Sunday, January 11, 2009

Qunut Nazilah



Bersamaan dengan situasi kezaliman dan penindasan yang dahsyat berlaku keatas pejuang keadilan di negara kita, Maka semestinya pencinta keadilan dan demokrasi yang telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan…

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut secara istil
ahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH
Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama. Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.

Contoh bacaan yg biasa dibaca

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan merekaGoncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

PERINGATAN!!!
1. Lafaz qunut di atas bukan dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.
2. Boleh mengulang potongan kalimat dari doa di atas beberapa kali.
Apakah Ada Syariat Mengusap Muka setelah Qunut Pendapat jumhur ulama tidak ada mengusap muka setelah berdoa qunut. Imam Al-Baihaqy (dari ulama Syafi'iyyah) dalam As-Sunan Al-Kubra 2/212 mengatakan: Adapun mengusap muka dengan kedua tangan ketika selesai dari doa, saya tidak mengetahui hal tersebut dari salah seorang ulama salaf pun yang melakukannya dalam doa qunut
Bolehkan Qunut Dilakukan dalam Shalat Sendirian?Sepanjang penelitian, belum ditemui adanya nash dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan para shahabatnya yang menunjukkan pelaksanaan qunut dalam shalat sendirian. Mungkin disebabkan hal ini Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/450 menegaskan: "Tidak ada pelaksanaan qunut secara individu". Dan ini juga merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad hafidzohullah. Hukum ini juga berlaku pada kaum wanita, tidak melakukan qunut kecuali pada sholat jamaah.

Apakah Disyariatkannya Mengaminkan Doa Qunut bagi Makmum Disyariatkannya mengaminkan doa qunut berdasarkan hadis Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan Abu Daud (lihat Al-Irwa' 2/163). Dan hal ini ditegaskan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni 1/449: "Apabila imam melakukan qunut hendaknya diaminkan oleh orang yang di belakang imam (makmum) dan tidak dikeetahui ada perbezaan pendapat (dikalangan para 'ulama) dalam masalah ini." Akan tetapi perlu diingat bahwa pengaminan diucapkan pada lafaz-lafaz doa, bukan pada lafaz pujian. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan dibenarkan oleh Imam Khirqy serta An-Nawawi.(Suaalat Abi Daud hal. 67 dan Al-Majmu' 3/481). Dan hendaknya imam berdoa dengan lafaz umum (bukan untuk pribadinya) sehingga makmum ketika mengaminkannya juga mengambil andil dari doa tersebut, sebagaimana yang ditegaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Al Hafizh Ibnu Hajar, Syekh Ibn Al Utsaimin dan lain-lainnya. Mudah-mudahan apa disampaikan ini bermanfaat bagi kaum muslimin yang mencintai keadilan dan kebenaran serta dapat dilaksanakan bagi mereka yang menjunjung prinsip kebenaran sebagai bentuk keperihatinan kepada mereka yang dizalimi dan ditindas tanpa ada bukti.


SUMBER:http://temanpetunjuk.blogspot.com

Saturday, January 10, 2009

Posting sebelum ini, saya ada meletakkan satu dokumen rentetan sejarah Islam, kali ini saya ingin kongsikan bersama pula kisah kegemilangan dan keruntuhan Andalus. Saya pasti,masih ramai yang tak tahu tentang sejarah Andalus yang cukup gemilang suatu masa dulu, yang kini sudah dikenali sebagai Sepanyol . Sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelajar dan pelancong Malaysia yang singgah di Maghribi/ Morocco. Dan tempat yang bakal dilawati oleh para mahasiswa/wi yang akan mengikuti rehlah ke sana 28&29 ini nanti.Semoga selamat pergi dan pulang.InshaAllah. Sebelum pergi, eloklah kita kenali dulu sejarah Andalus ini secara ringkasnya..inshaAllah..

Daripada Berita Harian Online, 20 April 2008. Tajuk: Ulul Albab: Meratapi Andalus Demi Merapatkan Umat, oleh Abdurrahman Haqqi. Permusuhan, kesenangan serta kecintaan terhadap dunia faktor keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol.


MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama 800 tahun.


