Thursday, March 26, 2009

-Dah HabIs?-


Assalamualaikum warahmatullah..

Syukran wa jazakumullahu khoiran kasira kepada Ukhti Syira dan Ukhti Khadijah yang telah menjawab dan menerima soalan-soalan tag yang dicipta dan diberi oleh saya. Tahniah untuk ukhti berdua.=)

Alhamdulillah, hadaf dan matlamat saya tercapai. Baru sahaja dua orang yang menjawabnya, saya telah dapat berbagai fikran dan pandangan juga ilmu yang baru. Jawapan dan pandangan mereka berdua amat bernas biarpun ia ringkas.

Tiba-tiba saya terfikir, mungkin aktiviti tag ilmiyah ini boleh diteruskan dan disebarkan dikalangan rakan-rakan blogger dan alam maya yang lain. Mungkin? InshaAllah.

Kerana apa yang dapat saya lihat di sini, tag ilmiyah ini bukan sahaja dapat menggalak pemilik blog untuk mengupdate blog mereka
kerana setelah menjawab tag ilmiyah yang diberi, mungkin dapat membantu mencari isi dan topik untuk dikupaskan dan dibincangkan. Selain daripada itu, tag ini juga dapat menggalakkan kajian dan pembacaan juga mengasah minda orang yang menerimanya untuk memberi juga memikirkan jawapan yang sesuai dan tepat. Bukankah tag ini adalah berbentuk ilmiyah, maka sudah tentu jawapan yang akan diberikan perlu di kaji dan diteliti terlebih dahulu supaya tidak tersalah menyampai ilmu nanti. Secara tidak langsung juga, blog tersebut bukan sahaja sudah terupdate semata-semata tetapi mempunyai pengisian berguna yang boleh dikongsi bersama.

Kerana apa yang saya dapat lihat dari kedua-dua jawapan Ukhti Syirah dan ukhti Khadijah, mereka berdua bukan sahaja menjawab solan-soalan tag tetapi menghuraikan serba sedikit berkenaan soalan yang diberi dan menambah beberapa isi dan fikrah juga ilmu baru untuk perkongsian bersama. MasyaAllah.

Pastinya pelbagai variasi jawapan dan pandangan daripada rakan-rakan blogger yang berbeza latar belakang pendidikan dapat diperoleh yang setiap orang datang dengan fikrah dari sudut pandangan masing-masing.

Kesimpulannya, tag ilmiyah yang telah direka oleh diri saya ini membolehkan...-->

  • Blog dapat diupdate
  • Menggalakkan pemilik blog membuat kajian dan pembacaan
  • Bertukar Pandangan dan fikrah
  • Meluas dan manambahkan ilmu pengetahuan..inilah natijahnya, InshaAllah


Terima kasih kepada sahabat saya yang dikasihi atas tegurannya itu telah memberikan saya idea untuk membuat satu perkara baru yang lebih baik.(nasihat dan keperihatinanmu sahabat amat dihargai=))Siapa yang bersetuju dengan pandangan saya dan ingin meneruskannya, saya ucapkan terima kasih dan selamat berjuang menyampaikan ilmu, siapa yang sebaliknya, tiada kesalahan pada penolakan itu. Ini hanya sekadar pandangan, tiada paksaan untuk menerimanya. Sekian sahaja topik perbincangan tag di blog saya.sekian..wassalam..(habishhh..clap2:P)



p/s:nak tag juga orang yang menegur itu, tak kira,kena jawab juga,paksa nih:P




0 comments: