Monday, February 8, 2016

-jALan-jALAn-(~_^)

Alhamdulillah, sedar tak sedar,sudah 8 tahun berlalu sejak saya meninggalkan bumi Maghribi ini.Terasa baru semalam rasanya berlari anak-anak ke universiti bersama rakan-rakan. Dibawah ini saya kongsikan satu post yang dah lama sangat saya simpan tapi tidak dipiblishkan,tak tahu pula kenapa. Jadi maaf lah ya kalau bahasa pun gaya budak-budak lagi. Selamat menyelusuri kisah kenangan ini ..


 Assalamulaikum warahmatullah..Bismillahirrahmanirrahim.. Alhmdulillah, bulan Jun dah sekarang ni. Exam pun makin rancak dah. Universiti tersayang ni pula tak berjadual bila exam. Ikut suka hati kami lah nak bila dengan persetujuan pensyarah pastinya. Payah sebenarnya kalau macam ni~~

InshaAllah, hari ini saya nak kongsikan pula gambar-gambar di kawasan ibu negara Maghribi iaitu Rabat, daerah tempat saya belajar. Macam KL la kononnya ..:P Kalau diperhatikan, dikebanyakkan tempat-tempat di Maghribi ini pasti ada tembok-tembok tanah yang seolah-seolah menjadi kubu-kubu bagi sesuatu kawasan. Ia sebenarnya kubu perlindungan yang digunakan pada zaman peperangan dahulu. Dan kini ia masih kekal malah sentiasa diperbaiki.

Bolehlah tengok di bawah ni,gambar kubu atau tembok tersebut..
Gambar yang diambil ketika saya dan rakan serumah berjalan-jalan di hari yang baik, sebab redup takde matahari..:p (kan dah cakap, puteri lilin sungguhlah~~~ nisah2..ish2) Salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli rumah ialah berjalan-jalan dan bersiar-siar bersama. Yang penting cuaca baik..redup=) (Mudah pening kalau kena panas sebenarnya lah~~~)

Bersiar-siar disatu petang di Oudaya. Tempat tumpuan, Sungai Abou rouq-rouq. Nampakkan yang ceklat2 tu tembok dan kubu yang saya katakan tadi..


Rugi kalau datang tak naik sampan..3 dirham pergi lepas tu patah balik..
Ha, nak tau..adik ni kan..dia....
erk, nak ngumpat lah tu. ops2,tk jadi cerita..:P
Seronok rasnaya duduk di atas sampan..walaupun tadi saya lah orangnya yang duk membebel takut nak naik...
Nak naik sampan..semangat nih!(kena pujuk berkali2 baru naik adalah~~)
Pemandangan senja yang indah~subhanallah
Yang hitam-hitam tu bukan lalat, tapi burung...
Jalan-jalan episod dua..di Rabat juga tapi di kawasan beli belah terkemuka di sini iaitu Suwaiqah..Kat dalam tembok tu..
Anak tak mo main..biar ayah yang main..
Alalalal..bdak kecik tu,,seketul je la ..
Merah tu bendera Morocco..bukan bendera komunis la~~
Berjalan-jalan memang menyeronokkan..tetapi kena ingat..banyak benda dan perkara harus diberi perhatian..:

  • Jangan sampai membazir..membazir kan sedara syaitan..Beli ikut keperluan bukan kehendak yang tak pernah puas..
  • Jaga waktu solat..ini lah yang utama..jalan punya jalan dari subuh..smpai ke isyak..baru teringat nak solat..tak patut sungguh la~~
  • Jaga mulut... biasalah kita ni..jalan tu jalan juga...mulut tu pun ikut berjalan...ngata orang itu..ngata orang ini..tak sedar-sedar dah termengumpat..kan ke parah dah..
  • Jangan balik lewat...sebelum jam 7.30malam..:P ini khas u akhowat di Maghribi..kena sound nanti baru tau..:P Untuk keselamatan kita juga..jadi agak2 jam 7, pastikan dh ada dalam bus atau dirumah ok?:P

0 comments: