Thursday, March 27, 2008

SahAbAt..^^


ORANG berilmu mempunyai tempat yang baik dalam Islam. Menggunakan ilmu yang ada padanya, dia bukan saja dapat mengamalkannya, malah diajar kepada orang lain supaya memberi manfaat dan kebaikan.

Justeru, Islam sangat menggalakkan umatnya bercampur dengan orang berilmu.

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya: “Hai anakku! Duduklah bergaul dengan orang yang bijaksana dan redalah dengan perkataan mereka, nescaya akan bertambahlah kebijaksanaan dalam dirimu.

“Hai anakku! Hendaklah engkau duduk bergaul dengan orang yang kuat berzikir mengingati Allah kerana ia akan menghidupkan ilmu serta memperbaharui perasaan khusyuk dalam hati.”

Sebaliknya, jika kita berkawan dan menjadi orang jahat sebagai rakan, nescaya akan terpengaruh dengannya.

Dalam hal ini, Lukman berpesan kepada anaknya : “Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka adalah Sekiranya dia di bawahmu, dia menolakmu. Sekiranya dia di atasmu, dia menindasmu.

“Sekiranya engkau bersahabat dengannya, maka dia menyusahkanmu dan sekiranya dia berpisah denganmu, dia tidak akan mengucapkan selamat jalan kepadamu.”

Lukman berpesan lagi katanya: “Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka adalah sekiranya dia beramal, dia melakukan yang buruk.

“Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati.

“Sekiranya dalam keadaan fakir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa.”

2 comments:

Zulkiflee Bin Hussain said...

Jazakillah atas entri yg mantap ni^^
hmm..Dampingilah sahabat yg baik dan berbuat baiklah pada sahabatmu..
"Shbt yg baik adalah seperti mata,
pabila celik berkongsi pandangan...
Shbt yg baik adalah seperti telinga,
pabila bangkit dr pembaringan berkongsi pendengaran...
Shbt yg baik adalah seperti bibir,
sentiasa tersenyum & menghiburkan dikala duka...
Shbt yg baik adalah seperti tangan,
pabila perlu sedia berganding tanpa mengira bebanan...
Shbt yg baik adalah seperti kaki,
jalan seiringan tidak akan meninggalkan..."

wallahhu ta'ala a'lam

.:NurTaQwa88:. said...

allahuyubarik fik,alhamdulillah,ada juga manfaat dr srtikel yg tk seberapa ni..semoga sama2 kita meneliti dgn baik dlm setiap pershbtn yg kita jalinkan..semoga wangian dr shbt yg kita peroleh ,bknnya kekeotoran yg tercalit..(~_^)-belit ke ni?-^^