Saturday, September 1, 2007

Ingatan Bersama..

Hai anakku, hendaklah engkau bergaul dengan para Ulama dan dengarlah pendapat para Hukama(Orang-orang bijaksana).kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat. Jauhkan lah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya(rasa malunya), dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya. Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memehamkan orang yang tidak mengerti"


"Hai anakku, sesungguhnya dunia itu laut yang dalam. Banyak orang hanyut di dalamnya. Jadikanlah taqwa kepada Allah sebagai kapalmu di dalamnya, dan peralatannya iman kepadanya serta layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat"

"Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah, Kalau tidak Jauhilah dia."

"Hai anakku, apabila enngkau datang ke dunia, engkau meninggalkannya dengan menghampiri akhirat. Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan

Hai anakku, biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah, Ampunilah aku" kerana Allah mempunyai saat-saat ketika doa tidak ditolak".


Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.



0 comments: