Friday, January 9, 2009

10 Muharam Di Maghribi

Dalam beg kertas itu lah dicampurkan kesemua kacang2 dan buah2 kering

10 Muharam yang lepas adalah hari asyura bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Macam-macam rupa dan gaya sambutan setiap bangsa dan negara Islam menyambut 10 Muharam ni. Kalau di Malaysia,kita ada bubur asyura. di Maghribi pula, bila saya tanya kawan-kawan arab, mereka sambut dengan puasa sudah tentu dan membli buah-buahan kering.
Saya pun tak faham juga mulanya, sehinggalah selepas kuliah,singgah sebentar di pasar konon-konon nak beli dan kenal macam manalah buah kering yang diorang cakap tu. Nampak lah kemeriahan sambutan asyura di mana kedai2 yang menjual buah-buahan kering dipenuhi dengan makcik2 arab sampaikan kedai yang asalnya hanya di jaga seorang penjaga terpaksa membawa lagi 2 pembantu.

Saya dan rakan pun terasa ingin menyibuk dengan celahan orang ramai tu. Memang banyak sangat kacang-kacang dari walnut,badam,gajus,pistachio,kacang tanah, kacang putih, buah tin,buah tamar, dan buah-buahan kering yang dah disira.Banyak sangat juta2 lemon.:P Ooo, ini yang dikatakan buah-buahan kering.Kenapa tak sebut kacang je.Faham lah saya.:P
Membukit juga semua kacang2 tu,nak amik gambar tak dan pula sebab orang ramai sangat.
Nampak tak kacang2 mahal itu:P yang merah tu adalah buah kering yang disira

Dah sampai kat kedai tu,tak tahu pula nak beli apa, sehinggalah tuan kedai mencadangkan..kullu syai,semua benda..iaitu,beli semua kacang2 dan buah2 kering campurkan adalah dalam 10 dh=rm5. Amat murah.Bayangkan dalam separuh penuh beg kertas itu, ada kurma,macam2 jenis kurma, kacang2 yang mahal macam walnut,gajus,badam,pistachio,kismis,tin,buah2 kering,kacang2 lain ,semuanya rm5 sahaja. Sebelum ni sya pernah beli di supermarket, satu paket kecil kacang campur lebih kecil bungkusan dari yang saya beli di pasar ni,harganya 35dh=rm16. Padahal tipu je,dalam tu banyak kacang tanah saja,yang lain tu adalah dalam 2,3, biji badam,pistachio. Geram pun ada masa tu,sebab rasa tertipu,kat atas je dia letak kacang2 mahal tu,yang selebihnye kacang tanah...
Separuh je ni,separuh lagi dalam batni(perut saye:P)

Tengah sibuk2 konon2 kita ni pun nak sambut juga 10 Muharam tu:P, makcik2 arab ni pelik pula tengok saya dan rakan-rakan beli,dia ingat kami tak sambut 10 Muharam,(padahal beli nak makan sendiri je:P). Sampailah ada seorang makcik bagi tahu,kami muslim ,sambut 10 muharam ni, lepas tu dia puji2 akhlak kami dan orang Malaysia dan lain2(Orang Malaysia memang baik apa:P). Kawan-kawan ada bagi tahu, disini 10 Muharam juga di sambut dengan nyanyian dan tarian. Tak tahu la pula macam mana. Begini lah sambutan 10 Muharam di Maghribi..sekiann..:D
(posting musim exam.panjang kan?:P)

=tgh kita gembira menyambut 10 Muharam,dengan berbagai acara dan makanan, apa la yang saudara2 kita di Palestin makan masa ni..Sama2lah kita doakan semoga Allah memberikan kemenangan dan kemerdekaan kepada rakyat Palestin, kemenangan Palestin adalah kemangan ISLAM! AlQuds milik umat ISLAM semua!
Ya Allah,berilah kemenangan dan kekuatan kepada Palestin , dan hancurkan! lemahkan! Israel laknatullah..aminnn

4 comments:

Anonymous said...

" konon-konon nak beli dan kenal macam manalah buah kering yang diorang cakap tu."

assalamualaikum..

mmg su buah yang sejati~
:p
jgn mara nnt kena mara balik..

lavenderpurple said...

dasyat hang sprh dh msk perut.hai mkn dipam2la cmni.ni blk msia mkn chubbyla ni.huhu

MOHAMAD AKMAL said...

Kacang yang enak

.:NurTaQwa88:. said...

Kicap jalen: Waalaikumsalam..terima kasih atas kunjunagn dan komenan itu..=)memang ketua buah yang sejati..:P

*sejak bila jadi kicap ni=)


Lavenderpurple: hi, tu lah, kita nak bagi isi perut diamjauh nun di Jordan pula, akhirnay, ia TERmasuk la dalam perut kita..:P(ter konon:P)

Akmal and Hniffah:Assalamualaikum, alhmdulillah memang anak.rasanya di Tetouan begitu juga=)