Bani al-Ahmar adalah puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di Sepanyol iaitu Granada daripada 620 H hingga 897 H, pada tahun di mana perjanjian di atas dimeterai. Perjanjian yang membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yang pada akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 H. Pada masa itu ribuan umat Islam yang dijanjikan boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka. Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi di dalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang keperluan masing-masing. Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol terjamin. Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu. Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu. Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi di rumah masing-masing. Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya. Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus.


Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan. Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu. Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol dengan pelbagai ugutan dan seksaan yang sangat kejam, mengerikan dan menakutkan dan tidak ada belas kasihan. Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim kerana terlalu perit dugaan yang dialami mereka.


Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 H di bawah kepemimpinan panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol beransur-ansur muncul menjadi sebuah negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, malah terus meluaskan empayar di negeri sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh ke tangan umat Islam. Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, mereka masih tetap memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang juga kawasan pergunungan.


Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Mereka bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca al-Quran malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Penguasa dan pemimpin Islam pada masa itu sangat berwibawa dan digeruni. Abdul Rahman al-Dakhil, sebagai contoh, adalah orang yang mendirikan Khilafah Bani Umayyah di Andalus. Ketika dijemput pemimpin Kristian yang dibantunya dalam memerangi musuh mereka, beliau dipelawa minum arak, tetapi beliau menolak secara diplomasi dengan katanya: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku bukan untuk mengurangkannya.”

Bagaimanapun, selama Islam berada di Andalus berabad-abad lamanya itu, mereka tetap di keliling orang kafir Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam di negara itu, namun mereka selalu gagal. Beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemui cara untuk menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman mereka dengan serangan pemikiran dan budaya.

Mereka secara senyap menghantar arak dan rokok secara percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniupkan perpecahan di kalangan umat Islam Sepanyol. Akhirnya usaha mereka membuahkan hasil apabila satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.


Di samping itu, antara punca lain yang membuat Andalus hilang daripada peta sejarah umat Islam adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri antara mereka sehingga menjadi lebih daripada 20 puak yang mempunyai negeri sendiri. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain. Dengan wujudnya ramai puak ini, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan ada umat Islam yang menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.


Sebagai contoh, Abu Zaid, gabenor daerah Balansiah ketika rakyatnya memberontak dia membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu memadamkan pemberontakan itu. Sebagai habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik apabila berjanji membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.


Lapan ratus tahun bukan masa yang singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan menjadikannya bangsa yang bertamadun, berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya ia seolah-olah tidak pernah wujud di negara itu? Peristiwa ini amat menyedihkan bagi umat Islam sepanjang zaman. Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dahulu. Sepanyol hari ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu. Sepanyol sekarang adalah Sepanyol yang mempunyai seorang menteri pertahanan wanita, Carme Chacon yang boleh memeriksa barisan tentera negaranya walaupun dalam keadaan hamil seperti dilaporkan akhbar pada 14 April lalu.

Sebenarnya musuh Islam dan umatnya tetap satu. Dari dulu hingga sekarang musuh Islam tetap ada, cuma ia berbeza orang dan jenteranya. Mereka tetap ingin melenyapkan Islam sedapat mungkin dengan apa juga cara. Dengan mengambil contoh Andalus yang hilang dan mencari sebab kehilangannya termasuk kelemahan akidah dan terlepas daripada jalur yang lurus, permusuhan sesama sendiri, berpihak kepada bukan Islam, kesenangan yang tidak terkawal dan kecintaan terhadap dunia, tidak mustahil ia juga akan berlaku di mana-mana. Dan ketika itu ucapan bonda Aisyah pada permulaan tulisan ini akan terdengar kembali. Wallahu a’lam.

INTI PATI:

Perubahan hebat berlaku ke atas tamadun di serata dunia tidak terlepas daripada pengaruh Islam dan kebangkitan tamadun Eropah Barat Moden dicorakkan oleh Islam yang pernah berkuasa selama 800 tahun di Sepanyol dan Andalusia. Cahaya Islam pernah meresap masuk menguasai Eropah. Islam sudah berlabuh di Sepanyol hingga ke tembok Vienna. Islam tidak memisahkan agama dari negara dan menolak sekularisme dalam bentuk apapun yang bertujuan memisahkan agama daripada kehidupan yang menjadikan kehidupan lepas bebas daripada neraca agama. Apabila ketiga-tiga ciri dapat direalisasikan generasi Islam kini, konspirasi musuh Islam akan dapat diatasi.

FAKTA:

  • Islam memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
  • Banyak warisan ditinggalkan tamadun Islam di Sepanyol.
  • Tariq ibni Ziad mendarat di Gibralta pada 30 April 711 dan menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus.
  • Pemerintah Islam membina istana yang besar dinamakan Alhambra dan masjid besar dinamakan Qardoba.
Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki."


Begitulah ucapan seorang bo
nda Raja dalam sejarah Islam di Andalus, Sepanyol.
Ia diucapkan oleh Aisyah kepada anaknya Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam
Granada pada 21 Muharram 897 Hijrah (H) yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian
Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yang berkuasa selama
800 tahun

Menangislah, menangislah kita semua atas penindasan, dan maruah Islam yang kini di hinjak2 dan dipijak2 oleh orang kafir laknatullah. Kita semua tak mampu nak buat apa-apa. Hanya mampu melihat. Usaha yang termampu, hanyalah berdoa, melakukan demontrasi dan memboikot. Inilah yang termampu oleh kita. Untuk ke medan jihad, sejujurnya, kita masih tidak mampu. Kita lemah dalam teknologi dan kecanggihan peperangan berbanding mereka. Yang termampu itu, semoga tetap memberi kesan dan impak yang besar kepada orang kafir.aminn

Cuba beritahu apa yang telah dilakukan pemimpin-pemimpin Islam ketika ini dalam usaha menyatukan umat islam, dalam usaha membantu rakyat Palestin dan menaikkan kembali kegemilangan Islam? Lihat saja Presiden Venezuela telah menghalau duta Israel dari negaranya. Sedangkan di negara arab ISLAM lain, masih ada yang menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara Israel atas kepentingan tertentu. Bahkan arab saudi sendiri apabila diminta menghentikan penghantaran bekalan minyak ke Ameria,mereka menjawab, IDEA INI SUDAH LAPUK. Di Mesir pula, presiden mereka masih lagi enggan membuka sempadan Rafah sedangkan petugas2 di hospital Shifa di Gaza sudah mula merayu untuk menghantar bekalan ubat dan kini mereka meminta tambahan peti ais mayat yang sudah sesak diisi dengan para syuhada' Gaza yang mana 2/3 nya adalah KANAK-KANAK.

Andai syahid kesemua kanak-kanak di Palestin, siapakah lagi yang bakal bangkit menjadi sebagai mujahid untuk membela Islam di sana?

Saya bukanlah orang yang tergolong dalam peminat atau pengkaji sejarah, memang tak minatlah sejarah sebab nak kena ingat banyak nama.Maaf la ya kepada yang baru berkenalan denagn saya,inshaAllah,esoknya saya lupa dah nama tu.~~maaf ya. Dan saya sendiri tak mampu untuk menceritakan dan menyingkap semula sejarah dahulu satu persatu. Takut tercetus pula sejarah baru di blog saya ini. Tapi, bila mengingat kembali kisah sejarah islam yang begitu gemilang bermula di waktu hayat Baginda alaihisslam sehingga beberapa kurun selepas itu, saya tiba-tiba menjadi teramat rindu kepada Kekasih umat islam ini, Muhammad Sallallahu alaihi wassalam juga para sahabatnya. Rindu itu datang tiba-tiba ketika melihat gambar-gambar kekejaman Palestin sambil menterjermah beberapa keratan surat khabar Inggeris untuk dimasukkan dalam sebuah laman kempen bagi Palestin, elok2 pula ketika itu keluar lagu kumpulan Zulfan=Persada perjuangan , rindu kepada kegemilangan Islam dan para pahlawan Islam datang tiba-tiba.

Lirik lagu tu benar-benar membuatkan saya rasa sungguh teramat rindu kepada baginda dan para sahabat. Sehingga terkeluar dari mulut ini rintihan , "Andainya engkau ada ya Muhammad, andai para sahabatmu dan pahlawan Islam ada ketika ini, pasti nasib umat Islam kan terbela,pasti penduduk Gaza akan bebas dari kekejaman israel, pasti seluruh umat Islam akan bersatu semula menentang musuh-musuh Allah , pasti Al quds kan kembali dalam genggaman kita semua dan pasti Islam kembali gemilang. Andainya engkau ada ya Muhammad, melihat apa yang berlaku di akhir zaman ini..."

Entah macam mana boleh jadi begitu sensitif malam tu. Sambil diselubungi mazafir(sejuk~~) , membaca berita dan menatap gambar-gambar rakyat2 Palestin, air mata mengalir perlahan, tak pernah lagi saya mengalir air mata menonton cerita di televisyen walaupun ketika itu rakan serumah sudah ada yang teresak2, saya selalu pending dan terkebil-kebil. Apa yang perlu disedihkan?lepas habis cerita tu,pelakon2 tu gembira balik, yang "mati" tu "bangun" semula. Tapi di Palestin, apa yang berlaku adalah realiti. Yang benar-benar terjadi,bukan cobaan atau lakonan. Kecederaan mereka itu adalah kenyataan, kematian mereka itu tak mungkin bangkit kembali (kecuali di hari kiamat) dan kehilangan insan tersayang adalah satu realiti. Bukan seperti lakonan tv yang dikahir cerita, selepas pengarah menyebut"cut!" ,keadaan menjadi seperti sediakala.
Seingat saya , saya pertama kali menangis kerana sebuah cerita adalah ketika sekolah menengah semasa membaca buku Bukit Kepong. Saya menangis berulang-ulang kali baca buku tu. Berjiwa patriotik sungguh saya ini kan.(sebenarnya sedih sebab askar2 yang mati tu handsome2 belaka~)


Jadi, untuk menyingkap kembali sejarah kegemilangan Islam pada zamun dahulu hingga kini, mari sama-sama kita membaca rentetan sejarah hasil tulisan Syeikh Hassan ALBanna. Tanamkan dalam hati masing-masing semangat untuk melihat Islam kembali gemilang,dan menjadi salah seorang pencetus kebangkitan Islam, bukanlah saya harapkan kita mampu menjadi Salehuddin AL Ayubbi ataupun Umar AL Fateh, cukuplahkita mampu menjadi bala tenteranya beramai-beramai bersatu menentang mush-mush Islam, biarpun kini hanya mampu menyerang ekonomi mereka, tak mengapa, inshaAllah, lepas ini, kita mampu bangkit untuk kemedan jihad pula , menentang face to face, birrukh wa biddam..dengan nyawa dan darah! InshaAllah..aminn Semangat sungguh nampaknya saya ini kan? Ini sajalah saya mampu untuk membantu rakyat Palestin, menyeru semua (yang terbaca, tersinggah, dan ter2 yang lain) untuk bersama2 berdoa, berkempen dan menyerang ekonomi mereka( memboikot), lebih baik daripada hanya menjadi penonton..wallahua'lam

Bismillah..(pnjangnya la pula muqaddimah ni,nak bagi baca dokumen kat bwh ni sj sbnrnya..:P)



p/s:apa pulak kaitan gambar adik saya dengan post ni?:P
takde kaitan pun sj je,:P sy doa smga adik saya bakal menjadi mujahid Islam suatu hr nanti.aminn doakan sama2 ya.=)

Friday, January 9, 2009

10 Muharam Di Maghribi

Dalam beg kertas itu lah dicampurkan kesemua kacang2 dan buah2 kering

10 Muharam yang lepas adalah hari asyura bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Macam-macam rupa dan gaya sambutan setiap bangsa dan negara Islam menyambut 10 Muharam ni. Kalau di Malaysia,kita ada bubur asyura. di Maghribi pula, bila saya tanya kawan-kawan arab, mereka sambut dengan puasa sudah tentu dan membli buah-buahan kering.
Saya pun tak faham juga mulanya, sehinggalah selepas kuliah,singgah sebentar di pasar konon-konon nak beli dan kenal macam manalah buah kering yang diorang cakap tu. Nampak lah kemeriahan sambutan asyura di mana kedai2 yang menjual buah-buahan kering dipenuhi dengan makcik2 arab sampaikan kedai yang asalnya hanya di jaga seorang penjaga terpaksa membawa lagi 2 pembantu.

Saya dan rakan pun terasa ingin menyibuk dengan celahan orang ramai tu. Memang banyak sangat kacang-kacang dari walnut,badam,gajus,pistachio,kacang tanah, kacang putih, buah tin,buah tamar, dan buah-buahan kering yang dah disira.Banyak sangat juta2 lemon.:P Ooo, ini yang dikatakan buah-buahan kering.Kenapa tak sebut kacang je.Faham lah saya.:P
Membukit juga semua kacang2 tu,nak amik gambar tak dan pula sebab orang ramai sangat.
Nampak tak kacang2 mahal itu:P yang merah tu adalah buah kering yang disira

Dah sampai kat kedai tu,tak tahu pula nak beli apa, sehinggalah tuan kedai mencadangkan..kullu syai,semua benda..iaitu,beli semua kacang2 dan buah2 kering campurkan adalah dalam 10 dh=rm5. Amat murah.Bayangkan dalam separuh penuh beg kertas itu, ada kurma,macam2 jenis kurma, kacang2 yang mahal macam walnut,gajus,badam,pistachio,kismis,tin,buah2 kering,kacang2 lain ,semuanya rm5 sahaja. Sebelum ni sya pernah beli di supermarket, satu paket kecil kacang campur lebih kecil bungkusan dari yang saya beli di pasar ni,harganya 35dh=rm16. Padahal tipu je,dalam tu banyak kacang tanah saja,yang lain tu adalah dalam 2,3, biji badam,pistachio. Geram pun ada masa tu,sebab rasa tertipu,kat atas je dia letak kacang2 mahal tu,yang selebihnye kacang tanah...
Separuh je ni,separuh lagi dalam batni(perut saye:P)

Tengah sibuk2 konon2 kita ni pun nak sambut juga 10 Muharam tu:P, makcik2 arab ni pelik pula tengok saya dan rakan-rakan beli,dia ingat kami tak sambut 10 Muharam,(padahal beli nak makan sendiri je:P). Sampailah ada seorang makcik bagi tahu,kami muslim ,sambut 10 muharam ni, lepas tu dia puji2 akhlak kami dan orang Malaysia dan lain2(Orang Malaysia memang baik apa:P). Kawan-kawan ada bagi tahu, disini 10 Muharam juga di sambut dengan nyanyian dan tarian. Tak tahu la pula macam mana. Begini lah sambutan 10 Muharam di Maghribi..sekiann..:D
(posting musim exam.panjang kan?:P)

=tgh kita gembira menyambut 10 Muharam,dengan berbagai acara dan makanan, apa la yang saudara2 kita di Palestin makan masa ni..Sama2lah kita doakan semoga Allah memberikan kemenangan dan kemerdekaan kepada rakyat Palestin, kemenangan Palestin adalah kemangan ISLAM! AlQuds milik umat ISLAM semua!
Ya Allah,berilah kemenangan dan kekuatan kepada Palestin , dan hancurkan! lemahkan! Israel laknatullah..aminnn

Sunday, January 4, 2009

5 syuhada' kecil,semoga syurga tempatmu..aminn

Palestin semakin tenat. Serangan Israel semakin menjadi2. Sudahlah penempatan di Gaza di hancurkan sehabisnya sehingga tak layak untuk dipanggil sebuah penempatan. Memang hancur betullah,semua bangunan runtuh menyembah bumi bersama isi rumah yang turu terkorban dalam runtuhan. Baru-baru ini, semasa Israel melancarkan sekali lagi,air strike(try omputih sat) terhadap sebuah masjid ,peluru berpandu itu turut mengenai rumah yang berhampiran yang akhirnya mengorban 5 beradik berusia 4-17 tahun yang sedang lena tidur yang mana kelima2 itu mati serta merta di tempat kejadian di atas katil mereka. Manakala ibu ,ayah dan dua beradik yang juga tertimbus dalam runtuhan hanya mengalami kecederaan biasa.

Alasan serangan , Israel menjawab, mereka ingin menyerang masjid itu yang dikatakan menjadi tempat perkumpulan dan persembunyian pejuang2 Hamas dan ketika itu mereka percaya KONONNYA ada seorang pejuang gerakan Islam itu yang bersenjata sedang bersembunyi di dalam masjid tersebut.(rasa mcm nk ketuk2 la jurucakap Israel ni) Hanya kerana ingin memburu seorang lelaki yang KONONNYA ntah betul ada atau tidak, serangan itu sebaliknya mengorban 5 nyawa yang tidak berdosa. Tapi bagi mereka ,setakat 5 nyawa ni, apalah sangat, dan beribu2 nyawa umat islam gugur di tangan mereka.Apa mereka kisah dengan hanya 5 nyawa yang bagi merka ibarat nyawa seekor nyamuk yang tidak ada nilainya di mata mereka.

Tersentuh hati saya mendengar kata yang lahir dari mulut bapa kepada 5 syuhada' kecil ini. "Mereka membesar di depan mata saya dari hari ke hari, dari malam ke malam, dan kini, dalam hanya masa sesaat, mereka di ambil daripada saya.Ini semua adalah takdir yang telah ditetapkan, saya beriman dan percaya kepada Allah." Begitulah antara ayat yang lahir dari mulut seorang bapa yang sudah kehilangan 5 cahaya matanya hanya dalam sekelip mata. Biarpun mengalami kerugian harta benda, tapi tidak setanding nilainya dnegan kehilangan permata2 yang paling berharga dalam hidupnya. Anak-anak yang yang diharapkan dapat mengirimkan doa dan keampunan baginya apabila dia sudah tiada nanti. Sebaliknya, mereka terlebih dahulu pergi diiringi doa dari sang bapa.

wajah ibu dan adik kepada 5 syuhada' kecil
Sememangnya saya amat kagum dengan bapa ini, ayat dia melambangkan ketabahan dan keimanannya. Tabah menerima ujian dan kehilangan insan tersayang, dan redha tanda keimanan kepada takdir dan ketentuan Allah. Kesedihan pasti ada, dan pasti kesedihan yang sungguh memedihkan. Dan trauma sepanjang hayat yang pasti tidak mungkin dapat dilupakan.Semoga dirimu diberi kekuatan dan ketabahan atas semua dugaan dan mehnah ini.aminnn

Terlayang ingatan seketika kepada ayah saya di Malaysia. Agaknya, jika ada sesuatu perkara terjadi kepada anaknya di sini, apalah perasaannya. Tersentuh hati saya bila ayah ada memberitahu dia telah membesarkan gambar saya ketika bergambar di Arafah dan di tampal di almari biliknya agar mudah di tatap setiap hari.Juga turut diletakkan gambar yang sama yang juga dibesarkan di dalam sebuah frame khas yang diletakkan di atas meja di pejabatnya.(feemslah saya kat office tu:P) Betapa rindunya dia terhadap anaknya ini. Mak ada juga bagi tahu, habis semua gambar saya di besarkan dan ditampal di merata2.:P Sempat jugalah saya mengusik, jangan letak di ruang tamu, nanti ada pula orang nak buat menantu.(tkde pun:P) Dan jangan letak di pintu masuk, nanti orang lain tengok je gambar saya, terus tak jadi masuk rumah nanti.:P
Sabar ya mak, ayah dan adik2(fatin ngn syafik dah rindu akak la tuh:P), doakan keselamatan dan kejayaan anak mu di sini. Semoga sempat saya menjejaki tanah air dengan kejayaan tergenggam di tangan agar hilang semua kerinduan di hati kalian semua juga kerinduan yang menggunung yang telah 3 tahun tersimpan di hati ini. Aminnn

Friday, January 2, 2009

Doa untuk Palestin...

بسم الله الرحمن الرحيم

حسبنا الله ونعم الوكيل…………… حسبنا الله ونعم الوكيل.

يا ذا الجلال و العزة .. …………... يا ذا الجلال و العزة

أنقذ المسلمين في غزة, اللهم أنفذ المسلمين في غزة

اللهم كن لهم عونا و نصيرا, اللهم ربنا عز جارك

وجل ثناؤك و تقدست أسماؤك, اللهم لا يرد أمرك

و لا يهزم جندك, سبحانك و بحمدك

اللهم عليك باليهود الظالمين, اللهم منزل الكتاب مجري السحاب

هازم الأحزاب اهزمهم وزلزلهم, اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك

قتلة الرسل و الأنبياء ظلمة العزل الأبرياء,

اللهم حرر المسلمين في غزة, ياذا الجلال و العزة

اللهم فك أسرهم و اشفي مريضهم واكشف كربتهم

اللهم بدل خوفهم أمنا ياذا الجلال و العزة

اللهم أعز الإسلام و المسلمين, وأذل الشرك و المشركين

ودمر أعداء الدين, واحم حوزة الإسلام

واجمع كلمة المسلمين على الحق, يا رب العالمين

اللهم أنج المستضعفين من المسلمين في كل مكان

اللهم أصلح أحوال المسلمين في فلسطين و في العراق و في كل مكان

اللهم ألف بين قلوبهم و اهدهم سبل السلام

وأخرجهم من الظلمات إلى النور

ياذا الجلال والإكرام و العزة.

Oh Palestin!









Palestin sudah 6 hari di serang. Bilangan kematian sudah mencecah 420 dan 6100 lain cedera.
Biarpun sibuk dengan peperiksaan, perkembangan di Palestin tetap di ambil peduli.Mereka ini kan saudara2 kita. Ibarat kita sering membuka blog2, friendster2 rakan2 dan keluarga kita setiap hari untuk melihat khbar. Takkan berat untuk membaca berita2 dan perkembangan terbaru saudara2 kita dipalestin, yang kini menderita dan sengsara dengan kekejaman Israel laknatullah. Tak tercuitkah kita dengan apa yang berlaku? Tak tersentuhkah kita apabila membaca berita2 tentang kematian yang meningkat dari hari ke hari? Masih tak terbayang oleh saya, betapa tabah dan kuatnya mereka menghadapi semua ini. Apa kah perasan kita bila melihat seluruh ahli keluarga kita dibunuh dan mati didepan mata kita?Seperti yang menimpa seorang guru wanita, yang mati di bom didepan mata dua anak kecilnya. Kepalanya berkecai.Seperti mana yang berlaku pada seorang ibu yang kehilangan 5 orang anak sekaligus sekelip mata akibat dibedil askar Israel ketika sedang nyenyak tidur. Dan apa pula rasanya apabila tubuh2 kita ini di bedil dengan bom, di tembusi peluru, tersiat sehingga terlihat tulang, tercabut dari tempat asalnya?Sesungguhnya kalian memang hebat wahai Palestin.

Bagaimana pula rasanya tidur dan duduk di dalam rumah yang bila2 masa saja akan dibedil oleh askar Israel?Apakah rasanya melihat ayah, ibu , anak dan keluarga yang keluar rumah di pagi hari yang berkemungkinan tidak akan pulang2 lagi? Bagaimana rasanya hidup di sebuah tempat yang penuh kemusnahan yang tiada tempat untuk dituju, yang terputus bekalan makanan ,elektrik dan air? Bagaimana rasanya keluar berjalan di luar rumah yang bila2 masa peluru sesat akan terbenam ke tubuh? Bagaimana rasanya semua ini? Bagaimanakah diri kamu semua begitu hebat menghadapi semua ini ya Palestin.

Bertambah takut rasanya apabila membaca rintihan dan amarah rakyat2 palestin terhadap kita semua yang terus berdiam diri melihat satu persatu nyawa gugur di sana. Apakah nanti di akhirat, saya tertahan dari kesyurga kerana saya tidak membantu mereka. Ya Allah, engkau lebih mengetahui, apalah daya saya untuk membantu, hanya sekadar doa mampu saya kirimkan. Bilakah islam akan bersatu dan kembali gemilang. Semoga akan lahir Salahuddin Al Ayyubi dan Khalid Al Walid pada zaman ini.

Sama2lah kita mendoakan dan MEMBOIKOT! barang2 keluaran Amerika dan Israel. Tolonglah, kita takkan mati dan kebulur kalau tak gunakan barang2 mereka, sebaliknya jika kita menggunakannya, beribu2 nyawa rakyat Palestin yang gugur. Sanggup menjadi ahli tidak bersekutu Israel dan menyumbang kepada peluru2 yang bakal dijunamkan ke tubuh rakyat2 Palestin?Silakanlah untuk terus menyumbang ke dalam tabung pembelian peluru dan perkakas2 askar Israel laknatulllah di gedung2 beli belah yang berdekatan.





TiNdAkAn!!

assalamualaikum..
salam tahun baru dan salam maal hijrah kepada semua yang membaca juga terbaca blog ini.
Sekarang ni sudah masuk fatrah imtihanat di wilayah Rabat. Oleh yangdemikian, saya telah mengkuarantinkan laptop ini untuk memberi tumpuan kepada exam.(tahan ke nisah..:P)

Tapi tak la tak guna terus sebab saya masih ada urusan dan kerja yang perlu diselesaikan, hanya sekali sekala buka, lepas tu, cepat2 off dan melarikan diri dari laptop saya itu. Cadang nak sorokkan mana2(bwh katil,boleh ke?) tapi ya la, ada kerja belum diselesaikan, kena buka juga sekali-sekala susah pula bila dah disorokkan.

Tahun akhir bermakna makin dekat dan hampir waktunyauntuk pulang. Sesunggguhnya saya sungguh tidak sabar untuk pulang tapi dalam masa yang sama, rasa takut yang teramat pun turut ada. Tilik2 diri ini, rasa ilmu masih tak mencukupi. Kena betul2 persiapkan diri sebelum pulang. Besar sangat tanggungjawab yang bakal dipikul, Walau bagaimana cara pun kita elakkan diri, masyarakat dan keluarga tetap akan pandang kita sebagai tempat rujukan dalam berbagai perkara yang menyentuh tentang agama.(Tanyalah saya bab masakan,saya suka memasak,huhu)

Menjawab soalan2 yang menyentuh hukum hakam agama bukanlah semudah ABC atau 123, tetapi ianya amat sukar,lebih sukar dari soalan2 imtihan yang bakal tiba nanti.
Tersilap memberi jawapan, maka kesilapan itu akan dipertanggungjawabkan semula kepada saya nanti. Saya tidak perlu memikirkan cara untuk melarikan diri, bukankah saya yang memilih jalan ini, dan bukankah dulu saya yang telah berazam untuk membantu keluarga dan masyarakat yang kini amat memerlukan pendai'2 untuk memandu mereka ke jalan yang benar? Tidaklah pula saya bercita2 untuk menjadi ulama yang hebat seperti ustaz harun din, Ustaz Noh, Ustazah NorBahyah, tetapi dengan title saya nanti sebagai pelajar agama, apakah dapat saya melarikan diri daripada ditanya walau satu dua soalan2 dan masalah2 agama?

Jadi, dalam tempoh yang sesingkat ini,(semoga lulus dengan jayanya.,aminn), seharusnya saya segera mempersiapkan diri sebaiknya. Kenapa kini baru sedar? ah..manusia, bila sudah ada tekanan, barulah kelam kabut dan barulah mampu memaksa diri untuk bertindak. Kesedaran sudah ada, cuma bila perkara itu masih jauh dan tidak lihat di depan mata, perkara ini di lengah2kan dan diambil mudah, Bila makin hampir waktunya untuk pulang, keluarga saudara mara sudah mula bertanya, rakan2 sudah mula menunggu. Ketika ini, barulah terasa besarnya tanggungjawab yang menanti.

Erm, balik2 menyentuh2 hal yang sama, persediaan dan tanggungjawab. Dari dulu lagi, tapi tak juga sedia2. Tindakan. Itu yang penting. Dan yang utama, niat kena ikhlas, menuntut ilmu tu nanti, bukan saja semata2 untuk sampaikan pada orang lain, tetapi kerana untuk diri kita sendiri.
InshaAllah.Semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik u diri dan orang lain. Kalau tidak mampu memberi manfaat sekalipun, sekurang-kurangnay tidak lah pula menyusahkan.

Bittaufik wnnajah u semua yang bakal menghadapi imtihan.