Monday, February 8, 2016

Berjaya!!:P Menggamit Kenangan 2

Nugget n burger yg dbuat malam tadi,pancake untuk minum pagi.(berjaya juga buat sndiri:P)
Anatara barang dn makanan yang dibeli semasa hr 1 mndpt biasiswa


Tepat jam 12.00 pg,akhirnya selesai juga saya menyediakan 3 menu minum malam(12 pg minum malam?uish2) untuk ahli bait dan tetamu yang datang,akhowat kenitra.Siap sahaja hidangan,tengok2,sahabat2 lain sudah pun terlena dalam dakapan kedinginan malam.Tapi masih ada beberapa teman dan adik2 yang sedang brborak.tetap juga saya hidangkan malam itu,sejag air soya,sepinggan nugget dan burger sardin yang dibuat sendiri berpanduakn resepi internet.Ya lah,nak beli mahal sangat pula.Jadi kena la usaha buat sendiri.Alhamdulillah,menjadi.Sedap macam yang dikedai,komen kawan2.
Dan sebahagian hidangan itu kepada mereka.Selebihnya saya simpankan untuk mereka yang sudah tertidur.(Kasihan,kak lilah,beria2 nak merasa nugget saya)

Tengah menyimpan soya yang baru selesai di masak ke dalam peti ais,tiba2 teringat satu kisah ketika hari pertama mendapat biasiswa dari kedutaan.Salah seorang akak mengajak kami membeli barang keperluan dan makan di Galleria(sebuah tempat shopping),dan yang lain pun ikut bersetuju,ya lah,duit tengah berkepuk ditangan.

Saya yang selama ni amatlah berjimatnya dan setelah sekian lama menahan tangan ni yang dari membeli belah,menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam membeli barang-barang yang selama ini saya inginkan.Memang dah jadi kebiasaan,pada hari pertama atau awal mendapat biasiswa,saya akan membeli apa saja yang saya inginkan tapi tidaklah sehingga tahap membazir.Ye lah,saya kalau boleh tak ingin meminta bantuan dari PaMa,adik2 ramai lagi yang lebih memerlukan duit.Sampai mak ayah pula yang sibuk bertanya,kadangkala sampai dipaksa pula.

Berbalik pada cerita tadi,sampai sahaja di tempat membeli belah tu,sebelum apa2,saya beli dulu barang keperluan yang penting,setelah itu barulah saya membeli barang-barang kehendak.Selalunya saya membeli membeli beberapa karton yogurt kanak-kanak yang berbagai perisa,dan beberapa kotak susu juga beberapa bungkus biskut.Keinginan di hati,teringin nak membeli keropok2 atau makanan ringan yang lain,tapi mengingatkan pesanan dan larangan mak yang tak pernah membenarkan anak2nya membeli makanan ringan sehingga pernah dia sanggup membeli semula keropok atau air gas yang kami beli,lalu dibuangnya di belakang rumah.Sedih sungguh masa itu.Dan kini,walaupun berjauhan,saya masih cuba untuk menjaga larangan emak.Kalau dah teringin sangat,barulah saya memberitahu emak saya,tapi pelik jadinya,emak tidak melarang pula,cuma tidak menggalakkan,mungkin kasihankan anaknya yang jauh di sini.

Sedang membeli dan mengambil barang kehendak,saya ternampak sekotak air soya coklat.Bukan mudah nak jumpa air soya kat sini.Kacang dia ada,tapi sukar untuk ditemui.Tanpa melihat tanda harga,saya terus mencapai air kotak tersebut yang hanya tinggal dua kotak sahaja.Sampai dirumah,saya kongsikan air tersebut bersama teman-teman yang lain.Memang sedap,lemak dan pekat.

Beberapa hari kemudian,kawan saya mebeli belah bersama rakannya dari daerah yang lain,mereka ternampak air yang sama ,ceritanya...:

A:Mahalnya air soya ini.gile lah siapa yang beli.

B:Air apa tu?

A:Air kotak soya coklat,kat emsia,murah je,Ni satu kotak ni, 59 dirham.gile betul .sapa lah yang nkbeli agaknya.

B:eh!ni air kotak yang nisah beli ni.

A:laaa,yeke,nisah beli?kaya gile dia??!

B:(sambil menahan gelak)masalahnya,dia tak tahu harganya.

A:laaa.yeke.(sambil tergelak besar)

Dirumah:sesampai saja di rumah,terus dijerit nama saya:

B:nisah,.nak tau tak(sambil menahan gelak) air yang nisah beli tu berapa harganya?

S:ha?air apa?

B:Air soya coklat yang sedap tu.

S:oo,ntah..pakai ambik je..mungki dlm belas2 dirham kot.

A:bukan belas2,nak tau harga dia?harga dia 59 dirham!.

A&B jg rkn2 lain yang mendgr terus tergelak besar

S:erk(terpinga2,tak percaya)..mana tahu ni

A&B dengan semangatnya menceritakan semula apa yang berlaku.dan sekali lagi sy digelakkan.saya?tak percaya dan masiah tak percaya,59 dirham???='(

Dan semalam,semasa membuat air soya,kenangan dn peristiwa itu datang kembali.Saya hanya mampu tersenyum mengingati kecuaian saya ketika itu.Tapi,saya tidak menyesal,kerana air tu memang sedap..=P



0 comments: