Monday, February 4, 2008
DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.”
Adab-Adab Berdoa
1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis Nabi SAW, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.
2. Merendahkan diri kepada Allah
3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah
4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, “Berdoalah kepada Allah
5. Tidak tergesa-gesa. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Nabi SAW bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah
6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah
7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”
Punca Doa Tertolak
(Dari buku ‘Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran’ oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
Friday, January 18, 2008
jika pada posting yang sebelum ini,ana menceritakan pengalaman ana ketika memberi kuliah maghrib di PLKN,dan kini ana cuba sambung kembali sedikit lagi kisah di PLKN.
Ketika ana sedang khusyuk membentangkan negara impian yang di bina dari bahan2 terbuang yang kami kutip di sekeliling kawasan kelas Modul Kenegaraan,saya terdengar nama saya dipanggil ke pejabat.Meremang juga bulu roma,apa la kesalahan saya.Terbayang berbagai2 andaian dan denda yang bakal diterima,ai..malu pula,ustazah kena denda.Mana lah tahu,saya ada buat kesalahan.Sesampai saja di depan pejabat Komando,saya terlihat mak,ayah dan abang ngah menanti saya di situ.Terkejut dan gembira.Rupa2nya berita yang di bawa,nenek saya telah pun meninggal dunia.Terkejut,terpana.Innalillahi wa innailaihi raji3un.Kembali semula ke kelas,kawan2 mulai bertanya.Saya hanya tersenyum.
Dan kini setelah jauh merantau daripada keluarga,saudara juga rakan2,bermakna saya telah pun siap sedia menghadapi segala kemungkinan.Jika tidak mereka pergi dahulu,mungkin saya yang akan meninggalkan mereka.Wallahua'lamYang pergi tetap pergi,dan kita yang masih hidup,perlu meneruskan kehidupan seperti biasa.Jadikan khabar kematian sebagai peringatan buat diri kita,agar kita sedar,kematian sentiasa memburu kita,bila saja,dimana jua,jika tiba masanya,kita juga kan kembali kepada Sang Pencipta.Sudah bersediakah kita??
Sunday, January 13, 2008

Assalamualaikum warahmatullah.Salam ukhwah dan salam ceria saya ucapkan.Sedih pula melihat blog yang tidak berupdate2 setelah sekian lama.Mengimbas kembali niat dan semangat yang berkobar2 untuk berkongsi ilmu dan pengerahuan kepada orang lain,segala ilmu yang saya pelajari di jami3ah,segala pengalaman baru pahit manis yang saya tempuhi di perantauan,terasa sedih.Hanya pada permulaan sahaja semangat mengisi blog ini berkobar dan akhirnya,hilang bersama kesibukkan kuliah yang tidak menentu.Dari 8 pg sehingga maghrib.Selalu juga kami akhowat di sini di salah sangka keluar malam,sedangkan memang begitulah jadual kuliah,kadang2 singgah di mahlabah,mengisi perut yang kosong sedari pagi.Lucu pula bila teringat kecohnya keadaan kami ketika terserempak dengan pelajar Malaysia juga semasa pulang pada waktu malam dan sempat pula singgah makan di mahlabah.
Begitulah secarik kisah perjalanan hidup kami di sini seharian.Kesibukkan kuliah yang tidak menentu ditambah pula dengan kelas tambahan yang bukan sejam dua,tetapi mencecah 5 jam,hanya Ahad saja waktu terluang.Waktu itulah membersihkan rumah,mencuci pakaian dan elok2 pula memang turn saya untuk memasak.Inilah asam garam hidup perantau dan penuntut ilmu.Tiada benda dan perkara yang mudah dalam hidup ini,perlu lalui kesusahan dan kepayahan.Barulah terasa manisnya kejayaan yang digenggam selepas itu.
InshaAllah,cuti yang baru bermula,saya akan cuba isi semula blog ini dengan pengisian2 yang bermanfaat dan berguna untuk diri ana khasnya.Saya ibaratkan,apa yang saya tulis,adalah apa yang ingin katakan,ingatkan juga nasihatkan untuk diri saya sendiri.Saya selalu kiaskan,segala nasihat atau peringatan yang saya berikan kepada orang lain ibarat menjerit di kawasan lapang,gemanya akan kembali kepada kita juga.InshaAllah,saya akan post pula keputusan imtihan untuk semester ini,harap2 lulus tanpa istidrak hendaknya.Amin ya robb.Wallahua3lam.
Sunday, November 25, 2007

Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah... Kita sibuk dengan urusan dunia... Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada Yang Esa...
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....
Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....
Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik... Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....
Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....
Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segala
Thursday, November 22, 2007

Asslamualaikum warahmatullah.
Jika pedang yang tajam mampu melukakan dan membunuh sekujur tubuh,begitu juga kiasnya untuk lidah manusia yang mampu melukakan dan membunuh sekeping hati.Jika tersilap kata,bukan sahaja hati malah diri manusia itu sendiri boleh binasa lantaran kelancangan lidah itu sendiri.
Lidah sifatnyanya lembut .Lidah juga antara salah satu bahagian dalam tubuh badan yang tidak bertulang tetapi kerana lembutnya lidahla manusia bisa menuturkan apa jua bicara juga kata tanpa mengira buruk baiknya kalimah-kalimah yang dituturkan.Akhirnya,lidah yang lembut tu bisa menyebabkan permusuhan,pergaduhan bahkan peperangan yang berakhir dengan banyaknya nywa2 yang terkorban.Begitula bahayanya sehunus pedang bernama "allisan".
Tuesday, November 20, 2007

Dimana pun negara di duna ini,pasti ada jalan raya dan sudah ada peraturan tersendiri yang telah ditetapkan.Dan apa pula kaitannya dengan kehidupan?Begitu juga halnya dengan kehidupan kita di dunia,punyai peraturan2 tersendiri yang perlu kita ikuti.
Jika polis akan menyaman kita atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya ,begitu juga halnya apabila kita melanggar peraturan kehidupan .Allah pula yang akan menjadi "POLIS" menyaman dan memberikan hukuman kepada sesiapa yang melanggar peraturan-pertauran yang telah ditetapkan.Ada yang tidak dan boleh di lakukan.
Dalam kita terus meniti jalan raya kehidupan,kita perlu selalu sentiasa berhati-hati
agar kita tidak tersalah haluan atau terkeluar dari haluan kita yang sebenar.Setiap dari kita sudah punya satu destinasi atau tempat perhentian yang hakiki.,Tetapi sebelum kita tiba di perhentian terakhir tu,masih jauh lagi perjalanan yang perlu kita tempuhi.Dan setiap dari kita pasti punya satu dentinasi impian sebelum tiba ke perhentian yang terakhir itu.
Adakalanya kita akan bertemu dengan persimpangan yang memerlukan kita untuk memilih arah mana yang bakal laluan kita yang seterusnya.Ketika ini,kita harus memilih sebaiknya agar kita tidak termasuk di persimpangan yang salah.
Selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan,dan selagi kita masih lagi berada di atsa haluan yang betul,inshaAllah,kita apasti akan selamat menuju ke destinasi yang ingin dituju sebelum tiba ke pernhentian yang terakhir.
Sunday, November 18, 2007
Apabila sesuatu hidangan itu ditambah sesuka hati dan mengikut hawa nafsu semata,pasti akan memudaratkan diri dan kesihatan.
Andai manusia dapat patuh dan mengikut apa yang tersenarai didalam MENU syariah islam,pasti mereka akan menikmati suatu HIDANGAN kehidupan yang selamat dan diredhaiNya.
Friday, November 16, 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah,berpeluang sekali lagi ana mengupdate blog ini.Kuliah sudah lama bermula kini fatrah imtihan makin menghampiri.Persediaan?
Sebaik mungkin persediaan ana lakukan.InshaAllah,yang pasti untuk kebaikkan dan kejayaan diri ana juga.Kembali ana merenug hadaf dan tujuan ana merantau sebegini jauh,menggalas harapan ayah,ibu keluarga juga saudara mara.Mungkinkah niat dalam hati ini masih lagi tetap atau ianya sudah terpesong dari arahnya yang sebenar?
Niat dan hati manusia memang sentiasa berubah-berubah.Hati manusia bukanlah alat yang boleh di kawal secara auto atau manual yang dapat kita pastikan haluannya sentiasa berada atas laluan yang betul.Tidak tersimpang atau tersasar.
Tetapi,seketul darah yang menghuni dalam diri kita ini masih juga boleh di kawal oleh alat kawalan secara manual oleh diri kita sendiri.Malah lurus atau tersimpangnya tuju halanya,masih lagi boleh kita kawal untuk kembali pada haluannya yang sebenar.
Tetapi manusia lebih suka membiarkan hati bergerak sendiri memilih haluannya.Yang pasti,jika dibiarkan kawalan sepenuhnya kepada hati,maka lebih banyak terpesong halanya dan adakalanya laluannya terbabas terkeluar dari landasannya yang sebenar.Takut andai sudah jauh tersasar meninggalkan landasan yang benar,kita tak mampu berundur kembali.Dan situasi inilah yang banyak terjadi dewasa ini.Manusia lebih banyak menikut hati memandu dan akhirnya setelah hanyut dek mengikut kata hati bertunjangkan nafsu,maka jauhlah manusia tersesat dan lari dan jalan hidup yang hanif.Untuk berpatah balik,ramai yang tidak mampu dan lebih rela pasrah menanti nasib di penghujung.
Andailah manusia dapat mengawal hati mereka berpandukan iman,maka inshaAllah pasti halu tujunya sentiasa terkawal dari terpesong.Ibarat seorang pengembara yang mengembara jauh tetapi jika die tetap berpegang kepada panduan kompas juga peta,pastinya perjalanannya akan tiba ke destinasinya dengan selamat berbanding pengembara yang hanya berjalan mengikut gerak kaki dan hatinya tanpa panduan peta mahupun kompas,kemanakah arah tujunya,pasti lebih banyak tersesat dan ditakuti akan tiba di jalan mati dan mungkin jatuh ke dalam jurang yang dalam.
Oleh itu,dalam 24 jam masa yang ada dalam seharian kehidupan kita,curilah beberapa ketika untuk merenung dan bermuhasabah diri mentajdid niat kita selalu.Adalah ia masih lagi di haluannya yang sebenar atau sudah tersimpang jauh tanpa kita sedari??Wallahua'lam
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat


