Saturday, May 30, 2009

-UsRaH kU, FaMiLy Ku-(~_^)



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan untuk saya menghantar sesuatu di blog saya yang usang ini. Sedang menaip assignment sebenanya.tapi rasa letih pula. Terfikir untuk post sesuatu di blog ini..agar tidak menjadi terlalu usang dan berhabuk pula blog ni..=)

Terima kasih sekali lagi atas kunjungan semua. Samada sengaja atau tidak. Amat saya hargai dan alu-alukan. Jangan lupa tinggalkan link kalian di shoutbox blog ini ya.syukran.(~_^) Salam ukhuwah dari saya=)

InshaAllah, di sini saya ingin berkongsi gambar-gambar tempat bersejarah dan menarik Maghribi/Morocco..Yang mana semua tempat ini adalah tempat dimana usrah rumah saya diadakan..sambil berusrah sambil berjalan-jalan..mengeratkan ukhuwah sambil bermunaqashah dan mendengar tazkirah daripada rakan-rakan serumah..:P

Usrah di Nuzhah Forest. Rabat.. jarak 10 minit menaiki teksi..satu jam berjalan kaki. Tapi hari itu kami naik teksi je sebab takut terlewat pulak. Nanti dah panas.(puteri lilin sungguh lah~:P)

Bertolak jam 6 pagi lebih, ops, jangan terkejut, kat sini 6 pagi tu dah macam pukul 8 di Malaysia.=) sampai saja di taman ni, tengok orang arab dah ramai datang. Makcik2 , pakcik2, adik2, anak2, nenek2 pun ada. Kebanyakkan mereka berjoging, bersenam dan bermain bola sepak, yang lelaki lah.(takkan nenek2 pula yang main bola sepak kan..:P)

Usrah kami mulakan dengan senaman ringan(pusing2 tangan, pusing2 kaki dan pusing2 kepala..ringankan senaman kami..? :P itu pun buat dengan tersipu2 sebab orang arab ada y duk pandang2.:P ) dan bersarapan..kemudian bacaan ayat al quran dan tafsir..

Cahaya matahri yang mula memancarkan cahayanya..suasana di dalam hutan tu jadi sungguh indah..gambar roomate saya ni saja yang ada latar belakang lawa macam ni..

Kemudian masuk topik perbincangan usrah hari itu iaitu Pengurusan Jenazah..tajuk ini dah dibincangkan, cuma nak ingatkan balik untuk lebih faham dan ingat.. Nanti boleh pula buat ibadah fardhu kifayah ni kat Malaysia..inshaAllah.

Takkan nak harapkan orang-orang tua saja yang menguruskan jenazah..=) Kalau tak untuk orang lain, untuk ahli keluarga kita sendiri nanti.. tak susah mana pun, cuma mandi kan cukup sehingga jenazah bersih dan suci, kapan kan sehingga mampu menutup auratnya dan disolatkan. Yang air mawar bagai tu, sunat je. Tak wajib pun. Sama-sama lah kita mempelajari ilmu fardhu kifayah ni k.

Bayangkan jika satu hari nanti kita berdepan dengan satu keadaan yang darurat tiada ustaz2 dan imam untuk menguruskan hal-hal berkaitan jenazah, menjadi imam dan sebagainya, bagaimana? ;)

Yang pentingnya perlu ada ILMU. ILMU itu boleh di cari di mana-mana sahaja. Universiti atau sekolah hanyalah tempat pendidikan secara formal yang kelihatannya orang ke sana lebih kepada untuk mendapatkan segulung sijil tetapi ILMU di luar dan pengalaman lebih berharga. Yang penting,perlu berguru. Semoga ilmu yang diperoleh tidak sesat dan salah malah boleh pula menyesatkan orang lain..nau'zubillah minzalik..wallahua'lam..


Lepas usai saja perbincangan, macam biasa lah:P sesi bergambar dan posting sakan. Semua sudut kami bergambar, nasib tak panjat ats pokok je lagi, :P Mentang-mentang kat negara orang , posing macam mana pun tak rasa malu dan segan :P tapi masih menjaga tatasusila..alhamdulillah. Kemudian ,pulang ke rumah pada jam 10 pagi.



Usrah seterusnya di Shallah, Rabat

Ini adalah kota lama..sejarahnya boleh di baca di bawah..sila tekan untuk paparan yang lebih jelas..mekasih=)

Tak faham?ok..sila baca yang dibawah pulak..


Ai..lagi tak faham adalah..~~ (saja je nak tunjuk dia belajar bhs france kat sini:P) siapa yang faham boleh lah cuba translatekan sejarahnya dini. InshaAllah, saya akan cuba translatekan sejarahnya di sini nanti. (bila lah tu ya nisah~~)


Usrah kali ini bermula lewat sedikit dalam jam 10 pagi..dimulakan dengan berjalan-jalan dan bersiar-bersiar di dalam kota lama ini..Mula-mula masuk sahaja..kami amat terpegun dan takjub..

