Sunday, July 13, 2008

Baru-baru ini,mende nih,iaitu VISTA, telah melalui proses naik taraf atau update.Dan seusai proses update tuh, tiba-tiba sound komputer ini tak dapat di kesan.Dan terlihat tanda pangkah pada icon sound di taskbar.Mulanya saya sangkakan itu adalah tanda sound mute,tapi bila di periksa, tanda pangkah di icon sound tu menunjukkan bahawa tiada sound dapat dikesan dalam komputer ini.Rupa2nya ramai yang mengalami masalah ini.Setelah dikaji ,rupa2nya ia adalah kesan daripada proses mengupdate itu.Jadi untuk menyelesaikan masalah ini ada banyak,antaranya ialah mengupdown,Maksud saya,patah balik proses update bagi sound dan juga menguninstall semula sound.Tapi kat sini saya nak terangkan satu cara saja iaitu menguninstall....caranya(Saya ambil dari satu laman):

1.Pi ke Device Manager,kalau tak tahu kat mana(saya pun tk tahu jugak senanya),cari di ruangan search atau pi kat bahagian help and support kemdian taip,Device Manager.

2.Pilih open device manager.

3,Clik kat bahagian sound dan tekan uninstall.jangan tekan box delete.hanya uninstall sahaja

4.cuba refresh balik dengan meright click kat device manager tu dan pilih"scan for new hardware".ataupun,restart semula komp.

5.Setelah itu,komputer dengan secara automatiknya akan dapat mengesan kembali audio di dalam komputer dan akan diinstall secara automatik.Jika tidak,cuba secara manual menginstall kembali audio itu.

Ok,ini saja caranya untuk menjejak dan mencari kembali cik sound yang dah hilang semasa proses naik taraf windos vista.Kalau susah nak faham,boleh pi ke link ini.

Allahuya3un..





0 comments: