Sunday, November 18, 2007

Citarasa, Menu Ibadah


Apabila kita ke kedai atau restoran,pasti akan ada satu senarai menu untuk kita.Apa yang ada dalam menu,itu sajalah yang boleh kita pilih.Andai kita pergi ke restoran makanan barat,tiadalah sambal belacan mahupun ikan masin dalam senarai menu.Dan kita pula tidak boleh sesuka hati memesan menu mengikut citarasa kita.Kalau di rumah,mungkin kita boleh menyediakan hidangan mengikut selera kita,kita boleh tentukan samada inginkan pedas,kurang pedas,masam dan sebagainya.


Begitulah halnya dalam urusan beribadah.Andai telah tertulis bahawa solat subuh adalah dari jam 6 pg hingga 7,maka kita tidak boleh pula sesuka hati menukar waktu itu mengikut kehendak kita.Samaada mempercepatkan atu melewatkan.Semua yang telah tertulis di dalam Aq Assunah dan dalam syariah islam telah lengkap.Kita tidak boleh sesuka hati mengubahnya sesuai dengan citarasa kita.Sebaliknya kita diperintahkan untuk Ikut dan patuh seperti mana yang telah ditetapkan.


Tetapi ini tidak bermaksud tiada "desert" mahupun hidangan tambahan di dalam ibadah,malah ada senarai ibadah2 sunnah sepertimana di dalam menu makanan yang mana ada hidangan utama,pasti disediakan juga senarai pilihan desert atau pemanis mulut atau menu-menu tambahan yang lain mengikut selera kita.

Begitu juga halnya dalam soal hukum ,kita tidak boleh mengubah sesuatu hukum mengikut citarasa hati kita..Jika di dalam menu makanan kita boleh patuh mengikut dan memilih makanan hanya apa saja yang tersenarai,kenapa tidak dalam hal ibadah juga hukum dan perintah dari tuhan?


Inilah fenomena yang sedang berlaku ketika ini.Manusia zaman sekarang lebih suka beribadah dan beragama mengikut cita rasa dan selera mereka.Apa yang sudah termaktub,di ubah ,apa yang tiada pula di tambah.

Apabila sesuatu hidangan itu ditambah sesuka hati dan mengikut hawa nafsu semata,pasti akan memudaratkan diri dan kesihatan.

Andai manusia dapat patuh dan mengikut apa yang tersenarai didalam MENU syariah islam,pasti mereka akan menikmati suatu HIDANGAN kehidupan yang selamat dan diredhaiNya.

0 comments: