itu suci bersih dan Allah (SWT) tidak menerima kecuali yang suci bersih jua”. Dan sesungguhnya Allah (SWT) mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah (SWT) berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’
Allah (SWT) juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’ Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah (SWT) dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya? Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah (SWT).
Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah (SWT). Beliau berkata,
“Pertama, kamu mengenal Allah (SWT) tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah (SWT) tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.”
(Dari buku ‘Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran’ oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)

Friday, January 18, 2008

Bermualanya di sini..2

jika pada posting yang sebelum ini,ana menceritakan pengalaman ana ketika memberi kuliah maghrib di PLKN,dan kini ana cuba sambung kembali sedikit lagi kisah di PLKN.

Ketika ana sedang khusyuk membentangkan negara impian yang di bina dari bahan2 terbuang yang kami kutip di sekeliling kawasan kelas Modul Kenegaraan,saya terdengar nama saya dipanggil ke pejabat.Meremang juga bulu roma,apa la kesalahan saya.Terbayang berbagai2 andaian dan denda yang bakal diterima,ai..malu pula,ustazah kena denda.Mana lah tahu,saya ada buat kesalahan.Sesampai saja di depan pejabat Komando,saya terlihat mak,ayah dan abang ngah menanti saya di situ.Terkejut dan gembira.Rupa2nya berita yang di bawa,nenek saya telah pun meninggal dunia.Terkejut,terpana.Innalillahi wa innailaihi raji3un.Kembali semula ke kelas,kawan2 mulai bertanya.Saya hanya tersenyum.

Dan kini setelah jauh merantau daripada keluarga,saudara juga rakan2,bermakna saya telah pun siap sedia menghadapi segala kemungkinan.Jika tidak mereka pergi dahulu,mungkin saya yang akan meninggalkan mereka.Wallahua'lamYang pergi tetap pergi,dan kita yang masih hidup,perlu meneruskan kehidupan seperti biasa.Jadikan khabar kematian sebagai peringatan buat diri kita,agar kita sedar,kematian sentiasa memburu kita,bila saja,dimana jua,jika tiba masanya,kita juga kan kembali kepada Sang Pencipta.Sudah bersediakah kita??

Sunday, January 13, 2008

oh blog..



Assalamualaikum warahmatullah.Salam ukhwah dan salam ceria saya ucapkan.Sedih pula melihat blog yang tidak berupdate2 setelah sekian lama.Mengimbas kembali niat dan semangat yang berkobar2 untuk berkongsi ilmu dan pengerahuan kepada orang lain,segala ilmu yang saya pelajari di jami3ah,segala pengalaman baru pahit manis yang saya tempuhi di perantauan,terasa sedih.Hanya pada permulaan sahaja semangat mengisi blog ini berkobar dan akhirnya,hilang bersama kesibukkan kuliah yang tidak menentu.Dari 8 pg sehingga maghrib.Selalu juga kami akhowat di sini di salah sangka keluar malam,sedangkan memang begitulah jadual kuliah,kadang2 singgah di mahlabah,mengisi perut yang kosong sedari pagi.Lucu pula bila teringat kecohnya keadaan kami ketika terserempak dengan pelajar Malaysia juga semasa pulang pada waktu malam dan sempat pula singgah makan di mahlabah.

Begitulah secarik kisah perjalanan hidup kami di sini seharian.Kesibukkan kuliah yang tidak menentu ditambah pula dengan kelas tambahan yang bukan sejam dua,tetapi mencecah 5 jam,hanya Ahad saja waktu terluang.Waktu itulah membersihkan rumah,mencuci pakaian dan elok2 pula memang turn saya untuk memasak.Inilah asam garam hidup perantau dan penuntut ilmu.Tiada benda dan perkara yang mudah dalam hidup ini,perlu lalui kesusahan dan kepayahan.Barulah terasa manisnya kejayaan yang digenggam selepas itu.

InshaAllah,cuti yang baru bermula,saya akan cuba isi semula blog ini dengan pengisian2 yang bermanfaat dan berguna untuk diri ana khasnya.Saya ibaratkan,apa yang saya tulis,adalah apa yang ingin katakan,ingatkan juga nasihatkan untuk diri saya sendiri.Saya selalu kiaskan,segala nasihat atau peringatan yang saya berikan kepada orang lain ibarat menjerit di kawasan lapang,gemanya akan kembali kepada kita juga.InshaAllah,saya akan post pula keputusan imtihan untuk semester ini,harap2 lulus tanpa istidrak hendaknya.Amin ya robb.Wallahua3lam.


Sunday, November 25, 2007

Adakalanya...


Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah... Kita sibuk dengan urusan dunia... Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada Yang Esa...
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....

Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....

Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik... Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....

Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....

Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segala

Thursday, November 22, 2007

Pedang Yang Berbicara


Asslamualaikum warahmatullah.


Jika pedang yang tajam mampu melukakan dan membunuh sekujur tubuh,begitu juga kiasnya untuk lidah manusia yang mampu melukakan dan membunuh sekeping hati.Jika tersilap kata,bukan sahaja hati malah diri manusia itu sendiri boleh binasa lantaran kelancangan lidah itu sendiri.

Lidah sifatnyanya lembut .Lidah juga antara salah satu bahagian dalam tubuh badan yang tidak bertulang tetapi kerana lembutnya lidahla manusia bisa menuturkan apa jua bicara juga kata tanpa mengira buruk baiknya kalimah-kalimah yang dituturkan.Akhirnya,lidah yang lembut tu bisa menyebabkan permusuhan,pergaduhan bahkan peperangan yang berakhir dengan banyaknya nywa2 yang terkorban.Begitula bahayanya sehunus pedang bernama "allisan".

Tuesday, November 20, 2007

Jalan Raya Kehidupan


Dimana pun negara di duna ini,pasti ada jalan raya dan sudah ada peraturan tersendiri yang telah ditetapkan.Dan apa pula kaitannya dengan kehidupan?Begitu juga halnya dengan kehidupan kita di dunia,punyai peraturan2 tersendiri yang perlu kita ikuti.

Jika polis akan menyaman kita atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya ,begitu juga halnya apabila kita melanggar peraturan kehidupan .Allah pula yang akan menjadi "POLIS" menyaman dan memberikan hukuman kepada sesiapa yang melanggar peraturan-pertauran yang telah ditetapkan.Ada yang tidak dan boleh di lakukan.

Dalam kita terus meniti jalan raya kehidupan,kita perlu selalu sentiasa berhati-hati
agar kita tidak tersalah haluan atau terkeluar dari haluan kita yang sebenar.Setiap dari kita sudah punya satu destinasi atau tempat perhentian yang hakiki.,Tetapi sebelum kita tiba di perhentian terakhir tu,masih jauh lagi perjalanan yang perlu kita tempuhi.Dan setiap dari kita pasti punya satu dentinasi impian sebelum tiba ke perhentian yang terakhir itu.

Adakalanya kita akan bertemu dengan persimpangan yang memerlukan kita untuk memilih arah mana yang bakal laluan kita yang seterusnya.Ketika ini,kita harus memilih sebaiknya agar kita tidak termasuk di persimpangan yang salah.

Selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan,dan selagi kita masih lagi berada di atsa haluan yang betul,inshaAllah,kita apasti akan selamat menuju ke destinasi yang ingin dituju sebelum tiba ke pernhentian yang terakhir.