MasyaAllah,kami disambut dengan pohonan-pohonan hijau yang mendamaikan seperti berada di taman di Malaysia. Sebab kat negara arab, payah nak jumpa hutan, Jadi bila jumpa tempat yang penuh dengan pokok-pokok, terasa amat kagum..subhanallah..

Hari Jumaat itu sepatutnya tiada bayaran dikenakan,tetapi hanya untuk rakyat Maghribi,.kami yang orang luar ni kena bayar la pula.~~akan tetapi! kami berjaya memujuk pengawal dan penjaga kota ini untuk memberikan tawraan free itu kepada kami juga..

kami pujuk dengan baik, kami bagi tahu dia, kami ni dah 3 tahun duduk sini, dah jadi maghribiyah dah..bagilah free juga macam orang Maghribi yang lain..lepas tu kitakan sedara seislam..takkan berkira..:P (sapa punya ayat lah ni,ish2) alhamdulillah, akhirnya kami dibenarkan masuk secara free..=)


Pokok pun pandai rukuk..tak kisah lah kebetulan atau tidak..yang pasti Allah telah berfirman bahawa setiap tumbuhan-tumbuhan sentiasa bertasbih kepadaNya..kita pula manusia..berapa kali berzikir..membaca Al Quran dan melakukan solat?fikir2kan..(untuk diri saya juga~~)


Anak burung.sebetulnya baby burung..kalau baby je dah besar macam ni..bapak dia dan mak dia..besar mana lah pula ya..subhanallah..

Inilah kondominium burung-burung itu..

Nampak tak yang putih-putih tu? bukan salji ya..apatah lagi sampah sarap..tetapi ia adalah..burung..banyak sangat burung kat sana..lupa dah namanya..tapi memang besar..baby manusia pun dia boleh bawa lari untuk dimakan..nau'zubillah..tak pernah pula berlaku. cuma nak kata burung itu memang besar sehingga mampu agaknya mengangkat seorang bayi manusia...wallahua'lam..


Pemandangan di dalam kota lama ini. Lihat lah, kota lama ini dulunya pernah maju dan dihuni dengan ramai manusia..tetapi kini..tiada apa yang tinggal..cumanya untuk kita..ditinggalkan sejarah dan peringatan...bahawa, setiap apa yang ada didunia ini..tidak akan kekal..

tidak mustahil.. bandar KL yang maju dan pesat itu..bakal menjadi satu sejarah seperti kota lama ini..siapa yang tahu kan?jadi janganlah berbangga dengan kemewahan , kekayaan dan kelebihan yang ada pada diri kita..semuanya tidak akan kekal lama..


Kubur..yang hidup pasti akan mati..biar tinggi mana pangkat seseorang itu...kembalinya nanti hanya dibaluti sehelai kain putih dan beralaskan tanah-tanah dan batu..

Berjalan dan renungilah setiap ciptaan Allah.. Sepanjang kami berjalan-jalan di dalam kota tersebut, orang asing (hallo nisah,awak tu bukan orang asing ke?:D)tak habis-habis snap gambar kami yang pastinya berbeza dengan orang lain. Bertudung bulat dan berjubah labuh.


Dalam kawasan kota lama ini, ada tempat seperti sebuah taman yang sungguh redup. Ada sebatang sungai kecil..(macam longkang je saya tengok..~) air dia jernih sangat..dengan bunga-bungaan yang tumbuh mekar..subhanallah..

Alhamdulillah,berjaya berusrah bersama ahli keluarga usrah .Semoga ada manfaatnya dalam rehlah ilmiah ini.



( Terasa amat menyesal tak buat usrah seperti ini dengan adik-adik usrah saya tahun lepas..lantaran jarak kami yang agak jauh..astaghfirullah, gagal melaksanakannya dengan baik~
)

Kepada adikku azwa wangi:P(nak tulis buchuk sbnrnya..:P) farah shomel;), dan sumaiyah , zinnirah yang lincah belaka juga nadzirah di Korea. Bittaufik wannajah u imtihan ya. Juga buat rakan-rakan di mesir, jordan(hai yati..;)) , morocco dan malaysia juga. Kak irma(jaga diri dan baby baik2 ya;) ),kak tiqah(tak mo sedih2,kuat smngt k!),ukhti syira ,ukhti yana=) dan semua rakan saudara seislam , tak terdaya saya nak menulisnya disini..jangan terasa ya.=) semoga diberi kejayaan dalam hidup dan apa sahaja urusan.aminn


2 comments:

Anonymous said...

Salam...emh..bilelah agaknya dapat tengok sendiri keindahan di negara orang..one day..i will reach there..insya Allah...:)..

cantik gambar2 yanga dek amik...

Farah Imani said...

salam..

kak nisah nanti kalau wat usrah lagi ajak saya ek...

bestnya...tak sampai lagi kat tempat2 yg cantik tu...