Saturday, March 28, 2009

MuSIm bUngA dI MAGHRIBI-1-

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

spring Pictures, Images and Photos

Sekarang ni sudah pun masuk musim bunga di Maghribi/Morocco(prefer guna Maghribi=)). Dimana-mana sahaja boleh dilihat bunga mulai mekar di taman-taman dan pepohonan.

Dan yang paling menyeronokkan ialah cuti musim bunga sudah pun bermula bermulai hari ini sehingga minggu hadapan. Akan tetapi, cuti ini ternyata tidak kosong tanpa sebarang aktiviti dan program berfaedah kerana pihak persatuan sudah pun bertindak pantas dan bijak dengan mengaturkan beberapa program sepanjang seminggu cuti ini nanti.

Mari sama-sama kita lihat apakah program yang bakal dijayakan dan di adakan di sini nanti.

  • PERDISK (29,30,31 April) = Perkampungan Ilmu Musim Bunga dan Diskusi Pengurusan Kewangan

  • SUKMA (1 & 2 April) =Sukan Malaysia

  • SINERGI (4 & 4 April) = Simposium Generasi Glokal Ummah

3 program kesemuanya yang akan di adakan terus menerus selama seminggu cuti itu nanti. Cuti yang tidak cuti.:P

1.PERDISK
Spring Pictures, Images and Photos
Perkampungan Ilmu Musim Bunga dan Diskusi Pengurusan Kewangan.
"Menjana Keintelektualan , Memimpin Perubahan"


Khas untuk mahasiswa mahasiswi tahun satu dan dua di Maghribi. Suatu program wajib persatuan setiap kali musim bunga bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan mngeratkan ukhuwah antara pelajar.

KERJA KURSUS PERDISK(BAHASA ARAB)

- Kerja kursus ini adalah diwajibkan kepada semua kumpulan.
- Tajuk adalah bebas dan berkaitan dengan pengajian Islam atau pengajian Bahasa Arab.

- Setiap kumpulan dibenarkan memohon bantuan fasilitator semasa proses penyediaan kerja kursus.

- Kerja kursus ini akan dikutip pada hari Isnin (30 Mac 2009) jam 7.00 malam.

- Sebarang kelewatan tidak akan diterima.

- Bentuk dan kekemasan kerja kursus adalah bergantung kepada kreatif ahli kumpulan.

- Kerja Kursus hendaklah tidak boleh melebihi 15 muka surat.

- Tulis nama kumpulan,moto dan nama ahli kumpulan anda di ruangan akhir kerja kursus anda.
- Kerja kursus adalah penyumbang besar bagi markah kumpulan

Dan ini ahli kumpulan saya.Kepada adik-adik semua, jika ada apa-apa pertanyaan sebelum program, boleh ym akak k. Selamat berprogram kepada semua mahasiswa mahasiwi Malaysia di Maghribi.

spring Pictures, Images and Photos

Fasilitator:
Nurhanisah Binti Mansor

Ahli-Ahli:
1.Nur Athira Hani Binti Abdul Rahman
2.Nurul Adibah Binti Roslim
3.Nazira Binti Alis
4.Nur Sakinah Binti Mohd Salleh
5.Nur Shaliza Binti Syafie
6.Asna Syimah Binti Syafie
7.Nurmadihah Binti Muhamed



Biarpun cuti kali ini tidak kelihatan seperti cuti yang kita idam-idamkan, tetapi inilah diari kehidupan seorang penunut ilmu. Tidak waktu bersenang lenang dan bersuka ria. Sama-samalah kita semua perbetulkan niat dan memberikan komitmen sebaiknya untuk program-program yang telah diaturkan dengan susah payah oleh ajk-ajk yang terlibat. InshaAllah=)

2 comments:

ZinNieRah_ru$hdan95 said...

assamualaikum... ya ukhti... dah boleh dah komen...

Farah Imani said...

salam.rindunya tuk berprogram bersama2 lagi...